Rate

MCL

Romance Series 15856

Tiba-tiba, Syed Saddiq muncul sudah seperti halimunan di dapur dimana Sufia dan Datin Zaharah berbual sambil memotong buah-buahan.

"Ikut aku sekejap. " Syed Saddiq menarik pergelangan tangan Sufia yang sibuk memotong buah tembikai merah. Nampaknya seperti ada yang tak berpuas hati.

"Dah kenapa pula kamu ni? "

"Alang pinjam Fia kejap ye. " seraya Syed Saddiq bawa Sufia pegi ke pangkin kediamannya.

"Apa yang bonda ceritakan tentang aku kepada kau hah?" tanya Syed Saddiq kepada Sufia bagaikan seekor ular tedung mahu menelan mangsanya seekor katak. Meremang bulu roma Sufia melihat itu. 

"Entah. " jawab Sufia dan angkat bahu dengan selamba serta buat muka tak tahu apa-apa. Tetapi sedangkan Sufia tahu segala-galanya tentang bosnya itu dari        A to Z. Sufia tersenyum-senyum melihat bosnya itu. Tak boleh nak tahan gelak.

Makin panas tahap gaban Syed apabila Syed melihat Sufia tersengih-sengih dah macam kambing tak mandi pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience