Rate

MCL - BAB 52

Romance Series 15856

Bila Sufia masuk saja ke dalam bilik ibunya, terlihat Puan Ainul sudah tidak sedarkan diri di atas katil. Sufia meraung raung cuba menyedarkan ibunya yang tidak sedarkan diri. Sufia berasa sangat sesal kerana tidak berhasil dapatkan ubat untuk ibunya. Dengan kudrat yang Sufia punya, Sufia berusaha mengangkat tubuh ibunya dan dipindahkan di atas kerusi roda. Walaupun agak berat badan Puan Ainul, Sufia dapat dudukkan Puan Ainul ke atas kerusi roda. Kemudian Sufia menolak kerusi roda Puan Ainul hingga ke luar rumah. Sufia menguncikan pintu sebelum dia keluar.

Dengan drastic Syed yang sedang mengintip Sufia melalui tingkap yang terbuka menyembunyikan dirinya di tepi rumah Sufia. Syed ternampak Sufia menangis-nangis menolak kerusi roda wanita tua ke suatu tempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience