Rate

MCL

Romance Series 15856

Sufia dan Syed Saddiq memanjatkan rasa sangat syukur kerana Allah swt mendengar doa mereka.

"Saya haus, dari semalam tak minum." Sufia minta air pada seorang anggota polis yang ada di dekatnya. Lalu polis itu menyerahkan Sufia sebotol air mineral  dan Sufia segera teguk rakus air mineral dengan penuh dahaga.

Sedang itu, mata Sufia berpaling pada Syed sedang dipeluk oleh bonda nya. Hatinya tiba-tiba rasa hiba melihat itu. Betapa rindunya pada arwah ibunya. Syed Redz perasan wajah sunggul Sufia perhatikan Syed dipeluk oleh bonda nya.

Tetapi mereka terlihat kaki Syed Saddiq sepertinya cedera teruk. Prof Aziz memegang kaki Syed Saddiq yang dibalut dengan kain putih.

Syed Saddiq dan Sufia dibawa pergi dari situ. Sebelum itu...

----

Zoey yang lari tercari kelibat Sufia dan Syed tiba-tiba terlihat Sufia dan Syed Saddiq berjaya diselamatkan oleh orang lain dan beberapa anggota polis. Dia yang ternampak anggota polis tidak tenteram dan ingin larikan diri.  Namun tidak berjaya kerana polis yang nampak Zoey di situ bergegas menangkap Zoey.

"Dialah yang culik kami berdua!! " kata Sufia sambil menunding jari kepada Zoey yang ditangkap polis.

"Cakap!! Mana bos kamu!! " gesa salah seorang anggota polis

"D-dekat rumah kosong tu. " jawab Zoey terketar-ketar.

"bawa kami ke sana!! "

Akhirnya buruan pihak polis berjaya tumpaskan sindiket dadah berbahaya kepada masyarakat. Mujurlah mereka berdua tidak menjadi mangsa penjahat penjahat itu.

Nampaknya travelog mereka terpaksa tergendala akibat kaki Syed yang cedera teruk dan Sufia dalam keadaan sangat lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience