Rate

MCL

Romance Series 15856

Sementara itu, Che Megat pergi mengambil semangkuk air di dapur dan kembali semula ke ruang tamu dengan semangkuk air. Kemudian, Che Megat menyerahkan semangkuk air kepada Syed Saddiq. Syed Saddiq mengambilnya kemudian dia renjiskan air tersebut ke raut wajah Sufia. Tidak lama kemudian, Sufia sedarkan diri dengan susah. Kelopak mata Sufia perlahan-lahan membukanya. Samar-samar cahaya lampu terang membuatkan mata dan kepala Sufia bertambah stress. Sufia terlihat sekelilingnya ada Datin Zaharah, Che Megat serta bosnya Syed Saddiq berkumpul di dekatnya yang terbaring di atas sofa empuk ruang tamu. Terutamanya, Datin Zaharah duduk di sebelah kiri Sufia.

"Alhamdulillah Fia, sedar jugak kamu. Risau bonda. " Datin Zaharah memanjatkan rasa syukur apabila lihat Sufia sudah sedarkan diri. Begitu juga dengan Syed Saddiq dan pak Yunus.

"Macam mana boleh pengsan cik Fia? " tanya Che Megat pada Sufia yang dalam keadaan mamai. Sufia cuba mentafsirkan pertanyaan pak Yunus kerana kepala Sufia masih sakit.

"A-ada han-hantu. S-saya n-nampak p-puntianak. " tutur Sufia dengan payah dan tergagap-gagap berkata. Ketika itu, kepalanya terasa sakit. Berkerut dahi Sufia menahan sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience