Rate

MCL - BAB 64

Romance Series 15856

Aishah Atilia tidak dapat datang ke majlis pengebumian Puan Ainul kerana ketika itu dia berada di Kuala Gula atas urusan keluarganya. Aishah dan keluarganya sungguh terkejut apabila mendapat berita itu.

Para tetamu dan orang masjid mula beransur dari rumah Sufia usainya majlis tahlil dan jamuan makan selesai tepat pada jam sebelas malam. Semua orang mengucapkan salam takziah kepada Sufia yang masih lagi diselubungi kepiluan sebelum mereka beransur pulang ke rumah masing-masing. Setabah manapun Sufia cuba kuatkan semangat diri, namun akhirnya hancur jua yang dirasakan Sufia. Itulah gambaran yang jelas ada pada raut wajah Sufia. Walaupun tak terungkap dari mulut Sufia, namun setiap lirik mata Sufia menggambarkan keseluruhannya. Syed juga dapat rasakan apa yang Sufia rasakan kini. Betapa perihnya kehilangan orang yang cukup kita sayangi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience