Rate

MCL

Romance Series 15856

"Kita tak boleh lama-lama kat sini. " kata Sufia. Tekaknya terasa perit. Sangat letih.

Syed Saddiq mengambil botol air mineral di dalam kocek seluar yang disimpan dan kemudian dia meneguk air mineral dengan rakus. Sufia menelan air liurnya. Terliur apabila melihat Syed Saddiq dapat minum air.

"Ahhh~ leganya. " Syed Saddiq berasa lega apabila dia dapat minum air kosong. Sufia hanya mampu melihat.

"Kita dah lari jauh ke dalam tahu tak. Karang sesat lagi. Tah kemana arah kita lari." kata Syed Saddiq.

Sufia memutuskan mahu bersandar pada batang pokok besar dengan syed Saddiq. Dia pun berbuat demikian. Semakin lelah yang dirasakan oleh Sufia.

------

Seketika kemudian, Amir kembali semula ke rumah kosong itu dengan beberapa bungkus nasi. Apabila Amir masuk je ke dalam bilik usang dimana tempat Sufia dan Syed Saddiq disembunyikan, terlihat hanya tali ikatan yang telah dileraikan ditinggalkan. Tebusannya sudah lesap. Panas!

"Hoi!! Mangkuk!! Macam mana kau buat kerja hah?!! " Amir menempelak sikap Zoey yang langsung tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience