Rate

MCL

Romance Series 15856

Syed Saddiq berbaju Melayu simple berwarna hitam manakala Sufia memakai baju kurung hitam juga ketika mereka mahu ziarah kubur. Pada pandangan mata Syed, walaupun Sufia orangnya tidak tahu bergaya di luar waktu kerja, Sufia sungguh tampak ayu berselendang dan berbaju kurung  biasa. Bagi Syed, Sufia sungguh luarbiasa.

Syed membentangkan tikar mengkuang di tepian pusara arwah ibu Sufia. Mereka berdua serentak melabuhkan punggung di atas tikar mengkuang tersebut. Hati Sufia mula terasa hiba menyelubungi diri. Sufia cuba tidak menangis di depan kubur arwah ibunya namun tetapi, terdapat juga gening pada tubir mata Sufia.

Syed simpati dengan Sufia. Dia turut sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu Sufia dan membacakan surah Yassin agar Puan Sofea tenang di sisi Tuhan. Suara Syed Saddiq begitu lantang dan lunak apabila ia mengalunkan bacaan surah Yassin. Sufia yang duduk di sebelahnya juga berbuat demikian. Suasana pilu menyelubungi kawasan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience