Rate

MCL

Romance Series 15856

Sufia tak pernah terlepas melawat ayah nya di penjara dan siap bawa bekalan makanan untuk ayah nya berbuka puasa. Sufia masakkan lauk kegemaran ayahnya, sambal udang petai bersama dengan nasi putih panas.

Puan Zahara terhidu bau aroma ketika Sufia sedang menumis di dapur. Sungguh menusuk hidung nya. Dan terliur lihat.

Puan Zahara:"amboi, sedapnya Fia masak."
Sufia:"Fia ingat nak jenguk ayah kat penjara kejap. Nak hantar lauk kegemaran dia sekali."
Puan Zahara:"bagus kamu Fia, walaupun ayah kamu buat jahat dekat kamu, kamu masih sayang dia."
Sufia:"dia ayah Fia bonda, dia lah yang melahirkan Fia, membesarkan Fia dulu. Fia dah tak ada siapa lagi melainkan bonda, Syed dengan ayah "
Puan Zahara:"Fia jangan rasa sedih lagi, anggap aje bonda ni macam ibu kamu sendiri. Bonda pun dah anggap kamu macam anak bonda."

Oleh kerana Puan Zahara hanya punya anak lelaki, dia inginkan sangat anak perempuan. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience