Rate

MCL - BAB 25

Romance Series 15856

"Ek eleh! Kuku Fia panjang manalah sangat! Kecoh apa hal!" Aishah Atilia bernada tinggi.

"Sebelum aku tulis nama kau, baik pergi masuk kelas!" titah ketua pengawas.

"Aku takkan masuk selagi Fia tak dengan aku!" keras suara Aishah.

"Tolong dengar arahan Aishah." Nadia, pembantu ketua pengawas meminta supaya Aishah ikut arahan.

"Find!" Aishah mengalah dan dia beredar dari situ.

Di dewan sekolah, hanya tinggal beberapa orang pelajar yang tersenarai dalam pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Seorang demi seorang cikgu Anuar libaskan rotan. Pelajar perempuan di telapak tangan manakala pelajar lelaki dilibaskan tepat di punggung mereka. Kini tiba giliran Sufia. Cikgu Anuar melibas telapak tangan kanan Sufia kerana sebelah tangan kiri Sufia kudung sebelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience