Rate

MCL

Romance Series 15856

"Akibat hentakan kepalanya yang kuat, menyebabkan gegaran kecil otak yang boleh menyebabkan dia mengalami amnesia. " tiba-tiba, kepala Syed terfikirkan penjelasan dr. Naim. Segera dia hapuskan kerana sekarang misi Syed mahu pulihkan dan dapatkan kembali daya ingatan Sufia yang hilang.

Ligat sikit Sufia hari ini walaupun hilang ingatan. Automatik Sufia jadi budak yang rajin bantu Puan Zahara di dapur sedangkan Syed telah berkeras halang Sufia daripada buat kerja rumah. Sufia harus banyakkan rehat.

Kaki Sufia melangkah ke kamar tidur Puan Zahara. Sufia terdengar Puan Zahara mengalunkan ayat suci Al-quran. Puan Zahara ternampak Sufia berdiri mengintainya. Tersenyum Puan Zahara.

"Fia rupanya ingatkan siapa tadi. Mari sini, kita mengaji sama-sama." Puan Zahara mengajak Sufia mengaji sama-sama dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience