Rate

MLC - BAB 10

Romance Series 15856

"Pergi balik lah!!!" ketua pengawas itu mengusir Sufia dan kemudian ketua pengawas itu memasuki ke dalam rumahnya. Malas mahu layan Sufia lagi. Sufia pergi kearah basikalnya dan terus berlalu pergi meninggalkan rumah Syed dengan segenap perasaan yang sungguh hancur.

Syed melangkah masuk ke dalam ruang tamu rumahnya dengan hati yang panas. Kemudian dia menghempaskan punggungnya di atas sofa empuk. Keluhan berat dilepaskan. Satu rasa yang tak bernama menguasai dirinya ketika ini.

"siapa yang datang tadi? Kawan kamu ke alang? Lelaki ke perempuan? Kenapa tak ajak dia masuk tadi?" bonda kepada Syed bertanya kepadanya. Banyak pula soalannya.

Syed buat muka malas tapi dia jawab juga pertanyaan bondanya itu

"Bukan, jurujual datang tadi. Malas nak layan." Bohong Syed.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience