Bab 37: Client

Action Series 57841

Tengku Fahmi merenung pemandangan awal pagi di dalam officenya. Dia yang sememangnya sibuk memanjang selalu tidak tentu balik. Kadangkala dia tidak balik terus. Dia keseorangan. Kerana itu dia membawa perempuan menemaninya. Dan tak lupa juga Sara Amelia. Tengku Fahmi jilat balik air liur dia...

Dia merenung memikirkan Eisya. Sebenarnya, memang dari dulu dia sukakan Eisya tetapi kerana Lily dia lupakannya. Tambahan pula, Tengku Fahmi dah kenal Eisya dari kecil cuma tidak pernah berjumpa.

Kini, dia dan Eisya seperti orang asing. Eisya terlalu buat hal masing-masing. Memang dia mengikut perjanjian. Tidak cemburu, hanya buat urusan dia, dan buat sendiri semua benda. Tetapi kenapa dia rasa dia tak suka Eisya macamtu?

Tengku Fahmi mengetuk kepalanya sendiri.

' Fahmi, Fahmi..takkan kau dah mula cintakan dia?' desis Tengku Fahmi sendirian.

Dia sedar, dia bukan suami yang baik. Eisya sekarang dalam bahaya. Bila-bila masa pun dia boleh dibunuh.

' Biarlah dia! Siapa suruh cari fasal sangat?' desis Tengku Fahmi.
Eisya kata sesiapa yang dekat dengan Lily dia akan benci sampai bila - bila. Jadi bolehkah dia?

' Sekali Tengku hancurkan hati dia, Tengku takkan dapat dia balik.' dia teringat apa yang dikatakan oleh Faiq.

Betulkah?

Sedang dia termenung, Eina mengetuk pintu dan masuk menuju ke arah Tengku Fahmi.

" Tengku, isteri Tengku nak jumpa Tengku.." kata Eina.

Terbelalak mata Tengku Fahmi. Dia buat apa datang sini? Serius arh? Mukanya bersinar. Entah..

" D-dia buat a-apa di sini?" tanya Tengku Fahmi.

" Puan Eisya adalah wakil daripada Fatwa Hathi Holding menggantikan Dato' Emir Fattah yang tidak boleh datang, Tengku.." kata Eina.

Ooo..patutlah dia datang.. Tapi dia gementar. Apa yang nak dicakapkan dengan Eisya nanti? Dan ini juga merupakan pertemuan formal mereka yang pertama!!

******

Eisya keluar dari perut kereta setelah sampai di sebuah company terbesar di Malaysia.

Besh Holding.

Besh Holding berasal dari perkataan Best. Tapi kalau tengok dari segi bosnya, memang tak seronok langsunglah.
Sungguh tak kelakar papa ni!! Tak boleh pergi sebab nak buang air besar. Padahal boleh je dia buang air besar dekat Besh Holding ni. Alasan!! Ingat aku excitedlah nak jumpa setan seketul tu?! Lambat lagi.

Dia berdiri berhadapan bangunan Besh Holding sambil mengeluh melihatnya. Nak meeting with CEO semestinya kena berpakaian korporat kan?

Dia masuk ke dalam lobi.

" Puan Eisya!!" seorang pekerja yang menjaga di kaunter itu terus ingin memberi hormat kepada Eisya namun Eisya menegah.

" 2 minit. Beritahu Tengku Fahmi saya datang atas urusan meeting antara Fatwa Hathi dan Besh Holding." kata Eisya dingin.

Pekerja itu terus menghubungi setiausaha Tengku Fahmi iaitu Eina. Beberapa minit kemudian..

" Puan, puan boleh masuk." kata pekerja itu kepada Eisya yang sedang menilik phone. Eisya terus bangun dan bergerak menuju ke lif.

Sampai di tingkat di mana office Tengku Fahmi berada, Eisya terus disapa oleh Eina.

" Selamat pagi, Puan."

Namun Eisya menjeling sahaja. Eina pula yang rasa bersalah. Aku buat apa tadi sampai dia jeling aku begitu?

Eisya masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu membuatkan Tengku Fahmi terkejut. Angin tak elok nampaknya ni.

Dia duduk di kerusi di hadapan Tengku Fahmi. Tengku Fahmi pura-pura sibuk sambil menilik kerjanya.

Eisya mengeluarkan semua dokumen dan barang-barang yang diperlukan.

" Aku ada masa lebih kurang satu jam. Kalau kau cepat bercakap, cepat kita habis.." laju je Eisya bercakap.

Tetapi nampaknya Eisya bercakap seorang diri kerana Tengku Fahmi tidak mendengar sebaliknya buat-buat sibuk bekerja.

Eisya menyilangkan tangan di dada sambil bersandar dan meneliti Tengku Fahmi.

" Aku bercakap sorang-sorang ke dalam bilik ini?" sindir Eisya.

Tengku Fahmi terus mengangkat muka memandang Eisya dengan riak wajah tidak bersalah. Kemudian dia memandang sekeliling..

"Kau cakap dengan aku ke?" perli Tengku Fahmi. Eisya mengetap bibir.

" Kau membazir masa aku jelah! Cepatlah, nak meeting apa ni?" Eisya memberontak.

"Kau tanya aku? Papa kau yang nak buat meeting ni.. So, kaulah kena cakap apa yang nak di cakap.." kata Tengku Fahmi.

" Kalau aku senang je, dismiss!!" kata Eisya. Dia bangun dan menghadap pintu namun kaku apabila seorang wanitaa seksi datang ke arah mereka dan menuju ke Tengku Fahmi.

" Sayang... " meleret panggilan Sara Amelia. Dia memberanikan diri duduk di riba Tengku Fahmi.

" Hey, my baby boo.. You buat apa dekat sini?" Tengku Fahmi berkata. Sesekali dia mengerling Eisya yang tidak berpaling ke arahnya.

" Nak jumpa you lah. Rindu you sangat-sangat.." kata Sara manja.

Eisya hanya mengeras. Kolam air matanya panas. Dia...cemburu? Oh, tidak!!

Dia memberanikan diri untuk berpaling menghadap Tengku Fahmi dan Sara yang sedang beromantis berdua.
Belum dia mula bercakap, phonenya berbunyi. Dia mengangkat panggilan itu di depan Tengku Fahmi.

"Hello?" sapa Eisya.

' Hello, ini Eisya ke? " tanya si pemanggil.

" Ya. "

" Saya Aniq Afrier dari Qarrum YDP sdn. Bhd. Boleh kita jumpa? "

" Awak ada appointment ke dengan saya? "

Tengku Fahmi memerhatikan sahaja Eisya yang bercakap di phone. Langsung tidak mempedulikan dia dan Sara yang sedang beromantis di depannya.

" Okay, kita jumpa dekat sana . Saya suka adakan informal meeting. Santai-santai je. " kata Eisya.

Tengku Fahmi dah 'what'? Dengan aku kau berangin satu badan. Dengan orang lain kau santai-santai je? Memang dasar perempuan tak sedar diri betullah.

Eisya menyeluk phone di dalam poketnya dan memandang Tengku Fahmi dengan Sara yang sedang berpelukan. Tak cukup buat sex dekat rumah, sini pun kau nak buat ya?

" Err..wait. Boleh tolong hentikan sekejap your 'intimate' tu? Aku nak bercakap sekejap.

Tengku Fahmi dan Sara memandang. Sara tidak melepaskan pelukan. Tetapi Tengku Fahmi telah memintanya sekejap untuk melepaskan. Sara merengek tetapi tidak dihiraukan.

" Kau nak cakap apa?" Tengku Fahmi bersandar di kerusi.

" Okay, memandangkan aku yang kena buat meeting sebab papa aku yang buat meeting ni, so dismisslah. Aku tak ada apapun nak cakap dengan kau. Tak berjalan otak kalau tengok kau..okay?" Eisya berpaling menuju ke pintu namun terhenti sekali lagi apabila Tengku Fahmi bersuara.

" Kau memang tak ada adab eh nak meeting dengan orang? Eh, papa kau pun hormat aku. Kau kenapa kurang ajar sangat eh? Wakil konon! Kalau macam nilah cara kau layan client kau, aku gerenti takde siapa pun nak meeting dengan kau!!" sindir Tengku Fahmi. Sara hanya memandang puas.

" Sayang, you rasa macammana kakak you handle company papa you? " tanya Tengku Fahmi kepada Sara.

" I rasa lama-lama lingkup company papa I.. " mereka ketawa bersama - sama.

Eisya menahan marah di bibirnya. Inhale, exhale. Calm down, Eisya. Dua coconut je ni..

Eisya berpaling ke arah mereka semula.

" Aku ramah je dengan semua orang. Dan aku cuba buat yang terbaik sebab aku tahu aku tak berbakat dalam bidang ni. Tapi entahlah, masuk je company ni, hati aku tak tenang. Mungkin sebab kau. Kau bermaksiat dalam company menyebabkan aura dia lain. Mungkin malaikat pun tak masuk dalam company ni. "

Tengku Fahmi terpempan.

" Mungkin papa aku hormat kau sebab dia tak kenal kau siapa. Tapi lepas dia kenal tu, kau dekat tapak kaki dia je. " Eisya menyindir pedas.

" And you, apa you cakap tadi? Lingkup? I rasa biarlah lingkup di tangan I daripada lingkup di tangan you, slut!! And, what? Your daddy? Come on, kau anak perampas kut!! Kalau tak mama aku still lagi hidup bahagia dengan Dato' Emir Fattah." Eisya tersenyum sinis.

Sara mengetap bibir. Wajahnya memerah.

" Apa you cakap?! " Sara berdiri untuk menarik rambut Eisya namun Eisya lebih pantas bertindak. Ditekannya kepala Sara di atas meja. Sara meringis kesakitan.

" Apa kau buat? Lepaskan dia!! " Tengku Fahmi menegur.

Eisya buat tak peduli. Dia terus menekan. Sara menjerit.

" Kau lupa aku siapa? Kau cari fasal dengan aku, aku cari fasal dengan kau balik. Slut macam kau, bawah lubang hidung aku je.." sindir Eisya lalu menghempas kepala Sara.

Dia berlalu dari situ...

*****

Sikit je sebab bateri fon dah nak habis..

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-06 20:54:20 

terbaik eisya..jgn maafkan tungku fahmi tu yg banyak berlakon mcm admin juga..tetiba pula tlp habis batre..


NovelPlus Premium

The best ads free experience