Bab 34: Perkara sebenar

Action Series 57841

Tengku Fahmi membawa Eisya hingga ke kereta. Dibuka pintu kereta dan dihempaskan Eisya kasar di dalamnya. Eisya mengaduh kesakitan apabila kepalanya terkena bahagian atas kereta.

Tengku Fahmi memandu dengan had kelajuan melampau. Dah seperti race dah ni. Eisya memandang Tengku Fahmi dengan rasa takut.

"Boleh tak bawak kereta tu elok-elok?" kata Eisya gementar.

Tengku Fahmi tidak mengendahkan kata-kata Eisya. Bahkan semakin laju. Dia memandu perlahan apabila dahi Eisya terkena dashboard.

Mereka akhirnya sampai di Villa. Tengku Fahmi terus masuk ke dalam villa meninggalkan Eisya yang masih terkial-kial di situ.

Eisya masuk ke dalam villa. Ditanya mana Tengku Fahmi, semua menjawab dengan nada yang dingin. Kak Pah, semua maid seolah - olah tidak menghormatinya lagi.

" Kau nampak Tengku Fahmi ada dekat sini ke?" jawab salah seorang maid kepada Eisya.

Eisya menaiki tangga. Dia masuk ke dalam bilik mereka. Dicari-cari Tengku Fahmi tetapi tidak jumpa.

Dia mengarah ke bilik bacaan. Tengku Fahmi juga tiada di situ. Eisya hendak berura-rura keluar dari situ tetapi dia ternampak sebuah album yang lama berada di atas meja bacaan.

Dia melangkah ke meja itu. Diselak satu-persatu gambar di dalam album itu. Namun, setelah lama diselak, dia terkejut kerana gambar Lily ada di dalam album itu.

Dalam pada dia sibuk meneliti gambar itu, satu suara datang menerpa gegendang telinganya.

" Kenal perempuan tu?" Tengku Fahmi bersandar di pintu sambil melihat perkara yang dilakukan oleh Eisya. Eisya terkejut.

" Kenapa? Hairan kenapa aku kenal Lily? Nak tengok gambar kami lagi?" Tengku Fahmi mula melangkah ke arah Eisya dan membantunya menyelak gambar yang lain.

Eisya terkejut kerana gambar yang ditunjukkan Tengku Fahmi ialah gambar - gambar intim Tengku Fahmi dan Lily. Tanpa sedar, air matanya menitis.

" Kenapa kau menangis? Terharu ke tengok gambar aku make love dengan Lily? Alololo.." sindir Tengku Fahmi sambil mengoyangkan dagu Eisya ke kanan dan ke kiri.

" Siapa kau sebenarnya?" tiada tanda - tanda sebak di dalam diri Eisya. Cuma air mata sahaja yang tak berhenti mengalir. Hatinya menggelegak kerana melihat gambar Lily yang bermanja dengan Tengku Fahmi. Kadang-kadang, dia rasa memang patut Lily mati.

Tengku Fahmi ketawa sinis. Dia berjalan ke arah Eisya dan Eisya mulai mengundur.

" Kau nak tahu aku siapa?" Kini Eisya sudah terperangkap di antara kedua-dua tangan Tengku Fahmi di dinding.

Eisya masih memandang berani ke arah matanya.

" Untuk pengetahuan kau, aku bekas kekasih Lily. Aku orang pertama yang menyentuhnya walaupun dia sudah berkahwin dengan Ben!!" dengan suaminya!!" kata Tengku Fahmi.

" Aku kenal suami dia, Ben. Ben tak beri dia kasih sayang yang cukup. Sebabtu aku beri cinta aku dekat dia. Aku beri dia segala-galanya supaya dia bahagia. Kami pernah ingin berkahwin tetapi Lily memutuskan untuk setia dengan Ben. "

Tengku Fahmi mengusap - ngusap rambut Eisya namun dia menepis.

" Jadi aku putus asa. Cuma kitaorang jadi kawan baik. "

Tengku Fahmi kemudian mencengkam leher Eisya. Eisya tidak dapat bernafas.

" Tapi, sebab kau, Lily mati!! Kau buat Lily mati!! Kau penyebab dia mati!!" tengking Tengku Fahmi. Tanpa sedar dia mencekik Eisya. Eisya sudah tercungap-cungap.

Tengku Fahmi melepaskan pegangan di leher Eisya. Eisya terbatuk-batuk. Dia terduduk.

" Aku nak kau rasa macamana Lily rasa. " Tengku Fahmi menarik rambut Eisya dan menghempasnya di dinding. Berkali - kali. Eisya sudah tidak tahan. Dia berpusing dan menendang perut Tengku Fahmi dengan kuat.

Tengku Fahmi jatuh tersungkur. Dia memandang Eisya dengan wajah yang marah.

" Kau memang sama macam Lily! Pentingkan diri - sendiri. Memang patut pun Lily mati! Dia yang mula dulu! Dia yang curang dulu!!" tengking Eisya. Dia melangkah ke pintu namun rambutnya sekali lagi ditarik ke belakang lalu Tengku Fahmi menampar pipinya dengan kuat sehingga Eisya terlanggar cermin lalu cermin itu pecah dan Eisya pula pengsan di situ.

Tengku Fahmi bukan membantu sebaliknya membiarkan Eisya pengsan dengan darah yang banyak lalu keluar dari situ.

*****

Imbas kembali,

Eisya, Lily dan Rose sedang berteduh di bawah pokok. Mereka menuntut di Stanford University. Lily dan Rose sedang membaca buku manakala Eisya bermain game atas talian.

Lily menggelengkan kepala melihat Eisya yang masih lagi bermain game walaupun peperiksaan sudah semakin dekat.

" Eisya, mehlah belajar." kata Lily. Lily diibaratkan seperti kakak manakala Eisya adalah seorang adik.

Eisya yang sedang menggumam lolipop itu menggelengkan kepala. Mata tidak dikalihkan daripada skrinn phone.

" Tak nak. Kau belajar je lah." kata Eisya.

" Biarlah dia, Ly. Dia tak nak berjaya. Kita nak berjaya. Dia boleh pergi mampus sorang-sorang." kata Rose. Dia nak menyindir juga walaupun Lily melarangnya.

Mendidih hati Eisya. Dia melemparkan buku yang berada pada ribanya kepada Rose.

"Tak, sekarang ni apa masalah kau? Aku ada kacau kau ke?" sindir Eisya.

"Memanglah kau tak kacau aku, tapi kau kacau Lily nak belajar. Kau pergilah main jauh-jauh. Susahlah aku dengan Lily nak dapat markah. Duduk dekat kau buat nasib malang je." Rose menyindir.

"Rose!!" Panggil Lily lalu menggeleng kepala. Rose menarik tangan Lily lalu bergerak dari situ.

Eisya menjadi marah. Rose dari dulu tidak sukakannya. Ada sahaja alasan.

Petang itu, Eisya bergerak sebuah kelab malam. Dia sememangnya liar. Setelah puas menari dan berjoget di situ, Eisya keluar dan menuju ke rumahnya.
Sampai di parking kereta, dia terlihat seorang lelaki yang agak kabur mukanya sedang membuka pintu penumpang. Keluarlah seorang wanita yang Eisya kenal di situ.

"Lily?" Eisya terkejut saat melihat adegan ciuman kedua-dua orang di depannya. Tak mungkin Lily curang dengan Ben..

Di dalam rumah, Eisya berkongsi rumah sewa dengan Lily.

"Lily, siapa lelaki yang hantar kau balik tadi?" tanya Eisya.
Lily terkejut.

" Mana kau tahu?"

" Aku nampak tadi. Siap peluk cium bagai. Kekasih ke?" sindir Eisya.

"Kau cakap baik-baik sikit eh. Aku tak curanglah."

" Well, kalau nak kata kau tu ada abang, kakak je kau ada. Jangan risaulah, aku boleh simpan rahsia tu."

Lily sangsi. Nak bagitau ke tak? Nak bagitau ke tak? Akhirnya..

"Kalau aku beritahu kau, kau jangan beritahu Ben eh?"

"Okay."

" Sebenarnya, lelaki yang hantar aku tadi..kekasih aku."

" Really? Tak sangka taste kau class.."

" Aku perlukan lelaki yang mampu tanggung aku. Ben tu dah lah gangster, pastu dapat duit haram pula tu."

Sedap kau kata duit dia haram? Habis, apa yang kau buat ni tak haram ke setan?! Desis hati Eisya.

" Jangan beritahu sesiapa eh. " pesan Lily.

Eisya mengangguk malas.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience