Bab 40: Tak Peduli

Action Series 57841

Eisya melangkah lemah dari Fatwa Holding. Dia yang sengaja datang ke situ pada lewat malam kerana malas hendak berjumpa Tengku Fahmi dan Sara.

Tadi satu mesej diterimanya daripada Fakhrul yang mengatakan Tengku Fahmi masuk hospital kerana pengsan. Jadi seluruh ahli keluarganya berada di sana?

Huh! Peduli apa dia? Biarlah dia dimarahi sekali pun, dia tidak akan menjenguk setan bertopeng manusia tu..

Eisya melangkah ke sebuah gelanggang bola keranjang. Dulu, masa dia sekolah menengah, dia selalu sangat main bola keranjang dengan Lee. Jadi dia mahir sikit-sikit.

Dia berbaring di tengah-tengah gelanggang itu. Mata yang kian layu akhirnya perlahan-lahan tertutup lalu dia tertidur di situ.

****

Fakhrul, Fawwaz begitu juga Firasy tidak berhenti menelefon Eisya. Dari awal Tengku Fahmi masuk hospital, Eisya tak sampai-sampai lagi. Mesejnya pun dibluetick.

Fawwaz merengus. Dia mengalah. Dia memandang Dato' Emir, Dato' Fatwa, Tengku Hasnah dan seluruh ahli keluarga di kerusi yang disediakan di hospital itu.

" Macam mana? Dapat call dia?" Dato' Emir bertanya.

Fawwaz menggeleng kepala.

Semua dia situ mengeluh perlahan. Sudah banyak kali Eisya dihubungi, namun tidak dibalas. Sara pula duduk termenung di situ. Takut menghadap datuk dan parentsnya.

Tiba-tiba, Tengku Hasyar bangun dari kerusi dengan kasar.

" Isy! Memang isteri tak bertanggungjawab betullah si Eisya tu! Suami terlantar dekat hospital pun tak datang-datang!" marahnya.

" Eh, jaga sikit mulut awak ya! Cucu saya tu seorang isteri yang bertanggungjawab. Mungkin anak saudara awak yang sia-siakan cucu saya! " marah Dato ' Fatwa. Dato' Emir segera mengurut dada ayahandanya.

" Sabar ayahanda. Nanti jatuh sakit.. " nasihat Dato' Emir risau.

" Macamana ayahanda tak marah? Mulut dia ni memang patut diajar! " jerit Dato ' Fatwa.

Keadaan jadi haru-biru. Suasana tegang buat seketika.

" Dato', sabar. Bertengkar macamni tak boleh melegakan keadaan. Saya minta maaf atas kelancangan mulut adik saya. Dia tak tahu apa-apa.. " kata Tengku Hasnah sambil melirik tajam ke arah Tengku Hasyar.

Tengku Hasyar mengerutkan dahi. Eh, dia ni! Rela tu bela keluarga menantu lebih dari keluarga sendiri...

" Hah, betul apa kamu cakap tu! Ajar adik kamu tu sikit..lancang sangat bukan orang nak pun dekat dia.." sindir Dato' Fatwa. Dato' Emir tidak mampu nak halang lagi.

Tengku Hasyar ingin membalas tetapi ditegah oleh kakaknya.

Tiba-tiba,

" Diam!!" Sara menjerit di ruangan itu. Semua mata tertumpu ke arahnya.

" Atuk, kalau ya pun nak bergaduh, bergaduhlah dekat tempat lain. Ni hospital! Fahmi tengah sakit kat dalam tu!!" kata Sara.

Dato' Fatwa menahan marah. Wajahnya memerah. Tanpa ditunggu, tangannya laju hinggap di pipi Sara.

Sara terkejut.

" Kenapa atuk pukul Sara? " tanya Sara meninggikan suaranya.

" Kamu tanya kenapa? Kamu tu tak layak nak bercakap dengan aku!! Kamu tahu disebabkan kamu semua ni terjadi. Kalau bukan sebab kamu ada hubungan dengan Fahmi, Eisya takkan jadi macamni!!" Tengking Dato' Fatwa kepada Sara.

" Mungkin Eisya tu ada kekurangan, tetapi dialah cucu yang paling aku sayang! Dia hormat aku! Dia hormat orang tua dia, kamu!! Langsung tak pandai! Tak macam Eisya!! " sindir Dato' Fatwa.

Sara sebak.

" Dan sekarang, kamu dah mengandung anak Fahmi!! Macammana sekarang ni?? Kamu pernah fikir perasaan Eisya?! " marahnya lagi.

Sara tersenyum sinis.

" Kenapa I nak kena fikirkan perasaan orang lain sedangkan tiada sesiapapun yang fikir fasal I?!"

" Sebab kamu tak layak!! " kali ini bukan datang dari Dato' Fatwa tetapi Datin Marina.

" Kamu selfish, Sara!! Sanggup kamu belot kakak kamu sendiri!! Terdesak sangatke kamu sehingga nak hancurkan rumah tangga orang?! "

" Mama... " Panggil Sara tidak sangka.

" Dan kamu, Tengku Hasnah! Mulai hari ni, saya nak kamu suruh anak kamu ceraikan Eisya dengan segera. Saya tak nak anak saya ada suami seperti dia!! Memang syaitan!! " kata Datin Marina.

Tengku Hasnah terkejut. Baru tadi Faiq menceritakan perkara yang sebenarnya pada kedua-dua keluarga besar itu.

" Datin Marina, saya betul-betul minta maaf atas kesilapan anak lelaki saya. Saya tak didik dia dengan betul. Tolonglah, saya sangat sayangkan Eisya seperti anak kandung saya sendiri.." Tengku Hasnah melutut namun cepat ditarik naik ke atas oleh Datin Marina.

" Tengku tak salah.. Yang salahnya anak Tengku dan Sara. Saya tak boleh nak biarkan mereka bermadu kerana mereka adik-beradik. Jadi, saya harap awkq dapat buat keputusan rasional."

Belum sempat Tengku Hasnah bercakap, Dato ' Fatwa telah pun diserang sakit jantung. Dia memegang dadanya lantas terduduk ke lantai.

" Ayahanda!! " jerit Dato' Emir. Dia segera memangku Dato' Fatwa.

" Panggil doktor cepat!! " lalu dengan pantas Fawwaz dan Fakhrul berlari ke depan.

Dato' Fatwa dibawa ke ruangan VIP untuk dirawat.

****

Eisya bangun apabila terasa seperti ada orang yang bermain di mukanya. Dia terpisat-pisat membuka mata.

" Aniq?" Terkejut dia saat mendapati Aniq yang bermain mukanya tadi.

" Hai, Eisya!" sapa Aniq ramah.

" Awak buat apa dekat sini?" tanya Eisya ceria. Entah kenapa perasaan sedih hilang begitu sahaja apabila wajah Aniq menyapa matanya. Boleh jadi terapi ni...

" Saja! Ingat nak main bola tadi, tengok-tengok ada orang pengsan dekat sini. Tu yang saya nak bagi CPR tu.. " jawab Aniq bersahaja.

Eisya ketawa kecil. Kemudian Aniq pun turut ketawa.

Tiba-tiba, phone Eisya berbunyi.

" Sekejap eh." pinta Eisya kepada Aniq di depan.

" Saya tunggu.. " kata Aniq.

Eisya mengangkat panggilan itu. Dari wajah ceria, jadi mendung semula. Aniq yang melihat berasa pelik.

" Anything happen, Eisya?" tanya Aniq setelah Eisya selesai bercakap.

" Atuk saya masuk hospital." kata Eisya perlahan namun masih didengari oleh Aniq.

" Kalau macam tu saya hantar awak! Jom.." kata Aniq sambil menarik tangan Eisya supaya bangun dan mengikutinya.

" Saya boleh bawa kereta saya sendiri.." kata Eisya.

" Nope! Saya takkan benarkan awak drive sendiri. Macam-macam boleh berlaku kalau awak tertekan.. " kata Aniq persis seorang abang.

Akhirnya Eisya mengikuti sahaja langkah Aniq itu. Mereka pun bergerak ke hospital dengan kereta Aniq.

****

Eisya berlari ke tempat di mana atuknya dirawat. Aniq pun ada bersama.

Setibanya di situ, mereka dipandang oleh seluruh ahli keluarga yang terkejut.

Eisya bergerak ke arah Dato' Emir.

" Mana atuk?" tanya Eisya perlahan.

" Atuk ada kat dalam. Pergilah tengok dia." kata papanya.

Tetapi belum sempat dia masuk, bahunya ditepuk oleh Fakhrul.

" Weyh, mana je kau pergi tadi? Aku call banyak kali tak jawab!!"

" Aku tertidur dekat gelanggang bola keranjang tadi. Silent phone... " kata Eisya.

Dia masuk ke dalam bilik rawatan Dato' Fatwa.

*****

Sorry, watak Eisya saya terpaksa buat macamni sebab Eisya seorang bekas leftenan, nanti pelik kalau dia leftenan tapi tiada kemahiran seni mempertahankan diri a.k.a lemah. So, saya harap boleh terima novel ni!!

Share this novel

Acap chomeyy
2022-07-13 18:57:52 

xder sambungan ke please sambung

Angah Ajalah
2021-04-09 00:03:15 

bagus eisya..bg sedar tengku fahmi yg tak sedar diri tu..ingat dia ada segalanya..dia boleh dpt apa dia nak..


NovelPlus Premium

The best ads free experience