Bab 23: Berubah

Action Series 57841

Sara menyisip jus tembikainya. Wajahnya merah menahan marah kerana disembur dengan pepper spray oleh isteri salah seorang datuk yang keluar bersamanya kerana tertangkap kecurangannya. Nasib baik dia tutup mata tadi, tapi lepas tengok Sara tutup mata, terus mukanya disimbah dengan wain.

Imbas kembali,

"I tak sangka you curang dengan I, Hadi!" kata Datin Latifah, isteri kepada Dato' Hadi yang merupakan salah seorang rakan bisnes Dato ' Emir, ayah Sara.

Ketika itu mereka di sebuah kelab malam termahal. Datin Latifah datang dan terus menyembur pepper spray kepada Sara.

" Sayang, dengar dulu apa yang I nak cakap..."

" I don' t need an explaination from you! But her! Kenapa you keluar dengan husband I?!"

Sara terketar-ketar ketika ingin menjawabnya.

" Saya dengan Dato'Hadi takde apa-apapun, Datin.."

"Liar!! Orang macam you ni, elok bunuh je dari kecil. Besar pun menyusahkan orang!" kata Datin Latifah dengan penuh amarah.

" Astaghfirullahalazim, sayang!! Tak baik cakap macam tu! Walau macammana pun, dia ni anak kawan kita.."

" You tak payah nak berlakon baik depan I lah, Hadi. I kenal sangat perangai miang you ni. Sara, you bernasib baik sebab you anak Emir, that's why I sembur dengan pepper spray je, kalau orang lain, I memang dah simbah dengan asid pun!! And you, Hadi! I dah cakap banyak kali dah, kalau you still dengan perangai miang you tu, kita cerai! I akan fail penceraian. " kata Datin Latifah lalu keluar dari situ. Sempat lagi dia menyimbah alkohol di depan muka Sara.

Terkejut Sara dengan tindakan wanita itu. Dia meraup wajahnya yang lencun itu.

Dato' Hadi ingin mengejar isterinya. Sempat dia berkata sesuatu pada Sara sebelum berlalu pergi.

" Sayang, I'll be back, okay?"

" I takut your wife beritahu parents I je.."

" No, no.. I janji itu.." kata Dato'Hadi.

*******

Tengku Fahmi direpostingkan ke Melaka. Dia memohon RAJD PARA kerana lebih ke arah kejuruteraan. Dan permohonannya diluluskan. Hari pertama dia berada di situ, dia sudah dilatih dengan bermacam-macam latihan. Afwan memilih bidang lain dan juga direpostingkan ke negeri lain.

Seminggu selepas dia berada di situ, tidak disangka dia akan berjumpa dengan Eisya. Eisya pun terkejut. Dia datang ke kem itu kerana dia dipilih untuk memberikan sedikit info dan latihan kepada anggota - anggota tentera dalam bidang RAJD PARA.

" Okay, semua. Hari ni saya nak perkenalkan kamu semua kepada lima orang pegawai di sini." kata Kapten Kamal, salah satu tenaga pengajar di situ.

" Ini ialah, Kapten Fahad, Komander Mikael, Komander Haqim, Komander Sarah dan Leftenan Eisya. Dia yang akan memberikan ceramah dan simulasi periuk api kepada awak semua. " kata Kapten Kamal sekali lagi.

Anggota tentera semua memberikan tabik hormat kepada pegawai di depan mereka. Tidak terkecuali juga Tengku Fahmi. Nak senyum takleh. Eisya garang masa bertugas.

Simulasi bermula. Kapten Kamal sudah berdiri di sebelah memberikan ruang untuk lima orang pegawai bercakap.

" Baiklah, seperti yang kamu semua tahu, periuk api ni adalah sebuah alat letupan yang boleh diletakkan pada atas atau bawah tanah. Ia digunakan untuk mengelirukan musuh. Maksudnya, musuh tak akan sedar kedudukan bahan letupan kecuali kalau mereka mempunyai alat pengesan bom... " kata Kapten Fahad.

Setelah selesai memberi ceramah. Bermulalah simulasi untuk periuk api. Para pegawai tidak memakai sut khas kerana bagi mereka ianya cuma satu simulasi . Malahan pula, di dalam tanah tiada apa-apa yang diletak di dalam tanah. Mereka berdiri dengan berjarak satu meter dari pegawai yang lain.

"Bayangkan ada periuk api di sini. Perkara pertama yang perlu kamu buat ialah..."

Di saat itulah, Eisya merasakan sesuatu yang pelik dan keras di tapak kaki kasutnya. Tetapi tak ada apa-apa. Dia menekan sedikit permukaan tersebut. Benar, terasa ada yang keras. Eisya mulai menunduk ke bawah melihat. Dari dalam tanah. Dia berfikir sejenak. Kemungkinan...

Untuk keselamatan, dia tidak bergerak kerana takut bahan yang difikirkan sekarang ini ada di bawah tapak kakinya dan jika bergerak boleh menyebabkan letupan.

Komander Haqim berperasan ada sesuatu yang tidak kena pada wajah Eisya. Dia kelihatan cemas dan pucat.

"Eisya, awak okay?" kata Komander Haqim.

Eisya memandang wajah Komander Haqim. Air matanya sempat mengalir.

"Haqim, ni cuma simulasi je kan?"

"Memanglah. Tak ada nak ditakutkan pun. Diaorang tak letak apa - apapun bawah tanah." kata Komander Haqim. Tetapi dia perasan Eisya berdiri membongkok sahaja.

"Eisya, awak dah kenapa berdiri bongkok macam tu?"

"Haqim, saya rasa macam ada sesuatu dalam tanah bawah tapak kaki saya."

" Mustahillah, mereka tak letak apa - apapun." kata Komander Haqim lalu ketawa kecil. Tapi apabila melihat reaksi Eisya yang macam nak pengsan, tawa dia terhenti.

" Eisya..."

" S-saya rasa..a-ada periuk a-api di bawah. " kata Eisya terketar - ketar.

"Mustahillah.." Komander Haqim bergerak ke arah Eisya dan mengalihkannya dari tempat itu, tetapi Eisya tidak mahu bergerak. Dia melihat sekeliling tempat Eisya. Barulah dia perasan ada satu permukaan seperti tin dari belakang kaki Eisya. Komander Haqim melihat Eisya.

" Panggil skuad bom!! Cepat!!" jerkah Komander Haqim. Kesemua orang di situ terkejut. Salah seorang pegawai di situ bergegas menghubungi skuad bom. Pegawai yang lain bergegas ke tempat Eisya. Mereka berkumpul di depannya.

"Apa yang jadi?" kata Kapten Fahad. Dia melihat wajah Eisya dan anggota badannya kaku. Lalu dia melihat belakang tapat kaki Eisya.

"Periuk api?!" jerit Kapten Fahad. Pegawai di situ telahpun berlari ke arah pejabat bagi mendapatkan bantuan. Suasana jadi kelam-kabut. Eisya hanya berdiri statik. Air matanya mengalir tak henti-henti. Komander Haqim perasan akan hal itu lalu mengesat air mata Eisya dengan ibu jarinya.

"Jangan risau. Everything will gonna be fine, okay?"

Eisya tersenyum tawar.

Tengku Fahmi dapat melihat Eisya dari jauh. Dia yang dikawal oleh Kapten Kamal bersama dengan anggota yang lain tidak dibenarkan pergi ke situ. Tengku Fahmi dapat melihat wajah Eisya yang sudah basah sedikit dan mukanya memerah. Pasti ada yang tidak kena.

Tengku Fahmi berlari ke arah Eisya tanpa mempedulikan orang lain. Sampai di hadapan Eisya, Tengku Fahmi mengelap air mata dengan jarinya. Tengku Fahmi ingin menarik Eisya ke dalam pelukannya namun ditegah Komander Haqim.

" Bawah kaki Eisya ada periuk api. Dia tak boleh bergerak kalau tak periuk api tu meletup." kata Komander Haqim.

Tengku Fahmi terpempan. Dia melihat ke arah Eisya. Dia gelabah. Eisya menenangkannya dengan menepuk bahunya.

" I'm gonna be fine." kata Eisya tersenyum tawar walaupun mukanya lencun dengan air mata.

" Mana skuad bom? Takkan tak sampai lagi?" kata Komander Haqim lantas berlari ke pejabat. Suasana haru-biru namun sedikitpun tidak mengganggu Tengku Fahmi yang sedang menenangkan Eisya.

Akibat terlalu lama menunggu, Eisya membuat keputusan untuk mencari cara mengelakkan periuk api itu meletup dengan sendirinya.

" Eisya, tunggu skuad bom datang. Awak tak boleh pandang ringan benda ni."

" Saya boleh, Lee. Lagipun saya dah belajar semasa dekat Scotland dulu." kata Eisya. Dia menyeka air mata lalu menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakannya.

Tengku Fahmi diarah berdiri menjauh daripada Eisya. Begitu juga dengan anggota lain. Mereka tidak dibenarkan berdiri dekat dengan Eisya kerana takut taktik tidak menjadi dan letupan membahayakan berpuluh-puluh nyawa.

Eisya sudah bersedia. Dia kemudiannya membongkok dan terus mencangkung di situ. Kaki kanannya tidak dialihkan. Dia kemudiannya menggali-gali tanah itu sehingga membentuk kawah kecil. Kaki tidak juga diangkat dari periuk api.
Walaupun lubang semakin dalam, kaki tidak juga diangkat. Dia perlu bersedia betul-betul.

Akhirnya Eisya sudah siap menggali lubang. Dia melihat periuk api di bawah kakinya. Dia melihat pula Tengku Fahmi yang berada jauh daripadanya. Sudahlah tidak memakai pakaian khas. Kecenderungan untuk kemalangan tinggi.

Dengan lafaz bismillah, kaki akhirnya diangkat pantas lalu berlaku suatu letupan yang kuat. Pegawai menundukkan kepala dan berundur dari situ. Eisya pula terpelanting ke jauh dari lokasi letupan itu.

********

Eisya membuka matanya. Dia dapat merasakan anggota badannya tidak boleh bergerak. Lemah. Dia memandang sekeliling. Siling hospital menjadi objek pertama yang dilihatnya.

Seketika kemudian, muncul satu figura dari pintu masuk. Figura itu masuk dan meletakkan beg tangannya di atas sofa bertentangan dengan katil Eisya. Lalu figura itu memandangnya dan terkejut.

" Eisya, kamu dah sedar? Ni mama ni." kata Puan Choo kepada Eisya.

Eisya ingin bangun namun anggota badannya tidak boleh bergerak.

" Just sleep, dear. Kamu masih lemah."

Puan Choo memanggil doktor. Seketika kemudian, seorang doktor muncul dan memeriksa keadaan Eisya. Eisya hanya mengeli-ngelipkan matanya.

" Leftenan Eisya dah stabil cuma perlu berehat lebih lagi. Mungkin kerana letupan itu membuatkan dia tercampak lebih jauh dan mengakibatkan gegaran kuat pada otak."

" Dia tak hilang ingatan kan, doktor?"

Doktor Hafiz menarik nafas panjang.

" Dia tidak hilang ingatan, cuma kadar memori yang dia ingat sekarang ini terhad. Maksudnya, orang yang jarang berkomunikasi mungkin buat masa ni, takde dalam memori dia. "

Puan Choo terpempan.

" Dan..gegaran itu juga akan menyebabkan dia menjadi lembab. Memori dia seakan-akan sudah menjadi seperti seorang budak kecil sekarang. "

Puan Choo akhirnya terduduk. Dia mengalirkan air matanya.

" Kalau takde apa-apa saya pergi dulu."

" Doktor, kenapa badan anak saya tak boleh bergerak? "

" Oh, itu jangan risau. Kami dah bagi sedikit ubat bius. Mungkin kesan lambat jadi badan dia susah nak bergerak."

Setelah pamit, doktor itu keluar dari bilik itu. Kemudian, Dato'Fatwa, Dato'Emir, Datin Marina, Tengku Fahmi semuanya memasuki bilik itu. Puan Choo memberitahu semuanya kepada mereka. Setelah itu, suasana kembali diam. Masing-masing berasa sayu terutamanya Tengku Fahmi.

Dato'Emir memandang Tengku Fahmi yang duduk di sebelah Eisya.

" Jadi, Tengku. Keadaan Eisya dah jadi macam ni. Jadi, keputusan terletak pada Tengku sendiri."

"Apa maksud Dato'?"

" Saya taknak Tengku merana kelak. Eisya sekarang bukan seperti orang lain."

"Jadi Dato' ingat saya nak lepaskan dia? Tak, Dato'! Tak! Saya cintakan dia."

"Dia tak akan mampu buat tanggungjawab dia sebagai seorang isteri nanti. Apa yang dia boleh bagi pada Tengku?"

Tengku Fahmi mengusap rambut Eisya. Air matanya menitis dan semakin lama semakin lebat.

" Saya akan jaga dia dengan sepenuh hati saya." kata Tengku Fahmi.

Datin Marina menangis. Tidak disangka Tengku Fahmi sangat mencintai anak tirinya itu. Cintanya begitu tulus.

" Baiklah kalau Tengku cakap macam tu. Saya dah tak boleh buat apa dah."

Mereka semua merenung Eisya yang tidur di atas katil itu.

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience