Bab 33: Terkejut

Action Series 57841

Eisya bosan. Dia hendak keluar berjalan. Baru beberapa langkah keluar, eh! Faiq dah menyibuk..

" Puan Engku nak ke mana?"

Eisya berdecit. Dia berpaling ke belakang.

" Saya nak keluar jalan-jalan. Tak yah ikut sebab saya drive sendiri." kata Eisya lalu bergerak ke ke pintu kereta. Tetapi apabila pintu kereta dibuka, laju sahaja langkah Faiq menahan sehingga pintu kereta tertutup.

Eisya dah berang. Apa ni? Dahlah senyum pun tak, pastu main suka hati je tolak pintu kereta sampai tertutup..

" Saya drive." Faiq meminta keizinan.

" Saya dah pandai drivelah. Lagipun, bukan kereta Fahmi ni, kereta sayalah. Kang kalau awak bawak, saya takut kereta saya masuk dalam parit je.." sindir Eisya.

" Tengku kata kalau nak pergi mana-mana, saya kena drive. "

" Itu dia yang cakap, saya? Memang taklah nak bagi awak drive. Awak drive dahlah slow, selamat sangat. Saya nak race.. "

" Tengku Fahmi kata saya kena teman Puan Engku pergi ke mana - mana untuk mengelakkan kejadian dulu berulang lagi. Kalau berulang lagi, Tengku Fahmi tidak teragak-agak untuk meng... "

" Yalah, yalah! Nah, kunci kereta.. " kata Eisya mengalah. Faiq bab membebel sama macam Tengku Fahmi. Adik-beradik ke?

Mereka sampai di sebuah pusat beli-belah. Eisya mencuci mata dengan melihat barang-barang berjenama di situ dengan ditemani oleh Faiq di belakangnya.Eisya kelihatan sedang mencari sesuatu.

" Dah jumpa!" Eisya berlari ke arah sebuah kedai yang menjual bola sepak. Faiq juga turut mengikutnya.

Eisya memilih bola yang mempunyai tandatangan seorang pemain bola sepak terkenal lalu membawanya ke kaunter.

" Harga bola ni mahal sikit, cik." kata penjual itu.

"Takpe, just kira. Saya bayar." kata Eisya. Apabila penjual itu menyebut harganya, Faiq segera mengeluarkan red diamond card yang diberikan oleh Tengku Fahmi kepadanya untuk membeli apa yang Eisya mahu. Dihulurkan namun Eisya menolaknya ke tepi Faiq dan mengeluarkan credit card miliknya.

" Terima kasih cik." kata penjual itu.

Eisya tersenyum lalu keluar dari pusat beli-belah itu.

" Saya boleh bayar tadi, Puan Engku." kata Faiq yang berjalan di belakang Eisya.

" Saya tak nak susahkan Fahmi. Ni kad kredit saya sendiri. Awak boleh bagi semula credit card tu pada Fahmi." kata Eisya.

Faiq hanya membisu.

Eisya menunggu di dalam kereta kerana Faiq memberitahu dia ingin ke tandas sebentar. Wait, bukan ke ini peluang baik?

Eisya tersenyum sinis lalu menelefon kawannya supaya datang mengambilnya di parking pusat beli-belah itu.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta datang ke situ. Eisya terus masuk ke dalam kereta itu lalu pergi dari parking itu.

*****

Tengku Fahmi bergerak masuk ke dalam kereta apabila Faiq memberitahunya Eisya telah hilang. Namun, Faiq sempat meletak GPS pada beg galasnya. Oleh sebab itu, keberadaannya mudah dicari.

Eisya menimbang bola dengan menggunakan kakinya. Kali ini baru dia rasa bebas. Tanpa Faiq, dia bebas berbuat apa-apa.

Haqimie yang baru duduk setelah keluar membeli minuman memandang Eisya yang sedang menimbang bola. Haqimie merupakan pemain bola sepak terkenal. Selalunya, dia asyik tiada di negara kerana mempunyai urusan kerja di luar.

" Eisya! Mehlah duduk sini. Aku dah beli minuman ni!!" laung Haqimie dari kerusi. Ya, mereka sekarang berada di kem bola sepak.

Eisya yang sedang menimbang bola memandang Haqimie yang melambaikan botol air kepadanya. Lalu dia bergerak menuju ke arah Haqimie.

" Bestlah! Lama aku tak main! " kata Eisya. Botol air disuakan padanya.

" Aih, jadi isteri Tengku pun, tak boleh main bola? Tengku tak bagi keluar rumah ke?" gurau Haqimie.

" Bukanlah! Aku je yang tak nak main. Peluh."

" Pelik sekarang ni.."

" Aku tetiba rasa nak mandi peluh. " gurau Eisya.

Sedang mereka berbual, tiba-tiba tangan Eisya digenggam dari arah belakang. Eisya menoleh.

Tengku Fahmi!!

" Jom balik!" kedengaran suara Tengku Fahmi tegas dan jelas.

" Nantilah, saya nak main bola jap. " kata Eisya dengan lembut.

" Kau tak faham bahasa ke?! Balik!" jerkah Tengku Fahmi membuatkan Eisya tersentak. Terangkat sikit bahunya. Tengku Fahmi menarik tangan Eisya supaya mengikutinya namun tangan di sebelah lagi ditahan oleh Haqimie.

" Bro, kalau ye pun marahkan isteri sebab datang sini, tak perlu nak kasar-kasar. Perempuan kut!!" sindir Haqimie. Pantang dia. Dahlah Eisya kawan dia.

" Dia isteri aku! Ikut suka hati akulah nak marah ke nak tengking ke, apa masalah kau?!" jerkah Tengku Fahmi.

" Fahmi, sudahlah! " Eisya menegur.

" Apa sudah-sudah?! Kalau bukan sebab kau, tak ingin aku datang sini kau tau tak?!" marah Tengku Fahmi.

Eisya terpempan. Kenapa dengan dia?

Namun, satu tumbukan mendarat di muka Tengku Fahmi. Eisya terkejut. Dia melihat Haqimie.

" Mulut tu jaga sikit! Dia isteri kau, tanggungjawab kau. Jagalah dia.. Kalau kau taknak, kau bagi dekat aku!!" sindir Haqimie.

Makin berasap Tengku Fahmi. Dia bangun dan menumbuk pula muka Haqimie dengan kasar. Haqimie terduduk.

" Apa awak ni?! Dia tak salahpun.. " kata Eisya lalu duduk memeriksa pipi Haqimie.

" Dia yang tumbuk aku dulu!! " Tengking Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi berang apabila Eisya melebihkan orang lain daripadanya. Dia menarik tangan Eisya dengan kasar lalu bergerak meninggalkan kem itu. Haqimie ditinggalkan sendirian.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience