Bab 8: Benci

Action Series 57841

Sara Amelia menyimbah air tepat pada wajah Tengku Fahmi. Marahnya meluap-luap. Tengku Fahmi yang basah kuyup itu tergamam lalu berdiri sambil mengesat wajahnya.

" Kenapa you ni?!" marah Tengku Fahmi. Dia menyimbah pula air putih miliknya tepat pada wajah Sara Amelia. Sara Amelia terkejut.

" You dah kenapa simbah air kat I?!" mara Sara Amelia pula. Semua orang di dalam restoran itu memandang mereka namun tidak dihiraukan.

" You yang simbah air kat I dulu! You ingat I tak boleh balas?!"

Sara Amelia kemudian menangis teresak-esak kerana tengkingan Tengku Fahmi. Terangkat sedikit bahunya.

" You dah tak sayang I, Fahmi...." kata Sara yang telah duduk di atas kerusi. Mukanya ditekup dengan tangan.

Tengku Fahmi mengeluh. Dia memicit pelipisnya sambil bercekak pinggang. Dengan perlahan - lahan dia bergerak ke arah Sara dan mencangkung di hadapannya.

" Apa yang I dah buat? I rasa I tak buat salah apa-apapun." kata Tengku Fahmi dengan nada yang semakin mengendur. Tangan Sara digenggam.

" Jangan pegang I lah. You ingat I tak tahu ke?! I bodoh sangat ke depan mata you, Fahmi?" kata Sara menepis tangannya.

Sara kemudiannya mengeluarkan handphonenya lalu menekan instagram. Dia mencari-cari nama Tengku Hasnah lalu menunjukkan gambar yang dipost beberapa jam yang lalu.

" Apa ni? Apa ni Tengku Fahmi?! You kata hanya ada I sorang je dalam hidup you. Ni apa? Kad siapa ni, Fahmi?!"

Tengku Fahmi melihat gambar yang baru dipost oleh ibunya. Dia melihat sekeping kad perkahwinan mewah yang tertulis nama Tengku Fahmi dan Eisya Esynani. Sungguh dia tidak tahu mengenai hal itu.

" Serius, I tak tahu pun fasal tu. Ni mesti bonda punya kerja." kata Tengku Fahmi.

" Kalau orang lain I boleh terima, Fahmi. Tetapi, kenapa my sister? Takde orang lain ke yang bonda you nak kahwinkan you?"

" I sebenarnya dah lama bertunang dengan Eisya. Sejak kami kecil lagi. I tahu fasal tu. Tetapi lepas I jumpa you, I dah tak fikir langsung fasal dia. Malahan pula, lepas je I balik dari New York, bonda I kata Eisya dah berlepas ke Scotland. "

Tengku Fahmi berdiri dan duduk di atas kerusi menghadap Sara.

" Sehinggalah masa I tanya you kenapa atuk you buat majlis makan-makan sebab apa and you kata sebab kakak you, mula-mula I tak kisah. Tapi lepas tu you ada sebut nama Eisya. Terus I teringatkan dia."

" Kakak I tahu tak yang dia dah bertunang dengan you?"

" Tak, sebab masa tu, Eisya dimasukkan ke wad kerana demam panas. Lepas je dia sembuh, memang dia terus ke Scotland. I memang tak ada chance nak jumpa dia and your family pun tak sempat beritahu sebab Eisya kena bertolak hari tu jugak.

" So, kita still ada peluang, Fahmi. Eisya tak tahu lagi pertunangan ni. So, you beritahulah bonda you yang you bercinta dengan I. You pun tak sukakan Eisya kan? Cukuplah dia rampas kasih sayang mama, papa dan atuk I. I tak nak hilang you, Fahmi. I sayang you. "

Tengku Fahmi rasa tak sedap hati. Sampai macam tu sekali ke dia bencikan Eisya? Tetapi tak semudah itu. Dia tak mahu mengecewakan Eisya. Biarlah dia tak tahu lagi pun.

" Kenapa you ni? I taklah sejahat tu walaupun I tak sukakan dia. Dan bonda I dah tahu fasal kita. Dan dia minta putuskan hubungan kita."

" So you nak putuskan? Kenapa you jadikan I girlfriend you selama ni? Untuk jadi peneman you je?! You ni memang tak guna lah, Fahmi!"

Sara Amelia terus berlari keluar dari situ. Adoi, ingatkan nak bincang elok-elok. Dah begini pula jadinya. Tak boleh nak buat apa dah! Tunggu dia sejuk sendiri.

Dia memerhatikan sahaja Sara Amelia yang memasuki teksi itu. Kalau lelaki lain mesti dah pergi kejar ni. Tapi Tengku Fahmi ni rileks je kalau buah hati merajuk. Katanya biar hati dia tenang sedikit tanpa gangguan. Kepala hotak kau!!!

Tiba - tiba, handphonenya berdering di dalam poket seluar. Dia mengeluarkan handphonenya dari dalam poket dan terus mengangkat panggilan itu.

" Hah, Wan. Ada apa?" tanya Tengku Fahmi tanpa berbasa-basi.

" Haa.. Fahmi. Ni aku dah jumpa dah kat mana tempat orang yang kau suruh cari tu bekerja."

" Haa, bagus. Jumpa kat tempat biasa."

Tengku Fahmi terus menutup panggilan lalu menaiki keretanya pergi dari restoran itu.

***********

" So, kat mana tempat kerja dia? " tanya Tengku Fahmi. Matanya masih tidak dialihkan daripada game di komputer. Nak tahu kat mana ' tempat biasa' tu? Cyber Cafe. Kau rasa? Hadooi, Tengku Fahmi.

" Kem Kajang." Dia kerja kat situ. Nasib baiklah ada seorang askar yang aku kenal dekat PD kenal orang yang kau sebut tu. Kalau tak, memang jenuh aku nak cari dekat Scotland. " kata Afwan.

" Kenapa? "

" Kau tahu tak, bukan senang tau nak tahu semua fasal dia. Nasib baik aku just tanya fasal tempat dia kerja je. Tu pun asyik nak kena halau je. Entah apa yang dirahsiakan sangat pun tak tahu. " kata Afwan. Matanya juga turut tidak beralih dari memandang skrin komputer.

" Kau rasa kalau aku join sebagai kadet, okay tak? " tanya Tengku Fahmi. Afwan terkejut. Dia segera beralih memandang Tengku Fahmi yang setia bermain game online itu.

" Serius arh kau. Weyh, kalau kau masuk join sebagai kadet, Tak kiralah kau berpangkat datuk ke, menteri ke? Diaorang akan layan kau sama rata macam kadet yang lain."

" Yelah, memang diaorang layan sama rata. Ke nak suruh pegawai layan aku macam Tengku? Memang taklah. Lainlah kalau makan bersuap. Aku still ada iman okay? Tak mainlah makan suap ni. Makan sendiri je. "

" Itu aku pun tahu. Tapi awal - awal aku beritahu kau. Jadi askar bukan senang tau. Perlukan kesabaran yang tinggi. Perlukan mentaliti yang kuat. Kau setakat tikus pun dah cabut lari, kau rasa kau boleh tahan duduk dalam askar? " perli Afwan sambil meneruskan permainannya yang tertangguh.

" Tak payahlah perli - perli aku. Tahulah aku takut tikus. Tapi, aku nak masuk jugak. "

" kau nak masuk sangat tentera tu buat apa? Kalau kau nak jumpa perempuan tu. Kat luar pun boleh jumpa."

" Bukan, aku nak tahu kenapa maklumat dia banyak yang dihitamkan? Mungkin kalau aku masuk tentera, aku boleh tahu serba-sedikit tentang dia. "

" Berianya kau. Kenapa kau nak tahu sangat fasal dia? "

" Sebab dia tunang aku. " kata Tengku Fahmi mengaku. Dan sekali lagi Afwan terkejut beruk. Mahu rasanya mati di situ. Kenapalah makhluk seketul ni tak beritahu yang perempuan tu tunang dia. Tak dia buat sambil lewa je.

" Engkau ni apa punya banganglah! Kenapa kau tak bagitahu awal-awal. Kalau aku tahu mahu aku siasat sampai lubang cacing. Aku pun nak tahu jugak fasal dia."

" Kenapa kau nak tahu fasal dia?"

" Weyh, bukan calang-calang orang tau maklumat dia dipadamkan dari sistem. Mungkin orang ni penting. Eisya tu pun aku tengok dia lain macam. Aku dengar dari Fawwaz lah. Dia tak suka orang ceroboh masuk bilik dia. Macam ada something dia sorokkan. " terang Afwan yang merupakan kawan rapat kepada adik Eisya, Fawwaz Amri.

Tengku Fahmi hanya mengangguk. Dalam diam dia menghadam segala apa yang dikatakan oleh kawannya itu.
Setelah itu, tidak lagi kedengaran suara mana-mana pihak mahupun Tengku Fahmi ataupun Afwan. Masing-masing tenggelam dengan permainan atas talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience