Bab 25: Muslihat

Action Series 57877

Sara masuk ke hospital. Dia menuju ke ruangan VIP. Sesampainya dia di situ, dia melihat Tengku Fahmi dan Eisya yang sedang bergelak ketawa sambil membaca buku.

Hatinya berasa sakit. Sampai hati Tengku Fahmi mengendahkan dirinya. Kenapa semua benda yang dia sayang menjadi milik Eisya? Apa istimewanya dia? Eisya disayangi ramai. Fawwaz dan Fakhrul yang merupakan adik kandungnya juga melebihkan Eisya. Dia?

Sara mengetap gigi. Dia memegang handbagnya kasar lalu masuk ke situ. Air mukanya dimaniskan. Mungkin dia ada peluang untuk mendekati Tengku Fahmi disaat Eisya berkeadaan sebegini.

Kebetulan, semasa dia masuk, Tengku Fahmi baru nak keluar untuk ke tandas. Mereka bertatapan sebelum Tengku Fahmi keluar dari situ.

Sara melihat ke arah Tengku Fahmi. Air mukanya kelihatan sinis. Dia memandang Eisya semula. Eisya sedang membaca buku tanpa melihat ke arahnya.

Sara mengambil tempat di kerusi tepi katil Eisya.

" Hai, sister! Lama tak jumpa!" kata Sara ceria. Namun Eisya buat tak peduli je.

" Ermm..you dah makan? Kalau you tak makan lagi, I ada bawa kuih kesukaan you." kata Sara. Dia mengeluarkan kuih dari dalam plastik lalu disuakan ke Eisya. Eisya hanya memandang dingin.

" Kau kenapa buat baik dengan aku ni?"

" Salah ke Sara nak buat baik dengan kakak? Kakak kan satu-satunya kakak Sara. "

" Well, aku tak pernah anggap kau sebagai adik aku. And kalau kau buat baik dengan aku semata-mata sebab kau nak aku jadi matchmaker kau dengan Sean, sorrylah, aku malas dah. So, dipersilakan keluar. " kata Eisya dingin.

Sara berfikir sejenak. Mama kata memori Eisya terpalit semasa sekolah menengah. Ya! Kalau bukan masa sekolah menengah, Sara takkan kenal dengan Sean, crush Sara waktu itu.

Sean ialah salah seorang kawan Eisya dan merupakan orang yang Sara suka masa sekolah menengah dulu. Oleh kerana Sean kawan Eisya, Sara memintanya untuk menjadi matchmaker bagi dia dan Sean.

" Eh? Tak, Sara bukan datang sini sebab Sara nak minta tolong akak fasal Sean. Well, Sara dah move on dah. Sara dah ada orang lain."

" Ya ke? Siapa? Kau kongsilah dengan aku sekali. Aku pun nak tahu jugak bakal adik ipar aku." kata Eisya teruja. Kedudukannya telahpun menghadap Sara.

Tanpa mereka sedar, Tengku Fahmi sedang leka mendengar segala perbualan mereka di balik pintu yang terbuka.

" Seriously, kakak nak tahu? Bukan kakak ke orang yang paling marah sekali bila tahu Sara couple?"

" Well, aku marah sebab aku kenal Sean macammana. Aku tak bagi dia dekat dengan kau sebab dia tu playboy. Aku taknaklah kau ni merana di kemudian hari."

Sara memandang Eisya dengan wajah sinis. Eleh, kau cakap je lah yang kau pun suka dekat Sean. Sebab tu kau tak bagi aku dekat dengan dia. Desis hati Sara.

" Oh, so sweet. Thank you sebab tolong jauhkan Sara dari playboy tak guna tu. "

" My pleasure. Okay, sekarang ni cuba kau beritahu aku siapa yang kau suka tu?"

Sara malu-malu kucing. Mulalah menggeletis dia dengan Eisya. Tengku Fahmi masih mendengar.

" I sukakan boyfriend you. " kata Sara berbisik.

" Heh! Kau ni, aku mana ada boyfriend. "

" Habis tu, siapa yang melekat dengan you tadi tu? Siap suka-suka lagi."

" Maksud kau, lelaki yang dekat dengan aku tu? Oh, tu Lee."

Sara pelik. Lee?

" Siapa Lee? "

" Nama dia. Keith Lee." kata Eisya.

Keith Lee? Bukan dia dah mati ke? Jadi, Eisya rapat dengan dia sebab dia ingat Tengku Fahmi tu Lee? Desis hati Sara.

Manakala Tengku Fahmi, dia barulah faham kenapa Eisya kenal dia. Sebab Eisya kenal dia sebagai Keith Lee. Puan Choo ada beritahu yang Keith Lee adalah kawan baik Eisya yang dibunuhnya sendiri.

" Are you sure that he 's Keith?"

Eisya mengangguk.

Sara mengangguk tanda faham. Apapun, lantaklah. Mungkin dia boleh buat Eisya tolong dia mendapatkan Tengku Fahmi yang dikenalinya sebagai Keith.

" So, kau nak aku tolong kau tackle dia?"

Sara mengangguk.

" But susah sikitlah. Sebab Lee tu jenis tak layan mana perempuan ni. Biasanya perempuan yang kejar dia."

" Sara tak kisah pun semua tu. Janji Sara dapat dia. Kakak kan kawan baik dia? Kakak bolehlah tolong Sara. "

Sara menggoyangkan lengan Eisya sementara Eisya pula berfikir. Dia menepis Sara kasar lalu berfikir.

" Okaylah. Tapi kalau aku dapat yakinkan dia, kau nak bagi aku apa? Kau kenal aku kan? Aku tak akan buat kalau tak ada habuan. " kata Eisya sambil menggoyangkan kakinya.

Sara tersenyum sinis.

" Of courselah ada. Meh sini." kata Sara lalu menarik muka Eisya ke arahnya lalu menghalakan mulutnya ke telinga Eisya. Dia membisikkan sesuatu.

Tengku Fahmi tidak mendengar apa-apa. Tapi yang penting, dia rasa Sara memberitahu sesuatu yang tak elok padanya.

" Macammana? " tanya Sara.

Wajah Eisya bertukar ceria.

" Cun, aku lama dah tak min..."

Sara menekup mulut Eisya lalu memandang ke sekeliling.

" Jangan cakap kuat-kuat sangat. Orang dengarlah."

Eisya tersenyum sumbing.

" So, nanti Sara datang lagi, eh? Bye.. " kata Sara lalu bergerak ke pintu. Di pintu dia terjumpa Tengku Fahmi yang menariknya ke tempat yang jauh dari bilik itu.

Sara mendesis kesakitan ketika Tengku Fahmi menggenggam tangannya kuat. Dia akhirnya melepaskan tangannya sendiri sambil berhadapan dengan Tengku Fahmi.

" Apa you ni?! Sakit tangan I tau tak?!" marah Sara tapi manja.

" Tau pun sakit! I boleh buat tangan you patah kalau you cakap benda mengarut dengan Eisya lepas ni!"

" Bukan salah I. Eisya yang nak tolong I. I ingatkan dia still marah I sebab goda you. Rupanya, dia sanggup tolong I. "

" Itu sebab dia kenal I sebagai orang lain. Kalau dia kenal I, I rasa nyawa you tak panjang kut. "

" Apa-apa jelah, Fahmi. Yang penting, I akan dapat you. Nasib baik Eisya anggap you ni Keith, ada juga benefit dia kan? " kata Sara sinis. Dia berlalu dari situ selepas meraba perut Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi masuk ke ruangan Eisya. Eisya sedang meregangkan badan sambil menghadap tingkap. Tiba-tiba, Eisya merasakan tangannya dicengkam dengan kuat dan dialihkan pandangan ke arah empunya badan.

Eisya terkejut apabila wajah Tengku Fahmi menyapa matanya.

" Kau dah kenapa?!" tanya Eisya kepada Tengku Fahmi yang dikenalinya sebagai Keith.

" Jom kahwin." kata Tengku Fahmi sambil matanya merenung Eisya.

" Apa kau cakap?"

"Jom kahwin. Saya akan inform parents awak."

" Saya muda lagi."

"I don't care."

Tangan masih tidak dilepaskan.

" Wo,wo, wo...rileks, chill okay? Kau dah kenapa nak kahwin dengan aku? Bukan selama ni, kita elok je berkawan?" kata Eisya. Dahlah dia dah janji dengan Sara.

" Saya suka awak. Saya dah lama suka awak."

Eisya tercengang. Matanya terkebil-kebil.

" Saya nak kahwin dengan awak. "

" Tapi aku taknak kahwin dengan kau. "

" Awak takde pilihan. Kalau awak taknak kahwin dengan saya pun, lambat-laun awak akan kahwin dengan saya juga. "

Tengku Fahmi mula melepaskan tangan Eisya.

" Saya akan bincang dengan parents awak sekarang jugak." kata Tengku Fahmi lalu keluar dari situ.

Eisya tercengang. Dia berdiri disitu bagai patung. Damn it! Apa yang budak ni buat?

******

Papp!!

Satu tamparan hinggap pada pipi mulus Sara. Sampai terteleng Sara dibuatnya. Dato' Fatwa memandangnya dengan wajah yang garang.

" Kamu ni tak habis-habis buat malu dalam keluarga ni! Dulu, kamu buat aksi menjijikkan dengan lelaki murahan mana ntah, sekarang, kamu nak rampas bakal suami kakak kamu pulak?!" kata Dato'Fatwa. Dia yang terdengar perbualan Sara dengan Fawwaz berasa naik angin dengan sikap Sara.

Sara tersenyum sinis.

" Dahlah, ayahanda. Sara tak sengaja tu. " kata Dato' Fatwa.

" Kamu ni terlalu manjakan dia, Emir! Sebabtu dia berani buat macam ni." marah Dato' Fatwa.

Emir hanya menelan sahaja leteran ayahnya. Dia pun berasa malu juga dengan anak gadisnya ini.

" Bukan salah Sara! Kakak yang nak tolong Eisya!"

" Sebab dia tak kenal lagi Tengku Fahmi! " tengking Dato'Fatwa.

Sara tersentak sedikit. Tapi tak lama selepas Kak Jah memaklumkan kepada mereka bahawa Tengku Fahmi datang ke rumah. Sara berubah ceria kerana fikirnya Tengku Fahmi datang kerana turut sukakannya. Mungkin Eisya sudah melancarkan rancangannya.

" Dato'." sapa Tengku Fahmi.

" Fahmi! Apa yang membuatkan kamu datang ke sini?" kata Dato'Fatwa ramah.

Namun, tiba-tiba Sara datang mendekat lalu memeluk lengan Tengku Fahmi. Dato' Fatwa ingin memukul gadis itu namun ditahan Tengku Fahmi.

Dato'Fatwa tercengang.

" Atuk tengok sendiri! Fahmi cintakan Sara! Eisya yang rampas Fahmi dari Sara. Sekarang, Atuk tengok siapa yang bela siapa?"

Dato'Fatwa melihat ke arah Tengku Fahmi.

"Betul ke, Fahmi?"

Tengku Fahmi diam sejenak.

"Betul.."

Dato'Fatwa menurunkan tangannya. Dia berundur setapak.

"Tapi tu dulu.."

Semua di situ tercengang. Mereka memandang Tengku Fahmi. Begitu juga Sara.

"Maksud you?" tanya Sara.

" Tu dulu. Sekarang I cintakan Eisya. And I datang pun sebab nak minta Dato'Emir dan Datin Marina percepatkan majlis perkahwinan kami."

Dato'Fatwa menjadi lega. Sara pula yang kelihatan gugup. Perlahan-lahan dia berundur setapak. Pegangan di lengan Tengku Fahmi dileraikan.

" No, no you tak boleh buat macam ni! You tahu tak I cintakan you je?! " Sara menangis.

" Sorry, Sara. Cinta I untuk you dah mati. Sekarang cinta ni untuk Eisya." kata Tengku Fahmi.

Sara menangis lalu keluar dari situ. Tengku Fahmi hanya melihat. Tidak kuasa aku nak pergi pujuk. Bukan girlfriend aku.

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience