Bab 9: Dengan Dia?

Action Series 57877

" Sara..." panggil Eisya yang sudah lengkap berpakaian unirform tentera untuk bertugas hari ini.
Sara Amelia yang telah berjalan menuruni tangga melepasi kakak tirinya itu terhenti sebentar tetapi masih tidak berpaling ke belakang.

" Akak nak cakap sikit, boleh? " tanya Eisya dengan lembut.

" Nak cakap apa? I dah lewat dah ni. Cakap sekarang." kata Sara dengan tegas.

" Kenapa akak tengok Sara macam tak suka je akak balik sini?" soal Eisya.

Sara Amelia berpaling ke arah kakaknya di belakang. Wajahnya sangat ketat. Rambut ikal mayang berwarna perang itu juga terbuai ke belakang.

" Memang. Memang I tak suka you balik sini. You tahu tak, kalau you balik sini mama, papa dan atuk takkan kisah fasal I!! Tu, mama tu. Mama I lah, Eisya. Bukan mama you. But, kenapa dia lebihkan you daripada I? Apa yang hebat sangat you tu?" marah Sara.

Eisya tergamam. Dia tidak menyangka Sara dengki kepadanya.

" Sara, akak minta maaf. Akak tak tahu... "

" Tak tahu?! Tak payah nak pura-puralah. Mengaku jelah yang you memang jealous dengan I kan? You tak suka tengok I happy, sebab tu you rampas semua milik I termasuklah Tengku Fahmi!!!" Sara hampir menengking.

" Tengku Fahmi?" Soal Eisya. Tengku Fahmi mana pulak ni? Sejak bila aku rampas dia?

Sara sudah berura-ura untuk keluar namun tangannya sempat dipegang oleh Eisya. Sara menoleh.

" Tak kiralah siapa Tengku Fahmi tu, kalau Sara suka dia, ambil jelah. Akak tak kisah pun. Lagipun, akak tak kenal dia. Sara ambillah. Janji Sara maafkan akak eh?"

Eisya tersenyum manis sambil menyatukan kedua-dua tangannya tanda meminta ampun. Tiba-tiba kedengaran satu suara dari atas tangga di rumah agam itu.

" No!! " Datin Marina merenung tajam ke arah mereka berdua. Pandangannya kini beralih kepada Sara.

" Jangan mengada, Sara. Tengku Fahmi tunang Eisya. Yang kamu terhegeh - hegeh nak dekat dia dah kenapa?" perli Datin Marina.

Sara daripada sejuk kini sudah panas mukanya. Wajahnya kian memerah. Dia merenung tajam ke arah Datin Marina dan seterusnya ke arah Eisya. Eisya pula tergamam.

" Tunang? " soal Eisya memandang Datin Marina. Sara mendengus geram sebelum menghentakkan kaki keluar dari rumah agam itu. Bergema ruangan itu dengan bunyi hentakan kasut tumit tinggi miliknya.

Eisya hanya merenung figura Sara yang semakin menghilang. Dia merenung pula wajah Datin Marina yang masih kaku memerhatikannya di atas tangga.

*************

" Dengan Tengku Fahmi?" soal Eisya kepada Datin Marina. Baru sebentar tadi, Eisya bertanyakan pada ibu tirinya itu dengan siapa dia bakal dikahwinkan?

" Ha'ah. Dengan Tengku Fahmi. Eisya tak kenal siapa, kan?"

Eisya menggelengkan kepala.

Datin Marina mengeluarkan sekeping gambar dan dihulurkan pada Eisya. Eisya meneliti gambar tersebut. Dalam gambar tersebut menunjukkan papanya dengan seorang lelaki yang berpakaian korporat. Lelaki itu tersenyum manis.

Eisya terkejut. Lelaki ni bukan ke yang datang ke office papa hari tu? Dia mula meneroka wajah lelaki itu di dalam kotak fikirannya. Memang benar, inilah lelaki yang mendukungnya hari tu.

" Dengan dia? Biar betul, mak cik?" soal Eisya. Datin Marina mengangguk.

"Betullah. Eisya dengan Tengku Fahmi dah ditunangkan sejak kecil lagi."

"kenapa Eisya tak tahu pun?"

" Dah Eisya bertolak awal ke Scotland. Papa dengan atuk memang nak beritahu Eisya, tetapi tak sempat. Eisya kata kena lapor diri seawal mungkin. Jadi kami tak sempat beritahulah."

" Dia tahu tak fasal ni, mak cik?"

" Tengku Fahmi dah tahu dah fasal ni dari umur dia 16 tahun. Eisya je yang tak tahu lagi. "

Eisya merengek seperti budak kecil. Haih, kalau nak tunangkan aku pun, ambillah orang lain. Dia juga yang mama pilih."

Eisya akhirnya berangkat ke Kem Kajang dengan kadar segera. Kebetulan, hari pertama dia bertugas sama dengan kemasukan kadet-kadet baru. Oleh itu, dia perlu ada di sana dengan segera. Eisya bergerak ke Kem Kajang dengan keretanya sendiri.

**************

Setelah sampai, dia segera memarkir keretanya di tempat parkir yang ditetapkan. Dia segera berjalan masuk ke dalam pejabat.

" Eisya Esynani?" soal seorang anggota perempuan yang sebaya dengannya.

"Ya." jawab Eisya sepatah.

" Oh, minta maaf. Saya tak perasan tadi. Saya Leftenan Khadijah. Cuma panggil Dijah je. Mari saya tunjukkan bilik awak." kata Leftenan Khadijah.

Eisya membuntuti langkah Dijah. Tak lama kemudian, mereka memasuki sebuah bilik yang agak besar sederhana namun luas. Eisya meneliti sekeliling bilik itu. Tidak ubah seperti di Scotland dulu.

" Jadi, inilah bilik awak. Selamat datang ke Kem Kajang." kata Dijah ceria. Selalunya askar berwajah ketat. Ini lain pula jadinya.

" Kalau awak tak kenal tempat ni lagi, boleh jumpa saya. Saya akan kenalkan awak dekat mana kantin, toilet, tempat berkawad. Bilik saya kat tepi tu je. " kata Dijah sambil tangannya menunjukkan arah biliknya.

" Okay, terima kasih." kata Eisya. Tak lama kemudian, Dijah keluar dari bilik itu. Eisya mengambil tempat di meja kerjanya. Dia memangku kepalanya dengan kedua-dua tangannya.

*****************

Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, semua kadet diminta berkumpul di tengah padang sambil kedua-dua tangan diletakkan ke belakang. Beg baju dan segala keperluan diri diletakkan di atas tanah di tepi mereka masing-masing.

" Tak fasal-fasal aku pun kena join juga. Kaulah ni.." kata Afwan dengan nada rata. Dia tidak memandang Tengku Fahmi di tepi kerana askar tidak dibenarkan membuat apa-apa selain senang diri sahaja.

" Siapa suruh kau join? Aku kata aku je yang nak masuk." kata Tengku Fahmi masih memandang ke hadapan.

" Aku risaukan kaulah sebab tu aku masuk." balas Afwan. Nadanya seperti orang sedang berbisik.

Mereka mengeluh serentak. Dahi mereka sudah berpeluh kerana terlalu lama berada di tengah panas.

Selepas beberapa minit, kelihatan beberapa orang pegawai datang berdiri di hadapan mereka.

" Selamat pagi kadet." sapa Kapten Fahad.

" Selamat pagi tuan." semua kadet memberikan sapaan yang bersemangat.

" Baiklah, hari ni aku nak perkenalkan diri aku dan pegawai di belakang aku."

Tengku Fahmi sempat meneliti sorang-sorang wajah pegawai tentera yang berada di hadapannya. Dia berjaya mencari wajah yang dicarinya. Kelihatan Eisya Esynani yang sedang berdiri di tepi seorang pegawai wanita.

Mata mereka bertembung. Eisya, apa lagi? Terbeliaklah biji mata tengok tunang kat sini. Join tentera pulak?
Tengku Fahmi hanya tersenyum memandangnya.

" Okay, nama aku Kapten Fahad Hadi bin Mahmood. Korang boleh panggil aku Kapten Fahad."

" Baik tuan." bergema lagi dengan suara kadet-kadet baru.

" Dan ini Komander Mikael. Korang boleh panggil dia Komander Kael je. Ini, Komander Sarah. Ini Leftenan Khadijah dan ini Leftenan Eisya. " kata Kapten Fahad sambil menunjukkan nama-nama tadi kepada pemiliknya.

" Jadi, dekat kem ni, ada peraturannya yang tersendiri. Kalau awak langgar satu peraturan, awak akan didenda. "

Tengku Fahmi sebenarnya tidak mendengar pun apa yang dikatakan oleh Kapten Fahad. Pandangan matanya hanya tertumpu ke arah Eisya yang cuba mengelakkan diri dari dipandang olehnya.

Dia tersenyum sendirian. Haih, miss Leftenan, dah kemana hati ini? Awak curi ke? Kalau awak curi bagilah balik. Saya dah tak sanggup rindu kat awak.

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience