Bab 14: Dating Jom!!

Action Series 57841

Di hospital tentera,

Tengku Fahmi sedang duduk di tepi katil Afwan yang masih tidak sedarkan diri. Dia rasa bersalah sangat-sangat. Kalau bukan sebab dia yang nak intip sangat pegawai, mesti Afwan tak jadi macam ni.

"Jangan risau. Kawan awak hanya mengalami anxiety sahaja. Pengsan sekejap. Nanti okaylah tu. Nak rawat ke pipi awak?" tanya Kapten Doktor Suraya padanya. Tengku Fahmi menggeleng tanda tidak mahu.

"Takpelah, puan. Saya okay. Sikit je ni." kata Tengku Fahmi. Kapten Suraya hanya menganggukkan kepala dan berlalu dari situ.
Tengku Fahmi terus merenung Afwan.

Walaupun Afwan tak ada pertalian keluarga dengannya, namun mereka dah macam adik-beradik. Firasat mereka seakan - akan sepasang kembar. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
Eisya mencari di mana katil Afwan ditempatkan. Akhirnya dia terjumpa figura yang terbaring di atas katil dan Tengku Fahmi yang sedang duduk di situ. Dia mempercepatkan langkahnya.

"Hai." sapa Eisya. Tengku Fahmi ingin berdiri tetapi ditegah oleh Eisya.

"Eh, takpe - takpe. Duduk. Kasual please." pesan Eisya. Tengku Fahmi perlaha-lahan duduk diikuti oleh Eisya yang duduk di birai katil Afwan.

"Err..macammana dengan Afwan?" tanya Eisya.

" Tak ada apa-apapun. Kapten Sue kata anxiety je. Pengsan kejap. Nanti okaylah." kata Tengku Fahmi tanpa memandang Eisya. Eisya tahu Tengku Fahmi marahkan dia.

" Lee..." meleret panggilan Eisya. Tengku Fahmi hanya mengangkat sedikit kepala tanda 'kenapa' kepada Eisya tanpa memandangnya.

" Awak marahkan saya ke? "

" Tak. "

" Habistu kenapa tak nak pandang saya?"

"Saya takut biadap pula nanti." perli Tengku Fahmi.

Eisya hanya mengeluh berat. Dia menundukkan kepala ke bawah kemudian dia mengangkat semula kepalanya.

"Saya minta maaf. Saya tahu kalau bukan sebab saya, Kadet Afwan takkan jadi macam ni."

Tengku Fahmi perlahan-lahan memandang wajah Eisya.

"Nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah."

"Apa yang awak sorokkan daripada saya?"

Eisya memandang Tengku Fahmi. Dia meneguk air liurnya. Mana mungkin dia ingin menceritakan tentang apa yang berlaku kepada dirinya.

Imbas kembali peristiwa tadi...

Eisya sedang berjalan bersama-sama dengan beberapa anggota pegawai menuju ke bangunan staf. Sehingga mereka sampai ke pintu bangunan bilik staf, phone milik Eisya berdering.

Eisya mengeluarkan phone dari poketnya. Nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin phonenya.

"Siapa tu?" tanya Dijah.

"Entah."

"Kau tak nak angkat ke?" tanya Fahad.

" Kalau unknown number ni aku kurang sikit nak angkat. Mungkin scammer ke?"

Phone milik Eisya terus berbunyi. Bala betul!! Kalau tak diangkat, call lagi! Tak angkat, call lagi!

"Senang kau angkat jelah, Eisya. Phone kau tak berhenti berbunyi. Kalau rasa tak sedap hati, buat loud speaker." kata Komander Kael.

Eisya mengeluh lalu membuat loud speaker supaya semua kawan-kawannya boleh mendengar. Haa.rasakan kau scammer tak bertauliah! Nak sangat tipu orang kan? Biar pegawai askar dengar apa yang kau nak cakap.

" Hello? "kata Eisya dengan malas kepada si penelefon yang disangkanya scammer itu. Komander Sarah, Komander Kael, Kapten Fahad dan Leftenan Khadijah masih setia mendengar.

Namun tiba-tiba, Eisya terkejut dengan suara garau dari penelefon. Macam suara dia..

" Eisya Esynani... lama tak jumpa." kata si penelefon. Kawan-kawan Eisya semuanya terkejut.

"Ben..." kata Eisya dengan wajah berkerut.

" Hahahaha...tak sangka kau masih ingat lagi aku kan?"

"Apa yang kau nak?"

" Kau rasa aku nak apa lagi selain kau?! Kan aku dah cakap yang aku akan cari kau sampai lubang cacing. Kau tak ingat janji manis kita dulu??" soal Ben di corong telefon.

Kapten Fahad mendengar setiap bait perkataan yang dihamburkan oleh Ben. Tanpa melengahkan masa, percakapan lelaki itu telah dirakam oleh phonenya.

Eisya hanya tersenyum sinis.

" Aduila. Ben... Ben... Kau dengan confident kau yang terlajak tu memang tak dapat dipisahkan kan? Kan aku dah cakap, tak kiralah seberapa banyak sekalipun orang kau upah untuk tangkap aku, tetap tak akan dapat cari aku."

" Jangan confident sangat, Eisya. Nanti akan makan diri kau sendiri! " ujar Ben dengan nada yang keras.

Eisya hanya mendengar malas.

" Haih, ikut suka hati kaulah. Aku malas nak cakap apa-apa. Kau jumpa aku, kau beruntung. Kau tak jumpa aku, kau buntung. " kata Eisya. Dia berura-rura ingin menamatkan panggilan namun terhenti apabila Ben mengatakan sesuatu.

"Dan aku juga nak pesan kau sesuatu. Baik kau hati-hati sebab orang-orang aku ada di mana-mana. Kau dengar sini, Eisya. Aku akan tetap cari kau walaupun ke hujung dunia! Itu janji aku." kata Ben dan terus menamatkan panggilan. Eisya dan kawan-kawannya yang lain hanya terkebil-kebil sebelum pandangan mereka dialihkan ke arah Eisya.
Wajah Eisya serius. Dia memikirkan ayat lelaki itu. Orangnya di mana-mana? Setahu dia, persembunyiannya tidak diketahui mana-mana orang kecuali family dan juga rakan sekerja. Dan, bagaimana pula Ben boleh tahu nombor phone miliknya?

"Eisya.. Eisya.." panggil Tengku Fahmi sambil melambai-lambaikan tangannya dekat ke wajah Eisya.
Eisya masih tidak sedar. Tengku Fahmi mengeluh. Dia menyandarkan dirinya pada kerusi. Eh, budak ni! Kuat mengelamun agaknya.

Namun dia mendapat satu akal. Dia mengengsot kerusinya di depan Eisya lalu memegang tangan Eisya sambil memanggil "Sayang.."

Eisya yang tersedar dari lamunannya melihat tangannya yang dipegang oleh Tengku Fahmi. Terus direntap tangan itu sambil berdiri.

"Eh, apa awak ni? Main pegang - pegang tangan orang. Dah tak ada tangan ke sampai mengemis tangan saya ni?! Jangan macam-macam Lee. Kang saya karate tangan awak tu! Saya ada taekwondo tau!" marah Eisya.

Tengku Fahmi terkebil-kebil. Satu saat, dua saat. Dia ketawa pula. Apa ni? Suka pula dia..

" Muka awak cutelah bila marah. Macam Lilo and Steach. " kata Tengku Fahmi.

" Ya, dan awaklah anjing besar yang suka nak culik steach daripada Lilo. Hello, saya tak main-main okay? Kalau awak nak cuba, mehlah lawan dengan saya." kata Eisya sambil kedua-dua tangan membuat penumbuk dan melompat-lompat seperti ahli taekwondo profesional.

Tengku Fahmi ketawa lagi. Aduh, ni leftenan ke budak-budak ni? Memang hyper betul ni.

" Eh, Eisya, saya gurau jelah. Janganlah serius sangat. Tapi memang betul pun awak cute macam Lilo."

"Yalah tu. Kenapa awak kata saya cute? Awak nak ushar saya eh? Sorry saya tak berminat."

"Eh, bukan awak ke yang suruh saya tackle awak? Saya cuma ikut arahan je."

" Tak semua arahan saya awak kena ikut."

Eisya sudahpun melabuhkan punggung di birai katil Afwan. Afwan masih tidak sedarkan diri. Lama pula dia pengsan. Ke..dah mati? Maklumlah, tengok muka macam dah biru dalam bilik mesyuarat tadi.

" Ehem, ehem. Tengok siapa tu? Your fiance ada kat sini. Bukan kat situ." kata Tengku Fahmi menunjuk ke arah Afwan. Eisya buat tak peduli.

" Tak, sekarang ni kawan awak hidup lagi ke ni? Lamanya pengsan. Ke dah masuk level koma?"

"Ceh! Mulut tu jangan makan cili banyak sangat. Kawan saya hidup lagi eh." kata Tengku Fahmi.

Tanpa mereka sedar, Afwan sedang mendengar je perbualan mereka. Ingatkan nak terus bangun je tadi, tapi takpelah. Kita pun nak tengok juga drama akasia behind the scene. Hehehehhe...

" Manalah saya tahu. Tengok macam dah tak bernyawa dah ni.. Eh, Lee. Kita sedia kubur dulu nak?"

"Eii.. Dia ni kan.." Tengku Fahmi mencubit kedua-dua pipi Eisya sehingga naik ke atas. Eisya apa lagi? Suara dia pun dah macam melodi lagu duk "A.a.a.aa..aa.aaaaaaa.."

"Sakitlah!" kata Eisya. Nasib baik takde orang kat situ.

" Haa, tulah balasannya. Orang suruh makan bubur taknak. Nak juga makan blackpepper."

"What the heck?"

" What the fuck?"

"Shit!"

"Holyshit!"

"Bullshit!"

"Bitch!"

"Eh, eh, eh. Apa kebenda korang ni? Bertanding carut mana paling cool? Korang ingat ini pertandingan debat?" kata Afwan yang sudah duduk berlunjur di atas katil. Tak betah dengar perkataan kesat masuk ke gegendang telinga. Orang nak tengok siapa sweet talker, eh! Balik-balik dapat carutan secara live di hospital tentera. Memang hubungan diaorang macam ni ke?

Tengku Fahmi dan Eisya tergamam dan terkebil-kebil sebelum Tengku Fahmi melompat ke arah katil lalu memeluk bahu Afwan.

" Sedar pun kau. Aku ingat dah melayang tadi."

"Memang. Memang sebelum tu aku dah melayang dah pun, sebab dengar korang mencarut nilah. Tapi, aku patah balik sebab...aku tak cukup amalan lagi." kata Afwan sambil tersenyum sumbing.

" Puan, tentang tadi tu...serius puan saya tak tahu. Saya teman Fahmi je, puan. " kata Afwan sambil mengangkat tangan tanda sumpah.

" Ya, saya tahu awak tak salah. Anxiety awak datang. " kata Eisya. Afwan hanya tersenyum.

"Tapi Afwan, saya rasa awak tak lama dalam tentera. Anxiety awak..."

"Eh, takpe puan. Saya dah tak panik dah puan. Entah kenapa saya terlebih berani ni.."

"Berani sebab aku ada cover kau. Kalau tak memang dah terkencing kau dekat situ." kata Tengku Fahmi. Mereka bertiga ketawa.

" Okaylah, saya gerak dulu eh. Ada hal. Awak Afwan, berehat betul - betul." kata Eisya. Afwan memberikan tabik hormat. Eisya tersenyum lalu berjalan keluar dari situ.

Tengku Fahmi hanya memandang Eisya. Dia sebenarnya nak ajak jumpa, tapi gugup pula.

"Pergi jelah." marah Afwan. Tengku Fahmi buat muka tidak mengerti.

"Pergilah ajak dia dating. Kau ni pun lembablah, Fahmi. Peluang dah ada tu!!" kata Afwan. Tengku Fahmi menolak. Dia tak mahu.

"Pergi sekarang. Kalau tak aku letak tikus bawah bantal kau." ugut Afwan. Tengku Fahmi berdecit. Dia berjalan ke arah Eisya yang sedang berbual dengan Kapten Suraya.

" Puan." panggil Tengku Fahmi. Eisya berpaling ke belakang.

" Ada apa?" tanya Eisya.

" Kalau saya ajak puan jalan-jalan sekitar kajang esok, puan on tak?"

"Awak nak ajak saya jalan-jalan je ke?"

"Lebih ke arah dating sebenarnya."

" Okay, cun. Boleh."

" Puan sudi?"

" Saya nak kenal juga diri awak."

" Kalau macam tu, kita pergi sama-sama."

"okay."

Eisya berlalu pergi dari situ. Dia sebenarnya dipanggil oleh pihak atasan berkenaaan dengan kes tembak sesuka hati dekat bilik mesyuarat pegawai. Kena ceramah nanti ni. Tapi, bila dengar perkataan dating dari mulut Tengku Fahmi, hati dia jadi berbunga - bunga.

Tengku Fahmi pula dah melompat-lompat depan Afwan. Dah tak ada perasaan malu dah. Afwan hanya ternganga melihat sahabatnya itu.

**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience