Bab 32: Dendam

Action Series 57841

Sudah sebulan lebih Eisya dikawal oleh bodyguard dengan jumlah yang banyak. Dia kadangkala bosan dengan sikap Tengku Fahmi yang terlalu overprotective ini.

Imbas kembali,

Eisya sedang duduk di sofa sambil melihat marah wajah Tengku Fahmi yang sedang membuat kerja di laptopnya.

" Ada apa, awak?" tanya Tengku Fahmi. Mata tidak dialihkan dari skrin laptop.

" Awak, boleh tak jangan upah bodyguard untuk saya. Saya boleh jaga diri sendiri..." kata Eisya separuh merayu.

Tengku Fahmi berhenti membuat kerja. Dia memusingkan kerusi ke arah Eisya sambil melihat wanita itu dengan senyuman manis.

" Saya tak percaya awak boleh jaga diri-sendiri Eisya. Tak ingat macammana awak boleh kena tembak tu? "

Eisya berdecit. Ada sahaja balasan. Malas nak cakap arh macam ni..

Eisya keluar dari office Tengku Fahmi dengan protes. Tengku Fahmi hanya menggeleng kepala.

Di Besh Holding,

Tengku Fahmi melemparkan semua kertas kerja dari mejanya. Wajahnya merah padam.

" Kenapa susah sangat kau nak mati, Eisya?! Senang sangat ke apa yang aku buat dekat kau sampai kau hidup lagi sekarang ni?" kata Tengku Fahmi perlahan sambil menahan marah.

Tangannya ditongkatkan kepada meja. Wajahnya penuh dendam.

" Tak boleh jadi! Tak boleh jadi! Aku kena hancurkan dia! Dia tak boleh hidup!! Tapi, aku seksa dia dulu, baru aku bunuh dia perlahan-lahan.. " Tengku Fahmi bercakap sendirian sambil tersenyum seorang.

Bukan satu atau dua cara, tapi banyak kali dia cuba membunuh Eisya. Namun tak boleh, kerana ramai pelindungnya.

Tengku Fahmi mengambil satu gambar dari lacinya dan menatap gambar itu dengan sedih bercampur amarah.

" Lily, tunggu saya ya? Saya akan balas dendam untuk awak. Eisya patut dibunuh!!" kata Tengku Fahmi sambil menatap gambar itu.

Sorry pendek je sebab saya ada kerja nak buat..

Share this novel

Fazli Yana
2022-12-31 10:46:49 

Tengku Fahmi ke Ben dlm bab ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience