Bab 2 : Kepulangan

Action Series 57841

Eisya Esynani yang sedang mengemaskan barang ke dalam beg galasnya menghentikan sementara perbuatannya apabila kedengaran pintu diketuk dari luar.
" Masuklah. Pintu tak kunci." kata Eisya Esynani. Kemudian, kedengaran pintu dibuka dan menyerlahkan seorang wanita cina yang berambut pendek tebal, berbaju mewah dan berskirt menghampiri dirinya. Eisya tersenyum sambil mengambil barang - barang yang patut dibawa ke Malaysia nanti.
" Eisya, nanti kalau dah sampai ke Malaysia, berikan salam mama kepada atuk, okay?" kata Puan Choo sambil memeluk bahu anak perempuannya. Eisya membalas pelukan itu.
" Okay, mama. You tak nak balik Malaysia?" soal Eisya yang telah menggalas beg menuju ke tangga. Puan Choo hanya membuntuti langkah anaknya.
" Mama ada kerja kat Hong Kong ni lagi. Lagipun nanti, kamu mesti tak nak mama gaduh dengan mak cik Yasmin kamu kan? " soal Puan Choo sambil memeluk erat lengan anaknya. Eisya hanya mengangguk.

Eisya Esyani merupakan anak sulung kepada Dato' Emir, iaitu CEO kepada Fatwa Hathi Holdings. Walaupun ibu Eisya Esynani sudah bercerai dengan Dato'Emir, namun itu tidak bermakna Eisya Esynani tidak boleh melawat ibunya yang kini menetap di Hong Kong. Setiap tahun, Eisya akan pergi melawat ibunya di Hong Kong selama tiga kali.
Eisya Esynani mempunyai tiga orang adik, iaitu Sara Amelia, Fawwaz Amri dan Fakhrul Radhi. Ketiga-tiga adiknya ini merupakan hasil perkahwinan papanya dengan Datin Marina. Ibu tirinya.

*************

" Kak Jah, esok saya nak Kak Jah sediakan makanan yang sedap-sedap sebab esok Eisya nak balik Malaysia. Jadi, semua kawan-kawan saya pun akan makan malam di sini." kata Dato Fatwa Hathi kepada Kak Jah, orang gaji di rumah agam itu.

" Baik Dato' " kata Kak Jah. Dato Fatwa Hathi terus menghirup air kopi yang disediakan tanpa menoleh ke arah anak sulungnya itu. Dato' Emir Fattah.
" Ayahanda... " panggil Dato' Emir Fattah. Dato' Fatwa Hathi menoleh ke arah anak lelakinya.
" Saya rasa...tak payahlah buat acara makan. Lagipun anak saya tu tamat latihan tentera je. Membazirlah." kata Dato' Emir.
" Apa yang membazirnya, Emir? Salahkah ayahanda nak buat majlis besar-besaran untuk cucu ayahanda? Lagipun Eisya tamat latihan tentera bukan tiada pangkat, dia akan jadi leftenan nanti. " kata Dato' Fatwa Hathi. Dia sungguh pantang orang melawan cakapnya.
" Memanglah, Eisya tu ada pangkat. Tetapi, dia tu mesti tak selesa nanti kalau ada ramai orang. Dia pun cakap dengan saya kalau dia balik Malaysia nanti, tak perlulah buat acara besar-besaran." kata Dato' Emir.

" Dia tak ada cakap dengan ayahanda pun."

" Dia tak nak buat ayahanda kecil hati "

" kalau macam tu, kita langsungkan sahaja majlis ni. "

Pulak dah.

Dato' Emir hanya mengangguk perlahan. Dia tidak boleh membangkang keputusan ayahandanya itu. Kalau macamtu, macamtulah. Tak boleh macamni. Kalau bab cucu lain, pandang sebelah mata sahaja. Tetapi kalau bab Eisya, memang tak boleh bawak bincang.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience