Bab 35: perjanjian

Action Series 57877

Eisya terjaga dari tidurnya. Kepalanya berdenyut-denyut. Sakit di kepalanya semakin menjadi-jadi.

Dia bangun dari lantai. Terkejut dia bila terlihat lantai yang bergelumuran darah. Fahmi takut darah.
Eisya walaupun benci, dia sentiasa ingat benda yang Fahmi tak suka. Biar dalam hati dah pudar rasa, tetapi tak anggap kawan kan?

Dia mengelap permukaan lantai dengan kain yang ada di dalam bilik itu. Lalu bangun terhuyung-hayang ke arah tingkap bilik.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran bunyi ketuka dari luar. Eisya tidak menyahut kerana dia dikunci dari dalam.

Faiq menjengulkan kepalanya di muka pintu. Eisya menoleh.

" Kau buat apa datang sini?" tanya Eisya dingin. Tak guna slang saya awak dah. Main aku kau terus je..

"Tengku suruh saya bagi bandage ni dekat Puan Engku." kata Faiq sopan. Faiq seorang yang menghormati wanita.

Eisya menyambut bandage itu dengan kasar. Dia bergerak ke birai katil. Dia membalut luka itu sendiri namun tidak boleh. Tak nampak. Cermin pecah.

Faiq hanya berdiri di situ menanti Eisya meminta pertolongan. Tapi nampaknya degil dia ni..

" Puan Engku nak saya tolong?" tanya Faiq.

Eisya menjeling.

" Tak payah, aku boleh buat sendiri. Lagi satu, jangan panggil aku Puan Engku. Aku bukan majikan kau." kata Eisya.

Faiq mengeluh perlahan. Dia bergerak ke arah Eisya dan menarik bandage di tangannya. Dia membersihkan dulu luka baru dia membalut kepala Eisya.

Pandangan mereka bertaut.

" Apa pandang - pandang? Cari mati?! " ugut Eisya.

Serta-merta pandangan Faiq berubah arah. Garangnya perempuan ni..

" Darah dekat lantai tu Puan Engku..."

" Panggil Eisya je!!"

Terangkat sikit bahu Faiq. Dijerkah oleh perempuan je..

"Darah dekat lantai tu... E-eisya k-ke yang lap?" menggeletar nada bercakap.

Eisya menunduk.

"Dia takut darah. Aku laplah.."

" Awak sayang dia lagi?"

"Memang taklah! Aku lap sebab kang kalau dia nampak darah kang, pengsan dekat situ aku tak tahu..lagipun menyemak je tengok muka setan tu!!"

Faiq tersenyum. Mudahnya kelentong orang. Tanpa Eisya sedar, Tengku Fahmi sedang berdiri di sebalik pintu. Entah kenapa dia terasa bahagia di samping Eisya. Ada sesuatu yang menarik.

Luka telah siap dibalut. Faiq bangun dari birai katil dan berura - rura ingin keluar. Sempat dia menitipkan pesanan untuk Eisya.

"Makanan ada dekat bawah. Kalau nak makan pergi. Maid takkan panggil. Tengku dah rasuah mereka semua supaya biar awak buat kerja sendiri."

"Hmmph.." kata Eisya malas. Dia dah malas dah nak fikir fasal perasaan orang lain. Yang dia tahu dia nak buat hal sendiri.

Faiq keluar dari bilik bacaan itu. Ketika dia keluar, Tengku Fahmi hampir terjatuh kerana dia bersandar pada pintu bilik bacaan tadi tetapi bila Faiq buka, serta-merta hilang imbangan.

" Pergilah masuk." kata Faiq namun dia berhenti lagi.

".. Sekali Tengku hancurkan hati dia, Tengku takkan dapat dia balik.. Itu je saya nak pesan.." kata Faiq lalu pergi dari situ.

Tengku Fahmi diam tak terkutik. Dia tak tahu nak respon apa. Dia tak sukakan Eisya tetapi dia sukakan Eisya.

Tengku Fahmi masuk ke dalam bilik bacaan. Dia melihat Eisya sedang termenung di katil di bilik bacaan itu.

" Ehem, ehem!" Tengku Fahmi membuat-buat.. Eisya tidak berpaling.

"Ehem,ehem!!" kali ni makin kuat lagi. Eisya masih tidak berpaling.

"Hoi! Kau pekak ke?!" Tengku Fahmi sudah hilang sabar.

" Nak cakap tu, cakap jelah. Tak payah nak berdehem sangat. Orang suara sumbang je yang buat macamtu.." Sindir Eisya.

Tengku Fahmi terkejut. Baru sehari dia seksa, Eisya dah jadi macam ni?

Tengku Fahmi duduk di atas kerusi di tepi rak buku. Dia menghadap Eisya tetapi Eisya berpaling ke tingkap.

" Aku ada benda nak cakap dengan kau. " Tengku Fahmi memulakan perbualan.

Eisya diam namun telinga mendengar.

" Kau ada dua pilihan. Samaaada nak bercerai atau jadi isteri atas kertas aku."

" Kalau aku minta cerai?" Eisya berpaling ke arah Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi tersenyum sinis.

" Memang taklah aku nak bagi kau bercerai. Aku usaha dari dulu untuk dapatkan kau. Kau senang - senang nak minta cerai? "

" Habistu, aku ada pilihan lain lagi ke? " sindir Eisya.

Keadaan diam seketika.

"Aku ada beberapa syarat untuk kau sebagai isteri atas kertas."

" Apa dia?"

" Yang pertama, kau tak boleh halang aku apa yang aku nak buat. Aku nak bawa perempuan masuk ke, orang masuk ke, kau tak boleh halang."

Eisya mengangguk faham.

" Yang kedua, kau kena buat sendiri semua benda. Maid takkan ada untuk bantu."

Eisya mengangguk faham lagi. Okay, kali ni, Tengku Fahmi dah pelik. Eisya just setuju. Kalau bini orang lain ni, dah menangis dah lepas suami keluar.

"Yang ketiga, kau tak boleh cemburu. Sebab kau tak ada hak untuk cemburu."

"Is that all?"

Tengku Fahmi mengangguk.

"Okay, sekarang giliran aku pulak!!" Eisya berpaling ke arah Tengku Fahmi.

" Aku punya senang je. Yang kau punya.."

"Is that all?"

"Yup!"

"Okay, . Just buat hal masing - masing. Okay. Sebab aku tahu kau dah muak dengan aku and aku pun dah muak dengan kau. So, aku keluar dulu."

Tengku Fahmi keluar dari bilik itu. Eisya buat tak peduli sebaliknya dia merebahkan diri di atas katil.

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-06 13:39:12 

kenapa jd mcm ni ceritanya


NovelPlus Premium

The best ads free experience