Bab 39 : Awas

Action Series 57841

Eisya bangun dari tidurnya apabila jam menunjukkan pukul 9:00 malam. Dia terlihat besen yang berisi air di tepi mejanya. Dia mengerutkan dahi.

"Aku ada bawa air masuk ke?" Eisya bermonolog sendirian.

Malas hendak menghiraukan besen itu, dia bergerak turun ke bawah.

Dia melihat Tengku Fahmi dan Sara Amelia yang suap-menyuap di meja makan.

'pukul 9.00 pun makan lagi? Memang gemuklah..' desis hati Eisya.

Tanpa menghiraukan dua ekor kera di depannya, Eisya terus melangkah masuk ke ruangan dapur untuk meminum air putih. Dicapai air putih itu dalam peti dan menuangkannya di dalam gelas lalu diteguknya.

Tengku Fahmi hanya memerhatikan sahaja Eisya yang bergerak ke dapur. Pandangan matanya tertumpu ke arah Eisya walaupun pada ketika itu dia sedang menyuap Sara makan.

Imbas kembali...

"I mengandung anak you, Fahmi.." kata Sara dengan nada suara sedikit tinggi.

Tengku Fahmi terkejut. Dia berjalan perlahan ke arah Sara dan memegang bahunya erat..

" Are you serious? Pregnant?" Tengku Fahmi teruja. Wajah yang keruh digantikan dengan riak wajah gembira.

Sara mengangguk laju. Dia mendongak memandang Tengku Fahmi. Hilang rasa sedihnya. Dia yakin, Tengku Fahmi sangat sayangkan dirinya.

Tengku Fahmi terlalu gembira. Dia berpusing ke kanan dan kiri sambil kerawa kecil. Memang impiannya memiliki anak. Walaupun dia pernah melakukan hubungan intim dengan Lily dulu, mereka tidak mempunyai anak. Tengku Fahmi tidak tahu bahawa anak kandungnya bersama Lily masih ada di muka bumi.

" Okay, bagi I masa. I akan perkenalkan you dengan semua orang. And, kita kahwin.. Okay?" kata Tengku Fahmi. Sara mengangguk dengan senyuman lebar.

" Sayang..." rengek Sara pada Tengku Fahmi apabila Tengku Fahmi berhenti menyuapnya makan.

Tengku Fahmi yang baru tersedar segera beralih arah kepada Sara.

" Ya, sayang.. "

" Nak tu... " kata Sara merujuk kepada makanan. Dia mengidam teruk.

"Okay, okay. Kita makan, ya?" pujuk Tengku Fahmi kepada Sara. Sara tersenyum lebar. Tengku Fahmi walaupun menyuap makanan, pandangan sentiasa dialihkan kepada Eisya yang telah mendaki tangga menuju ke dalam bilik.

Eisya sedang membuat kerjanya ketika pintu biliknya diketuk. Dia mengerutkan dahi. Kemudian, terjengullah satu kepala dari luar.

Eisya buat muka selamba je...dia kembali membuat kerja.

" Sibuk ke tu?" Tengku Fahmi mencelah keheningan malam.

"Kau rasa?" sindir Eisya.

Tengku Fahmi mengeluh perlahan. Eisya masih dingin.
Dia duduk di birai katil manakala Eisya duduk di meja belajarnya.

" Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau." kata Tengku Fahmi.

Eisya tidak layan. Dia membuat kerjanya.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" rengus Tengku Fahmi.

" Aku tak pekak lagi.." Eisya balas selamba.

Tengku Fahmi berdehem sebelum memulakan perbualan.

" Aku akan buat satu majlis dekat villa ni nanti. Untuk perkenalkan Sara sebagai bakal isteri aku. Kau pun tahu kan, perkahwinan kita tidak didedahkan lagi kepada media.. " terang Tengku Fahmi.

" Go on.." Eisya buat endah tak endah. Dia meneruskan kerjanya tanpa menoleh ke arah Tengku Fahmi di belakang sekalipun.

Tengku Fahmi mengerutkan dahi. Semudah tu je? Aku ni takde makna ke bagi dia?

" Aku takkan perkenalkan kau depan orang lain sebab tak nak timbulkan kecaman negatif nanti. So, kau okay je kan?" tanya Tengku Fahmi.

" Hmmph.. Tapi kau kena bersiap sedialah. Kalau perkara ni sampai di pengetahuan papa dan atuk aku, aku tak jamin aku kena ada dekat sini lagi.. " kata Eisya selamba.

" Kenapa? " Tengku Fahmi meninggikan sedikit suara. Sesedap tom yam je orang tua tu nak ambil Eisya dari aku..

" Kemungkinan besar diaorang akan paksa kau ceraikan aku kalau kau masih berkeras.. " Eisya tenang sahaja.

" Diaorang takkan dapat paksa aku. Aku suami kau. Aku yang berhak samaaada nak jatuhkan talak pada kau atau tidak." Tengku Fahmi keras kepala.

"Kalau dah benci, kenapa nak simpan lagi?" tanya Eisya.

" Aku okay je. Aku takut kau tu tak dapat jaga diri kau selama aku takde.." Tengku Fahmi mengalihkan pandangan.

Eisya berpusing kerusi ke arah Tengku Fahmi. Dia merenung Tengku Fahmi.

" Aku dah pandai jaga diri aku sendiri dari umur aku 6 tahun. Kau lupa apa jadi dengan aku semasa aku kecil? "

" Sebabtu lah aku tanya, kau boleh ke jaga diri-sendiri?"

Eisya terdiam seketika..

"Bukan hal kau.." kata Eisya lalu berpaling menghadap meja belajarnya.

Tiba-tiba, Tengku Fahmi berasa tersinggung dengan kata-kata Eisya. Mesti dia terasa dengan sindiran yang diberikan olehnya dan Sara pagi tadi..

" Kita boleh berbaik semula ke?" Tengku Fahmi cuba nasib.

"Aku dah fed up. Kau tak boleh dipercayai.." kata Eisya sambil menaip di laptopnya.

" Takde peluang kedua?"

"Maksud kau?"

" Peluang untuk cintakan kau balik?"

" Tak takut ingkar perjanjian ke tu?"

" Tak kisah.." kata Tengku Fahmi. Eisya mengeluh perlahan. Dia berpaling sekali lagi ke arah Tengku Fahmi di belakang.

" Cinta aku dah mati untuk kau..." satu ayat yang boleh membuat jantung Tengku Fahmi seperti telah luruh.

Eisya memeluk lutunya di atas kerusi sambil memandang Tengku Fahmi yang terpempan.

" Maksud kau?"

" Kan aku dah cakap, aku hanya beri kepercayaan sekali je pada orang yang aku kenal. Tapi lepas diaorang khianat kepercayaan tu, sorry..no more chance for you.." kata Eisya dengan selamba.

Tengku Fahmi terpempan. Kemudian, dia ketawa sinis..

" Kau memang nak bercerai dengan aku ke? Tak sabar nak pergi dekat Aniq tu? " Tengku Fahmi serkap jarang.
Memang selama ini dia ada terlihat Eisya sedang bersama Aniq apabila Eisya berlalu dari companynya.

Eisya mengerutkan dahi.

" Bukan hal kau.." kata Eisya selamba namun jawapan itu tetap mengapikan Tengku Fahmi. Dia bingkas berdiri menuju ke meja belajar Eisya dan mencengkam rahangnya. Wajah Eisya dipaksa menghadapnya.

" Kau tu milik aku sorang je! Jangan mimpi nak dekat dengan mana - mana lelaki lain!!" tengking Tengku Fahmi. Matanya mencerlung ke arah Eisya.

Eisya terkejut. Dia menepis cengkaman Tengku Fahmi dengan kasar. Dia bangun lalu berani berhadapan dengan Tengku Fahmi.

" Kau siapa nak arahkan aku untuk untuk buat semua tu?! Milik kau?! Cuba kau check dekat dahi aku ni, ada nama kau tak? Tak ada kan?" sindir Eisya.

Tengku Fahmi menggelegak marah. Dia mencekik leher Eisya sehingga wajah Eisya kemerahan. Eisya tercungap-cungap menahan nafas.

" Kau ni memang kurang ajar kan? Well, mari aku ajar kau supaya kau cakap aku.. " kata Tengku Fahmi sambil tersenyum sinis. Dia menarik tali pinggang di pinggangnya lalu melibas ke lengan Eisya. Eisya menahan sakit..

" Ini balasan kau sebab ingkar arahan aku.. " Tengku Fahmi masih melibas tali pinggang ke lengan Eisya.

Eisya kalau sekejap bolehlah tahan tapi kalau lama-lama ni, silap - silap aku bunuh juga nanti kang..

Oleh kerana sudah hilang sabar dan sakit yang teramat sangat, Eisya menumbuk muka Tengku Fahmi sangat kuat sehingga mengeluarkan darah. Tak cukup lagi.. Dia mengambil kayu besbol lalu dipukul kuat ke bahagian kepala Tengku Fahmi.

"Aaargh!!" Tengku Fahmi menjerit kesakitan. Kepala dan hidungnya berdarah. Dia menyentuh kepalanya. Dia menggeletar.

"D-darah!!" kata Tengku Fahmi.

Eisya masih tidak berperasaan. Dia memegang kayu besbol sambil melihat sahaja ketakutan Tengku Fahmi. Malaslah nak pujuk and rawat. Tak guna pun kan?

" Dan itu balasan kau sebab pukul aku!! Hei! Bapak aku pun tak pernah pukul akulah!! Kau memang binatang!!" Jerit Eisya.

Tengku Fahmi tidak mengendahkan kata-kata Eisya. Dia terlalu takut melihat darah.

Jeritan kuat Tengku Fahmi tadi telah membuatkan seluruh maid dan Sara naik ke atas. Mereka terkejut saat melihat Tengku Fahmi bergelumang dengan darah dan Eisya yang masih statik berdiri di situ dengan kayu besbol.

" Fahmi!!" Sara bergegas mendapatkan Tengku Fahmi yang sedang ketakutan. Sara tidak tahu Tengku Fahmi takut darah.

" Eisya! Apa yang you buat?!" marah Sara sambil mengamati Tengku Fahmi.

Eisya mencampak kayu besbol ke atas lantai. Dia menyapu kedua-dua telapak tangannya.

" Nothing. Aku just pukul kepala dia dengan kayu besbol. Nasib baik aku ada benda ni. Kalau tidak, rasanya...aku dah mati dekat sini kut." sindir Eisya sambil memandang Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi terpempan. Dia tidak menyangka Eisya memukulnya dengan kayu besbol.

" Tangkap dia!! " arah Sara kepada Faiq.

Eisya memandang ke arah Faiq dan beberapa orang maid dengan senyuman sinis.

" Kau nak beritahu? Beritahulah..tapi jangan ingat kau selamat lepas ni.." Eisya memberi amaran. Dia menggalas begnya dan terus keluar dari bilik dan villa itu.

*****

Sorry lambat...

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-08 15:38:25 

hajar je fahmi tu..pentingkan diri betul..semua dia nak..eisya tegas sikit..kluar rumah n bercerai


NovelPlus Premium

The best ads free experience