Bab 29: Tak Sedar

Action Series 57841

Eisya pulang ke rumah pada waktu malam. Pandangan dari Tengku Hasnah tidak dia balas malah terus naik ke bilik.

"Tengok tu Tengku, orang tua ada depan ni pun tak hormat, apatah lagi suami dia tu. Balik masa malam macam dia tu tak ada tanggungjawab." kata Tengku Hasyar kepada kakaknya.

"Biarlah, Eisya penat tu." kata Tengku Hasnah.

Di dalam bilik, Eisya terkejut apabila suara Tengku Fahmi memecah sepi di situ.

"Awak pergi mana tadi, Eisya?"

Eisya memandang lelaki itu.

" Saya keluar."

"Keluar? Dari pukul 4.30 tadi sampai lah pukul 8 malam? Keluar ke mana?"

" Adalah hal saya. Awak tak perlu sibuk."

Tengku Fahmi mengeluh perlahan.

"Saya suami awak, Eisya. Saya patut tahu ke mana awak pergi."

Tengku Fahmi berjalan ke arah Eisya dan memeluknya. Kepalanya dilentokkan di bahu Eisya lalu matanya terpejam. Eisya tidak mampu menampung berat Tengku Fahmi. Dia membalas pelukan itu untuk mengelakkan dia daripada terjatuh.

" Are you okay? " tanya Tengku Fahmi.

" Saya okay je. Awak okay ke tak ni?" Tengku Fahmi menggelengkan kepala sambil menyembamkan wajahnya ke leher Eisya. Ingin dipeluk sepuasnya wanita itu.

Eisya berasa pelik. Dia mendekatkan belakang tangan ke dahi dan tengkuk Tengku Fahmi. Panas!!

"Awak demam ke?" tanya Eisya.

"Pening sikit.." kata Tengku Fahmi. Dia hampir tumbang tadi, nasib baik Eisya ada di depan.

" Kalau tak sihat, rehat jelah. Yang awak masih berjaga macam burung hantu dah kenapa?" kata Eisya. Dia mendorong Tengku Fahmi ke katil. Tengku Fahmi dibetulkan kedudukan supaya dia selesa.

"Tidurlah dulu..saya nak buat bubur. Lepastu makan ubat.." kata Eisya lalu bangun. Dia keluar dari bilik.

Di dapur, Eisya menyelongkar bahan untuk membuat bubur ayam.

"Puan Engku buat apa tu?" tanya Tengku Hasnah. Di sampingnya ada Tengku Hasyar.

"Saya nak bubur ayam. Fahmi demam.." kata Eisya.

"Well, macammana cik suami boleh demam? Baru nikah beberapa hari. Takkan dah tak pandai jaga kut?" kata Tengku Hasyar di samping. Tengku Hasnah menepuk mulutnya.

" Eh, ada saya cakap dengan Tengku Hasyar ke? Tak kan? Saya cakap dengan ibu mertua jelita saya ni, jadi Tengku Hasyar boleh diam.. " Eisya menyindir.

Tengku Hasyar di tepi hanya mengetap bibir sementara Tengku Hasnah pula happy happy go lucky gitu. Sukalah ada orang panggil dia jelita.

Eisya naik ke atas semula. Dia terkaku saat mendapati Sara sedang mengusap muka Tengku Fahmi dengan risau.

"Ehem ehem.." Eisya berdehem. Sara memandangnya dan tersenyum sementara Tengku Fahmi telah tidur di atas katil.

" Eh, kak Eisya! Lama sampai?" tanya Sara.

Eisya dah wtf dah ke dia dalam hati. Sepatutnya aku ke dia yang kena tanya macam tu ?

"Kau tanya aku? Rumah ni rumah mertua aku. Yang kau tak balik lagi dah kenapa? Lagi satu, siapa izinkan kau masuk bilik ni?"

" Alah, akak ni.. Sara just nak tengok bakal suami Sara je. Salah ke? Ni, kenapa sampai demam abang ni? Akak tak jaga eh?" sindir Sara.

Mendidih otak Eisya dengan 'bakal suami' dari mulut puaka tu. Dia meletakkan bubur ayam di atas meja di tepi katil.

" Siapa bakal suami kau?! "

" Eh, akak lupa ke? Akak kan dah janji dengan Sara yang akak nak satukan Sara dengan Tengku Fahmi."

" Tu dulu. Sekarang aku dah tukar fikiran. Kau boleh ambil mana-mana barang aku yang kau suka, tapi bukan Fahmi!!" kata Eisya.

Sara terpempan. Ayat itu betul-betul sama seperti ayat yang dikeluarkan dari mulut Eisya ketika di hospital dulu. Mungkinkah dia sudah ingat?

" Kakak, walau macamana sekali pun, you kena satukan I dengan dia! You dah janji kan?! " Sara merengek kuat.

" Eh! Semak betullah kepala aku! Aku main-main je! Kau ada nampak aku betul- betul ke?!" Eisya menengking. Dia beralih ke birai katil ingin mengejutkan Tengku Fahmi namun Sara menolaknya hingga jatuh ke bawah katil.

Sara pula dengan beraninya melentokkan kepalanya di dada Tengku Fahmi sambil tangan ligat meraba six pack milik Tengku Fahmi. Dia memandang Eisya dengan senyuman sinis.

Eisya sudah out of limit. Dia bangun, menarik rambut Sara dengan kuat sehingga Sara meringis kesakitan. Dia membawa Sara dan menolaknya keluar dari bilik. Sara terjatuh ke atas lantai.

"Apa yang dah berlaku ni? Sara!!" jerit Tengku Hasyar kerisauan.

" Suruh perempuan miang ni keluar!" kata Eisya.

" Kenapa kamu cakap macamtu? Dia adik kamu sendiri!"

" Adik apa macamni?" kata Eisya lalu menutup pintu bilik. Sara sudah memerah wajahnya.

Di sebalik pintu, Eisya terduduk sambil bertekup muka di lutut. Dia cemburu. Mengapa baru hari ni dia perasan?

"Eisya?" panggil Tengku Fahmi dari atas katil.

Eisya terus mendongak memandang wajah suaminya.

"Are you okay?" tanya Tengku Fahmi. Dia turun dan menghadap Eisya di pintu. Tangannya memegang kedua-dua pipi Eisya.

Tanpa sedar, air matanya menitis. Dia segera mengesat air mata itu kasar.

"Nothing."

Eisya bangun sambil menarik perlahan Tengku Fahmi supaya duduk bersandar di kepala katil.

" Saya dah siapkan bubur untuk awak, makanlah." kata Eisya.

Tengku Fahmi tidak menyahut. Dia memandang Eisya yang sedang laju menurunkan air mata. Tapi sepantas itu juga dia mengesat air matanya.

Dia mengeluh perlahan.

"Come here." kata Tengku Fahmi sambil menarik tangan Eisya ke dalam pelukan. Dia mengusap belakang Eisya sambil dagunya diletakkan di kepala Eisya.
Eisya bersandar pada bahu Tengku Fahmi. Air matanya tidak berhenti mengalir tetapi dia tidak teresak-esak. Just like termenung je.

"What's wrong?" tanya Tengku Fahmi.

" Nothing.."

"Liar.."

" Awak kenal Keith?" tanya Eisya dalam sebak.

Tengku Fahmi mengangguk.

"Macammana awak kenal dia?"

"Aunty Choo ada beritahu fasal dia pada saya. Keith Lee, right?"

Eisya pula mengangguk.

" Jadi kalau awak tahu fasal Keith, mesti awak tahu tentang kematian dia, kan?"

"Yup."

Eisya meleraikan pelukan. Dia mendongak memandang Tengku Fahmi.

"Dan awak tak takut dengan saya?"

"Kenapa saya perlu takut dengan awak?"

"Sebab..sebab.. Keith mati kerana saya. Saya yang bunuh dia." kata Eisya sambil menunduk.

"Saya tahu awak tak sengaja."

"How?"

" Awak tak salah, Eisya. Masa tu awak ada bipolar. Dan awak tak sedar apa yang awak buat."

Eisya terkejut.

"Macamana awak tahu saya ada bipolar?"

" Doktor peribadi awak, doktor peribadi saya sekarang."

Tengku Fahmi memegang tangan Eisya. Dia mencium berkali-kali. Eisya hanya melihat. Tiada nak melawan, tiada nak teruja.

" Lee."

Tengku Fahmi terkejut. Dia mendongak memandang Eisya.

" Apa awak panggil saya? " tanya dia dengan teruja.

" Lee.. " kata Eisya.

" Awak dah ingat?"

Eisya mengangguk.

" Saya dah ingat masa saya duduk dekat pintu tadi."

Tengku Fahmi memeluk erat Eisya.

"Yes, yes, yes! Akhirnya awak panggil saya dengan panggilan tu semula." katanya dengan teruja.

" Esok awak teman saya ke kubur mendiang. Saya nak jumpa dia. Dah lama saya tak datang." kata Eisya.

" Okay." kata Tengku Fahmi. Dia meminta Eisya menyuap bubur padanya. Eisya pun mulalah mengomel tak henti, dah besar pun nak bersuaplah apalah, haih!

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience