Bab 24: Tak Bersalah

Action Series 57841

Keesokkan paginya,

Eisya bangun dari tidur. Masa itu pukul 4 pagi. Dia berganjak dari katil ke tingkap hospital lalu duduk termenung di situ sehingga matahari terbit.

Pukul 7.00 pagi, Datin Marina dan Puan Choo masuk ke ruangan VIP yang menempatkan Eisya. Semasa masuk, mereka terkejut bila tengok Eisya sedang berdiri sambil melihat pemandangan ke arah tingkap hospital. Mereka bergegas menuju ke arah gadis itu dan memapahnya ke katil.

" Eisya dah sihat? Dah okay?" tanya Datin Marina.

"Mana ayah?" tanya Eisya kepada Puan Choo. Datin Marina tidak tahu siapa 'ayah' yang dimkasudkan, biasanya Eisya memanggil Dato ' Emir sebagai papa.

Namun, Puan Choo tahu. Dia tahu siapa yang dimaksudkan olehnya.

" Er..Eisya tak ingat ke? Ayah kan dah hantar Eisya kat mama."

"Ni mesti sebab perempuan tak guna tu kan?" marah Eisya.

" Eisya, dia mak Eisya. Tak baik panggil dia macamtu."

" Tak, dia bukan mak Eisya! Eisya cuma ada ayah je." rengek Eisya. Dia mula melemparkan bantal dengan kuat sehingga salah satunya terkena pada Puan Choo. Datin Marina menahannya dari melemparkan bantal.

" Eisya nak ayah! Eisya nak ayah! "jerit Eisya sambil menangis kuat. Tangisannya persis seorang anak kecil.

Eisya ni kalau menangis masa kecil dulu, memang payah nak pujuk. Jadi tak mustahil kalau masa dia lembab ni kan, dia menangis mungkin susah nak pujuk juga.

Akhirnya, Puan Choo membuat keputusan untuk menghubungi Kamarul. Dengan cara itu sahaja, Eisya dapat ditenangkan. Eisya diamanahkan kepada Datin Marina untuk menjaga sekejap.

Dia keluar dari bilik itu dan mengeluarkan handphonenya. Lalu dia menekan nombor Kamarul. Dia berharap yang Kamarul masih menggunakan nombor telefonnya yang dahulu. Cuma itu sahaja nombor dia yang Puan Choo ada.

Tiba-tiba panggilannya tersambung.

"Hello?" kedengaran satu suara di corong telefon.

"Hello, Kamarul ke tu?"

"Ya, saya. Siapa di sana?"

" Ini Choo. Ingat lagi tak?"

"Choo? Choo... Oh ingat! Isteri Dato' Emir kan?"

" Ha, ya..ya. Sayalah tu. But dah bekas isteri dah."

" Oh, minta maaf. Saya tak tahu."

" It's okay. Lagipun ada hal lebih penting yang saya nak awak tahu."

" Apa dia tu?"

" It's about Eisya."

Terus terhenti kerja Kamarul yang sedang sibuk menaip di laptopnya. Dia yang sudah bekerja sebagai seorang pengurus di kilang perabot tersebut sentiasa sibuk namun Eisya tidak pernah dilupakannya.

" Kenapa dengan Eisya? "

" Okay, macamni..Eisya, sewaktu bertugas dia terkena tempias periuk api and terpelanting jauh dari location tempat dia terkena. And disebabkan dia mempunyai gegaran kuat di bahagian otak, dia tak dapat berfikir dengan baik."

"Maksud awak apa eh?"

" Memori dia kembali kepada masa dia budak-budak. You ingat kan, you hantar dia ke rumah saya masa dia remaja. And, she remember that."

Kamarul terpempan. Dia bangun dari kerusi dan terduduk semula.

"Jadi, macammana dengan dia sekarang ni?"

" You kena datang hospital. She want to meet you."

" Awak tak apa-apa kan?"

" I okay je. Tapi, bukan tu yang kita perlu risaukan. I mean dia nak jumpa you, I bagi. But, you ingat tak, lepas you hantar Eisya duduk dengan I, dia dah mula ada tabiat tak elok? I taknak benda tu berlaku lagi. "

" Kalau awak ajar dia, mungkin dia tak ulang lagi perkara tu. Okay, saya pergi sekarang. "
Kata Kamarul lalu menutup panggilan.

*******

Tengku Fahmi keluar dari pejabat Kapten Kamal. Imbas kembali perbualan,

Tengku Fahmi memberikan surat berhenti anggota kepada Kapten Kamal. Kapten Kamal menyambut surat tersebut dan membacanya.

" Awak betul-betul nak berhenti dari askar, Fahmi? Awak dah sampai sejauh ni. Mungkin awak boleh teruskan sikit lagi sehingga awak pegang jawatan Komander tu." kata Kapten Kamal.

" Saya betul-betul nak berhenti, Tuan."

" Tapi kenapa?"

" Saya...tak sesuai jadi askar, Tuan. "

" Sekarang baru awak nak cakap awak tak sesuai jadi askar? Awak dah sampai sejauh ni. Sikit lagi awak nak dapatkan gelaran Komander."

Tengku Fahmi menunduk ke bawah.

" Ada orang perlukan sokongan saya, Tuan."

" Siapa? "

" Tunang saya. "

Kapten Kamal mengeluh perlahan. Tak boleh buat apa dah. Dia mencapai pen lalu menyain surat itu. Surat itu diserahkan semula pada Tengku Fahmi.

" Saya doakan awak berjaya kelak. Tunang awak patut bersyukur awak ada di sisi dia. " kata Kapten Kamal.

" Terima kasih, Tuan."

Tengku Fahmi kemudian keluar dari pejabat itu. Beg pakaiannya sudah diletakkan di dalam bonet kereta pemandu peribadinya. Lalu dia masuk ke dalam kereta mewah itu.

" Tengku nak balik ke, nak pergi hospital?" kata pemandu peribadinya.

" Pergi hospital terus."

"Baik, Tengku."

Kereta itu kemudiannya bergerak laju di atas jalan raya.

Sampai di hospital, Tengku Fahmi terus masuk ke dalam dan menuju ke ruangan VIP tempat Eisya berehat.

Sesampainya dia di sana, dia melihat seorang lelaki separuh umur sedang bersama Eisya yang ketika itu sedang membaca buku. Lelaki itu kemudiannya melihat Tengku Fahmi.

" Lee!!" jerit Eisya keriangan. Tengku Fahmi tersenyum ke arahnya dan juga kepada Kamarul.

" Ayah, ni Lee. Kawan Eisya." kata Eisya kepada Kamarul. Tengku Fahmi hairan. Dia ingat tapi dia kata aku ni cuma kawan dia?

Dia berjabat tangan dengan Kamarul. And lagi satu, apa Eisya panggil tadi? Ayah?

" Kamarul. Ayah tiri Eisya." kata Kamarul.

Ayah tiri? Bila masa Datin Marina kahwin lagi sorang ni? Wow! Kiranya, Dato ' Emir and Kamarul ni bermadulah ya? Kahkahakahkahkah...

Belum sempat Tengku Fahmi bertanya lebih lanjut, Puan Choo menariknya keluar dari bilik itu. Tengku Fahmi hairan.

" Kenapa aunty tarik saya keluar? Saya nak jumpa Eisya."

" And sebelum awak masuk, aunty nak beritahu something."

" Apa dia?"

Mereka kemudiannya duduk di kerusi yang disediakan. Puan Choo mengeluh perlahan sebelum bercakap.

" Aunty nak tanya kamu. Betul ke you nak kahwin dengan Eisya? "

Tengku Fahmi mengamgguk.

" No regret? "

Tengku Fahmi menggeleng.

" Listen, aunty..boleh je..batalkan perkahwinan ni kalau you tak nak..I mean, you tahu kan, keadaan Eisya sekarang ni. Aunty nak you fikir betul-betul. " kata Puan Choo. Dia tidak mahu anak gadisnya ditinggalkan begitu sahaja.

" Aunty, kenapa aunty tak percaya saya? Saya serius nak kahwin dengan Eisya. Saya boleh jaga dia sampai bila-bila. "

" No, no! Bukan maksud aunty tak percaya kamu. But, you know what, Eisya satu-satunya anak aunty walaupun dia bukan datang dari rahim aunty. Aunty tak naklah dia ditinggalkan satu hari nanti. "

Ha, sudah! Apa benda pulak ni? Kenapa miss Leftenan ni banyak sangat rahsia? Ni baru nak kahwin, cuba tengok lepas kahwin nanti, entah - entah, banyak lagi kut rahsia yang aku tak tahu.

" Apa maksud aunty yang aunty ni bukan ibu kandung Eisya? "

" Okay, memandangkan you dah nak jadi husband dia, so, nampaknya I kena beritahu you everything about her. Actually, I 'm not her biological mother. She' s my stepdaughter."

Tengku Fahmi mendengar.

" Eisya tinggal dengan I lepas ayah tiri dia bawa dia datang ke rumah aunty sebab ibu kandung dia dah jual dia dekat bapak ayam. So, kalau you tengok di sebelah Eisya tu, itu ialah ayah tiri dia, Kamarul. "

Ooooo....

" Lepas je dia hantar Eisya ke rumah aunty, masa tu, aunty masih isteri kepada Emir, kami jaga dia dengan penuh kasih sayang. Walaupun Eisya bukan anak kandung aunty, but dialah penyeri rumahtangga aunty masa tu. You know what? Aunty mandul."

Tengku Fahmi masih mendengar.

" But, sebaik sahaja dia meningkat remaja, aunty dapat rasakan sesuatu yang pelik berlaku pada diri dia. She was being terlalu ceria, enjoy sampai pada suatu masa, aunty geledah bilik dia semasa di pergi ke sekolah. And benda pertama aunty jumpa ialah porn magazines. "

Terkejut Tengku Fahmi. Mak ai, majalah porn? Ala, cik leftenan sayang.. Liarnya awak masa sekolah menengah dulu.

" Majalah porn? "

" Ya, and bukan tu je. Aunty ada jumpa banyak lagi. Aunty mula geledah laci dia and aunty jumpa vape dan rokok. Start dari situ, aunty memang dah tak boleh biar dah. Aunty upah bodyguard untuk kawal Eisya. But tak lama, sebab Eisya protes. "

" Lepas tu?"

" And satu lagi you kena tahu and benda ni yang paling penting. "

" Apa dia? "

" masa remaja, Eisya pernah ada masalah mental atau lebih tepat lagi, she's a psycho. "

Kali ni dah meremang tengkuk Tengku Fahmi.

" Eisya pernah bunuh orang dan orang itu adalah kawan baik dia sendiri. "

" Siapa? "

" Keith Lee. "

Keith Lee? Kawan baik? Kalau macam tu, ada kena - mengena juga ke dengan panggilan yang Eisya berikan pada dia? Lee? Nama lelaki tu ke?

" How?"

" How what? "

" How did she killed him? "

" pukul dengan kayu besbol. Pendarahan yang teruk di tempat parkir kereta. And mati di situ."

" Macammana aunty tahu fasal ni?"

" Eisya ceritakan semuanya lepas dia balik. Semasa cerita tu, aunty dan Emir dah blank. Kami tak tahu apa nak buat. Kami taknak Eisya masuk jail sebab we really love her. Kami tahu sebab dia jadi macam tu kerana pengaruh rakan and dari ibu kandungnya sendiri. She really made her in trouble times. "

" And masa tulah, kami sekeluarga pindah sementara ke Amsterdarm untuk bawa Eisya jauh dari situ. Bukan salah Eisya, Fahmi. Benda di sekelilingnya yang mengubah dia. " kata Puan Choo.

" Kenapa aunty beritahu saya semua ni? "

" Because aunty nak kamu bersedia. Memori Eisya masa ni berpalit masa dia remaja. And tak mustahil kalau dia boleh start semula perangai dia yang dulu. "

" Tapi kalau dia start perangai dulu, saya pun tak boleh nak buat apa. "

" Sekurang-kurangnya, you boleh bimbing dia sebelum dia buat perkara tak betul. Come on lah, Fahmi, you dah janji nak kahwin dengan dia, nak jaga dia, takkan sebab rahsia ni, kamu dah tukar fikiran kamu?!" marah Puan Choo.

" Saya tak tukar fikiran saya, aunty! But cuba aunty fikir, aunty larang dia dari serah diri, sedikit sebanyak akan pengaruh minda dia juga. Dia akan rasa serba-salah, then, dia dah tak rasa apa-apa sebab dia tahu you akan bela dia. Itu akan buat dia rasa lebih nak lakukan perkara tu sebab dia tahu ada orang dalam yang akan back up dia. So, aunty tak payah nak salahkan sesiapa sebab aunty juga tergolong dalam 'sekeliling' tu. " marah Tengku Fahmi.

" Saya mungkin boleh diam, but saya tak akan biarkan Eisya duduk di dalam comfort zone macam tu. Kalau tak sanggup tengok dia masuk jail, at least, suruh dia minta maaf. Awak larikan dia, awak juga lari dari undang-undang. " kata Tengku Fahmi lalu meninggalkan Puan Choo berseorangan di situ.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience