Bab 20: Tamat latihan

Action Series 57841

Fayyad yang penat memerah otak setelah seharian bekerja menyandarkan dirinya pada kerusi kerjanya. Dia mengurut pelipisnya yang berdenyut sejak tadi. Begitu banyak kerjanya yang ditangguhkan. Sedang dia berehat, tiba-tiba phone miliknya berbunyi.

Dia melihat nama si pemanggil di phone. Lalu dengan mudah mengangkatnya.

" Hello, Ben." sapa Fayyad.

Suara Ben yang berada di corong telefon kedengaran.

" Kau busy ke?" tanya Ben dingin.

" Tak adalah busy sangat. Kenapa?"

" Datang sini. Aku nak cakap dengan kau."

"Okay."

Fayyad menutup panggilan dan terus mengangkat punggung keluar dari situ. Tidak lupa juga dengan sebuah fail yang dikepit di bawah lengannya.

Fayyad sampai di rumah banglo besar. Kelihatan beberapa orang bodyguard sedang berkawal di situ. Dia memasuki rumah itu lalu menaiki tangga menuju ke sebuah bilik.
Fayyad menutup pintu dan menguncinya. Dia kemudiannya bergerak ke arah Ben yang sedang memandang bertentangan darinya.

" Nah, macam apa yang kau minta." kata Ben lalu memberikan fail tadi kepada Ben.

Ben menyambut fail itu. Dia meneliti semua maklumat berkaitan Eisya yang berjaya dicari oleh Fayyad.

Eisya Esynani, 23 tahun. Tarikh lahir 8 Julai 1998. Seorang pegawai askar berpangkat leftenan. Bekerja di Kem Kajang.

Ben tersenyum puas apabila semua maklumat berada di tangannya. Dia boleh guna maklumat ini untuk memalsukan identiti Eisya. Mungkin dia boleh tokok tambah sikit.

" Kau memang hebatlah, Fayyad. Tak sia-sia aku upah kau untuk buat semua ni." kata Ben. Fayyad tersenyum bangga.

" Ini Fayyadlah. Apa yang aku tak mampu buat? Tapi, kenapa kau perlukan profile dia? Kalau kau nak vaksin tu, kau boleh je culik dia or ugut dia. Aku rasa profile dia tak ada guna pun. "

" Sebelum aku rebut semua ciptaan dia, aku nak tengok dia terseksa dulu. Dengan profile dia, macam-macam kita boleh buat. Mungkin kita boleh palsukan profile dia, mungkin kita boleh tokok tambah sesuatu yang buruk fasal dia."

" Apa yang kau nak tambah?"

" Lily pernah cakap dengan aku yang Eisya ada banyak tabiat tak elok. Contohnya, dia menyukai video pornografi semasa di sekolah menengah. Lily pun pernah beritahu aku yang Eisya pernah dimasukkan ke Henry Gurney. "

" Henry Gurney? Atas sebab apa? "

" Penciptaan bahan terlarang. Dadah yang dicampur dengan racun tikus, dadah yang boleh membuat ketagihan selama 2 minit. "

Fayyad hanya mendengar.

" Tapi, kalau kita tengok profile dia, takde rekod buruk yang dicatatkan di sini. Jadi, kemungkinan besar askar dan polis tak tahu apa yang Eisya pernah buat. " kata Ben.

" Tapi, kalau askar tak tahu, kenapa profile Eisya tidak mahu didedahkan kepada sesiapa di Scotland? "

" Maksud kau apa? "

" Okay, macamni. Sehari selepas kau bagi aku gambar Eisya, aku terus berlepas ke Scotland untuk pergi ke kem askar tempat Eisya bekerja. And bila aku tanya perihal Eisya, diaorang akan jawab, 'I don't know anything' berulang-kali. Oleh sebab susah sangat, aku rasuah seorang pegawai and dia bagi fail Eisya dekat aku. And that's how I got it. " kata Fayyad memaksudkan fail itu.

" Kalau macam tu, kita kena keluarkan Eisya daripada kawalan ketat askar dan polis. "

" Macammana? "

" Kita akan tambah maklumat yang Eisya tak tambah. Rekod - rekod buruk dia sehingga dia dikeluarkan dari askar. " kata Ben dengan senyuman sinis.

*******

Seminggu kemudian,

Tengku Fahmi sudahpun habis training sebagai kadet dan dibenarkan pulang ke rumah. Begitu juga dengan kadet-kadet lain. Ada yang bergelak-ketawa, ada yang saling mengambil phone number, macam-macam lagilah.

Tengku Fahmi, Afwan, Amir, Adam dan Irfan berjalan bersama ke luar kem. Mereka membawa beg pakaian masing-masing.

"Weyh, tak sangkakan kita dah habis training, kan?" kata Amir.

Mereka mengangguk.

"Ha'ah lah. Aku ingat dah tak boleh sambung dah sebab anxiety aku ni.." kata Afwan.

"Eleh, kau tu memang. Dahlah usik katak sikit, terus jerit."

Mereka semua ketawa.

Tengku Fahmi dan Afwan menaiki kereta yang dibawa oleh pemandu peribadi Tengku Fahmi. Selang beberapa minit, kenderaan itu meluncur laju di sebuah rumah agam yang besar kepunyaan Tengku Fahmi sendiri.

" Terima kasih, Fahmi sebab tolong tumpangkan aku." Kata Afwan sambil memunggah beg pakaiannya dari bonet kereta.

"Alah, takda apa-apapunlah. Lagipun, kereta kau tinggal kat sini. Aku yang sepatutnya ucap terima kasih dekat kau sebab teman aku join tentera."

" Aku yang patut thanks engkau sebab kalau bukan kau yang paksa aku masuk tentera, aku mungkin sampai sekarang kebulur nak merasa jadi Komander. "

" Alah, kita baru habis training. " sindir Tengku Fahmi.

Mereka kemudiannya masuk ke kediaman Tengku Fahmi untuk minum-minum.

Eisya berjalan bersama - sama dengan Komander Haqim sebelum pulang ke rumah. Selepas sahaja bertegur sapa dengan kadet-kadet yang sudah habis training, mereka singgah di kantin dahulu. Sambil berjalan, sambil mereka berbual. Kedengaran juga gelak - ketawa di antara mereka.

" Errmm..Eisya?"

Eisya menoleh ke arah Komander Haqim di tepi.

"Ya?"

" Awak..dah ada boyfriend?"

Eisya memandang pelik ke arah Komander Haqim. Mereka berhenti dan saling menatap antara satu sama lain.

" Err...saya dah bertunang."

" Oh, ye ke? Sorry, saya tak tahu." kata Komander Haqim menggaru kepala. Eisya memandang janggal ke arahnya.

" Awak ada masalah ke, Haqim?"

"Saya? Eh, takde - takde. Takde masalah pun." kata Komander Haqim tersenyum sumbing.

" Okay." kata Eisya.

Mereka kemudian kembali meneruskan perjalanan.

" Eisya, kalau saya tanya boleh?"

"Boleh."

"Err...siapa tunang awak?"

" Tengku Lee."

"Tengku Lee?"

Eisya terkejut lantas menepuk dahi. Tengku Lee? Bengong kau, Eisya! Nama dia lainlah. Tengku Fahmi!

" Oh, sorry. Bukan Tengku Lee, Tengku Fahmi." kata Eisya.

Komander Haqim hanya mengangguk. Kemudian dia terkejut.

"Tengku Fahmi?! Bukan dia salah seorang daripada kadet kita ke?"

Eisya mengangguk tanpa memandang ke arahnya.

" Ya, kenapa?"

" T-tak! Tak ada apa-apa."

Suasana kembali senyap. Mereka memandang ke hadapan. Namun, Komander Haqim lantas bertanya lagi.

"Awak cintakan dia?"

" Yup!"

Komander Haqim hanya menganggukkkan kepala.

"Eisya, nanti kalau awak nak kahwin, jemput saya sekali eh?"

"Of courselah saya jemput awak. Awak kan kawan baik saya." kata Eisya. Eisya kemudian melangkah laju ke hadapan meninggalkan Komander Haqim di belakang.

Komander Haqim sekadar melihat sahaja. Dia memikirkan kembali ayat Eisya tadi.

Kawan? Dia hanya dianggap sebagai kawan sahaja? Sedangkan selama ini, dia yang menjadi tempat mengadu Eisya, tempat Eisya meluahkan perasaan. Cuma tempat di hati sekadar kawan sahaja?

Dia tidak menyangka bahawa Eisya sudah bertunang dan akan berkahwin pada tahun ini. Dia ingat nak meluahkan perasaannya pada Eisya namun Eisya telah diikat oleh orang lain dahulu. Dan, tunangnya ialah salah seorang kadetnya,Tengku Fahmi. Patutlah dia asyik melihat Tengku Fahmi memandang Eisya dan rapat dengannya. Rupa-rupanya mereka sudah bertunang.

Dia tersenyum hambar. Komander Haqim seorang yang pemalu dengan wanita. Dia selalu berfikir bahawa biarlah wanita itu yang meluahkan perasaan, namun dia bodoh. Peluang yang ada dia sia - siakan. Kini dia yang merana.

*******

Usai membersihkan diri, Tengku Fahmi berehat sebentar di dalam biliknya. Dia yang baru pulang dari rumah bondanya berasa sangat letih.
Dia berbaring sebentar sambil bermain game di dalam laptopnya.

Namun, tiba-tiba dia berasa rindu dengan Eisya. Mungkin sudah lama tidak keluar berdating. Dengan cepatnya, dia mengambil phone lalu menekan nombor Eisya.

Satu saat, dua saat. Akhirnya panggilan dijawab. Terasa berbunga-bunga hatinya mendengar suara pujaan hati.

" Hello, Lee." sapa Eisya terlebih dahulu.

" Hai, dear. Buat apa tu? Dah balik ke?" tanya Tengku Fahmi.

" Yup! Dah balik dah. Tengah buat kerja sikit ni."

Keadaan senyap seketika sebelum Tengku Fahmi bercakap.

"Eisya."

"Ya."

" Saya dah tanya dah bonda saya. Bonda saya kata lepas saya secara rasmi jadi pegawai askar, kita akan kahwin."

" Oh, ya? Agak-agak bila eh?"

" Kenapa? Tak sabar ke nak tidur satu bilik dengan saya?" usik Tengku Fahmi nakal.

Eisya membuat muka 'what the hell' nya.

" Tolong sikit. Saya taklah desperate sangat. "

Tengku Fahmi tergelak kuat.

" Ye lah tu. Nanti lepas saya rasmi jadi pegawai, saya nak kahwin cepat - cepat dengan awak. "

" Kenapa?"

" Saya taknak awak jadi hak milik orang lain. Awak milik saya je." kata Tengku Fahmi.

Eisya menahan senyum. Kenapa bersemut sangat phone aku ni?? Eiii!!! Sukanya!!!

" Takde siapapun yang nak rampas saya. Saya kan dah jadi tunang awak. "

" Orang lain memang tak boleh rampas, tapi Komander Haqim tu bukan boleh kira sangat. Kut-kut dia ada perasaan jugak ke dekat awak."

" Alhamdulillah..." kata Eisya sengaja.

"Kenapa alhamdulillah pula?"

" Yalah, sekurang-kurangnya saya ni ada juga orang yang nak. Taklah nanti orang kata saya ni tak laku."

Tengku Fahmi mengetap bibir. Dia ni memang tak cukup satu ke?

" Awak suka ke lelaki lain simpan perasaan dekat awak? Suka? "

" Eh, siapa yang tak suka? Jadi rebutan lelaki kut. " kata Eisya menyakat lagi.

" Awak jangan nak macam-macam eh, Eisya. Awak milik saya sorang je tau. Kalau ada orang lain yang suka dekat awak, saya akan tetak dia. " kata Tengku Fahmi bersungguh.

Eisya tergelak kuat. Nampaknya plan dia menjadi.

" Kenapa awak gelak? Lawak ke apa yang saya cakap tadi? "

" Lawaklah. Awakkan, saya usik je pun. Tu pun nak marah. "

" Eisya Esynani, cuba cakap dekat saya tunang mana yang tak marah kalau bakal isteri dia ada orang lain suka? Kalau adalah, saya gerenti, tunang dia tu makan nasi kangkang. Sebabtu jadi tolol macam tu. "

Eisya ketawa lagi. Dan lagi.

" Awak ni kuat cemburu eh. Takdelah, saya main-main je. Mana ada orang yang suka dekat saya ni. Awaklah orang pertama, Lee. " kata Eisya.

Tengku Fahmi menahan senyum. Dia menutup phone dengan tangannya lalu menggelupur di atas katil. Kemudian, dia cool semula.

" Baguslah kalau macam tu. By the way,kenapa awak suka panggil saya Lee? Saya tak sempat nak tanya awak haritu. "

" serius nak tahu?"

" Ha'ah."

" Okay, macam ni. Sebenarnya, mama saya, Ai Mei Choo ada seekor anjing tau dekat Hong Kong. Anjing dia sendiri. Anjing tu anjing bulldog. Nak tahu nama dia? Nama dia Lee. Sebabtu saya panggil awak Lee sebab saya tak boleh sentuh anjing tu tapi saya boleh sentuh awak. "

Tengku Fahmi tercengang. Dia samakan aku dengan anjing?!

" Awak samakan saya dengan anjing bulldog mama awak tu?! Eisya, saya manusia not animal. "

" Biarlah. Lagipun saya suka sangat nama Lee. Sebab, nama tu buat orang yang digelar nampak cool bagi saya."

" Eii.. Nasib baik awak tak ada kat sini. Kalau tak, saya gigit awak."

" Jangan nak porn sangat eh. Saya smackdown kepala awak dengan batu besar. " kata Eisya memberi amaran.

" Okay, okay. Gurau je. Nak manja pun tak boleh. "

Eisya tersenyum.

" Okaylah, saya nak pergi makan jap. Nanti kita borak lagi eh? "

" Okay, love you dear. "

" love you too sayang. "

Mereka kemudian memutuskan panggilan.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience