Bab 7: Tak Nak

Action Series 57841

Pushhhh!

Eisya tidak sengaja menyemburkan air yang diminumnya tadi pada Dato' Emir segera mengesat wajah ayahnya itu. Dato' Emir hanya memejamkan apabila wajahnya terkumpul dengan air.

" Kahwin?!"
Selepas sahaja meletupkan tayar empat buah kereta, dia pulang ke rumah dahulu untuk mandi dan menukar pakaian. Kemudian, barulah dia bergerak ke Fatwa Hathi Holdings.

" Eh, eh. Sorry papa. Eisya tak sengaja." Eisya sudah kelam - kabut mengambil tisu di tepi meja papanya lalu dilapkan sehingga kering.

" Kamu ni Eisya. Nasib duduk di depan papa. Kalau di tepi memang aku sumbat kau dalam mesin basuh kat rumah. Biar berpusing kamu dengan baju-baju kat dalam tu." balas Dato' Emir sambil merampas tisu di tangan Eisya.

" Eisya bukannya sengaja. Terkejutlah bila papa kata Eisya ada tunang nak kena berkahwin tahun ni. " kata Eisya sambil menyilangkan kakinya di atas meja papanya. Papanya menolak kaki Eisya itu terus jatuh ke bawah.

" Nak buat macam mana. Dah mama kamu yang pandai - pandai tunangkan kamu. Takdelah orang kata kamu tak laku. "

Padu weyh! Kena gila kat batang hidung.

" Eisya tak nak kahwinlah. Tak nak!!" kata Eisya merengek. Menjadi-jadi pulak manja dia sejak dah jadi leftenan ni. Nak ke penampar ke baru betul sikit?

" Eh, eh. Awak tu leftenan tau. Buatlah macam leftenan. Ni, perangai tu mengalahkan budak kecik tau. Muncung tu kalau dilastik, boleh kembali pada asal tak?"

Eisya hanya mengecilkan mata memandang papanya yang acah-acah ingin melastik mulutnya dengan tangan yang dibuat-buat.
Dia memusingkan kerusi menghadap pintu. Mindanya berfikir sendirian. Kalaulah dia kahwin, macammana dia nak lindung benda tu? Macammana dengan keselamatan suaminya? Hisy tak boleh jadi ni!

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu diketuk. Dato' Emir memanggil gerangan itu masuk dan kelihatan Erynne sedang berlenggang-lenggok menuju ke arah Dato' Emir.

Eisya hanya memandang gadis itu dari jauh sampailah ke depan papanya. Namun perhatiannya diberikan kepada punggung gadis itu. Hampir terbeliak biji matanya. Memang dasar askar tak guna!

Bulat elok!!!

Astaghfirullahalazim!! Apa yang kau tengok Eisya?! Mata! Mata! Kawal sedikit please!

" Dato', ini fail yang Dato' minta. Saya dah siapkan dah." kata Erryne dengan lembut.

" Goodjob, Erryne"

" Oh ya, Dato', Tengku Fahmi dah datang dan sedang menunggu di lobi.

" Panggil dia naik ke atas. "

" Baik Dato'. "

Erryne kemudian berjalan berlenggang-lenggok menuju ke pintu keluar. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi ketukan yang menunjukkan seorang lelaki muda yang kacak berjalan ke arah mereka.

" Assalamualaikum Dato'. " sapa Tengku Fahmi menghulurkan tangannya. Dato' Emir yang sudah menukar posisi dari duduk kepada berdiri lalu menyambut huluran itu.

" Waalaikumussalam, Tengku Fahmi. Sila duduk." kata Dato' Emir. Tengku Fahmi hanya tersenyum lalu memegang bahu kerusi itu tetapi baru dia ternampak ada seorang lagi hamba Allah di situ.

' Sejak bila dia ada kat sini?' desis hatinya. Manakan tidak orang nampak si Eisya tu, dahlah duduk tu macam tak duduk. Mengalahkan sotong. Macam orang takde tulang.

" Cik, boleh bagi saya duduk sini?" pinta Tengku Fahmi. Eisya hanya menjeling tajam ke arahnya.

" Apa pulak? Ni tempat saya. Awak duduk jelah atas lantai." kata Eisya sambil memusingkan kerusi.

" Saya ada meeting dengan papa awak ni. Dah kalau awak duduk di situ, saya nak bincang macammana?" balas Tengku Fahmi tidak mahu mengalah.

" Hal awak, fikir sendirilah. " kata Eisya. Huish, ni askar ke pembuli?

Akibat tidak tahan sangat, Tengku Fahmi memberhentikan kerusi yang di pusing oleh Eisya betul-betul di hadapannya. Dia memegang kedua-dua tangan kerusi itu sambil membongkok ke arah Eisya.

Eisya tergamam.

" Bagi saya duduk di kerusi ni." kata Tengku Fahmi dengan nada berbisik.

Eisya buat muka toya.

" Kalau awak nak, ambillah. Tapi, haa...lawan saya dulu."

Tengku Fahmi malas bertekak. Inikah bakal isterinya? Kalau betullah, dia perlu mengucap dahulu. Nampak macam hyperactive ni.
Tengku Fahmi kemudian mendukung Eisya untuk melepaskan kerusi itu. Eisya yanh tergamam meronta-ronta untuk melepaskan diri dengan memukul bahu Tengku Fahmi.
Tengku Fahmi mendesis sakit namun tidak dilepaskan Eisya. Dia kemudiannya menurunkan Eisya di tepi kerusi lalu dengan pantas duduk di atas kerusi tersebut.

Eisya sudah mendengus geram. Dia memukul lagi Tengku Fahmi namun masih tidak berganjak. Tengku Fahmi hanya melihat sinis Eisya.

" Kamu berdua buat apa tu?" tanya Dato' Emir bersama headphone di telinga. Dia ada dengar sipi-sipi sahaja bunyi orang bergaduh. Dia juga memandang ke bekakang. Bukan tengok dua ekor tupai dekat depan dia ni. Sejak bila orang tua ni pakai headphone?

" Tak ada apa. " kata Tengku Fahmi dan Eisya serentak.

Dato' Emir membetulkan posisi duduknya sebelum memandang Eisya.

" Haa, Eisya. Tunggu apa lagi kat sini? Papa ada meting ni. Anda boleh keluar sekarang." kata Dato' Emir.

Eisya hanya mendengus geram. Beg galasnya di galas lalu dia keluar dari bilik itu. Tengku Fahmi hanya tersenyum puas. Selepas keluar daripada rumah agam bondanya, tiba - tiba panggilan daripada Dato' Emir berdering. Dia ingin berbincang secara peribadi dengannya. Dengan sepenuh hati, dia memandu menuju ke Fatwa Hathi Holdings.

*************

Pang!!

Perit muka Karl ditampar oleh Ben. Wajahnya itu begitu bengis sekali.

" Kerja senang pun tak boleh buat!! Aku suruh bawa perempuan tu datang sini je. Dah yang macammana lain pula yang terjadi?!"

" S-saya rasa ni mesti kerja askar tu, bos. Kami dah nak dapat kejar dah tadi." kata Karl sedikit takut.

" Apa-apapun yang terjadi, aku nak kau dapatkan askar tu. Aku nak askar tu ada kat tangan aku. " kata Ben memberi amaran. Dia menaiki tangga rumahnya meninggalkan Karl dan Khoon di bawah.

Di dalam bilik office Ben,

" Kau tak boleh marah diaorang, Ben. Bukan salah diaorang. " kata Azam, salah seorang pengikut Ben.

" Habistu, aku nak marah siapa?! Tu salah diaorang. Askar tu dah ada depan mata dah pun. Kaut jelah! Apa yang susah sangat?!" melengking suaranya di dalam bilik itu.

" Engkau dah tahu askar tu macammana, kan? Kau upahlah empat ke lima orang lagi, tak ada siapapun boleh tangkap dia. Kalau boleh, kenapa kita still tak dapat dia semasa dekat Scotland dulu? Kenapa kita perlu kejar dia sampai ke Malaysia?"

Ben mendiamkan diri. Dia berpaling menghadap Azam di depannya.

" Aku perlukan dia, Zam. Aku perlukan vaksin tu. Oo.. Patutlah dia tidak tertagih dengan dadah yang kita suntik dalam badan dia. Rupanya, dia ada cipta vaksin! Memang dasar askar tak guna betullah!!"

Ben mulai melempar seluruh barang di merara-rata. Barang kaca pun dilemparnya.

Azam yang melihat sudah menghalang Ben dari berbuat demikian.

" Lepaskan aku. Lepaskan aku!!!" marah Ben sambil meronta-ronta ingin melepaskan diri. Tidak lama kemudian, dia rebah di atas lantai. Azam melepaskan pegangan di pinggangnya dan hanya membiarkan sahaja Ben meluahkan perasaannya.

" Dia bunuh isteri aku, Zam. Dia bunuh isteri aku. " kata Ben dengan mata yang merah. Tangannya digempal kuat.

" Aku akan pastikan dia menerima hukuman setimpal. Sama dengan apa yang dia buat pada isteri aku!!" kata Ben. Azam hanya mengeluh.

" Kau nak tangkap dia macammana, Ben? Kau pun tahu askar tu licik. Buktinya, dia letupkan tayar tiga buah biji kereta orang-orang kita tanpa sedar. "

Ben kemudian bangun dan menghadap Azam. Dia memegang bahu Azam dengan kuat.

" Aku akan tangkap dia! Aku akan buat dia sengsara!! " kata Ben. Dia mulai ketawa dan menangis tak tentu arah. Dia memandang satu gambar yang berada di dinding. Gambar Eisya yang berpakaian unirform tentera lengkap dengan topi perisai dan memegang senapang di tangannya.

" Kau takkan selamat, Eisya! " katanya sebelum tangannya menekan picu pistol lalu dilepaskan beberapa das tembakan pada gambar Eisya dengan wajah yang kian memerah.

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience