Bab 3 : Pertemuan

Action Series 57877

Tengku Fahmi dan Sara Amelia memasuki sebuah restoran setelah puas berbelanja sakan. Tengku Fahmi hanya membuat riak wajah biasa. Sara Amelia? Huh, bukan main senyum lebar lagi.
Sara Amelia menyisip minumannya sebelum meliuk-lentokkan kepalanya ke bahu Tengku Fahmi. Tengku Fahmi hanya menggelengkan kepala.

" Hah, nak minta apa lagi? Nak I belikan kondo untuk you pulak?" perli Tengku Fahmi dengan nada yang diselangi tawa.
Sara Amelia sudahpun memuncung.

" Apa you ni... Taklah. I cuma nak ucapkan terima kasih. Yelah, sebab sudi belanja I semua barang-barang ni. Semua mahal-mahal. " kata Sara Amelia. Dia memberikan senyuman paling manis kepadanya.

Tengku Fahmi memegang tangan Sara Amelia lalu dikucupnya.
" Anything for you, dear. " katanya. Namun tiba-tiba Sara Amelia teringatkan sesuatu.

" Sayang, you pergi tak ke rumah atuk I esok?" tanya Sara Amelia. Tengku Fahmi hanya mendongak ke atas tanda sedang berfikir.

" Pergi. I pun dijemput."

" Ye ke? Kalau macam tu, I pun nak pergi jugalah."

" Tapi, setahu I atuk you cuma buat acara makan besar-besaran macamni bila ada perkara penting je. Ada apa-apa yang I tak tahu?"

Sara Amelia mengeluh kuat. Makanan yang berada di hadapan matanya ditatap sahaja. Dia meletakkan sudu dan garfu lalu berpeluk tubuh memandang ke arah lain. Tengku Fahmi yang sedar akan perkara itu juga meletakkan sudu dan garfu lalu memandang girlfriendnya.

" Hey, dear. What happened?" tanya Tengku Fahmi. Namun sia-sia. Sara Amelia hanya mendiamkan diri. Akhirnya Tengku Fahmi mengalah.

" Okay okay. I takkan tanya dah lagi okay? Dah, habiskan makanan tu." kata Tengku Fahmi. Dia mulai menghabiskan sedikit sisa-sisa makanan di dalam pinggannya itu. Namun terhenti lagi apabila Sara Amelia memegang tangannya.

" I tak tahu macammana nak beritahu you. Pada pandangan you, atuk I macammana? " tanya Sara Amelia.

" Dato' Fatwa...seorang yang baik hati, murah senyuman.."

" Tapi jujur I kata, atuk I tak macam tu."

" Apa maksud you?"

Sara Amelia menghela nafas berat.

" Atuk I pilih kasih. Dia just...sayang kakak I je. Dia tak pedulikan I mahupun siblings I." kata Sara Amelia. Tengku Fahmi hanya mendengar.

" Acara makan besar-besaran ni pun untuk kakak I. " katanya lagi.

" Kakak you menang apa sampai Dato' Fatwa buat acara makan-makan ni? " tanya Tengku Fahmi. Dia semakin berminat untuk mendengar kisah hidup keluarga teman wanitanya ini. Manakan tidak, Dato' Fatwa Hathi dikenali ramai kerana sikapnya yang tidak berat sebelah. Tapi lain pula yang diceritakan oleh Sara Amelia.

" Kakak I baru tamat latihan tentera dekat Scotland. Sekarang ni dia dah pegang pangkat leftenan dekat sana." kata Sara Amelia.

Terserlah riak wajah terkejut pada wajah Tengku Fahmi. Seriuslah kakak dia ni. Dah pegang pangkat leftenan. Aku belum tentu tahan dengan latihan tentera tu.

" serius ke? Kakak you askar? Bae, kalau I, I pun kagum dengan dia. Bukan senang tau nak jadi askar. Perlukan mental yang tinggi." kata Tengku Fahmi menyatakan kekagumannya.

" Tetapi sayang, kakak I tu askar je. Bukannya jadi menteri pun." kata Sara Amelia tidak mahu mengalah. Tengku Fahmi hanya tersenyum kecil. Alahai, buah hati. Kenapa susah sangat ni?

" Dear, apa salahnya jadi askar? Itupun satu pekerjaan yang mulia tau. Berkhidmat untuk bangsa dan negara. " kata Tengku Fahmi.

" Yang you nak bela kakak I sangat dah kenapa? Ke you pun macam atuk dan parents I jugak? Nak menangkan si Eisya tu terus? I atau dia kekasih you, Fahmi?! "

Sara terus berlalu pergi dari restoran itu. Tengku Fahmi berulang-ulang kali memanggilnya sambil berlari mengejar Sara tetapi sudah terlambat kerana Sara telah balik dengan menaiki teksi. Haih, takpelah Fahmi. Esok-esok jelah kau pujuk dia. Dia kemudiannya meletakkan not 100 lalu pergi dari restoran itu.

************
Keesokannya

Setelah beberapa jam menaiki pesawat, akhirnya Eisya tiba juga di tanah air. Rindunya pada Malaysia bumi tercinta. Tidak lupa juga kepada papanya.
Dia turun dari tangga pesawat dan bergerak masuk ke dalam Airport. Dia menolak bagasi dengan troli yang disediakan. Lalu dia mencari kelibat pemandu peribadinya. Akhirnya dia berjumpa dengan Husin, pemandu peribadi keluarganya.

" Assalamualaikum, Cik Engku. Selamat pulang ke Malaysia." ujar Husin yang lebih berumur daripada Eisya. Eisya ketawa sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Husin.
" Waalaikumussalam, Abang Husin. Wah, makin segak ya." usik Eisya.

" Isy, kamu ni. Ke situ pula. Takde maknanya Abang Husin makin segak." kata Abang Husin malu-malu. Eisya ketawa lebih kuat. Abang Husin menyuruh Eisya menyerahkan beg bagasinya untuk diletakkan ke dalam bonet kereta. Eisya pula telah membolos masuk ke dalam kereta mewah itu.

" Cik Engku nak singgah mana-mana tak? " tanya Abang Husin. Eisya menggelengkan kepala tanda tidak mahu singgah di mana-mana.

" Balik teruslah Abang Husin. Malas lagilah nak pusing-pusing." kata Eisya. Kelihatan Abang Husin mengangguk lalu menekan pedal minyak kereta mewah itu supaya lebih laju.

Akhirnya kereta yang membawa cucu kesayangan Dato' Fatwa Hathi itu telahpun masuk ke perkarangan rumah agam itu. Eisya mulai berasa pelik tatkala melihat sekeliling rumah agam itu dipenuhi dengan kenderaan berjenama mewah. Ha sudah! Apa pula ni?

" Err... Abang Husin, kereta siapa banyak - banyak ni? Kereta atuk ke?" tanya Eisya padahal dia sudah ternampak beberapa orang lelaki yang berumur masuk keluar dari rumah itu.

" Eh, kamu ni. Bukan kereta Dato' lah." kata Abang Husin dengan lembut.

" Habistu, kereta siapa banyak - banyak ni? "

" Dato' ada buat acara makan besar-besaran. Untuk raikan kamu baliklah."

"Hah?!" jerit Eisya sedikit kuat. Baru sahaja dia meminta papanya supaya memujuk atuknya agar tidak melangsungkan mana - mana acara untuknya. Tetapi dia faham keadaan atuknya. Bila dia guna kuasa veto dia tu, huh! Suruhlah dia punya moyang sekalipun, takkan diubah.

Tak boleh buat apa dah Eisya oii!! Masuk jelah. Eisya pun keluar dari kereta itu. Rasa dah macam artis bila anak-anak gadis kawan papa duk tengok sampai nak terbeliak biji mata. Bagasi dah diserahkan kepada Abang Husin. Dia pun melangkah dengan kaki kanan menaiki tangga kecil di depan rumah agam itu. Mungkin sebab tunduk bawah sangat kut, tanpa sedar tubuhnya terlanggar seseorang lalu hilang imbangan. Ingatkan dah selamat sampai landing atas tanah, Rupa-rupanya Eisya dipeluk pinggangnya oleh seorang lelaki yang berpakaian korporat.
Eisya membuka sebelah matanya untuk melihat ke tanah. Dia membuka kedua-dua belah matanya apabila melihat dirinya masih berada di tempat yang sama. Pelik, aku ada kuasa terapung ke? Kata Eisya dalam hati.
Dia menkapai-kapaikan tangannya untuk menyentuh udara. Kembang hidungnya bila mengingatkan yang dia terapung di udara. Tetapi kebanggaan itu hilang apabila dia terdengar suara garau menembusi gegendang telinganya.

" Are you okay?" tanya lelaki itu.

Dari wajah gembira bertukar menjadi merah padam. Bullshit!! Ingatkan ada kuasa terapung tadi. Rupa-rupanya, ada orang sambut.

Tengku Fahmi melepaskan pegangan di pinggang nya apabila Eisya sudah boleh menstabilkan dirinya. Penampilan gadis itu yang ringkas dengan berhoodie, berseluar jeans lusuh dan rambut yang serabai tapi masih kemas menarik perhatiannya. Ala-ala mat salleh gitu.

" Cute!" kata Tengku Fahmi.

" Apa awak cakap?" tanya Eisya.

" Haa.. T-tak ada apa-apa." kata Tengku Fahmi dengan wajah merah padam. Eisya hanya mengecilkan matanya sambil mengusap lehernya.

" Thanks sebab tolong saya tadi." kata Eisya. Dia melangkah pergi dari situ dengan beg yang digalas di belakangnya. Tak selesa dengan pandangan Tengku Fahmi.

" My pleasure." kata Tengku Fahmi selepas figura Eisya hilang dari pandangan. Siapakah dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience