Bab 26: Not For You!!

Action Series 58040

Majlis perkahwinan dilangsungkan dua hari selepas Eisya keluar hospital. Puas dia meminta papanya supaya menangguhkan perkahwinan itu kerana dia tidak bersedia lagi. Tapi, macam biasalah masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.

Pada hari perkahwinan, Eisya yang dirias dengan cantik dibawa turun dari tingkat atas. Pihak lelaki sudahpun sampai dan berada di ruang tamu persis istana besar itu.

Tengku Fahmi memandang Eisya. Tunangnya itu kelihatan cantik sangat-sangat. Tapi muka cemberut dia tu tak ada yang boleh lawan.

Eisya pula, huish! Mata tu macam nak laser sorang-sorang. Dahlah panas kat sini, duduk di tengah - tengah orang pulak tu.

Lafaz kemudian menyatukan mereka sebagai sepasang suami isteri. Akhirnya, mereka selamat diijabkabulkan. Selepas itu bermulalah upacara pembatalan air sembahyang.

Tengku Fahmi bergerak ke arah Eisya yang dari tadi merenung tajam ke arahnya. Dia mengangkat tangan kanan Eisya lalu menyarungkan cincin di jari manisnya. Lalu dia mencium kedua-dua belah pipi Eisya sambil tersenyum. Orang ramai pula tersuka-suka macam orang miang

Eisya yang marah terus jadi awkward. Apa ni? Selalu kalau orang kahwin cium dahi, dia cium pipi?

Tidak mempedulikan orang ramai, Tengku Fahmi memegang kedua-dua belah pipi Eisya lalu dia mencium dahinya.

Eisya tergamam. Hah? Tadi kau kata orang cium kat dahi, tu dia cium tu kenapa kau awkward lagi? Eisya, Eisya...

" I love you..." bisik Tengku Fahmi di tepi bibir Eisya. Dia mengangkat mukanya semula. Eisya terkebil-kebil.

Selepas majlis akad nikah berakhir, Eisya terus meluru masuk ke dalam biliknya sementara Tengku Fahmi melayan beberapa orang kawannya di bawah.

Eisya menghempaskan dirinya ke atas katil dan menelentang. Persis tapak sulaiman. Tanpa mandi, tanpa buang mekapnya, macam tulah dia tidur. Baju nikah pun tak buang lagi.

Pukul 2 pagi, Tengku Fahmi masuk ke dalam bilik Eisya. Dia berasa letih kerana baru lepas melayan tetamu di bawah. Setibanya dia di bilik itu, dia melihat Eisya yang tertidur persis tapak sulaiman di atas katil, dengan mekap tak ditanggal, dengan baju nikah tak buang.

Tengku Fahmi menggeleng kepala. Dengan langkah perlahan, dia menuju ke katil dan menghempaskan dirinya mengiring ke arah Eisya.

Dia merenung Eisya. Jarinya dimainkan di tepi muka Eisya. Eisya kegelian. Dia menepis jari Tengku Fahmi tanpa membuka matanya. Tengku Fahmi geli hati. Terus-menerus dimainkan jari ke tepi muka sampailah Eisya bangun lalu acah-acah ingin menampar dirinya. Tetapi bila dia melihat Tengku Fahmi, mentah-mentah di buat muka toya.

" Heh! Kau rupanya. Aku ingat nyamuk tadi." kata Eisya.

Dia kemudiannya mengubah kedudukan dari tidur telentang lalu memeluk Tengku Fahmi. Tengku Fahmi kini tidur menelentang untuk memudahkan Eisya memeluk dirinya. Dirinya membalas pelukan Eisya.

" Bukan awak tak selesa dengan saya ke? " kata Tengku Fahmi.

" Tak selesa. Tapi nak buat macammana, kau dah jadi suami aku. So, tak ada halangan untuk aku tak boleh peluk kau kan?"

Tiba-tiba Tengku Fahmi jadi tidak selesa kerana badannya berpeluh. Nak bangun, badan dia pula kena peluk kuat oleh Eisya. Dia banyak bergerak kerana tak selesa kerana bahagian baju belakangnya sudah basah terkena peluh.

Eisya yang perasan akan Tengku Fahmi mula membuka matanya. Dia memandang Tengku Fahmi tetapi masih tidak melepaskan pelukannya.

" Kenapa?"

" Saya nak mandi. Badan saya berpeluh. Kejap lagi baru boleh peluk, okay?" kata Tengku Fahmi sambil mengenyit nakal.

Eisya merona merah. Apesal aku peluk dia eh? Aku anggap dia macam kawan baik, but dia suami aku.. Tapi sedap apa peluk badan dia. Rasa macam ada bantal peluk lembut level 14.

Eisya melepaskan pelukan. Dia duduk di atas katil menghadap dinding. Mukanya blushing.

Tengku Fahmi tersenyum sumbing apabila melihat reaksi Eisya. Dia bangun dan mencapai tuala lebih dari wardrobe Eisya. Eisya melihat sahaja Tengku Fahmi yang buat bilik itu macam bilik dia sendiri. Ambil tuala tak minta izin aku.

" Awak ada baju lelaki tak?" tanya Tengku Fahmi.

" Eh! Bilik ni bilik aku sorang je. Mana ada aku simpan baju lelaki kat sini."

" Habistu, saya nak pakai baju mana ni? Takkan saya nak tidur pakai baju melayu ni?" tanya Tengku Fahmi.

Eisya berfikir jap.

" Kejap arh aku pergi mintak baju dengan Fawwaz jap. Kalau tak muat, aku pergi mintak dengan Fakhrul. " kata Eisya lalu keluar dari bilik itu. Beberapa minit kemudian, Eisya masuk semula dengan sehelai baju dan seluar lalu diberikan kepada suaminya. Tengku Fahmi pula masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai mandi, Tengku Fahmi keluar dari bilik mandi. Sekali lagi, dia melihat Eisya tertidur di atas katil. Tetapi kali ini dia meniarap.

Dia menuju ke arah Eisya lalu meniarap di atasnya. Eisya kemudian membuka matanya kerana perutnya tiba-tiba berasa senak. Dan bahagian belakang badannya memberat.

" Woi! Kau buat apa belakang aku ni?!" tanya Eisya lalu meronta-ronta. Tapi nak buat macammana, badan dia tu badan chipmunk je kalau nak dibandingkan dengan badan Hulk Tengku Fahmi tu.

" Mandi." kata Tengku Fahmi lalu mengangkat Eisya dari belakang dan menelentangkan Eisya. Kedua-dua tangannya memangku tangan kiri dan kanan Eisya menyebabkan tangan Eisya naik ke atas.

"Tak nak mandi."

Eisya merasakan kegelian apabila Tengku Fahmi mencium lehernya berulang kali. Kali ni barulah dia rasa rimas.

" Okay, fine! Aku mandi.." kata Eisya.

Tengku Fahmi melepaskan pegangannya di tangan Eisya. Dia mengangkat Eisya dengan sebelah tangannya. Eisya mencapai tuala, baju, lalu masuk ke bilik air.

******

Fayyad masuk ke dalam bilik office Ben. Dia masuk beserta muka yang jelas cemas. Ben hanya memandang sahaja lelaki itu.

" Kau kenapa ni? Macam nampak hantu je.."

" Ben, kau tak akan percaya apa yang aku nak cakap dengan kau."

" Apa dia?"

" Ni fasal Eisya."

" Kenapa dengan Eisya?"

" Dia dah kahwin!!"

Terus terhenti kerja yang Ben lakukan masa itu.

" Kahwin?!"

" Ha'ah! Lagi susah kerja aku lepas ni."

" Kau tahu siapa suami dia? "

" Suami dia memang seluruh Malaysia kenal. Tengku Fahmi Tengku Hafiz. CEO company terbesar di Malaysia. " kata Fayyad.

Ben sudah mula gelisah. Makin susah dia nak dapatkan Eisya sekarang ni. Kalau dia orang kebanyakan, memang tak jadi masalah. Tapi kalau dia berasal dari keturunan Tengku atau berada, maka akan makin banyak orang kawal Eisya.

" Mana kau tahu Eisya kahwin dengan Tengku tu?"

" Aku dapat undangan. Disebabkan abang aku rapat dengan salah seorang adik-beradik keluarga Tengku tu, jadi aku pun turut dapat undangan juga." kata Fayyad.

" Aku rasa kita kena tukar plan." kata Ben.

"Maksud kau?"

" Kita hantar amaran dekat suami dia supaya dia lepaskan Eisya kalau takut diapa-apakan. Macam kau tak tahu, orang kaya ni, kalau kita gertak sikit, dah kecut perut. Dia mesti tak nak tanggung risiko semata - mata untuk perempuan tu."

Fayyad mengangguk faham.

" Tapi kalau dia tak nak lepaskan Eisya? "

" Terpaksalah kita berkasar sikit. " kata Ben sambil tersenyum sinis.

******

Tengku Fahmi menanggalkan mekap di muka Eisya dalam bilik air. Dia menggunakan penanggal mekap yang disimpan di celah baju di dalam wardrobe.

" Apalah, buang mekap pun tak reti.. " sindir Tengku Fahmi sengaja. Dia mengaduh kesakitan apabila Eisya menumbuk perlahan pinggangnya.

" Bukan tak reti. Tapi tak tahu macamana nak buat. Aku bukannya pandai mekap-mekap ni."

" Kenapa saya lelaki boleh buat, awak perempuan, dah sejati dengan mekap, tak boleh buat?"

" Mungkin sebab kau dulu mak nyah semasa hayat hidup yang lepas..."

Dan pipi Eisya dicubit kuat naik ke atas sehingga Eisya terjerit kecil.

" Rasakan! Mulut tu tak boleh eh kalau sehari tak celupar? Saya pandai buat ni sebab saya belajar dari sepupu saya. Dia MUA. Kalau bab mekap dia tahu, mustahil bab tanggal mekap dia tak reti." kata Tengku Fahmi.

Eisya tidak mempedulikan bebelan Tengku Fahmi sebaliknya dia menyentuh setiap inci wajahnya.

" Muka kau dah lain, Lee.. " kata Eisya. Jarinya masih menyentuh wajah Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi meletakkan botol penanggal mekap lalu mengambil tangan Eisya yang menyentuh wajahnya ke mukanya. Dia mencium tapak tangan Eisya.

" Lain macamana?" tanya Tengku Fahmi lembut.

" Muka kau dah matang. Tak ada babyface lagi.."

" Are you sure ini babyface yang awak selalu tengok dulu?"

" Why not? But, saya peliklah. Kenapa mama dan baba kau tak datang? Lagi satu, bukan kau agama kristian ke? Kau dah masuk Islam ke?"

Tengku Fahmi mencium pipi Eisya berkali-kali. Dia tidak pernah jemu.

" Curious? "

Eisya mengangguk.

" Nak tahu sebab dia? "

Eisya mengangguk.

Tengku Fahmi mencium singkat pipi Eisya dan membisikkan di tepi bibirnya.

" Because I'm not Keith.." kata Tengku Fahmi.

Eisya tergamam. Apa dia cakap tadi?

" Who are you? " tanya Eisya.

" Fahmi. Tengku Fahmi. " Dia memegang kedua-dua belah pipi Eisya.

" Kenapa kau tak cakap apa-apa bila aku panggil kau Lee?"

" Cause, you're always call me Lee.."

" Kita pernah berjumpa?"

" Tentulah. Dan awak selalu panggil saya Lee."

" No! Panggilan tu cuma untuk Keith! And.. You're not Keith!!" jerit Eisya lalu menepis tangan Tengku Fahmi yang melekap pada pipinya.

" Eisya... "

" Shut up!! " marah Eisya sambil menuding jari ke arahnya. Tengku Fahmi tersentak. Belum pernah dia melihat Eisya marah sebegitu.

" Lee is just for Keith! Not for you!! " kata Eisya lalu menolak Tengku Fahmi keluar dari bilik mandi.

Tengku Fahmi meraup muka dengan kasar. Dia rasa terkilan. Dengan berat hati, dirinya melangkah menuju ke arah sofa. Hasrat mulanya nak menunggu Eisya keluar but dia tertidur di situ.

********

"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience