Eisya hanya merenung sahaja ke arah kubur Keith. Kerana dia berketurunan cina, rekaan kuburnya dibuat lain sikit. Seperti ada sebuah dinding besar dengan nama Keith Lee di depannya.
Dia meletakkan sejambak bunga di hadapan kuburnya. Lalu kembali merenungnya.
Tengku Fahmi hanya melihat wajah Eisya yang seperti kosong. Dia memaut bahu Eisya. Eisya pula melentokkan kepalanya di bahu suaminya.
" He's the best friend I' ve ever had." kata Eisya dengan sayu. Tengku Fahmi turut memandang kubur itu.
" Waktu saya susah, dia ada. Waktu saya senang, dia juga ada. Ketika saya bergaduh, dia akan protect saya. Dia tak pernah biarkan saya tercedera." kata Eisya lagi.
" Namun hanya kerana satu kesilapan, I lost him.. Forever.." Eisya sebak. Air matanya sedikit mengalir.
Tengku Fahmi mengelap air mata itu. Dia membawa badan Eisya menghadap dirinya.
" Awak tak salah.. "
Eisya mula menangis kuat seperti anak kecil. Tengku Fahmi membawa Eisya masuk ke dalam pelukannya sambil mengusap lembut belakang Eisya. Eisya masih menangis.
" Shh.. Saya tak suka tengok awak menangis. Awak tak pernah menangis sebelum ni.. " Tengku Fahmi bimbang. Dia meleraikan pelukan lalu memegang kedua-dua pipi Eisya. Eisya teresak-esak menangis sambil memejamkan mata.
" Awak lupa satu benda..." kata Eisya bercampur dengan tangisan.
" Apa dia? "
" Saya juga perempuan. " kata Eisya kemudian terus menangis. Ya! Selama ini dia asyik melihat sisi kuat wanita itu sehingga dia lupa Eisya juga seorang wanita biasa.
Tengku Fahmi membawa kembali Eisya masuk ke dalam pelukannya. Mungkin Keith sangat penting. Of courselah penting. Kawan baik dia kut..
Di dalam kereta, Eisya diam sahaja. Tiada tanda - tanda hendak bergurau ataupun tersenyum. Dia melihat ke tingkap kereta sambil menyandar.
Tengku Fahmi mengeluh perlahan.
" Eisya.." meleret panggilan Tengku Fahmi padanya. Eisya segera menoleh.
" Kalau saya tanya awak sesuatu, please don't be mad."
" What?"
Tengku Fahmi menarik nafas dalam-dalam.
" Serbuk putih dalam beg awak tu apa?" tanya Tengku Fahmi tetapi tidak menoleh ke arah Eisya. Dia meneruskan pemanduannya.
Eisya terkejut. Kedudukan dibetulkan. Dia menghadap ke arah Tengku Fahmi.
" Mana awak tahu?" Eisya gelabah.
" Saya check beg awak masa awak buatkan bubur untuk saya semalam." kata Tengku Fahmi steady.
" Err...serbuk tu..err..ermm..." Eisya semakin gelabah. Macammana dia nak beritahu lagi?
Kereta itu berhenti di simpang jalan. Tengku Fahmi menyandar pada kerusi sambil melihat Eisya.
" I need your explanation now, Eisya. " kata Tengku Fahmi.
Eisya mengeluh. Sudah terlambat untuk memutarbelitkan lagi.
" Awak tahu itu apa.." Eisya menundukkan kepala.
" That's why saya tanya awak.." Tengku Fahmi masih bersandar dan melihat ke arah Eisya.
" Betul tu... "
" Drugs? " Tengku Fahmi tekankan perkataan drugs pada Eisya.
Eisya mengangguk perlahan. Suasana jadi sunyi seketika.
" Alright." kata Tengku Fahmi lalu meneruskan pemanduan. Eisya dapat melihat Tengku Fahmi beriak wajah sayu dan kosong. Tidak bercakap walau sedikit.
Di rumah,
Oleh kerana Tengku Fahmi sudah punya rumah sendiri, dia membawa Eisya ke Villa Haqlea Mary. Villanya. Barang-barang sudah orang-orang Tengku Fahmi pindahkan ke situ. Eisya masih meneliti. Villa itu cantik. Hiasan pokok orkid dan bonsai menghiasi seluruh dalaman villa itu.
Tapi sekejap je. Lupa cik abang tengah merajuk lagi. Eisya ditinggalkan sendirian di bawah sementara Tengku Fahmi mendaki anak tangga.
Dengan langkah besar, dengan cepat dia dapat menyambar tangan Tengku Fahmi membuatkan Tengku Fahmi terpaling ke belakang. Nasib baik dia tak jatuh tangga, kalau tidak..nasi dah jadi bubur.
" Kenapa awak ni? Main tarik-tarik tangan dekat atas tangga? Kalau jatuh macamana?" bebel Tengku Fahmi.
Eisya tersengih macam kerang busuk.
Tengku Fahmi terus mendaki dan ingin masuk ke dalam bilik. Namun sekali lagi Eisya menarik tangannya membuatkan sebelah kakinya terangkat ke udara dan hampir jatuh ke atas Eisya.
Eisya ketawa. Tengku Fahmi hanya menatap geram.
" Eisya Esynani, tak kelakar, okay?" suaranya mendatar sahaja.
" Opss, sorry, sorry. Tak sengaja.." Eisya menyegakkan semula pakaian Tengku Fahmi dari pinggang naik ke dada, bahu, leher dan tangan ditekapkan pada pipi Tengku Fahmi lalu mencium bibirnya.
" Marah saya lagi? " tanya Eisya mendongak ke arahnya. Tengku Fahmi masih beriak biasa. Tak nak menjawab.
Eisya mengucup lagi bibir Tengku Fahmi beberapa kali sehingga Tengku Fahmi rimas. Dia mengesat bibirnya. Eisya hanya ketawa. Kemudian, dia mencangkungkan Tengku Fahmi lalu naik ke atas belakang lelaki itu membuatkan Tengku Fahmi memegang Eisya untuk mengelakkan isterinya terjatuh.
" Awak tak habis-habis buli saya, kan?" kata Tengku Fahmi yang menggendong Eisya lalu berdiri membelakangi katil dan terus melepaskan Eisya di situ.
Eisya hanya mengaduh kesakitan. Pinggulnya digosok perlahan. Tengku Fahmi hanya melihat. Eisya pula, apalagi. Berdiri atas katil dan terus melompat ke arah Tengku Fahmi yang masih berdiri.
Tengku Fahmi terkejut lantas tangan di depakan untuk menyambut isterinya itu. Lompatan sangat kuat sehinggakan Tengku Fahmi terundur ke belakang. Eisya mengalungkan tangannya pada leher Tengku Fahmi sambil kaki memaut pinggang lelaki itu. Lebih agresif lagi, Eisya melompat-lompat dalam pelukan Tengku Fahmi menyebabkan Tengku Fahmi tidak dapat menyeimbangkan badan lalu terjatuh telentang ke atas lantai.
Ya Allah! Sakitnya tu tak dapat dibayangkan. Dia menyentuh pinggangnya yang sakit. Tak lama boleh patah kalau macam ni...ya Allah, kau berikan aku kekuatan untuk menghadapi isteriku yang hyper ini..
Eisya yang berada di atas Tengku Fahmi mencium bibirnya berkali-kali sebelum bangun. Kesian tengok. Dah lembik dah laki dia..
" Nak lagi?" tanya Eisya.
Tengku Fahmi melambai-lambaikan tangan tanda tidak mahu kepada Eisya dengan perlahan. Sakit di pinggangnya menjadi-jadi.
" Jadi jangan abai saya! Jangan tak bercakap dengan saya kalau tak saya buat lagi teruk daripada tu. Awak lupa saya siapa kan? Bekas leftenan kut." kata Eisya. Dia yang sudah diberhentikan kerja kerana rekod yang tercemar terpaksa menarik diri. Setahu dia, rekod dia sebelum ini dijaga dengan rapi. Tapi siapa yang boleh tahu rahsia dia?
" Saya pun bekas tentera jugak. Takdelah main macam awak ni.. " Tengku Fahmi menggosok pinggangnya sambil duduk bersila.
" Alololo.. Siannya dia. Meh, sini saya tengok.." Eisya beralih ke belakang Tengku Fahmi. Dia memicit pinggang Tengku Fahmi.
" Sakit lagi? " kata Eisya di belakang Tengku Fahmi.
Tengku Fahmi mengangguk sedih.
Eisya terus memicit.
" Saya bukan sengaja tak nak beritahu awak tentang tu.. "
Dengan serta-merta, tangan Eisya dialihkan dan Tengku Fahmi terus menghadapkan badannya ke pada Eisya.
" Saya kecewa awak tahu tak? Awak tak pernah kongsi apa-apa dengan saya. Semua saya kena tahu daripada orang lain. Awak memang tak pernah anggap saya sesiapapun bagi awak kan?" Tengku Fahmi merajuk.
" I'm sorry. Saya cuma tak boleh..."
" Percaya? Come on, Eisya. Saya suami awak. Awak tak percaya saya? " Tengku Fahmi sedih.
Eisya cuba memegang tangan Tengku Fahmi namun ditepis. Mata Tengku Fahmi berair. Dia berlalu dari bilik itu. Eisya memerhatikannya sahaja.
Malam itu, Tengku Fahmi sedikitpun tidak melayan Eisya. Nak makan sorang, tengok tv pun sorang.. Bila Eisya duduk kat tepi, mulalah nak lari.
Di bilik, Tengku Fahmi tidur membelakangi Eisya. Eisya yang baru keluar dari toilet terus menyelinap masuk ke dalam selimut. Dia memeluk Tengku Fahmi dari belakang. Dia tidak tidur lagi, cuma dia berjauh hati dengan isterinya.
" Saya yang cipta dadah tu.." kata Eisya rilek tetapi mampu mengejutkan Tengku Fahmi. Dia berpaling ke arah Eisya.
" What do you mean?" tanya Tengku Fahmi.
" Saya tahulah apa ada dalam fikiran awak. Awak ingat saya pengedar ataupun penagih dadah kan?"
Tengku Fahmi diam tidak terkutik.
" Actually, dadah yang awak nampak tu adalah dadah yang saya cipta. Saya bukan pengedar dadah. "
" Awak tak beritahu saya... "
" Saya takut. Awak tak dapat terima saya. Hanya Lee je yang sudi terima saya.."
" Macammana awak boleh join tentera? "
" Saya bagi dadah tu dekat pihak polis. "
" Then, kenapa dadah tu masih ada dengan awak? "
" Saya ambil balik sebab saya ketagihan. "
Terperanjat Tengku Fahmi.
" Awak makan dadah tu? "
" Saya dipaksa. Makan. Tapi jangan risau. Saya juga ada vaksin. Tapi vaksin sekarang sedang diubahsuai. Tamat tempoh. "
" Puas hati awak sekarang? Saya dah beritahu rahsia terbesar pada awak.. "
Eisya menunduk. Dia takut Tengku Fahmi tidak dapat menerimanya. Tapi lain reaksi yang diberikan. Tengku Fahmi menggosok rambut Eisya.
" Thank you for be honest, darling.. " kata Tengku Fahmi.
" Awak tak marah? "
" Nope! Saya cuma nak awak berterus - terang. And saya nak satu bungkusan dadah awak."
" Awak nak buat main? Jangan Lee, itu benda berbahaya." Eisya menegah.
" Tak. I've something to do. Don't worry, okay? " kata Tengku Fahmi. Mereka tidur bersama sambik berpelukan sesama sendiri
*******
Share this novel