Bab 17: Tertagih

Action Series 57841

Usai keluar dari toilet, Eisya disapa oleh Kapten Fahad yang baru masuk ke hospital.

"Eisya."

Eisya menoleh dan menunggu Kapten Fahad sampai di tempatnya.

" Kau nak masuk wad ke?"

"Ha'ah. Kenapa kau panggil aku ni?"

"Aku ada hal nak cakap dengan kau jap. Duduk sini." kata Kapten Fahad sambil menarik Eisya supaya duduk bersamanya di kerusi yang disediakan.

" Apa hal ni?"

"Ni, kau ingat tak kereta yang hampir langgar kau tadi?"

" Honda civic. Nombor plat aku tak tengok. Kenapa?"

" Aku dah suruh pihak polis cari kereta tu and diaorang dah dapat tangkap. Kau nak pergi tengok diaorang buat siasatan ke?"

" Oh, boleh juga. Kita pergi sekalilah. "

" Okay, jom. "

" Kejap, aku nak beritahu Lee dulu. "

Eisya terus menuju ke arah wad. Sementara di dalam wad...

" You, takkan you tak nak terima I balik? I tahu you masih sayangkan I kan? " kata Sara dengan nada menggedik.

" Kan I dah cakap, I dah tak ada perasaan lagi kat you. Kenapa payah sangat nak faham ni?" Tengku Fahmi mula serabut.

"Tapi I masih sayangkan you. Please terima I balik." kata Sara. Dia memeluk lengan Tengku Fahmi. Buat muka comel.

Tengku Fahmi menjulingkan mata. Rimas betullah! Tapi tak lama sehingga Eisya masuk dan terus memeluk lengan sebelah kanan Tengku Fahmi. Sara hanya mengetap gigi. Dia mengeratkan lagi pelukan di lengan Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi hanya melihat dua beradik itu menempel dekatnya. Eisya yang geram mula ringan je tangannya mencubit kuat tangan Sara sehinggakan semasa Sara melepaskan pelukannya di lengan Tengku Fahmi pun, cubitannya masih di tangan Sara.

Sara menjerit kesakitan. Setelah Eisya melepaskan cubitannya, dia menggosok tangannya kesan cubitan Eisya tadi.

"What the hell is wrong with you?!" marah Sara.

" Nothing. Just don't touch my fiance . You're bitch!" kata Eisya sambil memeluk erat lengan Tengku Fahmi. Sara tergamam. Inikah kakaknya? Kalau betul kenapa lain macam perangainya?

" Sayang, I nak keluar kejap boleh? " tanya Eisya sambil mendongak membuat muka comel ke arah Tengku Fahmi.

" You nak kemana?"

"I nak pergi balai polis jap. Ada urusan."

"Surely you boleh pergi sorang?" tanya Tengku Fahmi risau.

"Don't worry baby. I'm okay." kata Eisya lantas mencubit pipi Tengku Fahmi lalu meninggalkan wad itu. Sempat dia mengerling ke arah Sara.

Tengku Fahmi tergamam. Wajahnya bertukar merah. Tanpa dia sedar, Sara memerhatikannya. Tapi dia tak peduli. Dia menekup mulutnya dan tersenyum puas. Gosh!! I'm melting!!

Sara memandang Tengku Fahmi. Betulkah dalam hatinya sekarang ni cuma ada nama Eisya? Kalau betul dia haru merampas semula Tengku Fahmi. Tengku Fahmi hanya miliknya. Dan tak akan jadi milik sesiapa.

******

Di balai polis,

Eisya dan Kapten Fahad sampai di balai polis dan terus disapa oleh Inspektor Adi.

"Eisya, Fahad." sapa Inspektor Adi.

"Ada apa - apa yang menarik, Adi?"

"Ada, meh ikut aku."

Mereka kemudian membuntuti langkah Adi ke bilik soal siasat. Setibanya mereka di situ, Eisya terkejut kerana salah seorang kadetnya sedang disoal siasat oleh pegawai polis.

" Kadet Iqbal." kata Kapten Fahad.

Iqbal memalingkan muka ke arah mereka dan merayu kepada Eisya dan Fahad supaya melepaskannya.

" Puan, tolong saya puan. Saya tak salah. Tuan, tolong lepaskan saya, Tuan." kata Iqbal. Badannya dipegang oleh beberapa orang polis.

" Diam!" kata Inspektor Adi.

"Aku tak salah!! Aku tak salah!!" raung Iqbal sambil meronta-ronta.

" Adi, apa dah jadi?" tanya Eisya.

" Bila Fahad beritahu kau hampir dilanggar, aku dah suruh anak buah aku cari kereta tu. Dan anak buah aku jumpa kereta yang hampir langgar kau tu di sebuah gudang. Kami serbu gudang tu, and anak buah kau ada kat situ." terang Adi.

" Dalam gudang tu ada apa? " tanya Fahad.

" Tempat penyimpanan sejumlah besar senjata api. "

Eisya memandang Iqbal sehingga dia cuak. Dia menyoal siasat lelaki itu.

" Kadet Iqbal, kalau awak ceritakan semuanya kepada kami, mungkin awak akan terlepas dari hukuman berat. " kata Eisya.

" Saya t-tak tahu apa-apa puan. Saya cuma ikut arahan. "

" Okay, lupakan hal itu dulu. Sekarang ni, saya nak awak beritahu saya, awak buat apa di gudang tu? "

Iqbal teragak-agak untuk memberitahu Eisya. Namun kerana tidak mahu dihukum, dia memberitahu semuanya kepada Eisya. Percakapannya itu dirakam oleh pihak polis.

" Saya...kerja dekat situ, puan. " kata Iqbal dengan suara yang kendur. Wajahnya ditundukkan.

" Awak ada lesen?"

" T-tak ada puan."

"Awak tahu, memiliki satu senjata api tanpa lesen pun dikira salah, apatah lagi banyak senjata api?"

"Tahu, puan."

"Hukuman memilik senjata api ialah sama seperti memiliki memiliki dadah. Hukuman gantung sampai mati."

Terketar-ketar tangan Iqbal. Dia hampir menangis. Tidak membuang masa, dirinya terus berlutut pada Eisya.

"Puan, saya tak nak kena hukum gantung, puan. Saya janji, saya takkan buat kerja macam tu lagi, puan." kata Iqbal meracau.

Eisya mengekalkan riak wajah biasa. Dia menundukkan diri, mengangkat tangan Iqbal lalu didudukkannya.

" Saya nak tahu satu benda lagi. "

" A-aapa dia,p-puan? "

" Awakkah yang hampir langgar saya? "

Iqbal mengangguk perlahan.

" Atas arahan siapa?"

" N-nama dia K-Karl, puan. Dia yang suruh saya langgar puan."

Eisya hanya mendengar.

" Dia kata lepas langgar puan, saya kena bawa puan jumpa dia. Tapi, saya langgar... "

" Fahmi dan Khalief? "

Iqbal mengangguk. Dia menundukkan wajahnya kerana malu.

"Then, apa yang awak dapat selepas bawa saya jumpa dia?"

" V-vaksin."

"Vaksin?" tanya Eisya. Fahad di belakang sudah tertanya-tanya.

" Saya..ketagihan dadah, puan. Dadah yang saya ambil boleh buat saya ketagih dalam masa 2 minit." kata Iqbal.

Terkejut Eisya pada masa itu. Setahunya, tiada orang yang mampu mencipta dadah yang boleh membuat orang ketagihan selama 2 minit selain daripadanya.

" Y-ya puan. Karl kata kalau saya dapat tangkap puan, dia akan beri vaksin tu pada saya. "

" Dadah tu disimpan di dalam kotak gabus ke?"

"Y-ya. Macammana puan tahu?"

Sah, itu dadah ciptaannya. Mungkin ramai tidak tahu, Eisya pakar dalam mencipta bahan terlarang. Dia pernah dimasukkan ke Henry Gurney atas tuduhan mencipta dadah di usia 16 tahun. Dia dilepaskan pada selepas 6 bulan dan berlepas ke Scotland untuk menjalani latihan tentera. Tidak disangka, dia meneruskan kembali kegiatan lamanya iaitu mencipta dadah semula. Pada mulanya, dadah itu dicipta saja-saja namun, tidak disangka Lily dapat tahu dan memaklumkan perkara itu pada Ben. Ben mulanya boleh dipercayai namun kemudian kerana inginkan wang, dia memberitahu kepada seorang mafia berkaitan dengan dadah itu.

Untuk persediaan, Eisya mencipta pula vaksin yang mampu menghalang ketagihan. Tapi untuk dirinya. Penciptaan vaksin itu tidak diketahui oleh semua orang bahkan Lily sekalipun.

Semasa dia berlepas ke Malaysia, dia hanya membawa separuh kotak kecil yang mengandungi dadah yang dicipta. Akibat tidak mahu merosakkan statusnya sebagai anggota tentera, Eisya memberikan dadah yang dicipta kepada pihak polis. Dia ingin memberikan vaksin juga namun pihak polis menyarankan bahawa vaksin dijaga oleh Eisya kerana takut ada anggota polis yang membelot. Separuh lagi ditinggalkan di rumahnya di Scotland.

" Awak tak perlu tahu macammana saya tahu. Terima kasih, Iqbal kerana bekerjasama dengan kami."

Iqbal mendongak ke arah Eisya.

"S-saya tak dihukum gantung ke puan?"

Eisya memandang Adi tanda bertanya kepadanya. Adi yang faham maksud tersebut segera menjelaskan.

"Oleh kerana awak bekerjasama, pihak polis akan meringankan hukuman awak. Awak cuma akan dipenjarakan untuk tempoh yang lama."

" Dipenjarakan pun tak apa, tuan. Janji saya tak akan kena hukuman gantung." kata Iqbal lega.

" Tapi, awak akan dibuang dari askar, Iqbal. Rekod awak sekarang dah tercemar. " kata Fahad.

Iqbal hanya mengangguk. Dia tak tahu bagaimana keadaannya jika semua kawan-kawannya yang lain bertanyakan tentang dirinya.

" Jangan risau Iqbal. Kadet yang lain kami tak beritahu tentang apa yang terjadi. Cuma, kami akan beritahu bahawa awak telah diberhentikan kerana mempunyai penyakit, boleh?" kata Fahad.

" Boleh, tuan. Terima kasih." kata Iqbal. Dia kemudiannya dibawa pergi oleh anggota polis dari bilik soal siasat itu. Eisya, Fahad dan Adi cuma berbalas pandangan.

**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience