Bab 4: Siapa Dia?

Action Series 57841

Sampai di dalam rumah, Eisya pantas disambut oleh ahli perniagaan. Tidak lupa juga atuknya.
Dia menyalami papa dan mak ciknya. Adik-adik lekakinya, Fawwaz dan Fakhrul juga tersenyum gembira. Namun apabila dia memandang kelibat Sara Amelia, gadis itu cuma berwajah muram. Mungkin tidak suka dengan kepulangannya ke Malaysia.

" Semua, kenalkan. Inilah cucu saya yang baru tamat latihan tentera dekat Scotland tu. Eisya Esynani." kata Dato' Fatwa dengan gembira memperkenalkan cucu kesayangannya.

Semua ahli perniagaan membuat riak wajah kagum. Eisya juga tersenyum manis kepada mereka. Senyum tu sedekah!

" Oh, jadi inilah cucu Dato' tu ye? Anak Dato' Emir? " soal seorang ahli perniagaan yang dikenali dengan nama Dato' Hadi.

Eisya hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Setelah itu, semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang dijemput sudah mula berkumpul di meja makan. Meja makan itu terlalu besar sehingga masih ada lagi ruang kosong di belakang mereka. Eisya mengambil tempat di adik tirinya, Sara Amelia. Dia memandang sekilas ke arahnya.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi dentingan sudu pada gelas mewah itu. Maka, mereka semua memandang ke arah Dato' Fatwa. Dato' Fatwa tersenyum.

" Assalamualaikum." kata Dato' Fatwa sebagai pembuka bicara. " Waalaikumussalam." Kedengaran bunyi menjawab salam daripada semua orang.

" Hari ini merupakan hari yang paling gembira untuk saya kerana cucu saya, Eisya Esynani telahpun pulang ke Malaysia setelah tiga tahun menjalani latihan ketenteraan di Scotland. Dan...alhamdulillah, cucu saya telahpun tamat menjalani latihan tersebut dan telah menjawat jawatan sebagai leftenan di sana. Dan disebabkan saya tidak mampu berpisah dengan cucu saya... " kedengaran sedikit ketawa bergema di situ.

"..... saya pun meminta cucu saya untuk berkhidmat di sini. Dan, Eisya pun memohon untuk ditukarkan di sini dan permintaanya diluluskan. " kata Dato' Fatwa.

Tengku Fahmi hanya mendengar sahaja ucapan oleh Dato' Fatwa. Disebabkan dia pernah berurus niaga dengan Dato' Emir, maka mustahil dirinya tidak dijemput.
Sesekali dia melirik ke arah Eisya. Dia yang duduk bertentangan dengan gadis itu hanya memandang Eisya yang sedang memainkan nasi dengan garfunya. Dia tidak menyedari pandangan mata Sara Amelia yang tajam memerhatikannya.

" Oleh kerana itulah, saya mengadakan jamuan ini. Untuk meraikan cucu saya yang telah pulang ke sini dan untuk meraikannya yang telah mendapat pangkat di dalam tentera. Jadi jemput makan semua. " kata Dato' Fatwa lagi.

Selepas ucapan itu, semua tetamu memberikan tepukan. Maka bermulalah sesi menjamu selera dengan makanan yang lazat dan menyelerakan. Eisya juga mula menjamu selera sambil membalas senyuman dengan tetamu yang lain. Dan ketika itulah, pandangannya bertautan dengan pandangan Tengku Fahmi.

Mereka saling berbalas senyuman. Dan pada waktu itu, entah kenapa hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Senyuman itu mencairkan sedikit demi sedikit hatinya. Apakah petanda ini?

*************

Selesai majlis jamuan di rumah Dato' Fatwa, para tetamu sudah mula berborak dengan tuan punya rumah. Tengku Fahmi memimta diri untuk pulang lebih awal kerana keletihan.

Sampai di rumah, Tengku Fahmi terus merebahkan dirinya di atas sofa. Dia memejamkan matanya untuk merehatkan minda. Tidak semena-mena, wajah Eisya terpapar di dalam fikirannya.
Dia tiba-tiba membuka mata dan duduk tegak di atas sofa. Mula berbicara sendirian.

" Eisya Esynani." nama itu terus meluncur di mulutnya. Itukah kakak kepada Sara Amelia? Kalau betul kenapa wajahnya dua kali ganda lebih muda daripada adiknya? Siap ada pakej babyface lagi tu. Seriuslah jadi askar?

Tengku Fahmi mulai tidak keruan. Hatinya kini semakin beralih ke arah Eisya. Tetapi tidak bermakna dia cintakan Eisya. Hatinya masih buat Sara.
Dia harus cari tahu siapa dia. Setakat nama sahaja tidak cukup. Dia ingin tahu semuanya tentang gadis itu. Biasanya, dia tidak mengejar perempuan tetapi perempuan yang mengejarnya. Sara itupun kalau bukan sebab gadis itu yang mempelawanya untuk bercouple, mungkin sampai sekarang dia sedang crush dekat Sara.

Tengku Fahmi mengeluarkan handphonenya dari poket seluarnya. Dicari nama Neez di dalam senarai kenalan. Neez merupakan sepupu kepada Sara Amelia dan juga Eisya. Setakat ni, belum pernah lagi Neez jawab tak tahu kalau ada perkara yang Tengku Fahmi tanya. Mesti hal Eisya pun takde masalah.

" Hello, Neez." sapa Tengku Fahmi dulu.

" Ya, nak apa?" kedengaran suara Neez di corong telefon.

" Kau sibuk tak?"

" Sibuklah. Aku ada kat company ni." kata Neez.

" Jumpa sekejap pun tak boleh?"

" Hah? Jumpa sekejap? Ala, kau cakap jelah kat phone ni. Aku takde kaki sekarang." kata Neez tanda dia penat berjalan.

" Isy, kau ni. Sikit-sikit takde kaki, sikit-sikit takde kaki. Beritahu jelah kau malas."

" Kau memang tak faham bahasa kiasan eh? " perli Neez.

" Aku nak minta tolong kau sikit. " pinta Tengku Fahmi tanpa mempedulikan perlian itu.

" Apa dia?" tanya Neez.

" Eisya sepupu kau, kan? " tanya Tengku Fahmi.

" Eisya? Esynani? Ha'ah, sepupu aku. Kenapa? Nak aku cari maklumat fasal dia?

" Pandai pun kau. Tolong eh."

" Tetiba je kau ni...tak cukup dengan Sara gedik tu? " perli Neez dengan nada yang dibuat-buat.

" Mana ada. Saja je nak tahu fasal dia. Yelah, orang kata dia annoying." kata Tengku Fahmi.

" Yelah, yelah. Kejap lagi aku hantar profile dia kat kau. Aku pun tak tahu banyak fasal dia. Kalau kau nampak macam ada maklumat yang dirahsiakan, kau redha je lah eh. Dah la, aku ada banyak kerja ni. Apa-apa roger. " kata Neez lalu menamatkan panggilan.

Tengku Fahmi mengalihkan handphone itu dari telinganya dan merenung handphonenya. Selamba je dia tutup. Desis hatinya.

Tapi takpe. Asal dapat profile dia pun sudahlah. Tapi apa maksud Neez yang kalau ada maklumat yang dirahsiakan, redha sajalah? Ah, apa-apapun, dia tak kisah. Terus sahaja dia turun dari sofa dan menuju ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience