Bab 16:Cemburu ke?

Action Series 57877

"Eisya!!" laung Tengku Fahmi apabila Eisya dengan laju melangkah ke arah jalan raya. Dia berlari ke arahnya.

Eisya mendengus geram. Isy, pergilah tempat lain. Yang sibuk nak ikut aku apa hal?! Hoi, Eisya! Awak tu tengah dating..

Kini Eisya sedang berada di atas jalan raya. Tanpa melihat ke arah kiri dan kanan, dia melintas dengan laju. Tiba-tiba , kedengaran jeritan dari Tengku Fahmi.

"Eisya!!!!!!" jerit Tengku Fahmi. Dia berlari laju lalu menolak Eisya yang sedang melihat sebuah kereta yang datang melulu ke seberang jalan. Eisya yang tidak dapat mengimbangkan dirinya sikit lagi nak terjatuh ke atas jalan tar namun ditahan oleh seseorang. Bila dia mendongak, wajah Khalief menyapa matanya.

"Puan! Puan okay tak ni?" tanya Khalief gelisah. Eisya tidak mempedulikan pertanyaan Khalief sebaliknya dia melihat ke jalan raya.

Tengku Fahmi sedang mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya yang berdarah di tepi. Eisya berura-rura hendak pergi tetapi ditahan oleh Khalief.

"Puan tunggu kat sini." kata Khalief lalu pergi ke arah jalan raya.

Sampai di situ, Khalief menepuk muka Tengku Fahmi yang telah pengsan.

"Woi, Fahmi! Fahmi! Bangunlah woi!" kata Khalief namun Tengku Fahmi tidak sedarkan diri.

Tidak lama selepas itu, Eisya pula yang datang ke situ.

"Puan buat apa kat sini?" tanya Khalief.

" Tiada masa nak jawab, Khalief. Mari kita ke hospital, sekarang!" kata Eisya tercungap-cungap.

Tanpa mereka sedari, kereta itu telah berhenti di depan melihat tragedi itu melalui cermin sisi kereta. Dengan bibir yang terherot sedikit, kereta itu berpusing dan terus memecut ke arah mereka.

Khalief yang sedang membantu Eisya memapah Tengku Fahmi terperasan akan hal itu. Dia kemudian terus menolak Eisya dan Tengku Fahmi ke tepi untuk menyelamatkan mereka.

Kali ini, Eisya dan Tengku Fahmi jatuh ke atas jalan tar. Eisya mendesis sakit manakala Tengku Fahmi masih tidak sedarkan diri.

Dia menoleh ke belakang. Terlihat Khalief pula yang berada di tengah jalan raya sambil memegang tangan kirinya. Wajah lelaki itu mengerut.

*********

Akhirnya dari pertolongan orang ramai, Tengku Fahmi dan Khalief dihantar ke hospital berdekatan melalui ambulans.
Mereka diletakkan di wad kecemasan dan seterusnya di wad biasa. Eisya cuma tercalar di dahi manakala Khalief pula patah tangan kiri dan Tengku Fahmi mengalami sedikit gegaran di bahagian kepala. Tetapi semuanya okay - okay je.

Tengku Fahmi merasakan kepalanya berdenyut. Dia memegang kepalanya. Dia membuka mata perlahan - perlahan. Benda pertama yang dia tengok adalah siling putih.

'Aku kat mana ni?' desis hatinya.

Dia melihat pula ke arah jam di dinding. Pukul 5.00 petang. Sedang dia cuba mengakses mindanya, dia terdengar satu suara.

"Dah bangun?"

Tengku Fahmi melihat katil di depannya . Kelihatan Khalief yang sedang cuba membuka makanan ringan yang entah bila dibelinya tetapi tidak boleh kerana satu tangannya telah patah. Dia menoleh ke arah Tengku Fahmi.

"Kau buat apa kat sini?"

" Kau rasa?"

" Aku..aku tak ingat."

Khalief tidak mempedulikan Tengku Fahmi di tepi tetapi dia sibuk membuka makanan ringan di tangannya.

"Boleh kau buka jap? Tangan aku patah sebelah." kata Khalief dengan wajah angkuh. Makanan ringan diberikan kepada Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi memandang Khalief dengan riak wajah menyampah. Minta tolong tu senyumlah sikit. Ni macam aku yang buat salah pula.

Tengku Fahmi mengambil makanan ringan itu lalu membukanya. Sambil dia membuka, sambil dia membebel.

"Seriously? Makan makanan ringan masa sakit? Kau biar betul? Nurse tak bagi kau makan ke?"

Dia memberikan semula makanan ringan itu kepada Khalief. Tengku Fahmi tidak suka mengamalkan makan makanan ringan. Jaga berat badan...

"Dah aku lapar. Makanan kat sini bukannya sedap sangat pun. Dahlah tawar."

" Makan jelah. Demi kebaikan kau juga kan?" kata Tengku Fahmi. Khalief buat tak peduli dan terus melayan anime kegemarannya di phone. Tengku Fahmi hanya melihat sahaja. Perangai macam gangster, alih-alih tengok anime cute. HAHAHAHA...

" Kau tak beritahu aku lagi macammana kita boleh sampai sini? "

" Kena langgar." jawab Khalief sambil mengunyah makanan ringannya.

" Hah?! Kena langgar dengan siapa?"

Khalief berdecit. Dia menutup phonennya. Tak seronok kalau tengok anime tapi ada orang bercakap.

" Kalau aku tahu, aku takkan kata kena langgar je. Mesti aku kata siapa yang langgar. Kau pun, kalau dah sakit kepala tu, buatlah macam sakit kepala. Tak payah nak banyak cakap."

"Kau pun kena langgar jugak ke?"

"Aduh serabut betul akulah! Ha'ah, aku pun kena langgar jugak. Sebab nak selamatkan kaulah!" kata Khalief.

Selepas itu, tidak lagi kedengaran mana-mana suara. Kedua-duanya diam.

"Eh! Baru aku ingat. Eisya macam mana? Dia okay ke?"

"Tunang kau tu tercalar sikit je kat dahi dia."

"Macam mana kau tahu..?"

"Eleh, kalau kau tak bagitahu pun, aku tahulah. Siapa je yang tak salah sangka bila kau dengan dia berkepit je 24 jam? Lagipun, dekat dorm tu, mulut kepoh kawan kau tu memang satu dormlah boleh dengar."

"Siapa? Afwan?"

"Kau rasa?"

Tengku Fahmi menumbuk telapak tangannya. Popeye tu memang nak kenalah. Dah kata diam, diam, buat bayam pula kau ye dalam dorm tu. Takpe, kau tunggu aku balik dorm. Aku tahu apa nak buat.

"Dahlah! Aku nak balik." kata Tengku Fahmi sambil bangun mahu turun dari katil.

"Eh, eh! Kau jangan nak mengada eh. Baru tadi pegawai hantar surat MC kau dengan aku ke Kem. So, kau dengan aku kena stay sini malam ni."

"Apa pula? Aku ada banyak kerja lagi nak kena buat."

"Kerja apa yang kau nak buat sangat tu? Kau tu kadet je." perli Khalief.

Tengku Fahmi tidak mempedulikan Khalief malah dia mengambil langkah untuk turun dari katil. Dua langkah berjalan, kelihatan seorang gadis dan dan seorang lelaki yang sangat dikenali mereka berjalan datang ke wad tersebut.

" Eh, awak nak pergi mana ni, Fahmi?" tanya Komander Kael.

" Saya..nak balik kem, Tuan." kata Tengku Fahmi. Dia berjalan melepasi Komander Kael namun langkahnya terhenti apabila laluannya disekat oleh Eisya yang mendepakan tangannya.

"Awak tak boleh balik lagi, Lee. Kesihatan awak tak mengizinkan lagi." kata Eisya.

"Saya dah suruh dah dia supaya stay sini, puan. Tapi tak dengar juga. Entah kerja apa yang dia nak buat sangat tu." kata Khalief dengan mulut yang penuh.

Pandangan mereka tertumpu kepada Khalief yang sedang memakan makanan ringan di atas katil. Khalief terpaku. Baru dia sedar, abangnya Komander Kael berada di sini.

" Woi, sapa suruh kau makan makanan tak berkhasiat ni?!" marah Komander Kael lalu merampas makanan ringan dari tangan Khalief.

"Aku laparlah. Bagi balik!!" marah Khalief lalu merampas semula bungkusan plastik tu.

"Khalief Rayyan!" kata Komander Kael dengan nada meninggi sedikit.

Eisya dan Tengku Fahmi hanya melihat sahaja keletah dua beradik itu. Tengku Fahmi kemudian mula menyambung langkahnya namun terhenti lagi apabila Eisya menyekatnya.

"Tepi, Eisya. Saya nak balik kem."

" Just stay dekat sini. Lagipun MC awak dan Khalief saya dah hantar ke kem."

Tengku Fahmi merenung Eisya. Eisya memandu Tengku Fahmi ke atas katil semula. Tengku Fahmi melonggarkan pegangan Eisya di lengannya. Eisya mengeluh perlahan.

" Awak marah ke?"

" Awak yang tak suka saya rapat dengan awak. "

" Saya tak suka orang rapat dengan saya macam tu."

"Saya cuma nak kenal awak, Eisya."

"Awak boleh kenal saya...cuma, saya tak suka dibelai."

Tengku Fahmi merenung dalam - dalam mata Eisya. Dia sudah lama ingin mengenali gadis itu namun, sepertinya hanya dia yang berusaha. Eisya kelihatan seperti tidak berminat untuk menceritakan segala-galanya mengenai dirinya.

" Kalau macam tu, saya takkan paksa awak. Saya akan tunggu sehingga awak betul-betul percayakan saya."

"Saya minta maaf. Saya tak suka orang tahu fasal saya. Bagi saya, ianya tak penting. Dan, kalau saya beritahu awak pun, saya yakin awak akan jauhkan diri daripada saya."

Tengku Fahmi berasa sangsi. Ada sesuatu yang tak kena pada Eisya. Namun kalau ditanya sekarang, Eisya akan cuba lari dari menjawab. Kita tunggu lepas kahwin nanti, mungkin dia ready nak beritahu.

Sedang mereka meluahkan rasa yang terbuku di hati masing-masing, tiba - tiba datang seorang gadis membuatkan Eisya dan Tengku Fahmi terkejut.

"You!! Kenapa you masuk hospital? Siapa yang buat you macam ni? You tahu tak, I risaukan you?" kata Sara yang kemudian dengan berani memeluk Tengku Fahmi.

Khalief dan Komander Kael yang bergaduh tadi pun terhenti apabila Sara yang tiba-tiba datang menerpa ke arah Tengku Fahmi.

" Apa you ni? Lepaslah! Tak elok, Sara. " kata Tengku Fahmi. Sempat juga dia mengerling ke arah Eisya yang ketika itu sudah merenung tajam ke arah Sara. Adik, adik juga. Bab tunang tak boleh bawak main.

"Kenapa dengan you ni? You tahu tak I rindu you? Kenapa you tak excited pun bila jumpa dengan I?" tanya Sara. Dia memberanikan diri untuk mencium pipi Tengku Fahmi namun ditolak kasar olehnya.

"You tanya I? You tu dah kenapa? Dah tak reti nak bezakan mana baik mana buruk? Eleh, rindu konon! Pi mampuslah rindu you tu! I tak heran pun!" kata Tengku Fahmi. Dia memegang tangan Eisya.

"Lagipun I dah ada Eisya. Buat apa I pandang you lagi?" kata Tengku Fahmi sinis.

Sara mengetap gigi. Dia memandang Eisya dengan garang. Eisya pula? Muka sinis dia tu memang tak boleh blah tho! Sengaja dia buat muka macam tu sebab nak sakitkan hati Sara. Namun tiba-tiba, Sara tersenyum sinis.

" Well, you tak tahu ke, Fahmi? Kakak I sayangkan I. Apa - apa yang I nak dia mesti bagi. Mesti Fahmi pun, you sanggup bagi dekat I kan, kakak?"

Eisya menggelengkan kepala sambil mukanya menahan marah. Eii..nak kena penampar jugak budak ni!

"Well, tu dulu. Sekarang, aku tukar fikiran. Kau boleh ambil barang-barang aku, but not my Lee." kata Eisya. Dia kemudian duduk di sebelah Tengku Fahmi dan merangkul lengannya. Eisya menggeselkan muka pada lengan Tengku Fahmi sambil memejamkan mata. Dia memandang Sara yang mengetap gigi memandangnya.

Khalief dan Komander Kael hanya ternganga memerhatikan pasangan tu. Mereka memandang antara satu sama lain dan kemudian memandang 'drama' itu.

Sementara itu, Tengku Fahmi pula macam dah habis air liur duk telan, telan. Aik! Tadi kata tak suka disentuh, tapi sekarang dia yang melebih-lebih. Ke kes cemburu ni? Tapi dia suka. Suka sangat lagi-lagi bila Eisya cakap 'my Lee'
Arrrrrgh!! Nak pengsan!

Untuk memaniskan lagi babak romantik mereka, Tengku Fahmi mengusap lembut tangan Eisya sambil tersenyum. Begitu juga dengan Eisya.

"Sayang, you duduk dengan Khalief dan Komander Kael dulu eh. I ada something nak cakap dengan bakal adik ipar." kata Tengku Fahmi.

"Okay, but I nak pergi toilet jap. Nanti I datang balik eh?" kata Eisya dengan lemah-gemalai. Fuyyo! I dan you dah? Memang cemburu kuat ni.

Sebelum bangun, sempat lagi Eisya membisikkan " love you, sayang." dekat telinga Tengku Fahmi. Saja nak bagi Sara cemburu kuat. Nampak gayanya macam ya.

Tengku Fahmi tergamam. Dia memerhatikan sahaja Eisya keluar dari pintu. Dah tak hiraukan dah Sara depan mata tu. Sara pula asyik duk mengetap gigi je.

Di luar wad...

Eisya melompat-lompat marah di depan pintu wad. Sungguh, ini kali pertama dia marah sangat dengan Sara. Nasib baik hospital, kalau tak memang naya aku cederakan kau.

" Dasar sl*t! Berani eh dia! Eiii...geramnya aku!!" marah Eisya. Dah tak peduli dah adik sendiri ke, memang dah marah sangat ni. Tenang Eisya! Tenang! Ni baru tunang, belum jadi suami lagi. Kalau dah kahwin ni, confirm! Sara tak boleh datang rumah.

Dia menyepak - nyepak kerusi sambil mendengus geram. Setelah puas, dia berlalu dari situ.

**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience