Bab 31: Ditembak

Action Series 57841

Oleh kerana Eisya sekarang ni menganggur, jadi Tengku Fahmi mengarahkannya supaya duduk di rumah sahaja. Dia tidak mengizinkan dia pergi ke mana - mana kerana takut diancam.

Tanpa pengetahuan Eisya, Tengku Fahmi telah mendapat sebuah kotak yang berisi bangkai katak di dalamnya. Hadiah itu diterima semasa Tengku Fahmi dan Eisya duduk di rumah Tengku Hasnah. Orang yang menghantar kotak itu mengatakan ini merupakan hadiah perkahwinan mereka.

Dalam kotak itu mengandungi satu kertas yang diselitkan di bangkai katak itu.

' LEPASKAN EISYA KALAU TAK NAK KENA BUNUH!!' isi surat tersebut.

Disebabkan juga ada darah, Tengku Fahmi jadi pitam. Mungkin kerana itu dia demam panas. Tengku Fahmi seorang hemophobia.

Di syarikat,

Tengku Fahmi memberikan bungkusan putih kepada Afwan. Afwan kebingungan.

" Kau bagi aku apa ni?" tanya Afwan sambil menilik bungkusan serbuk putih itu.

" Dadah."

Terus terpelanting dadah itu dari tangan Afwan.

" Kau gila?! Kenapa kau bagi aku najis ni? Kau tak beritahu aku pun kau hisap dadah. Kau jangan macam-macam. Dadah ni haram tau! " Afwan memberi amaran kepada Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi berdecit. Inilah masalahnya kalau beritahu Afwan. Semua benda nak negative vibes belaka. Tak nak penjelasan dulu..

" Kau ingat aku tak tahu hukum? Ini bukan yang aku!! "

" Habistu dadah ni yang siapa?" Afwan menyinga.

Tengku Fahmi berdecit sebelum berkata perlahan.

" Eisya.."

Terus Tengku Fahmi mendapat tumbukan free daripada Afwan. Mentang-mentanglah sekarang dah jadi komander askar.

" Apahal kau ni? " jerit Tengku Fahmi sambil menggosok pipinya.

" Tulah kau! Mengarut lagi! Eisya tu bekas pegawai askar tau!"

" Bekas pegawai! Tapi Eisya tu bini aku. Dia yang mengaku semalam." kata Tengku Fahmi.

Afwan duduk semula di kerusinya. Dia menyilang kedua-dua belah tangan di dada. Mata diarahkan bosan kepada Tengku Fahmi.

" So, kau nak suruh aku buat apa ni? " tanya Afwan.

" Kaji dadah ni.. "

" Hah?! "

" Kenapa? "

" Kau serius ke bodo?! Aku askar! Kalau rekod aku tercemar, kau nak tanggung?!"

" Tolong periksa je. Mungkin benda ni yang diaorang cari." kata Tengku Fahmi.

" Benda ni? "

Sebelum sempat Tengku Fahmi menjawab, setiausaha Tengku Fahmi, Eina masuk dan memberikan sebuah kotak padanya.

" Tengku, saya jumpa kotak ni di lobi. Surat yang ada dekat sini kata ini untuk Tengku. "

Tengku Fahmi tidam menyambut sebaliknya mengarahkan Afwan untuk membukanya.

Afwan pun membuka dan apabila melihat isi kotak tersebut, dia menganggukkan kepala ke arah Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi memalingkan kerusi ke belakang lalu menyuruh Afwan membuang kotak itu dengan tangannya.

Afwan memberikan semula kepada Eina dan Eina membuangnya.

" Sebab ni ke?" tanya Afwan. Tengku Fahmi mengangguk.

" Diaorang nak benda tu. Tapi, sebelum tu aku kena kaji dulu apa yang Eisya letak dalam ni."

" Kau memang cinta mati ke dekat Eisya?" Afwan bertanya.

Tengku Fahmi berpaling menghadap wajah Afwan.

"Kau ingat Eisya adik aku? Isteri akulah bengong!! Takkan sebab ni diaorang ingat aku akan lepaskan Eisya? Memang taklah!!"

Afwan mengeluh perlahan. Dengan ragu-ragu dia mengambil serbuk itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

" Kalau aku diberhentikan kerja, aku nak kerja dekat sini balik.. " kata Afwan yang sudah berdiri.

" Tempat ni memang sentiasa terbuka untuk kau.." kata Tengku Fahmi.

Afwan keluar dari office itu.

*****

Di Villa, Eisya hanya berjalan di dalam rumah. Kadang-kadang jenguk ke dapur, ada maid. Pergi ke halaman rumah, ada maid. Pergi tingkat atas, ada maid. Tengku Fahmi ni memang tak boleh buat kerja sendiri ke?

Tak cukup dengan maid, dia tambah lagi bodyguard depan villa. Ni memang dah tahap phobia teruk ni...

Eisya duduk di sofa sambil bermain dengan kakinya.

" Puan Engku." Eisya menoleh apabila seorang maid yang sudah separuh umur menegurnya.

" Ada apa?" Eisya berbicara sopan. Depan orang tua kan?

" Puan Engku nak makan? Saya dah sediakan makanan." kata Kak Pah.

Eisya berfikir sebelum mengangguk. Dia bergerak menuju ke meja makan. Belum pun sampai, panggilan terkejut bodyguard dari luar memaksa dia menoleh ke belakang.

Bang! Bang! Bang!

"Tunduk!!" kata Seorang bodyguard yang berlari ke arah Eisya untuk melindunginya. Eisya, Kak Pah dan yang lain sempat menunduk tetapi kaki Eisya terkena peluru. Eisya mendesis kesakitan.

Bang! Bang! Bang!

Bunyi peluru tidak berhenti lagi. Para bodyguard sudahpun membuat bulatan di sekeliling Eisya untuk melindunginya sambil melepaskan tembakan dari dalam villa. Eisya tidak boleh bangun. Kakinya sakit. Namun digagahkan juga kaki untuk berdiri dengan memegang tangan bodyguard.

"Jangan Puan Engku. Keadaan amat bahaya sekarang!" kata salah seorang bodyguard yang sedang membuat bulatan pada Eisya.

"Takpe, saya boleh.." Eisya akhirnya berdiri. Dia melihat dari dalam villa siapa yang melakukan serangan tetapi dia tidak nampak.
Dalam tentera, dia sudah dilatih untuk menembak dari jarak jauh. Jadi jarak begini pasti sesuai untuknya.
Dia mengambil pistol salah seorang bodyguard yang sedang menembak itu dan terus menembak si pelaku dari dalam villa.

Bang!
Satu tembakan sudah cukup untuk menghapuskan seorang pelaku. Tembus di kepala. Bodyguard yang lain terus mengacukan pistol dan menembak tiga orang pelaku itu sekaligus.

Tiada lagi bunyi tembakan. Mungkin mereka sudah mati. Bodyguard yang lain pergi ke luar untuk melihat mayat pelaku-pelaku sementara Faiq, bodyguard kanan Eisya dan Kak Pah memapah Eisya yang sudah ditembak di kaki ke sofa.

" Puan Engku! Puan Engku tak apa-apa? Sakit ke kaki ni?" tanya Kak Pah dengan risau. Ni kalau Tengku Fahmi tahu, masak diaorang.

Eisya cuma tersenyum. Dia menggelengkan kepala.

" Sikit je ni. Saya dah banyak kali kena tembak masa jadi askar dulu."

" Saya call Doktor Qul kejap. " kata Faiq dan terus berlalu dari situ.

Eisya melihat luka di kakinya. Mungkin dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

*****

Tengku Fahmi sampai di hospital selepas dihubungi oleh bodyguardnya. Dia terlalu risau sehinggakan kot yang dipegang tercampak ke atas lantai hospital. Nasib baik Afwan ikut dan dia ambil kot itu dibawa bersamanya.

Masuk di ruangan VIP, Tengku Fahmi pantas bergerak menuju ke katil Eisya dan memeluknya. Eisya yang tengah makan masa tu terkejut. Deruan nafas Tengku Fahmi yang tidak teratur dan kuat cukup membuktikan Tengku Fahmi risau akan dirinya.

" Awak tak apa-apa?" Tanya Tengku Fahmi meleraikan pelukan dan digantikan dengan tekapan di kedua - dua belah pipi Eisya sehingga mengembung.

" Saya okey je." kata Eisya dengan senyuman lebar.

Tengku Fahmi kembali memeluk Eisya.

" Saya takut apa-apa terjadi pada awak je.." rengek Tengku Fahmi.

Eisya mengusap belakang Tengku Fahmi yang berpakaian kemeja putih dengan tie yang disemat elok.

" Saya okey jelah. Tengok ni.." kata Eisya. Dia menunjukkan goyangan kakinya kepada Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi mengucup lama dahi Eisya.

" Faiq cakap mereka mensasarkan awak." kata Tengku Fahmi.

Eisya diam seribu bahasa.

" Kenapa diam?"

"..... Saya kenal siapa mereka.. "

Tengku Fahmi terpempan. Oh my! Apa yang awak sembunyikan lagi?

" Siapa mereka?"

" Orang suruhan Ben.. Diorang memang buru saya dari dulu lagi. Semasa saya ada di Scotland."

" Kenapa diaorang buru awak? "

" Sebab saya dah buat isteri dia overdose. Tapi bukan salah saya! Lily kawan saya! Dia nak saya beri dia dadah tu sebab dia tak tahan dengan sikap Ben. Jadi saya beri dadah tu pada dia. And that's why saya diburu. Dia dah pernah tangkap saya sekali, dia seksa saya. Dia sumbatkan saya dengan dadah yanh saya buat. Tapi tak berhasil sebab saya ada vaksin. Tapi vaksin tu memang kena makan setiap hari sebab takut ketagihan. "

" Tapi tetap salah, Eisya. She's still his wife! Awak tak patut buat macamtu. "

" Habistu, awak nak suruh saya biar je apa jadi dengan kawan saya? "

Tengku Fahmi meraup muka kasar. Dia mempamitkan diri untuk berjumpa dengan Faiq di luar.

Faiq dan Afwan yang sedang berbual mengalihkan pandangan mereka pada Tengku Fahmi. Faiq menunduk hormat.

" Hah? Macammana? " tanya Afwan.

" Eisya okey, nasib baik peluru tak terkena dekat saraf."

Namun kemudian, dia mengalihkan pandangan ke pada Faiq.

" Keadaan dah tak boleh ubah dah sekarang ni. Faiq, saya nak awak tingkatkan kawalan keselamatan untuk isteri saya. Kalau boleh, kawal dia, ikut ke mana dia pergi, jangan tinggalkan dia berseorangan." kata Tengku Fahmi panjang lebar.

" Baik Tengku." kata Faiq.

" Weyh, serius arh kau! Aku takut Eisya tak suka. "risau Afwan.

" Suka ke tak suka ke, keselamatan dia perlu diutamakan. Kita dah melangkah sejauh ni, tak boleh patah balik. Aku suami dia, dia kena ikut cakap aku. " terdengar muktamad pada ayatnya.

*****

" Ada apa, Tengku? " tanya Faiq.

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-04 23:55:25 

betuahnya isya..besuamikan tengku fahmi


NovelPlus Premium

The best ads free experience