Bab 6: Tunang/ kahwin?

Action Series 57841

Eisya pantas berlari ke arah Abang Husin apabila dua orang lelaki itu pergi dari situ. Dia memapah Abang Husin lalu membawanya ke tempat duduk penumpang.

" Eh, takpe Cik Engku. Saya boleh pandu sendiri." kata Abang Husin sambil memegang bibirnya yang sakit ditumbuk.

" Abang Husin duduk je. Salah Eisya sebab buat Abang Husin jadi macam ni." kata Eisya lalu bergerak ke tempat duduk pemandu. Kerera itu mengundur dari lorong tersebut dan beredar memasuki jalan raya.

Tanpa mereka sedari dua orang lelaki tadi sedang memerhatikan mereka di dalam kereta.

" Aku dah agak dah. Dia mesti kenal askar tu punya. Tak sangka sampai ke Malaysia dia lari." kata Karl. Lelaki di sebelahnya itu tersenyum sinis.

" Hello, aku nak kau ikut kereta yang aku follow ni. Jangan bagi lepas." kata Karl. Kemudian, tiga buah kereta yang mengikut mereka di belakang telahpun beransur - ansur mengikut kereta milik keluarga Eisya.

Eisya hanya memandang kereta di belakang itu.

" Diaorang ikut kita lagi, Eisya. Macamana ni? " luah Abang Husin risau. Bukan dirinya yang dirisaukan, tetapi Eisya.

" Takpe, Abang Husin. Abang Husin rehat je dulu."

Lama-kelamaan, kereta yang dipandu Eisya semakin laju sehingga Abang Husin memegang pemegang di atas pintu itu.

" Laju lagi. " kata Karl. Kereta itu semakin laju mengikuti Eisya namun tidak lama kerana tayar kereta milik Karl telah meletup. Berpusing-pusing keretanya di jalan raya. Ahli-ahlinya yang lain mula memberhentikan kereta bagi membantunya. Namun, tayar ketiga-tiga jenis kereta itu juga meletup serentak.

Eisya hanya memandang melalui cermin pandangan belakang. Dia tersenyum. Abang Husin terkejut dan beralih pula pandangannya kepada Eisya. Dia tidak mahu bertanya lebih lanjut. Kereta mereka kemudian meluncur laju di jalan raya.

***********

" Bonda nak Tengku kahwin dengan Eisya." kata Tengku Hasnah kepada anaknya, Tengku Fahmi. Tengku Fahmi sampai tersedak air kopi di kerongkongnya. Lalu dia terbatuk-batuk sambil mencari tisu.

" Apa dia bonda?" soal Tengku Fahmi pura - pura tak dengar. Padahal dah jelas dah Tengku Hasnah berkata.

" Bonda nak kamu kahwin dengan Eisya." kata Tengku Hasnah sekali lagi.

" Tapi kenapa?"

" Kenapa kamu cakap? Bukan ke dulu bonda dah pernah kata dekat kamu yang kamu ada tunang sejak kecil, Tengku Fahmi?"

Tengku Fahmi menelan air liur. Pahit rasanya. Dia memang sukakan Eisya tapi tak bermakna dia cintakan gadis itu. Hatinya masih pada Sara Amelia.

" Tetapi.. Saya dah ada girlfriend, bonda. " kata Tengku Fahmi jujur. Dia tidak mahu menipu bondanya.

" Apa?!" Tengku Hasnah menghempaskan tangannya di atas meja. Dia berdiri sambil tangannya kekal begitu. Matanya mencerlung ke arah Tengku Fahmi. Tengku Fahmi pula tersentak sedikit. Huish! Dengan orang lain macam baby, comel tak comel. Dengan dia, mak aih... Burung pun terbang lari bila kena tengking.

" Siapa yang suruh kamu bercinta dengan gadis lain, Tengku Fahmi?!" marah Tengku Hasnah.

" Tiada siapa, bonda."

" Habistu?! Yang pandai - pandai couple tu siapa suruh?"

" Saya sendiri, bonda."

" Putuskan."

" Hah?! Mana boleh bonda. Saya sayangkan dia, bonda. "

" Habistu, tunang kamu sejak kecil tu nak letak kat mana?"

Tengku Fahmi menelan air liur. Masaklah kau Fahmi. Siapa suruh pandai - pandai couple dengan orang lain sangat!

" Dengar sini Tengku Fahmi. Awak dah ada tunang. Dan tunang awak tu adalah anak kepada rakan bisnes bonda. Kalau diaorang tahu perkara ni...."

Tengku Hasnah meletakkan tangannya umpama sebilah pisau ke lehernya sambil membuat muka mengerikan.

" Faham kan, Tengku? " kata Tengku Hasnah. Tengku Fahmi mengangguk pantas. Tengku Hasnah duduk semula sambil menghirup air kopi di depannya.

" Tunggu apa lagi?! Pergilah jumpa perempuan tu sekarang dan putuskan hubungan you!"

Macam tak cukup kaki, Tengku Fahmi berlari keluar dari rumah agam itu. Biarlah dengan baju korporat sekalipun. Dia tak kisah. Lagipun dia yang salah. Dah ada tunang, pergi cari yang lain pula. Memang memintaklah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience