Bab 13: Rahsia

Action Series 57841

Sara merenung kosong hanphone miliknya. Semenjak kejadian hari tu, dia sudah tidak dibenarkan lagi keluar dengan mana - mana lelaki. Dia juga diekori bodyguard yang diupah oleh papanya.

Semua orang memulaukannya. Dalam masa yang sama, dia mengharapkan seseorang datang memujuknya. Dan semestinya orang itu adalah Tengku Fahmi.

Tetapi sudah seminggu Tengku Fahmi tidak menelefonnya. Jauh sekali memesejnya.

' mana you Fahmi?' desis Sara dalam hati. Dia melemparkan handphonenya itu di atas katil sambil melepaskan keluhan kuat.

Namun lain yang dianggapnya. Dia menganggap Tengku Fahmi tidak tahu akan perkara itu kerana kalau dia tahu, sudah pasti dia akan menelefon Sara Amelia.

Dia mengambil semula hanphonenya dan mencari nama Tengku Fahmi lalu menelefonnya. Satu kali, dua kali, tiga kali....masih tidak diangkat.
Sara cemas. Adakah Tengku Fahmi dah tahu segala-galanya?

Dia mencapai beg gucci miliknya dan terus menuju ke tangga.

" Kamu nak ke mana?" tanya Dato' Emir.

"Keluar jap." laju sahaja kaki Sara melangkah ke arah pintu untuk dibuka namun saat dia ingin melangkah ke kereta miliknya, Dato' Emir menyindirnya.

" Kamu ingat kalau jumpa Tengku Fahmi sekarang ni, dia nakkan kamu lagi?! No, Sara. Dia dah tengok dah gambar yang sedang viral tu."

" Mana papa tahu?!"

" Semalam dia call papa, dia dah ceritakan segalanya dekat papa. Tentang hubungan kamu berdua. Dan dia dah berjanji dengan papa yang dia akan putuskan hubungan korang. And dia akan teruskan perkahwinan dia dengan Eisya. "

Sara Amelia terpempan. Jadi betullah sangkaan dia. Tengku Fahmi dah tahu segala-galanya. Tetapi kenapa dia tidak menghubungi Sara?
Sara ingin masuk ke dalam kereta tetapi sekali lagi langkahnya terhenti.

" Nak pergi mana tu? "

" Sara nak pergi jumpa Tengku Fahmi. Sara nak explain segala-galanya dekat dia."

" Tak payah nak susah-susah. Tengku Fahmi tak ada kat sini."

"Apa maksud papa?"

" Tengku Fahmi dah join tentera. Dekat tempat Eisya."

"Apa?! Macammana dia boleh join tentera? Papa tipu kan? "

" Untuk pengetahuan kamu, Eisya tu kan tentera. Mesti dia nak jumpa Eisya hari-hari. Tak salah kan?"

" Salah! Fahmi milik Sara! Dia cintakan Sara!"

" Yakin dia still cintakan kamu lepas tengok gambar viral tu? "

Sara terpempan. Air matanya menitis sambil menggeleng - geleng kepala.

" Jangan buat perkara bodoh. Tengku Fahmi tunang Eisya. Takkan kamu nak rampas tunang Eisya?"

" Ya, Sara nakkan Tengku Fahmi! Tengku Fahmi milik Sara, bukan Eisya! Sara benci Eisya!"

"Benci tidak membawa apa-apa.."

"Papa sukakan tengok Sara merana?! Sejak dulu lagi papa lebihkan Eisya dalam semua benda. Papa hanya pandang Eisya je dalam semua benda. Tak pernah pun papa puji Sara! Sekarang papa dah puas kan! I hate you, papa!"

Kata Sara lalu masuk ke dalam kereta. Tak lama kemudian, kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah agam itu.

**************

Tengku Fahmi sedang berjalan bersama-sama dengan Afwan di sekitar kem. Adakalanya mereka memberi hormat kepada pegawai-pegawai yang lalu lalang di situ.

" Weyh, Tengku. Esok kan, hari minggu. Jom keluar. Lagipun tiada latihan kan?"

" Aku on je."

Ketika mereka berjalan, mereka terlihat beberapa orang pegawai yang berkumpul tempat masuk pejabat staf. Riak wajah semua pegawai itu kelihatan kusut. Tengku Fahmi melihat Kapten Fahad dan Komander Kael sedang menelefon seseorang dengan wajah yang risau. Manakala Komander Sarah dan Leftenan Khadijah mengusap lembut belakang Eisya. Eisya pula? Diam tanpa riak wajah. Beberapa orang pegawai lain dilihat sedang bertanyakan sesuatu pada Eisya.

" Apa yang mereka risaukan sangat tu?" tanya Afwan.

Tengku Fahmi hanya diam tidak terkutik. Otaknya sedang memikirkan pelbagai kemungkinan. Mungkinkah ini penyebab maklumat diri Eisya dihitamkan?

Afwan bila dia melihat Tengku Fahmi dalam dunianya sendiri, mulalah dia bengang. Orang tanya dia, boleh pula di termenung?

" Woi!!" Afwan memukul bahu Tengku Fahmi. Tengku Fahmi terkejut.

"Aku tanya ni. Mereka risaukan apa tu?!" kata Afwan sedikit kasar.

"Manalah aku tahu. Aku kat sini, bukan dekat sana!! Bengong!" jawab Tengku Fahmi.

Sedang mereka asyik memerhatikan beberapa orang pegawai itu, tiba-tiba mereka disergah oleh seseorang.

" Kau buat apa ni?!" kata Staf Azwan kepada mereka berdua. Mereka berpaling ke arah staf tersebut. Tidak semena-mena, semua pegawai termasuklah Eisya memandang ke arah mereka berdua. Eisya terkejut saat matanya melihat ke arah Tengku Fahmi.

Akhirnya, mereka berdua dibawa ke bilik mesyuarat anggota pegawai. Mereka disoal tidak henti-henti.

" Jawab dengan jujur, kadet Fahmi. Awak ada dengar apa-apa ke tadi?" tanya Kapten Fahad.

Tengku memandang wajah Eisya. Eisya turut sama melakukannya. Dia mengeluh nafas berat.

"Betul, tuan. Saya tak dengar apa-apa." kata Tengku Fahmi.

Kapten Fahad mendiamkan diri. Pandangannya dikalihkan pula kepada Afwan. Afwan sedang gelabah.

"Kenapa awak takut, Kadet Afwan? Kalau awak tak buat salah, awak tak payah takut."

"S-saya tak takut tuan. Saya cuma gelabah je." kata Afwan sudah mahu menangis.

Eisya hanya melihat kedua-dua kadet itu. Tidak henti-henti dimarahi oleh Fahad. Fahad pun satu, nak tegur, tegurlah elok-elok. Ni macam dah nak koma dah muka sorang-sorang.

"Fahad." panggil Eisya. Kapten Fahad pantas menoleh ke arahnya. Dia memberika ruang untuk Eisya bercakap.

" Kadet Lee, betul awak tak tahu apa-apa?" tanya Eisya. Tengku Fahmi tidak memandang Eisya tetapi pandangannya dialihkan kepada Afwan yang sudah menangis di tepinya. Dahlah budak ni ada anxiety. Sedap dia je jerkah anak orang.

"Berapa kali saya nak ulang?!"

" Eh, jangan biadap!" kata Komander Sarah. Eisya mengerling ke arahnya untuk menyuruhnya diam.

"Kadet Afwan..."

"Dia tak tahu apa-apa!!"

Eisya terkejut. Kapten Fahad sudahpun meradang lalu mencengkam kolar baju askar milik Tengku Fahmi.

"Fahad!" jerit Eisya.

" Dia cuma panggil je kawan kau, yang kau nak berangin satu badan dah kenapa?"

"Fahad, turunkan tangan tu!" tengking Eisya. Namun Fahad tidak mempedulikannya. Akhirnya tumbukan Fahad selamat mendarat di muka Tengku Fahmi.

Semua pegawai terkejut. Tengku Fahmi jatuh tersungkur di atas lantai. Fahad pula telah ditolak Komander Kael ke belakang.

Eisya pula menunduk ke arah Tengku Fahmi. Tangannya memegang pipi Tengku Fahmi dengan cemas.

" Awak tak apa-apa?" tanya Eisya kepada Tengku Fahmi. Tengku Fahmi hanya menggeleng. Matanya sibuk memerhatikan Fahad yang merenung tajam ke arahnya.

"Apa yang kau buat ni?!" jerkah Komander Kael kepada Fahad.

" Dia dah tahu! Sebab tu kawan dia menggelabah. Kita kena bunuh dia!!" kata Fahad hilang kawalan. Dia ingin menumbuk Tengku Fahmi lagi namun ditahan oleh Komander Kael.

"Dia kadet kita, kau sedar tak?!" kata Komander Kael menolak lagi kuat Fahad ke belakang. Namun, Fahad bertindak ganas dengan cuba merempuh Kael namun tidak berjaya. Eisya mulai berang. Dia melihat Fahad dengan renungan tajam dan mata yang merah. Dia sakit bila melihat wajah Tengku Fahmi yang berdarah ditumbuk.

Tanpa diduga, Eisya mengeluarkan pistol dan ditembak ke arah dinding di belakang Fahad berkali-kali.

Suasana yang haru-biru di dalam bilik mesyuarat bertukar tenang. Semua ahli pegawai tergamam sambil memandang Eisya.

Tiba-tiba, Afwan pengsan di atas lantai. Tengku Fahmi bergerak ke arah Afwan dan menggeraknya berkali-kali. Lalu dia memapah Afwan keluar dari bilik mesyuarat itu.

Eisya masih menghalakan pistol ke arah Fahad.

"Kau dah kenapa?! Dia tahulah Eisya." kata Fahad.

" Dia tunang aku. Aku tak nak apa-apa jadi dekat dia." kata Eisya sambil menurunkan pistolnya.

Fahad tergamam.

Tidak menunggu lama, Eisya terus keluar dari bilik mesyuarat itu meninggalkan pegawai-pegawai yang masih tergamam di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience