Bab 11: She' s Mine

Action Series 57841

Thaqif yang sedang membuat kerja di office CEO mendengar satu suara di interkom . Dia yang menggantikan Tengku Fahmi dalam Besh Holding itu memegang amanah yang diberikan olehnya.

" Encik Thaqif, Tengku Hasnah datang nak berjumpa CEO." kata Eina, setiausaha kepada Tengku Fahmi. Oleh kerana, Tengku Fahmi tiada di office dan Besh Holding diuruskan oleh Thaqif buat sementara waktu, jadi Eina harus menjadi setiausaha sementara kepada Thaqif.

Thaqif terkejut. Dia mulai gelabah. Disusunkan segala kertas dengan teratur supaya tidak bersepah. Kemudian, dia memesan melalui interkom itu.

" Bagi dia masuk, Eina."

Eina yang mengerti arahan itu segera mempersilakan Tengku Hasnah yang sedang duduk di atas kerusi sambil mengilap kukunya.

" Tengku, CEO dah beri kebenaran. Tengku boleh masuk." kata Eina dengan sopan. Tengku Hasnah tersenyum lalu berjalan membuntuti langkah Eina. Eina membuka pintu dan memberi laluan kepada Tengku Hasnah.

Setelah Tengku Hasnah masuk, pintu mulai ditutup. Tengku Hasnah melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di depannya sambil menunduk hormat.

" Selamat pagi, Tengku." sapa Thaqif dengan ramah.

Tengku Hasnah mengangguk dan terus mencari kelibat anaknya.

" Mana Tengku Fahmi? I nak jumpa dia." kata Tengku Hasnah lagi. Dia bergerak menuju ke tempat duduk CEO lalu duduk situ.
Thaqif berpaling ke belakang menghadap Tengku Hasnah.

" You tak dengar ke? I tanya mana Tengku Fahmi? I nak jumpa dia."

Thaqif menarik nafas sedalam - dalam yang boleh. Untuk bercakap dengan Tengku Hasnah memerlukan kesabaran yang tinggi.

" Tengku Fahmi tak ada kat sini, Tengku."

" Dia pergi mana?"

" Dia ada hal sikit. Dekat luar. "

" Berapa lama? " tanya Tengku Hasnah sambil memusingkan kerusi yang didudukinya.

" 3 bulan." kata Thaqif selamba.

Tengku Hasnah hampir meluncur jatuh dari kerusi setelah mendengar kenyataan itu. Nasib baik dipegang tangan kerusi itu. Kalau tidak, buat malu je depan staf anaknya ini.

" Tengku! Tengku okay ke?" tanya Thaqif sambil bergerak ke arah Tengku Hasnah. Namun Tengku Hasnah tidak membenarkannya menyentuhnya sekaligus tidak menjawab pertanyaan Thaqif.

" 3 bulan?! Dia pergi mana sampai 3 bulan? Dah buang tebiat ke?! Siapa yang nak uruskan company ni? Takkan terabai macam itu je? Lingkuplah nanti. Aduh! Letihlah macam ni..... Buatkan I air!" arah Tengku Hasnah sambil mengibas-ngibaskan tangan ke arah mukanya. Tengku Hasnah bila dia marah, dia suka minum air. Sebab katanya boleh release stress. Tapi bergantung kepada rasa air tu dulu la. Kalau tak sedap, membebel lagi.

Thaqif melaung nama Eina. Eina kemudian masuk dan terus keluar menuju ke pantri membancuh air untuk Tengku Hasnah.
Tak lama kemudian, Eina datang dengan membawa secawan air kopi lalu disuakan kepada Tengku Hasnah.

" Dia pergi mana sampai 3 bulan tak hadir office?" tanya Tengku Hasnah sebelum menghirup air kopi itu.

" Dia...join tentera, Tengku."

Dengan serta-merta air yang dihirup tersembur di atas meja. Tengku Hasnah menepuk dadanya sambil terbatuk-batuk di situ.

Thaqif dan Eina mula gelabah. Thaqif menghulurkan tisu kepada Tengku Hasnah manakala Eina menepuk-nepuk belakangnya. Setelah batuknya kembali reda, barulah Thaqif dan Eina berasa lega.

" Join tentera?!" soal Tengku Hasnah dengan suara yang serak.

" Apa ke tebiat budak tu?! Dulu bukan main lagi orang paksa masuk tentera, sampai ke hujung kampung dia berlari tak nak. Ni, takde angin takde ribut, senyap-senyap join tentera?" melengking suara Tengku Hasnah di dalam office itu.

" Takpe - takpe. Kita tengok. Dia boleh tahan tak masuk askar. Nak masuk sangat kan? Takpe. Tapi sekarang ni, awak berdua kena tolong saya cari CEO baru yang boleh menggantikan Tengku Fahmi buat sementara."

Thaqif dan Eina hanya memandang sesama sendiri sebelum memandang Tengku Hasnah balik. Thaqif memberanikan diri menyuarakan perjanjiannya dengan Tengku Fahmi.

" Err.. Tengku, saya dengan Tengku Fahmi sebenarnya dah buat perjanjian. Dia amanahkan saya untuk jadi wakil CEO. Sekarang ini, saya yang mewakili company ni."

Tengku Hasnah hanya memandang Thaqif atas bawah atas bawah.

" You orang kepercayaan Tengku Fahmi ke? "

" Ya, Tengku. "

" You yakin boleh handle company ni sampai Tengku Fahmi habis training? "

" Insya Allah Tengku. Saya cuba. "

Tengku Hasnah mengangguk. Matanya masih tak lepas memandang Thaqif atas bawah atas bawah. Eina yang melihatnya pun dah kecut perut.

' Dah kenapa pula duk pandang-pandang aku cam tu? Hello, aku manusia, bukan makanan.' kata Thaqif dalam hati.

Tiba-tiba, Tengku Hasnah menuding jarinya ke arah mata Thaqif. Thaqif dan Eina memandang jari runcing itu.
Tengku Hasnah mula menggerakkan jarinya ke kiri. Pandangan Thaqif dan Eina masih tak lepas dari jari milik Tengku Hasnah.
Kiri, kanan, atas bawah. Jari itu bergerak. Pandangan Thaqif dan Eina?masih lagi sama mengikut ke mana jari itu pergi. Semakin lama semakin laju, ssmakin lama semakin laju. Pandangan tidak dikalihkan.
Apabila jari itu turun ke atas dan ke bawah, Thaqif dan Eina mengangguk mengikut rentak jari itu. Mereka kemudiannya sedar apa yang mereka lakukan tadi.

" Baiklah. I serahkan jawatan tu pada you dulu. Tapi you kena ingat, Thaqif. Selepas Tengku Fahmi keluar tentera, you have to give this position back to him, okay?"

Thaqif mengangguk. Tengku Hasnah mengambil beg chanel miliknya dan berlalu keluar dari situ. Thaqif dan Eina hanya memandang satu sama lain.

*************

Tengku Fahmi, Afwan dan beberapa orang kadet yang lain telah kembali semula ke dalam dorm. Tengku Fahmi mengibas-ngibaskan bajunya sementara baju Afwan pula telah tertanggal kerana panas sangat. Lelaki itu telah merebahkan diri di atas katil.

" Weyh, jom mandi dulu. Nanti lepas ni nak pergi masjid pula kan?" kata Fiqri.

" Ha'ah lah. Aku pun dah berpeluh dah ni. Nanti kang kalau lambat kena marah pula." kata Afiq pula. Afwan yang merebahkan diri di atas katil tadi mula duduk.

" Ala, rilek arh. Baru je tadi kita masuk. Takkan dah nak mandi dah. Panas lagi ni. Kalau kena panau macammana? "

" Weyh, Wan. Kita ni kadet je tau. Bukannya pegawai lagi. Kenalah ikut peraturan. Lagipun, sikit lagi dah masuk waktu maghrib ni." sampuk Hafiz pula.

Tengku Fahmi hanya menggeleng melihat telatah kawan-kawannya itu. Dia yang tidak mahu masuk campur dengan perbualan rakan-rakannya itu akhirnya termasuk campur juga kerana ada topik yang menarik perhatiannya.

" Weyh, korang tengok tak, pegawai perempuan tadi tu?" soal Amirul. Dari dua orang kini dah jadi berkelompok besar pulak dah.

" Pegawai mana pulak?" soal Afwan. Dahlah ramai pegawai cantik kat situ.

" Ala, pegawai yang tegur Khalief dengan Tengku ni tadi. Apa nama dia? Leftenan.. Haa, Leftenan Eisya. "

" Haa, dah kenapa dengan Leftenan Eisya?"

" Weyh, aku rasa kan, aku dah jatuh cinta arh kat dia." kata Amirul sambil memeluk bantalnya.

Seketika kemudian, ramai kadet bersorak dan mengebu Amirul yang kelihatan angau itu. Amirul buat tidak peduli.

" Siyez arh kau jatuh cinta dengan Leftenan Eisya? Pegawai tu pun belum tentu pandang kau. " kata Amran. Kadet - kadet yang lain mengiyakan kata-kata Amran.

" Belum cuba belum tahu." kata Amirul masih tidak mahu mengalah.

Afwan hanya memandang Tengku Fahmi yang merenung tajam je arah mereka. Habislah, memang nayalah diaorang nanti.
Hinggalah seorang kadet bernama Adam menegur Tengku Fahmi yang asyik serius sahaja mukanya.

" Weyh, Tengku. Kau ni dah kenapa? Muka ketat semacam je. Cubalah senyum sikit. Baru handsome." kata Adam. Mata kadet-kadet yang lain mulai menumpu ke arah Tengku Fahmi.

" Aku memang dah handsome pun. Korang aje yang tak perasan. Berangan je lebih." kata Tengku Fahmi.

" Hah, Mirul. Kau tengok tu. Tengku pun kata yang kau ni berangan je lebih. Overlah dia ni." kata Adam lagi. Kemudian, kadet-kadet yang lain terus mengebu Amirul. Wajahnya merah padam.

" Kalau aku nak berangan pun, ada guna memori kau ke? Tak kan? Lagipun, Leftenan Eisya tu bukannya hak milik kau. Mengaku jelah, kau jealous bila Leftenan Eisya risau fasal aku, kan?" kata Amirul bangga. Teringat kembali moment di mana Leftenan Eisya suruh mengikat tali kasutnya supaya tidak terjatuh.

" Memang tak lah aku jealous. Eleh, ikat kasut je pun. Bukannya ajak kau kahwin. Tak payah nak taruh harapan sangat. " perli Tengku Fahmi. Agak-agaklah nak jatuh cinta kat Eisya pun. Tunang aku tu. Kang aku tumbuk muka kau, bersepai gigi jongang kau, aku tak tahu.

Amirul mula naik angin. Dia menghempas bantal dia atas katil lalu bergerak menuju ke pintu. Kadet-kadet bukannya nak tolong pujuk, makin menyakat adelah.

" Eh, eh. Tengok tu. Kadet Amirul merajuk. Buruknya muka. Hahahaha..." sakat kadet-kadet di situ sebelum mula menyanyikan lagu 'Sedalam-dalam Rindu' oleh Tajul. Kemudian mereka bergelak ketawa sama-sama.

Khalief melihat wajah Tengku Fahmi dengan perasaan marah. Dia yang duduk bersama-sama kawan-kawannya itu di katil belakang sekali merenung tajam ke arahnya.

" Tak payah berangan, Fahmi. Kau nak rampas Eisya? Eisya milik aku dulu!" katanya di dalam hati. Tangannya digempalkan.

Setelah semua kadet siap membersihkan diri, mereka pun bergerak menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib sambil berjalan di dalam barisan. Setelah pulang, mereka bersiap kerana mempunyai latihan lagi.
Selepas pukul 10:30, mereka dibenarkan pulang ke dorm masing-masing. Sebelum tidur, mereka diwajibkan untuk membuat 'roll-call' tepat pukul 12:00 tengah malam. Tiada yang bercakap kerana terlalu letih.

Share this novel

Ain Intan
2022-02-23 17:52:19 

asallah dlm novel ni ade nama abang aku haishh


NovelPlus Premium

The best ads free experience