Bab 28 : Villa Cardiff

Action Series 57841

Tengku Fahmi, Eisya dan seluruh ahli keluarga yang lain sedang makan bersama di meja makan. Ada juga kedengaran gelak ketawa dari mereka. Bergurau senda dengan pengantin baru.

Sedang mereka berbual, tiba-tiba orang gaji mereka memberitahu bahawa ada tetamu yang datang.

" Hai, semua..." sapa Sara yang sedang berjalan lenggang-lenggok ke meja makan dan berdiri di samping mak su Tengku Fahmi, Tengku Hasyar.

Semua orang yang sedang makan terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri.

" Kenapa tengok Sara macamtu? Tak suka ke Sara ada dekat sini?" tanya Sara sambil mencebik.

" Siapa jemput dia ni?" tanya Tengku Firasy, sepupu Tengku Fahmi.

" Firasy, boleh tak jangan biadap sangat. Nama dia Sara. Mama yang jemput dia.." kata Tengku Hasyar.

" Bukan ke hari ni kita berkumpul ahli keluarga je? "

" I bukan keluarga you ke?" tanya Sara.

Tengku Firasy menaikkan matanya ke atas. Pada fikirannya, memanglah Sara Amelia keluarganya juga, but dia bukan sesiapa dalam keluarga Tengku ni.

" Dah, tu. Sara, duduk. Kita makan sama. " kata Tengku Hasnah memberi keizinan.

Sara tersenyum lebar. Dia memilih tempat duduk. Sengaja dia memilih tempat duduk tepi Tengku Fahmi kerana mahu dekat dengannya.

Tengku Hasnah hanya memandang sahaja perangai Sara. Seperti orang tak tahu malu... Duduk di tepi pengantin lelaki padahal tempat lain kosong lagi.

" Sara, kenapa tak duduk tepi Hasyar? Kan ada tempat lagi tu.." tanya Tengku Hasnah.

" Oh, Sara tak biasalah duduk sebelah kanan. Sara fobia..."

" fobia apa tu?" tanya Tengku Firasy.

" Adalah. You budak kecil, mana tahu."

" I mungkin tak tahu fobia pelik tu, but I tahu macammana cara nak goda suami orang. " sindir Tengku Firasy. Tengku Fahmi tersenyum puas. Dia memandang Sara di sebelah. Sudah merah.. Sudah merah..

" Dah! Depan rezeki jangan nak bercakap! " kata Tengku Hasnah. Mereka kemudian menyambung makan.

Sepanjang makan, Tengku Fahmi rasa tak selesa sangat. Ada je tangan nak makan penampar merayap di pehanya. Puas dia menepis, namun tangan itu kekal di pehanya. Dia tahu itu tidak lain tidak bukan ialah Sara Amelia. Pervert nak mampus!!

Tengku Fahmi memandang Eisya yang sedang leka memakan makanannya. Langsung tak pandang Encik Suami yang kena cabul dekat sebelah ni. Kadang-kadang rasa nak cubit pun ada juga.

Tengku Fahmi ingin mengambil lauk yang berada di tengah meja makan. Dia tidak sampai. Lalu Sara ingin membantunya.

" Abang nak apa? Biar Sara ambilkan.."
Tengku Fahmi hanya memandang sahaja Sara.

" Abang?" tanya Tengku Hasnah.

" Apa salahnya Sara panggil Tengku Fahmi abang kan? Lagipun, dia abang ipar Sara. Betul tak, Eisya?"

Eisya terkejut bila namanya dipanggil. Semua orang melihat ke arahnya. Tengku Fahmi menatapnya tajam.

" Ya, betul tu.." kata Eisya sambil tersengih. Entah kenapa terbit sedikit perasaan cemburu di hati. Padahal dia yang pandai-pandai nak satukan Sara dengan Tengku Fahmi. Inilah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Tengku Fahmi hanya merenung tajam. Panggilan abang itu dia sediakan hanya untuk isterinya yang sah. Adik-beradik, sepupu - sepupu perempuannya juga memanggilnya dengan panggilan Tengku. Eh! Suka-suka hati je minah ni panggil aku abang.

" Untuk pengetahuan you, orang dekat sini tak panggil Tengku Fahmi abang, semua orang panggil Tengku." sindir Tengku Firasy.

" Takpelah, I akan jadi orang pertama yang panggil Tengku Fahmi abang. Kan?" Tanya Sara sambil memeluk lengan Tengku Fahmi.

Srittttttt....

Kedengaran bunyi kerusi bergesel dengan lantai mozek. Semua orang berpaling ke arah Eisya yang sedang berdiri. Sara juga berpaling namun tidak mahu melepaskan lengan Tengku Fahmi.

" Saya dah siap makan dah. Saya nak naik atas dulu." kata Eisya terus berlalu menaiki tangga. Tanpa semua orang sedari, Sara dan Tengku Hasyar tersenyum sinis.

Di dalam bilik,

Eisya merenung di balkoni sambil duduk memeluk lututnya. Dia melihat pemandangan di hadapan.

Kenapa hatinya berasa pedih? Dia tiada jawapan. Kenapa dia cemburu? Juga tiada jawapan. Kadang-kala dia merasakan Tengku Fahmi seperti seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya. Tapi, kenapa memori langsung tidak ada?
Kekadang dia juga tanya apa yang sebenarnya dia mahu. Dia tak suka Tengku Fahmi namun sikapnya sedikit sebanyak mencairkan hati. Eisya, kau nak dia, ambillah. Dia bukan orang asing, dia suami kau.

Tengku Fahmi masuk ke dalam bilik. Makanan yang tidak dihabiskan tidak dihiraukan. Fikirannya cuma ada Eisya. Sesampainya dia di dalam bilik, dia melihat Eisya sedang duduk memeluk lutut sambil memandang pemandangan di balkoni.

Dia menuju ke arah Eisya. Eisya masih tidak sedar. Dia menurunkan kaki Eisya supaya berlunjur. Kali ini Eisya tersentak.

" Awak buat apa ni?" tanya Eisya apabila kepala Tengku Fahmi mendarat di pehanya.

" Saya nak tidur sekejap." kata Tengku Fahmi sambil memejamkan matanya.

" Kalau nak tidur, pergilah tidur atas katil." kata Eisya.

Tengku Fahmi tidak menghiraukan Eisya. Dia meletakkan tangan Eisya ke atas kepalanya tanda ingin dielus.

" Elus rambut saya. "

" Taknaklah. Dah besar pun manja lagi."

" Apa salahnya? Dengan isteri sendiri, kan? "

" Suruhlah Sara. Dia pandai sikit." kata Eisya.

Mata Tengku Fahmi yang tertutup tadi terbuka semula. Dia memandang Eisya. Eisya mengerutkan dahi.

" Are you jealous?" tanya Tengku Fahmi.

Eisya ketawa paksa. Cemburu? Dia tidak pasti..

" Tak ada masa nak cemburu. Saya boleh cari yang lebih handsome dari awak."

" Tiada siapa yang nak layan perangai hyperactive awak tu."

" Dengan awak je saya hyper, dengan orang lain saya lemah-lembut.."

Tengku Fahmi ketawa besar.

" Then, cuba beritahu saya siapa yang nak lempar timun dekat sepupu kecil saya yang umur dia dua tahun tu? "

Tengku Fahmi kembali meletakkan kepalanya di peha Eisya sambil ketawa. Tangan Eisya diletakkannya di kepalanya. Eisya tanpa sedar mengelus lembut rambut Tengku Fahmi.

" Bukan saya sengaja nak lempar timun dekat sepupu awak tu. Saya..sebenarnya takut budak... Nak tahu macammana saya takut budak?macamni cerita dia.."

Eisya mula bercerita tentang kisah dia mula takut budak tu from A to Z. Bukan main semangat dia cerita sampai tak sedar Tengku Fahmi dah tidur kerana elusan lembut Eisya.

" Macamtu lah ceritanya.. "kata Eisya. Dia memandang ke bawah apabila tiada tindak balas dari Tengku Fahmi. Laa.. Dah tidur.. Buat habis air liur aku je..

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dengan perlahan-lahan, dia mengalihkan kepala Tengku Fahmi dan menggantikan dengan bantal di kepalanya. Tengku Fahmi kini tidur di atas lantai.

Eisya bergerak ke wardrobe yang menempatkan beg galasnya. Dia mengeluarkan beg itu dan menyelongkar isinya. Sekali dia mengerling ke arah Tengku Fahmi yang sedang diulit mimpi.

' jumpa pun.' kata Eisya dalam hati. Di tangannya sekarang terdapat gulungan beg yang di dalamnya mempunyai beberapa tabung uji yang terisi dengan cecair berwarna - warni. Dia meletakkan gulungan beg itu di atas lantai. Lalu dia keluarkan beberapa lagi gulungan beg seperti itu.

Dia keluar dari bilik itu senyap-senyap sambil menyandang beg galas yang mempunyai gulungan cecair.

Semasa dia turun tangga, terdengar satu suara memanggilnya.

" Puan Engku." Eisya menoleh.

" Tengku Hasyar."

" Puan Engku nak pergi mana petang-petang macam ni? Bukan ke tidak elok keluar berseorangan?"

" Saya ada urusan. Kalau Fahmi bangun, beritahu dia saya keluar." kata Eisya sebelum berlalu pergi. Tengku Hasyar hanya memandang sahaja.

Memang dari dulu dia tidak suka dengan Eisya. Gadis itu sepertinya sangat 'liar'. Dia lebih suka adik tiri Eisya iaitu Sara Amelia kerana perilaku sopan terhadapnya. Sudah beberapa kali dia memujuk kakaknya supaya menjodohkan Tengku Fahmi dengan Sara namun Tengku Hasnah membangkang sekeras-kerasnya.

Eisya bergerak ke tengah perkarangan rumah agam itu. Dia mengeluarkan phone lalu mencari nama Tan. Dia menekan, tidak lama kemudian, panggilan menyahut.

" Hello." sapa Tan.

" Hello, Tan. Aku ni.."

" Ya, aku tahulah tu kau."

" Kau boleh datang ambil aku tak?"

" Kat mana?"

" Rumah mertua aku."

" Okay, aku pergi sekarang." kata Tan.

Eisya menunggu dengan sabar. Sesekali dia mengerling ke rumah agam itu. Tidak lama kemudian, sebuah kereta berhenti di depan pagar rumah agam itu. Eisya terus meluru ke arah kereta itu lalu masuk. Kereta itu pun terus pergi dari situ.

Dalam kereta,

" Kita nak pergi mana ni?"

" Villa Cardiff."

" Kau nak buat apa dekat sana?"

" Buat apa lagi kau rasa dekat sana?"

" Kau nak cipta bahan mengarut lagi ke?"

" Tak. Aku nak betulkan sikit cecair ni.."

" Cecair apa?"

" Vaksin."

Tan terkejut. Dia melihat ke arah Eisya sekilas.

" Kau kata kau dah bagi dekat Adi. "

" Aku cuma bagi dadah je. Vaksin dia suruh aku simpan. "

" Vaksin tamat tempoh? "

Eisya mengangguk. Suasana jadi sepi sekejap.

" Kau dah minta izin suami kau ke? "

Eisya mengerutkan dahi.

" Buat apa aku minta izin dia? Kalau dia tak bagi aku keluar pun, aku tetap nak keluar. "

" Takdelah kau berdosa sangat. "

" Kau ingat kalau dia tak bagi keluar and aku keluar juga, aku dapat pahala? " sindir Eisya.

Tan menaikkan mata ke atas. Tan ataupun Edward Tan Foo merupakan salah seorang kawan Eisya. Tan juga pernah dimasukkan ke Henry Gurney tapi atas kesalahan membuli. Setelah bertemu Eisya, mereka jadi kawan sebab Eisya seorang yang peramah.

Mereka sampai di Villa Cardiff. Villa Cardiff merupakan sebuah villa yang dijadikan makmal ujikaji bahan cecair merbahaya. Hanya Eisya dan kawan-kawannya sahaja yang tahu tentang Villa ini.

Setelah keluar dari kereta, Eisya masuk ke dalam villa tersebut sambil membawa beg galasnya. Tan juga turut masuk.

Eisya melihat beberapa orang lelaki dan perempuan yang sedang mengkaji cecair. Tidak lain adalah kawannya sendiri.

Mereka memandang Eisya.

" Eh, pengantin baru dah sampai.." sapa Maya. Eisya membuat muka toya.

" Nak minum - minum dulu ke?" kata Faris.

Eisya tersenyum paksa.

" takyah nak sambut - sambut sangat."

" Why not? Akhirnya, saintis and Leftenan kita dah berkahwin and dia punya husband bukan calang-calang orang. Tengku Fahmi Tengku Hafiz. Oh my god!! Tak ajak cik abang sekali ke?"

" Kenapa nak ajak dia? Dia tak tahu fasal hal ini. "

Keadaan yang riuh tadi bertukar sepi. Mereka memandang Eisya.

" Wait! You mean, Tengku Fahmi tak tahu yang you ada hobi macamni?"

" Tak! Eh, aku nak tanya, mana dadah aku? " tanya Eisya.

" Kau tak ingat, tadi baru kau kata kau dah serahkan dadah dekat Adi. Sekarang ni pihak polis yang simpan."

Eisya menepuk dahi.

" Aduh, macamni.. Kau tahu yang aku pernah makan dadah tu kan, and sekarang ni aku ketagih. "

" Hah?! Kau tak makan vaksin ke? "

" Dah, tapi vaksin aku tamat tempoh. Aku kena buat balik. Sebab tu aku datang sini. "

" Kau nak buat apa sekarang? "

Eisya memikir kemudian melihar ke arah Tan. Tan mula tidak selesa.

" Kenapa kau tengok aku macamtu?"

" Tolong aku, Tan! " kata Eisya sambil memegang tangan Tan.

" Tolong apa? "

Eisya tersenyum sinis.

" Tolong ambil dadah tu. "

" Hah?! "

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience