Bab 18: Tertukar??

Action Series 57841

Selepas tiga hari, Tengku Fahmi dibenarkan keluar hospital. Khalief dikeluarkan dari hospital yang didudukinya dan dipindahkan ke hospital tentera untuk memudahkan rawatan.

Tengku Fahmi mula menjalani latihan sebagai kadet selepas sembuh dari kemalangan itu. Sedar tak sedar, sudah hampir separuh bulan terakhir untuk menempuh latihan sebagai kadet dan akan menjawat jawatan sebagai komander apabila diberi latihan khas dalam bidang yang tersendiri.

Hubungannya dengan Khalief juga semakin baik. Khalief sekarang sudah boleh mengawal barannya dan tidak mencari gaduh dengan sesiapa. Cuma, tak bertegurlah.

Dengan Eisya pula, mereka sering bersembang di dalam ruangan chat kerana masa terhad untuk mereka berjumpa.

Semasa di dorm,
Tengku Fahmi berbual dengan Eisya melalui phone. Tapi bukan sembang pun, Tengku Fahmi sedang beri khutbah jumaat dekat Eisya. Masa tu dah malam and diaorang dah habis kawad, cuma nak tunggu roll-call pukul 12:00 tengah malam ni je.

" Awak ni kenapa eh? Kalau setiap kali saya wasap awak, chat awak, awak bagi bluetick setengah jam dekat saya. Eisya, saya bukan nak bluetick okay? Saya nak borak dengan awak..."

Eisya yang berada di rumah hanya mampu mendengar setiap bebelan Tengku Fahmi kepadanya. Sungguh dia serabut. Sambil dia mendengar, sambil dia memasukkan jarinya ke dalam telinganya tanda sudah bosan dengar bebelan itu.

"..... Lagi satu, kalau saya call tu jawab, ni tak. Asyik ignore, ignore, ignore. Nasib baik malam ni awak jawab call saya. Kalau tak memang saya tak nak layan awak dah." kata Tengku Fahmi. Entah kenapa macam terbalik je peranan diaorang ni. Macam Tengku Fahmi girlfriend and Eisya tu boyfriend.

" Alah, Lee..bukan sengaja. Saya ignore tu sebab...er..sebab..haa! Saya sibuk. Sorry eh.. " Eisya memohon maaf. Actually, yang sebenar - benarnya, Eisya ni kerap main game. Tu yang dia ignore panggilan Tengku Fahmi tu.

" Awak jangan nak tipu sayalah, Eisya. Awak lupa ke, saya ada contact Fawwaz dengan Fakhrul tau. Papa awak pun ada. Diaorang cakap awak banyak main game. Ni, saya nak pesan..main game tu janganlah kerap sangat. Boleh pengaruh otak awak tau. Awak.."

Belum sempat Tengku Fahmi nak beri ceramah. Eisya sudah menutup panggilan terlebih dahulu. Malas dia nak dengar ceramah banyak-banyak. Bukan masuk pun.

" Bencilah dia ni! Asal call je membebel, asal call je membebel. Macamlah bebel dia tu boleh makan." kata Eisya mendengus. Dia kemudiannya menyambung bermain game online sambil meniarap di atas katil.

Sementara di kem pula, Tengku Fahmi tercengang melihat panggilannya diputuskan. Dia merenung tajam ke arah phone tu bagai nak tembus.

" Eh, dia off panggilan aku?! Eisya ni memang nak kena. Aku belum habis cakap lagi, dia dah off phone dia. Biar betul? Tak pernah lagi ada orang off panggilan aku ni. Memang ada banyak benda nak kena ajar ni." kata Tengku Fahmi.

Tapi memang betul pun. Mana ada lagi gadis yang berani putuskan panggilan Tengku Fahmi sampailah dia sendiri yang putuskan panggilan tersebut. Eisya orang pertama. Dahlah mesej selalu bluetick, lambat reply, panggilan asyik ignore je. Semua tu tak pernah lagi berlaku pada Tengku Fahmi. Biasalah, orang kacak kan?

*******

Selepas sahaja membebel seorang diri, satu panggilan pula masuk ke phone milik Tengku Fahmi. Dia melihat nama si pemanggil.

'Babygirl'

Tengku Fahmi mula menaikkan kedua matanya. Dia lupa nak tukar nama panggilan. Gelaran babygirl merujuk kepada Sara sebenarnya, namun oleh kerana mereka sudah tiada apa-apa hubungan, Tengku Fahmi sudah tidak menghubunginya lagi TETAPI dia lupa nak tukar nama panggilan.

Phone itu berbunyi tidak henti. Akhirnya, Tengku Fahmi mengangkat panggilan kerana bising.

" Hmmm...?"

" Hai, you!! Apa khabar? Sihat? Dah makan?" kata Sara dengan nada yang menggedik.

" I bukannya setahun lagi you nak tanya semua tu. Dah besar. Pandai - pandai I lah cari makan sendiri." sindir Tengku Fahmi.

" Alah, you ni..tu pun nak marah. I tanya je. Bukan apa, I risaukan you lah... " kata Sara menggoda.

' Tak menjadi masalah pun sebenarnya pertanyaan tu. Kau yang aku nak marahnya, bengong!!' desis Tengku Fahmi dalam hati.

" You nak apa? I sibuk ni?"

" Alah, nak cakap dengan you pun tak boleh..dengan Eisya boleh pulak. I ni, cakap satu minit pun you sibuk." kata Sara. Pura-pura merajuk.

Tengku Fahmi membuat mimik muka hendak muntah. Dialihkan phone itu dari telinganya lalu acah-acah menumbuk phone itu. Kemudian dia meletakkan kembali di telinganya.

" Eisya siapa? You tu siapa? " sindir Tengku Fahmi.

Serta-merta wajah Sara berubah merah menahan marah.

" You ni kenapa eh? I cakap elok-elok kan?! Yang you nak perli-perli I ni dah kenapa?" bentak Sara.

" You tak faham bahasa. So, apa lagi yang boleh ajar you selain daripada perlian? Lagipun, perempuan tak tahu malu macam you ni memang layak dapat semua tu." kata Tengku Fahmi. Dia sememangnya sudah bengang dengan kera ni. Dulu diberi kasih sayang yang tulus, dipermainkan. Kini, ingin kembali kasih sayang tu? Minta maaflah. Kasih sayang memang ada. Tapi not for you..

" Fahmi! You jangan nak kurang ajar dengan I eh. You tak berhak nak judge I. Mentang - mentang you dah ada Eisya, senang-senang you buang I kan? Apa beza I dengan dia? Dua-dua pun tak reti nak bezakan mana yang baik dan mana yang buruk." kata Sara dengan sinis.

" At least, Eisya tak adalah bebas sangat macam you. Pergi masuk hotel dengan jantan mana ntah. Lepastu selamba badak you je eh nak I balik? You ingat, I takkan jilat balik air liur I. Jijiklah!! " kata Tengku Fahmi lantas menutup panggilan. Dia pun membuat roll-call bersama dengan kawan-kawannya yang lain.

Di dalam bilik Sara pula, gadis itu meraung-raung seorang diri. Panggilan daripada Fawwaz tidak dihiraukannya. Hatinya berasa sakit. Nasib baik Eisya berada di rumah atuknya, kalau tidak memang nahas dia kerjakan. Phone miliknya telah dicampak ke atas katil kerana bengang dengan apa yang dicakap oleh Tengku Fahmi sebentar tadi.

*******

Keesokkan harinya,

Tengku Fahmi asyik memandang sahaja ke arah Eisya yang sedang leka berbual dengan Komander Haqim. Fokusnya serta-merta hilang apabila melihat mereka bergurau-senda dan ketawa bersama-sama. Nampak je badan tengah buat latihan, tapi mata tetap tengok Eisya.

' Boleh dia layan lelaki lain depan aku?!' desis hatinya. Tiba-tiba..

" Hoi, kadet!" tengking staff Azwan kepadanya. Tengku Fahmi yang tersedar segera beralih pandangannya ke arah staf tersebut.

" Aku tengah mengarah kat depan ni, boleh pula kau tengok benda lain. Kau nak aku denda kau ke, kadet?!" kata staf bermuka garang itu kepadanya.

"Maaf, staf!
" kata Tengku Fahmi.

" Lain kali kalau aku bercakap kat depan, fokus! Fikiran tu?! Jangan ke planet lain. Kau faham tak?!"

"Faham staf!" kata semua kadet termasuklah Tengku Fahmi dengan bersemangat. Fizikal je macam tu, tapi fikiran Tengku Fahmi? Hmmph! Ke laut..
Dia sempat mengerling ke arah Eisya sekilas. Sekilas je. Takut staf perasan pulak. Tapi, sekilas tu dia nampak Eisya merenung ke arahnya. And...she's smile!!

Daripada sekilas jadi dua kilas pula. And yang kedua tu lama-lama guys dia tenung!

"Hah! Mengelamun lagi!!"

Tengku Fahmi terus tersedar. Dia memalingkan mukanya ke arah staf teresbut.

"Eh, kau ni. Belang - belang aku cakap fokus, fokus! Fahmi! Tekan tubi 10 kali sekarang!!"

"Baik, staf!" kata Tengku Fahmi. Adui!! Kalau dia ada kat sini, masak aku hari-hari.. Memang tak boleh fokus ni. Cute betul senyuman. Baru hari ini dia tahu, senyuman Eisya kadang-kadang boleh buat dia angau..
Dari nak marah, melting terus dia..

Sementara Eisya pula, dia actually perasan dah mata tu, but she ignore it!! Malas nak layan. Tapi bila dengar Tengku Fahmi kena marah, laju je pandangan dia ke arah tunangnya.
Mula-mula memang nak marah, tapi bila tengok muka handsome bakal suami, fuh! Cair bro. So dia pun senyumlah. Tak sangka sampai 2 hingga 3 saat dia tenung.

**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience