Bab 19: Atiq Annas

Action Series 57841

Selepas sahaja habis bertugas, Eisya terus pulang namun bukan ke rumahnya. Dia bergerak menuju ke sebuah kampung yang dahulunya pernah menjadi tempat dia tinggal.

Dia menuju ke sebuah rumah papan lalu memarkir keretanya di hadapan rumah. Dari jauh, dia sudah terlihat seorang budak lelaki yang duduk di atas tangga rumah kayu itu sambil menangis seorang diri.

Dia keluar dari kereta sambil memandang budak lelaki tadi. Budak lelaki itu yang tadinya menangis kini gembira apabila wajah Eisya menyapa matanya. Terus dia berlari ke arah Eisya.

Eisya yang terkejut lantas berlari menjauh darinya. Budak lelaki itu berhenti sejenak sambil memandang.

"J-jangan dekat!!" kata Eisya kepada budak lelaki itu. Budak lelaki itu hanya tersengih sebelum menjauh daripadanya.

" Sorry, kak Eisya. Atiq lupa Kak Eisya..hehehhe..takut budak!!" kata budak lelaki yang dipanggil Atiq tadi. Satu lagi kelemahan Eisya yang korang tak tahu. Dia takut budak. Dia kemudiannya duduk semula di atas tangga.

Eisya masih lagi gementar namun digagahkan juga kaki melangkah dekat dengan Atiq.

" Marilah, kak. Duduk sini. Jangan risau, Atiq bukan kanibal. " kata Atiq tersenyum.

Eisya perlahan-lahan duduk di atas tangga tetapi jauh satu meter dari Atiq. Atiq hanya tersenyum. Atiq ialah anak kepada Lily. Oleh kerana Lily sudah tiada, Eisya dengan rela menjaganya. Namun tidak dibawa ke keluarganya kerana tidak mahu hal rumit berlaku. Jadi dia memutuskan untuk bawa Atiq tinggal dengan ibu kandungnya, Halimah dan ayah tirinya, Kamarul.

" Atiq buat apa kat atas tangga ni? Tak masuk dalam?" tanya Eisya.

Atiq gelabah dan terus mencari alasan.

" Err..haa.. Atiq panas sebab tu Atiq duduk sini."

"Dah makan?"

" D-dah."

"Makan apa?"

Atiq tidak menjawab. Dia menundukkan kepala. Pagi tadi, dia hanya makan buah sahaja.

"Atiq, makan apa?" tanya Eisya lagi apabila Atiq tidak menjawab.

Atiq diam. Eisya merenung ke arahnya. Perasaan sebal mulai bertandang di jiwanya.

"Mak tak bagi makan ke?" tanya Eisya sedikit keras.

Atiq diam lagi.

"T-tak. Mak kata mak sibuk. Atiq duduk sini sebab nak tunggu ayah balik." kata Atiq.

"Mak kat mana sekarang?" tanya Eisya garang.

" Mak tadi dia kata nak keluar cari barang dapur, tapi Atiq nampak dia masuk rumah Pak Cik Zidin." jawab Atiq polos.

Berapi Eisya masa tu. Ibunya dulu sudah meminta maaf padanya. Bahkan sanggup melutut dan bersumpah tidak akan melakukan perkara terkutuk itu lagi. Tapi sebaliknya yang dijelaskan Atiq. Budak kecil tak pandai menipu. Bukannya dia tidak memberi duit kepada ibunya, setiap bulan dia pasti menghantar. Bahkan dua sampul berisi duit diasing. Satu untuk keperluan Atiq dan satu lagi untuk ibunya.

Ibu kandungnya Halimah sangat suka melakukan hubungan seks dengan lelaki - lelaki di kampung ini. Dia juga curang dengan ayah kandung Eisya, Dato' Emir Fattah ketika mereka berkahwin dulu. Akibat tidak sanggup diperbodohkan, akhirnya Dato'Emir menceraikannya.

Eisya tahu hal itu kerana setiap pagi dia akan melihat ibunya membawa masuk lelaki-lelaki asing ke dalam bilik. Ibunya berkata mereka hanya sekadar kawan dan tolong Halimah membuat kerja di dalam bilik, tapi pada masa itu, Eisya sudah didedahkan dengan seks. Dia tahu apa yang dibuat ibunya.

Setelah ibunya diceraikan, ibunya berkahwin dengan Kamarul, ayah tirinya. Kamarul menjaga Eisya dengan penuh kasih sayang. Makan minum dijaga secukupnya. Sementara ibunya pula, masih curang di belakang ayahnya. Sehinggalah suatu hari, Eisya terdengar perbualan ibu dan ayah tirinya. Ibunya berkata, dia telah menjual Eisya kepada bapak ayam. Hati Eisya berasa sakit. Sanggup ibunya menjual dirinya. Namun Kamarul menengking ibunya kerana perbuatannya itu. Bahkan pada tengah malam, Kamarul membawa Eisya pergi ke rumah Dato'Emir yang masa itu sudah berkahwin dengan Puan Choo. Kamarul berkata dia tidak sanggup membiarkan Eisya dijual. Kerana sebab itu dia memberikan Eisya kepada mereka.

Nasib baik Puan Choo menerima Eisya dengan hati yang terbuka. Dia menjaga makan minum Eisya dan menyayanginya seikhlas hati walaupun Eisya adalah anak tirinya.

Eisya berjalan menuju ke rumah jirannya, iaitu rumah Pak Cik Zidin. Pak Cik Zidin juga antara lelaki yang main masuk sahaja rumahnya. Bukan tak ada isteri. Ada! Tapi tulah..jangan tunjuk sangat bengap tu.

Eisya mengetuk pintu rumah Pak Cik Zidin dengan kuat. Sangat kuat sehinggakan ada jiran-jiran yang keluar dari rumah semata-mata untuk melihatnya.

"Pak Cik! Bukak pintu ni!" kata Eisya sambil mengetuk pintu rumah itu berkali-kali. Atiq hanya berdiri di situ sambil memandang Eisya cuak. Sebab nilah dia taknak beritahu Eisya.

Sementara di dalam rumah Pak Cik Zidin pula, dia dan Halimah gelabah. Mereka segera memakai baju tapi tidak keluar dari bilik. Takut.

" Tu, suara Eisya tu, bang. Macammana ni? Mesti budak tu beritahu." kata Halimah.

" Kau jangan risau, Limah. Biar aku yang settle semua ni." kata Pak Cik Zidin berlagak berani. Padahal dah kecut perut. Ingat lagi masa dia ditangkap oleh Eisya di rumah Halimah. Eisya membawa batang besi dan dihantuk kuat ke kepalanya. Wajahnya seperti orang tidak berperikemanusiaan.

Eisya pula? Masih mengetuk pintu rumah itu.

"Hoi!! Bukalah! Buat perkara terkutuk tu berani sangat! Jumpa aku je pun, takkan dah kecut perut dah?!" tengking Eisya. Jiran-jiran sudah mula berkumpul di depan rumah. Tak nak melawan.
Tiba-tiba, suara mak cik Azah kedengaran.

" Eisya, ni kenapa ni?" tanya mak cik Azah lembut. Syira hanya memandang kelakuan Eisya. Mak cik Azah merupakan isteri Pak Cik Zidin.

" Mak Cik, mak cik tengok laki mak cik ni! Dah tua-tua pun miang lagi, mak cik!!" marah Eisya.

Tiba-tiba pintu dibuka kuat. Terlihat tubuh Pak Cik Zidin yang lengkap berkopiah dan berbaju melayu.

"Apa yang aku dah buat? Aku cuma mengaji je dalam bilik tu. Kau ni dah kenapa busuk hati sangat dengan aku, Eisya??" tanya Pak Cik Zidin.

Eisya merenung tajam. Tanpa berlengah masa, tubuh Pak Cik Zidin ditolak kuat oleh Eisya sehingga terjatuh. Dia terus masuk ke dalam tiga buah bilik yang ada di dalam rumah itu. Satu persatu pintu bilik dibuka namun kelibat ibunya tiada.

Eisya kembali memandang Pak Cik Zidin yang dipapah oleh isteri dan anaknya.

"Mana mak aku?!" tanya Eisya.

" Kenapa tanya aku?"

"Eh, bukan korang sedap sangat ke main atas katil tadi. Takkan dah hilang ingatan kut? Cepatnya tuhan bagi cash." sindir Eisya.

"Eh, kau jangan nak biadap eh!! Orang yang kau tuduh ni ayah aku tau!!" tengking Syira membela ayahnya.

Tapi, kesabaran Eisya dah out of limit. Makin dia pandang wajah tua tu makin dia rasa nak bunuh. Eisya pantas menarik kolar baju Pak Cik Zidin lalu ditumbuknya bertalu-talu. Mak cik Azah hanya mampu merayu sementara Syira pula menarik baju Eisya.

"Eh, kau sedarlah yang kau tu dah tua! Dah nak mampus pun! Sepatutnya, kau buat banyak-banyak amalan untuk ke kubur. Bukan main seks bodoh macam ni!!!" kata Eisya lalu menumbuk lagi dengan kuat. Dia ingin menumbuk lagi dan lagi tetapi Atiq merayu padanya supaya melepaskan Pak Cik Zidin. Dia menghempaskan Pak cik Zidin ke lantai rumahnya. Mak cik Azah segera mendapatkan suaminya itu. Lunyai mukanya apabila ditumbuk.

" Tolonglah, mak cik merayu sangat - sangat. Tolong jangan apa-apakan laki mak cik lagi. Mak cik minta maaf sangat-sangat pada Eisya. Sebenarnya, mak cik tahu apa yang berlaku antara laki mak cik dengan mak kamu." kata Mak cik Azah tersedu-sedan.

"Mak tahu?!" kata Syira terkejut. Mak cik Azah hanya mengangguk.

"Kenapa mak tak halang?"

"Mak terlalu sayangkan abah kamu. Mak tak nak abah kamu tinggalkan mak." kata Mak cik Azah menangis lagi.

"Mak cik, bukan salah mak cik. Diaorang yang salah. Diaorang kena bertanggungjawab. And saya pun dah tak tahan lagi dengan mak saya." kata Eisya lalu melangkah keluar dari rumah itu. Atiq cuma mengikut. Mak cik Azah dengan Syira sudah menggelabah.

"Syira, pergi kejar kawan kamu tu. Jangan biar dia ikut perasaan, pergi cepat!!" kata Mak cik Azah.

Syira mengangguk pantas lalu bergerak ke rumah Eisya. Setibanya dia, bukan Eisya yang sedang memukul tapi Kamarul.

"Aku tak sangka kau buat aku macam ni, Limah. Aku percayakan kau, ni rupanya balasan kau terhadap aku?"

"Abang, maafkan Limah, bang. Limah tahu Limah salah." kata Halimah sambil menangis.

"Dah, mulai hari ini, Halimah binti Yaseer, aku ceraikan kau dengan talak satu." kata Kamarul.

Halimah bagaikan mempunyai wajah tanpa darah. Dia tercengang sambil air matanya mengalir.

*******

Tengku Fahmi menelefon Eisya banyak kali tapi tidak dijawab. Isy! Kang aku hancurkan phone baru tahu.

" Kenapa susah sangat nak jawab call ni?!" bebel Tengku Fahmi sendirian.

Afwan yang melihat hanya menggelengkan kepala.

" Weyh, kalau dia tak angkat tu, biarlah. Mungkin dia sibuk ke?" kata Afwan.

Tengku Fahmi merenung tajam.

" Isy! Bising arh kau! Suka hati aku lah. "

" Ala, Tengku..macamlah tak tahu tunang kerja apa. Leftenan kut Tengku.. Mesti sibuk." sampuk Amir pula.

Tengku Fahmi memberi jelingan kepada mereka. Dia teruskan menelefon Eisya. Namun, tiba-tiba dia teringat yang dia tidak nampak Komander Haqim sepanjang hari ini. Mungkin jadi diaorang keluar bersama..

Berasap kepala Tengku Fahmi apabila memikirkannya. Pegawai tu pun kenapa nak tunang orang? Dia berangin dengan fikirannya sendiri. Akhirnya dia fed up. Dicampak phone itu kepada Afwan.

*********

Eisya membuka pintu penthousenya. Dia membuka lampu. Terlihat ruangan yang cukup cantik.

"Ni rumah siapa Kak Eisya?" tanya Atiq.

"Ni rumah akak." Kata Eisya sambil tersenyum. Eisya mempunyai dua buah penthouse. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk disewa. Tetapi, memandangkan ayahnya sudah keluar dari kampung itu, dia memberikan penthouse itu kepada ayahnya.

"Mulai sekarang, rumah ni milik ayah." kata Eisya. Kamarul hanya tercengang.

" Eh, tak payah susah - susahlah, Eisya. Ayah boleh je cari rumah sewa yang kecil sikit."

" Kenapa pula? Eisya bagi penthouse ni ikhlas tau. Eisya nak balas balik semua yang ayah lakukan untuk Eisya. Tak salah, kan?"

"Memanglah tak salah. Tapi besar sangat ni."

" Terima jelah, ayah. Lagipun ayah yang jaga Eisya dari kecil. Bagi makan minum. Biarlah Eisya bagi hidup ayah pula sempurna."

" Takpelah kalau kamu cakap macam tu."

Eisya tersenyum.

" So, ayah dah fikir nak buat apa? "

" Ayah ingat ayah nak cari kerja dulu. "

" Cakap fasal kerja, Eisya nak tanya ni. Ayah pandai buat perabot kan? "

" Pandai sikit-sikit je. "

" Okay, macamni. Sebenarnya, ada kawan Eisya ni dia ada sebuah bisnes perabot tau. Tapi dia tak ada satu pun kemahiran untuk buat perabot. Ayah dia mati mengejut dan sekarang dia tak boleh uruskan lagi bisnes tu sebab dia tak ada kemahiran. Dia suruhlah Eisya cari kut-kut ada yang boleh ajar dia tentang perabot ni semua. Memandangkan ayah takda kerja sekarang ni, why not ayah kerja kat situ. Gaji dia besar ayah! " kata Eisya teruja.

" Tapi ayah pandai sikit-sikit je. "

" Ajarlah dia yang sikit-sikit tu. "

Mereka ketawa bersama.

********

Sampai di penthouse miliknya, Eisya merebahkan diri ke katil. Penat melebihi segalanya. Dia mengeluarkan handphone dan membuka.

Terkejut bukan kepalang bila tengok ada 20 miss call daripada Tengku Fahmi. Masa tu dah maghrib. Mungkin start call dari tengahhari ni.

Eisya menepuk dahi. Mesti kena membebel ni.

Dia menelefon Tengku Fahmi namun panggilannya tidak dijawab. Beberapa kali jugalah. Tapi takde satu pun tak dijawab.

Sementara di kem,

Tengku Fahmi hanya memerhatikan sahaja phonenya berbunyi. Dia tidak mahu mengangkat kerana fikirnya Eisya sedang berseronok dengan Komander Haqim.

Afwan di sebelah sudah mengorek telinga tanda bosan dengan bunyi itu. Dia menepuk bahu Tengku Fahmi. Tengku Fahmi mengaduh perlahan.

"Angkat jelah weyh. Tadi, kau call sangat. Dah dia call taknak angkat pula." kata Afwan.

"Biarlah dia." kata Tengku Fahmi. Dia merajuk guys!!

Tiba-tiba phone Afwan pula berbunyi. Afwan menatap handphonenya dengan pelik dan merenung Tengku Fahmi. Lalu dia mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, puan. Ha'ah ya. Saya Afwanlah ni. Ada apa puan?" tanya Afwan. Kini tahulah dia bahawa Eisya yang menelefon Afwan.

"Haa? Tengku Fahmi? Ada puan." Afwan memandang Tengku Fahmi sekilas. Tengku Fahmi seperti mendengar sahaja. Heh! Tadi marah..

" Nak cakap dengan dia? Dia taknak, puan. Tadi dia.."

Belum sempat Afwan menjawab, phone telah dirampas.

"Hello?" tanya Tengku Fahmi kasar.

"Hai, Lee."

"Awak nak apa call saya ni?"

"Kenapa tak nak angkat call saya? "

"Awak tanya saya? Saya yang sepatutnya tanya awak kenapa saya call awak 20 kali awak tak jawab?"

" Sorrylah, saya sibuk tadi."

" Penting sangat ke sibuk awak tu dari saya?"

Hah! Ambik kau! Dia main serkap jarang.

"Sebenarnya, taklah penting sangat."

"Habis tu, kenapa tak angkat call saya?"

"Saya silence tadi phone. Sebabtu tak dengar."

Tengku Fahmi mulai curiga.

" Eisya, awak keluar dengan siapa tadi?"

"Saya? Saya tak keluar dengan sesiapapun."

"Habistu kenapa Komander Haqim takde dekat kem?"

Aik? Dah apahal pula ni? Mana aku tahu Haqim pergi mana?

"Lee, mana saya tahu Haqim pergi mana. Saya bukan busybody okay?"

Tengku Fahmi menghembus nafas lega. Nasib baik...

"Awak cemburu ke?" tanya Eisya serkap jarang. Sengaja nak malukan Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi pula buat muka ' dah kenapa.'

"Eh, hello. Saya ni tunang awak tau. Of courselah saya cemburu. Lagipun saya tengok awak dan Komander Haqim tu macam rapat je."

Eisya ketawa kuat. Tengku Fahmi terkejut mendengar dari corong telefon. Serius arh dia ketawa macam ni.

" Ya Allah, sayang..saya dan Komander Haqim tu takde apa-apalah. Tak sangka awak kuat cemburu. " kedengaran lagi sisa - sisa tawa dari Eisya.

Tengku Fahmi tersenyum semula apabila mendengar perkataan sayang. Kali terakhir dia dengar semasa dekat hospital tu. Lepas tu, saya awak je.

" Betul ni, dear? "

" Dear? What was that? "

" Gelaran untuk awak. Special dari saya."

" Suit yourself. Ya, sayang..." meleret panggilan itu dari Eisya.

Tengku Fahmi tersenyum macam orang gila. Kedengaran Afwan memanggil nama untuk roll-call nanti.

" Awak, nanti kita call lagi eh. Saya nak pergi roll-call jap. "

" Okay. "

" Love you, dear. "

" Love you too, sayang."

Panggilan akhirnya ditamatkan. Tengku Fahmi memberikan semula phone kepada Afwan.

"Dah?"

"Dah, kedekut betul."

"Eh, kedekut taik lembu kau! Aku dah bagi beberapa minit kau guna? Yang lagi satu, kau makan gula-gula ni, jauh sikit. Bersemut phone aku." kata Afwan memberikan maksud tersirat.

Mereka kemudiannya pergi roll-call. Setelah selesai, mereka masuk ke dalam dorm untuk tidur.

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience