Bab 36 : Puas

Action Series 57877

Sejak dari hari itu, kehidupan mereka berubah 360 darjah. Mereka asyik bergaduh besar dan mula menyendiri di dalam dunia masing-masing.

Tengku Fahmi asyik membawa masuk perempuan ke dalam villa manakala Eisya asyik keluar enjoy di mana-mana kelab malam. Kalau balik, diaorang akan bergaduh lagi dan lagi.

Tiada lagi kata-kata mesra yang keluar dari mulut mereka. Cuma kata cacian dan makian. Mereka tidak memberitahu ibubapa masing-masing kerana ini urusan peribadi.

Eisya sekarang bekerja sebagai naib CEO di syarikat papanya. Yelah, semua benda kena uruskan sendiri kan? Makan, minum, baju apa semua.

Di Villa,

Eisya sampai di villa pada pukul 2 pagi. Dia yang baru pulang dari kelab malam telahpun berasa letih dan nak tidur. Sebenarnya dia dah balik pukul 7 tadi tetapi sengaja dia on the way ke Night Club sebab tak nak jumpa setan tu..

Dia menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Tiba di depan bilik Tengku Fahmi, dia mendengar suara desahan dari dalam bilik. Eisya tersenyum sinis.

" Kau dah banyak buat dosa takkan nak tambah lagi kut?" Eisya bermonolog sendirian sambil merenung pintu bilik Tengku Fahmi yang tertutup. Kali ni perempuan mana pula dah?

"Nasib aku bunuh Lily je." sindir Eisya.

Dia bergerak menuju ke dalam biliknya. Dia sudah tidak duduk lagi di dalam bilik Tengku Fahmi. Dia tidak mahu. Percaya atau tidak, perasaan Eisya pada Tengku Fahmi sudahpun hilang. Dan kerana Tengku Fahmi, dia hilang kepercayaan kepada semua orang waima family dia sendiri. Eisya Esynani yang sekarang sudah tidak mempunyai perasaan seperti dulu.

Dia merebahkan diri di atas katil tetapi bangun semula kerana ada seseorang yang menceroboh biliknya.

Tengku Fahmi sedang berdiri di depan pintu melihat Eisya. Eisya mengangkat sebelah alis.

"Kau nak apa?" tanya Eisya. Dahlah masuk sini pakai seluar je. Mesti baru lepas make love. Aih, gila seks betul kau ni kan?

" Kau pergi mana tadi?" tanya Tengku Fahmi tegas. Eisya buat muka toya. Sikitpun dia tidak takut.

" Kerja." Eisya kembali merebahkan diri di katil. Matanya dipejamkan tetapi belum tidur.

" Aku call secretary kau. Dia kata kau dah balik pukul 7 tadi.." kata Tengku Fahmi geram. Bukan apa, Eisya kebelakangan ni selalu balik lewat.

" Aku pergi mana, keluar dengan siapa tu bukan urusan kau.. Takyah sibuk.." kata Eisya dengan mata yang dipejamkan.

Tengku Fahmi ketawa paksa. Takyah sibuk?! Aku suami dia kut.. Eh, lupa ke perjanjian tu Tengku Fahmi?

" Aku tak kisahlah kalau kau tak nak balik sekali pun. Tapi villa ni villa aku tau. Kau balik lewat malam pastu buat bising pulak!!" bebel Tengku Fahmi. Memang selama ni Eisya sengaja memasang volume music dengan kuat. Ramai maid tak berani tegur dia. Dah hormat Eisya dah sebab satu tragedi tragis melempang pipi seorang maid dengan kasar. Siapa yang buat tu? Eisyalah!!

Bebelan Tengku Fahmi secara tak langsung mengganggu tidur Eisya. Dia bangun dan duduk di birai katil dengan protes.

"HAL AKU SUKA HATI AKULAH!!" Tengking Eisya. Serabut betul dengan suara belalang di pagi hari.

Tengku Fahmi terkejut. Matanya mencerlung ke arah Eisya. Dengan serta - merta, tangannya naik menumbuk pipi Eisya berkali-kali. Pipi Eisya berdarah.

" Ini ke cara kau bercakap dengan suami sendiri? Kalau macam ni baik tak payah ada isterilah!! Aku lebih prefer Lily dari kau!!" jerkah Tengku Fahmi.

Eisya yang terbaring di atas katil tersenyum sinis. Dia bangun, berdiri dan menghadap 'suaminya' itu.

" Suami? Bila aku ada suami? " Eisya berbisik tepat pada mukanya. Tengku Fahmi terpempan.

" Kalau kau anggap aku isteri pun, kau masih tidak boleh ubah pemikiran aku. Kan aku kata aku benci Lily, jadi sesiapa yang dekat dengan dia pun aku benci sampai bila - bila!! " jawab Eisya tanpa perasaan.

Tengku Fahmi kaku. Pandangan matanya tidak segarang tadi. Bibirnya menggeletar tidak tahu apa yang nak dicakapkan.

" Kenapa? " tanya Eisya.

" Kenapa diam? " tanya Eisya sekali lagi.

Suasana jadi sunyi sebentar sebelum kedengaran satu suara.

"You, you ada dekat sini? Merata I cari...." namun suara itu terhenti tatkala memandang wajah Eisya yang kemudian tersenyum sinis tanpa perasaan.

" Wow, Fahmi! Aku tak sangka kau pilih Sara Amelia sebagai sex partner kau. Memang type kau semua pelacur eh? " sindir Eisya. Mana tidaknya, Sara hanya memakai tuala untuk menutup badannya yang separuh bogel itu.

Wajah Sara menjadi merah padam. Tengku Fahmi keluar dari situ namun terhenti di muka pintu.

" Ubah perangai kau kalau kau nak duduk sini.. " Tengku Fahmi berkata dalam nada suara mengendur tanpa berpaling ke arahnya.

"My life my style. Aku boleh je cari rumah lain supaya tiada orang nak tegur apa aku buat. Dan, maybe aku tak perlu tinggal dengan partner maksiat di sini." sindir Eisya.

Tengku Fahmi menunduk dan terus keluar dari situ diikuti dengan Sara yang merangkul lengannya. Wajah angkuh sentiasa dipamerkan untuk Eisya.

Kali ni baru Eisya lega. Dia menutup pintu dan merebahkan diri atas katil. Sesekali dia tersenyum menghadap siling kerana teringat reaksi kaku Tengku Fahmi tadi.

"Kau tak boleh salahkan aku, Fahmi! Kau yang ubah aku jadi macam ni.. Kau yang buat aku hilang kepercayaan dekat kau dan orang lain..jadi terima jelah." Eisya bermonolog sendirian sambil menlihat siling. Puas hatinya. Lama dia tak tunjukkan perangai sebenarnya. Inilah Hyper Eisya yang sebenar!!

Maybe kurang sikit..

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-06 20:07:09 

bg pengajaran je dgn tengku fahmi tu..berlakon baik rupanya salama ni..sakit hatiku


NovelPlus Premium

The best ads free experience