Bab 10: Latihan Bermula

Action Series 57841

Selepas sahaja mendapat taklimat dari barisan pegawai, semua kadet telah diminta untuk membawa pakaian masing-masing dalam dorm. Lelaki masuk dorm lelaki, perempuan masuk dorm perempuan.

Tengku Fahmi dan Afwan memilih katil yang paling depan sekali. Mereka kemudiannya mengeluarkan baju masing-masing. Begitu juga dengan kadet-kadet yang lain.

" Weyh, lepas ni kita kena buat apa?" Tanya Afwan sambil memunggah baju ke dalam locker miliknya.

Tengku Fahmi memandangnya sekilas sebelum sambung meletakkan bajunya ke dalam locker.

"Kau ni kan tadi kapten tu dah beritahu, lepas ni kita buat latihan kawad. Kau ni memang tak ambil tahu eh? Ke telinga memang dah takde?" katanya dengan malas. Dahlah berdiri tengah panas tadi. Kena jelas balik pula apa nak kena buat kat popeye di sebelah ni.

" Kawad?! Serius arh. Kali terakhir aku kawad masa aku tingkatan 5. Tu pun banyak tersasul. " kata Afwan. Menyesal pulak dia ikut mamat ni join askar.

Tengku Fahmi hanya buat tak endah je. Sekali dilayan, berkali-kali pula dia berceloteh. Baik diam.

Sedang mereka mengeluarkan peralatan diri masing-masing, tiba - tiba kedengaran satu suara yang sangat kuat membuatkan mereka menoleh ke arah suara itu.

" Weyh, korang! Dengar sini. Aku nak cakap sikit." kata seorang kadet yang bernama Iqbal. Lagaknya seperti samseng. Main tendang-tendang katil orang. Ingatkan kem ni bapak dia yang punya ke?

" Aku Iqbal. Korang boleh panggil aku Iq. Mulai hari ni, aku ketua dekat dorm ni. Apa yang aku cakap korang kena dengar. Tak boleh nak lawan-lawan. Kalau korang lawan, ini makan dia!" kata Iqbal sambil menunjukkan penumbuknya kepada semua kadet di situ.

Tengku Fahmi hanya buat acuh tak acuh sahaja. Dia kemudian mengambil peralatan mandi lalu berura-rura mahu ke bilik mandi. Tiba-tiba, belakang bahunya ditumbuk dengan kuat menyebabkan Tengku Fahmi sedikit terdorong ke depan.

" Kau ni pekak ke apa?! Aku belum habis cakap lagi kan? Yang kau cepat sangat nak pergi dah kenapa?" tengking Iqbal. Tengku Fahmi mula dipapah oleh Afwan.

" Engkau tu pulak?! Tak boleh nak cakap elok-elok sikit ke?! Kau ingat kem ni bapak kau punya ke?!" tempelak Afwan pula. Dia mengangkat tangan mahu menumbuk Iqbal tetapi dihalang oleh Tengku Fahmi.

" Aku tak kacau kau, kau takyah kacau aku." kata Tengku Fahmi selamba. Selamba ke? Dalam hati dah meletup dah. Harapkan ada panggilan 'Tengku' je kat depan, memang kena jaga air muka. Kalau tak, memang masaklah aku kerjakan.

Iqbal yang tidak tahan dengan teguran itu memegang baju Tengku Fahmi. Terangkat dia ke atas. Dia menggempalkan penumbuknya ingin dihala ke arah muka Tengku Fahmi, tetapi belum sempat, Komander Kael telahpun menjerkah mereka.

" Kau buat apa ni, kadet?!" automatik tangan Iqbal diturunkan. Semua kadet yang duduk kini berdiri memberi hormat.

" Baru hari ni kau masuk kem, dah berlagak jadi samseng ke?!"

" Maaf, tuan." kata Iqbal. Matanya mencerlung ke arah Tengku Fahmi. Tengku Fahmi menyapu kesan tangan Iqbal yang memegang bajunya dengan kuat tadi.

" Nasib baik hari ni hari pertama, kalau tak, memang aku denda kau berkawad lebih masa dekat tengah panas." kata Komander Kael sambil menuding jarinya ke arah Iqbal.

"Maaf, tuan." sekali lagi Iqbal memohon maaf. Komander Kael merenung tajam ke arah mereka berdua. Kemudian, dia memandang pula ke arah jam tangannya.

"Dah pukul berapa ni, kadet? Kejap lagi dah mula latihan kawad. Kau nak bersihkan diri pukul berapa?" Soal Komander Kael. Wajah semua kadet dipandang satu - persatu.

"Maaf tuan." bergema dorm tersebut dengan suara kadet-kadet lelaki.

" Pergi mandi sekarang!" arah Komander Kael kepada semua kadet lelaki.

"Baik tuan." sekali lagi dorm itu bergema dengan suara daripada semua kadet lelaki. Kemudian mereka semua keluar dari dorm itu satu-persatu. Tidak mahu dilihat serabut depan pegawai.
Bila nak keluar tu, sekali lagi bahu Tengku Fahmi dilanggar kasar. Tengku Fahmi terdorong ke depan. Nasib baiklah depan dia ni Afwan. Kalau tak, mencium lantailah kau, Fahmi.

Tengku Fahmi hanya memandang lelaki itu dengan jelingan. Lelaki itu, huh! Dua kali ganda jelingan. Mengalahkan perempuan.
Afwan hanya menggeleng. Adooi, yang dah kenapa banyak sangat musuh dia ni? Memang kadet selalu macam ni ke? Perasaan berlagak tu memang tak pernah tak ditunjuk pada semua orang.

*************

Usai membersihkan diri, semua kadet diminta berkumpul di tempat berkawad.
Tengku Fahmi, Afwan dan beberapa orang kadet yang lain telah bersedia untuk masuk barisan. Pertama kali berjumpa, memang tak selesa lagi. Akhirnya, lepas seorang kadet bernama Fiqri menegur sapa Afwan dan Tengku Fahmi, barulah jadi kamceng semacam. Bukan Fiqri sorang je, ramai juga kadet nak berkawan dengan diaorang ni.

Nak masuk barisan tu, bahu Tengku Fahmi dilanggar dengan kasar oleh kadet yang sama melanggarnya semasa di pintu dorm.

" Mata rabun ke, bro? Macammana boleh join askar kalau mata rabun?" perli kadet tadi kepada Tengku Fahmi. Tengku Fahmi apa lagi? Kalau sekali boleh arh kena langgar, ni kalau dah sengaja main langgar - langgar ni, memang memintaklah jawabnya.

" Aku rasa mata kau yang rabun. Kitaorang dah berdiri kat sini dah lama, kau pulak datang macam takde siapa yang berdiri kat sini. Pergi check mata dulu bro." perli Tengku Fahmi pula. Dia sempat melihat nama yang melekat di baju kadet itu.

Khalief.

Khalief menunjukkan maksud nama yang indah. Tapi tengok perangai dia. Lebih ke arah jadah je.

Khalief ketap gigi. Dirinya didekatkan pada Tengku Fahmi lalu membicarakan sesuatu supaya kadet lain tidak dapat dengar. Tangannya memegang baju t-shirt milik Tengku Fahmi

" Tak payah nak berlagak sangat dengan aku. Kau bukannya mahir pun benda-benda macam ni. Tengku bodoh!!" sindir Khalief dengan nada berbisik.

" Korang berdua buat apa ni?" soal Eisya. Kadet lain lelaki atau perempuan semuanya mulai masuk barisan. Tinggal Tengku Fahmi dan Khalief sahaja yang statik dengan posisi mereka tadi.

Tengku Fahmi memandang Eisya. Eisya juga turut melakukan perkara yang sama. Pandangan mereka silih berganti.

" Kadet Khalief, turunkan tangan tu. Baru masuk kem dah nak jadi samseng ke?" perli Eisya. Matanya kini berarah kepada Khalief.

Khalief perlahan-lahan mula melepaskan baju t-shirt Tengku Fahmi. Dia memandang ke arah Eisya.

" Maaf, puan." kata Khalief lalu masuk ke dalam barisan.

Tengku Fahmi juga turut melakukan hal yang sama sebelum masuk barisan.

Eisya merenung tajam ke arah kedua-dua lelaki tersebut. Tak kisahlah tunang dia ke, suami dia ke, kalau masuk dalam kem ni, akan jadi kadet juga.

Eisya mula berdiri di hadapan semua kadet. Di sebelah kanannya merupakan kadet perempuan manakala sebelah kirinya adalah kadet lelaki.

" Baiklah, sebelum awak semua sertai latihan kawad. Saya nak check pakaian dulu. Saya dengar ramai kadet-kadet berasal dari keluarga kaya, kan? Mana tahu buat sesuka hati je."

Belum pun sempat meneliti semua pakaian kadet, matanya tertancap pada seorang kadet perempuan yang berdiri di barisan hujung hadapan. Apalagi, ringan je kaki dia melangkah.

" Muka kau macam ada somethinglah, kadet. " kata Eisya kepada seorang kadet perempuan yang dipanggil Najwa.

Kadet Najwa semakin menggelabah. Selepas membersihkan diri, dia memang sengaja memakai mekap tetapi tidaklah tebal sangat. Saja nak bagi Tengku Fahmi tengok. Dari awal memang dia dah berkenan dengan Tengku Fahmi.

" Er.. S-saya t-tak pakai mekap, puan." kata Najwa gelabah. Eisya berpura-pura pelik. Padahal dia dah tahu Najwa pakai mekap. Dari awal dia nampak pun dah tahu. Saja dia nak tegur masa ni. Bukan untuk memalukan Najwa, tetapi sebagai peringatan kepada orang lain.

" Aku tak cakap pun kau pakai mekap." kata Eisya serkap jarang.

Najwa semakin menggelabah. Kakinya terketar-ketar. Eisya kemudiannya mencalitkan sedikit bedak yang terdapat pada pipi Najwa dan disapukan pada lengan bajunya. Najwa melihat kesan bedak pada lengan bajunya.

Eisya berundur sedikit ke belakang.

" Dengar ya, kadet perempuan. Korang nak pakai mekap boleh. Tapi nanti, pandai-pandai coverlah your punya mekap tu. Lebih-lebih lagi bila berkawad. Panas. Kalau cair aku tak tahu. Biarlah muka gelap sikit pun takpe. Awak yang pilih jalan ni kan? So, awak kena ikut peraturan. " Eisya berkhutbah panjang. Haa.. Mengada - ngada lagi. Kan dah masuk khutbah aku.

Eisya mula berjalan sambil meneliti pakaian kadet-kadet yang lain. Depan, belakang, kiri, kanan. Tengah-tengah pun dia masuk. Baru tadi seorang kadet lelaki membawa phone yang disorokkan di dalam poket seluarnya. Phone tersebut terpaksa diberikan pada pegawai. Semasa kawad mana boleh bawak phone.

Selepas itu tiada apa-apa yang mencurigakan lagi. Tengku Fahmi? Nampak sahaja macam gangster sikit, tapi patuh peraturan. Kadet Khalief? Nampak macam pembuli, tapi patuh peraturan.

Selesai sahaja pemeriksaan, semua kadet diarah berkawad. Bukan berkawad sahaja, semua latihan. Berlari keliling, lompat tayar, angkat kayu besar. Semua buat. Eisya nampak riak wajah letih dekat semua kadet. Nasiblah, nak jadi askar sangatkan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience