Bab 5: Pemburu dan diburu

Action Series 57841

Keesokkan harinya,

Eisya Esynani yang berpakaian unirform tentera sudahpun duduk bersandar di dalam kereta. Dirinya yang lega kerana baru lepas lapor diri sebagai leftenan di bawah RAJD PARA meletakkan topinya di atas riba dan menilik handphone.
Nasib baik dia diberi kelonggaran untuk bertugas pada hari esok. Kalau tak, mahunya dia tak cukup rehat.

" Penat hari ni, Cik Engku?" soal Abang Husin yang mengambilnya dari Kem Kajang. Ni atuk punya fasallah ni. Ingat nak bawa kereta sendiri.

" Penat sikit je Abang Husin. Lapor diri je. Esok mula bertugas." kata Eisya sambil menilik handphonenya.

Abang Husin mengangguk faham. Dia tidak berborak dengan Eisya kerana tahu pasti gadis itu letih nak bukak mulut. Lepas masuk kem, Eisya ni tak banyak buka mulut sangat.
Mereka akhirnya memasuki jalan besar di lebuhraya. Ketika itulah, Abang Husin menyedari bahawa beberapa jenis buah kereta sedang mengekori mereka. Matanya asyik memandang ke cermin pandang belakang.

Eisya yang pelik segera melihat Abang Husin yang tiap-tiap kali memandang ke belakang. Dia akhirnya memutuskan untuk turut pandang ke belakang melihat siapa yang dipandangnya.

Nasib tidak menyebelahi Eisya. Hampir terbeliak biji matanya apabila terpandang seseorang di dalam kereta tersebut. Wajahnya mula gelabah.

" Ada orang ikut kitalah, Cik Engku." kata Abang Husin sambil terus memandang ke belakang.

" Saya tahu, Abang Husin." kata Eisya. Dia juga turut memandang ke belakang. Malahan bukan hanya sebuah. Buah kereta lagi mengikut mereka di belakang.

' Apa nak buat ni? Fikir Eisya, fikir' Eisya bermonolog sendirian sambil memetik jarinya berkali-kali. Akhirnya, satu idea menjalar di fikirannya.

" Er..Abang Husin. Boleh tak Abang Husin berhentikan Eisya dekat tepi pantai?" pinta Eisya. Abang Husin hairan.

" Kenapa Cik Engku?"

" Alah, nanti Eisya jelaskanlah. Abang Husin turunkan Eisya dekat tepi pantai, lepastu Abang Husin berhentikan kereta ni dekat lorong gelap tepi sana tu. Bila orang belakang ni takde dah, baru Abang Husin ambil Eisya balik. Okay?" kata Eisya.

Abang Husin pada mulanya tidak bersetuju kerana takut dimarahi Dato' Fatwa, tetapi memikirkan Eisya tentera dan lebih tahu, jadi dia mengikuti sahaja rancangan itu.

Akhirnya Eisya diturunkan di tepi pantai. Kereta yang dipandu oleh Abang Husin kini sudahpun pergi ke arah yang disuruh oleh Eisya.
Eisya kemudian terus menyorok di belakang pokok ketika tiga buah biji kereta meluncur laju mengikut kereta yang dipandu oleh Abang Husin. Benarlah apa yang dirasakannya.

Sementara itu...

Abang Husin memarkir kereta di sebuah lorong gelap. Dia hanya menantikan panggilan Eisya. Tida disangka, tiba-tiba pintu kereta diketuk dengan kuat menyebabkan Abang Husin terkejut.

Abang Husin membuka tingkap kereta. Kelihatan dua orang lelaki berbadan tegap dan berpakaian semua hitam sedang merenung ke arahnya.

" Assalamualaikum encik. Ada apa ni?" soal Abang Husin sopan. Namun apa yang dibuat oleh dua orang lelaki itu cuma merenungnya. Salah seorang daripada mereka telah memegang kolar baju Abang Husin melalui tingkap. Hampir terangkat dia dibuatnya.

" Mana perempuan tu?! " jerit lelaki itu kepada Abang Husin. Kolarnya masih tidak dilepaskan.

" P-perempuan m-mana e-encik?" soal Abang Husin terketar-ketar. Tangannya memegang tangan lelaki itu bagi melepaskan kolarnya.

" Askar tulah?! Mana dia?!" tanya lelaki yang lagi seorang.

" Saya tak kenal mana - mana askar encik."

" Kau jangan nak tipu kitaorang lah. Aku nampak askar tu ada dalam kereta ni." marah lelaki itu tadi.

" Betul encik. Saya tak bawak mana - mana askar atau perempuan pun masuk ke dalam kereta ni. Ini kereta majikan saya. Saya datang sini pun sebab nak ambil majikan saya, encik. " kata Abang Husin. Menipu pun menipulah. Janji Eisya selamat.

Kedua-dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri sebelum memaksa Abang Husin membuka pintu. Abang Husin pun mengalah dan terpaksa membenarkan kedua-dua lelaki itu masuk untuk memeriksa kereta itu.

" Karl, betullah perempuan tu takde. Tapi aku jumpa ni." kata seorang lagi lelaki sambil menunjukkan topi tentera pada lelaki yang dipanggil Karl.
Karl mengambil topi tersebut. Matanya mencerlung ke arah Abang Husin lalu menumbuknya dengan kuat. Terundur ke belakang Abang Husin menerima tumbukan itu. Berdarah bibirnya.

" Kau kata askar tu takde. Ni apa?! Kau nak tipu aku?! Baik kau cakap dengan aku kat mana askar tu!" soal Karl dengan lebih garang lagi.

" Betul encik. Saya tak tahu apa-apa." kata Abang Husin.

" Karl, aku rasa better kita lepaskan orang tua ni. Aku rasa dia memang tak tahu apa-apapun. Kau tahu askar tu macammana kan? Otak licik mengalahkan musang. " kata kawan kepada Karl.

Karl memandang kawannya dan kemudian Abang Husin. Perlahan-lahan dia melepaskan pegangan pada rambut Abang Husin.

" Kalau aku dapat tahu kau berhubung dengan perempuan tu, siap kau! " marah Karl sebelum dia dan kawannya berlalu dari situ.

************

Tengku Fahmi membelek kertas kerja di officenya. Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

" Fahmi, aku dah dapat profile dia. Kau nak aku hantar terus ke kat kau?" pesanan dari Neez. Laju sahaja dia membalas.

" Hantar jelah."

Seketika kemudian, satu mesej masuk ke dalam handphonenya. Dengan laju dia menekan mesej itu. Terpapar satu fail dan apabila ditekan, ia menunjukkan profile seseorang. Tengku Fahmi pasti itu adalah profile Eisya walaupun tiada gambarnya kerana namanya berada di situ.

Eisya Esynani binti Dato' Emir Fattah.

Beserta lengkap tentang dirinya. Rupa - rupanya Eisya berdarah cina kerana ibunya berasal dari keturunan cina.
Tetapi ada beberapa maklumat yang dihitamkan. Siapa dia ni? Maksud aku, tahulah dia Eisya. Tetapi, apa yang dia buat sehingga maklumat dihitamkan? Tarikh lahir pun dihitamkan.

Dia terus menghantar pesanan kepada Neez.

" Thanks." katanya sebelum menutup handphone dan terus membuat kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience