Bab 12: Tackle Me

Action Series 57841

Latihan dan berkawad merupakan rutin harian mereka sebagai seorang askar. Sudah seminggu mereka menjalani latihan seperti berkawad, latihan asas, menembak dan banyak lagi. Tengku Fahmi pun sudah mulai terbiasa dengan rutin harian barunya.

Kecuali Afwanlah. Dia je yang over. Tengku Fahmi masih ingat lagi waktu mereka mandi. Fiqri mengusiknya dengan katak. Terus berlari satu bilik air sambil terjerit - jerit macam orang perempuan.

Tapi kau pun apa kurangnya Fahmi. Masa kat dorm tu, jumpa tikus? Hmm? Haih, macammana boleh ada tikus dalam dorm tu?

Malam itu, mereka diberi kebenaran untuk berehat. Tapi roll-call harus tepat kul 12:00 tengah malam.
Tengku Fahmi sedang bermain dengan phone sementara Afwan sudah berkaraoke dengan kawan-kawan yang lain.
Tiba-tiba, sebuah pesanan masuk di phone miliknya.

Dia membuka ruangan chatnya dengan Arif, kawannya. Arif telah menghantar satu gambar yang cukup membuatkan Tengku Fahmi menggelodak marah.

" Tengku, kau cam tak perempuan tu? Sara Amelia kan?" Tengku Fahmi tidak membalas.

" Aku tangkap gambar ni dekat tempat letak kereta dekat hotel Istara. Lepas je mereka buat perkara terkutuk tu, mereka terus masuk ke dalam hotel." kata Arif lagi.

" Aku ni bukannya apa, aku risaukan kau sebabtu aku bagitahu kau. Terpulang pada kau nak percaya atau tak. " kata Arif sebelum ruangan chatnya menunjukkan last seen.
Dalam gambar itu menunjukkan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berciuman di dalam sebuah kereta. Dan yang paling membuatkan dia marah, perempuan itu ialah Sara Amelia. Gadis yang selama ini disanjungnya.

Sesungguhnya perasaan marahnya itu sangatlah membuak-buak sehingga bantalnya dibayangi wajah Sara Amelia. Tengku Fahmi yang marah menumbuk bantal yang disangkanya wajah Sara Amelia dengan kuat.

Afwan dan beberapa orang kadet lain memandang pelik ke arah Tengku Fahmi.

" Weyh, kenapa dengan kawan kau tu? Putus cinta ke?" soal Afnan.

" Entah. Aku pun tak tahu." jawab Afwan.

Afwan mula memberanikan diri untuk menegur Tengku Fahmi yang menumbuk bantal sehingga bantal itu menampakkan sedikit kawah.

" Weyh, kenapa dengan kau, Fahmi? " tanya Afwan. Dia menggoyangkan bahu Tengku Fahmi dengan kuat sehingga Tengku Fahmi naik rimas.

" Diamlah! Aku nak tidur. Kejut aku kalau nak roll-call nanti." kata Tengku Fahmi dengan kasar. Dia kemudian tidur mengiring menghadap ke arah bertentangan dari Afwan.

Afwan terdiam. Dia memandang ke arah kawan-kawannya. Kadet Adam, Afnan, Afiq dan Irfan hanya mengangkat bahu dan mencebik. Tak lama selepas tu, Afwan pula mengangkat bahu sambil mencebik. Mereka sambung berkaraoke.

***********

Pagi itu, semua benda tak kena pada Tengku Fahmi. Kejut awal salah, tertukar baldi salah. Semua benda dia nak cari gaduh.

" Apa ni, Tengku?! Aku tertukar baju dengan kau je pun, takkanlah sampai nak marah - marah?!" tempelak Adam. Berapilah dia bila ditampar oleh Tengku Fahmi hanya disebabkan tertukar baju.

" Takkan baju kau dengan baju orang lain pun tak reti nak beza?! Baju kau kecil sikit, baju aku besar sikit, takkanlah dah rabun kut?! " marah Tengku Fahmi. Dia pun tak tahu apa yang terjadi pada dirinya.

Semasa berehat sekejap dekat tangga tepi tempat berkawad, pun nak cari gaduh juga. Alasannya, kasut kotor. Amboi, sedap cakap kasut orang kotor, memang cari gaduhlah Tengku Fahmi ni.

Sebelum nak berlari keliling kem, Tengku Fahmi telah disadung kakinya. Nasib baik Afwan tahan.
Dia melihat bahlul yang menyadung kakinya.
Khalief!!

Khalief hanya membuat muka selamba sambil matanya memandang Tengku Fahmi. Tengku Fahmi apalagi, berasaplah kepalanya.

" Kau ni dengki apa sebenarnya dengan aku?! Aku tak kacau kau pun!" marah Tengku Fahmi.

" Saja. Aku tak dengki apa-apapun dengan kau. Cuma aku serabut tengok muka kau kat sini."

" Eh, eh, eh!! Depan aku pun korang nak bergaduh ke hah?!" marah seorang staf bernama Azwan sambil bercekak pinggang.

Tengku Fahmi ingin kembali ke tempatnya setelah meminta maaf kepada staf tersebut tetapi Khalief pula cari gaduh. Dia memijak kasut Tengku Fahmi. Tengku Fahmi apa lagi, bagi tumbukan je lah.

Semua kadet di situ terkejut. Staf juga berlari ke arah mereka untuk menghentikan pergaduhan Tengku Fahmi dan Khalief.

Akhirnya, mereka dibawa ke bilik Eisya yang masa tu sedang menyiapkan beberapa dokumen.

*************

Eisya hanya memandang sepi ke arah dua orang kadet yang sedang berdiri menghadapnya. Mata mereka dialihkan ke depan.

" Kadet Khalief." panggil Eisya.

" Saya, puan." jawab Khalief bersemangat.

" Kadet..." Eisya tidak tahu nak panggil apa dekat Tengku Fahmi. Nak panggil Kadet Tengku, macam pelik, nak panggil Kadet Fahmi, macam biadap pula.

" Saya kena panggil awak apa? " tanya Eisya mendongak ke arahnya.

" Semua boleh, puan."

" Okay, jadi..saya panggil awak..Kadet Lee." Eisya mendongak lagi.

Tengku Fahmi memandang ke hadapan dengan rasa pelik. Nama aku ada dua je. Sejak bila pula ada Lee dekat nama aku ni? Ingat aku ni orang cina ke? Omel Tengku Fahmi sendirian.

" Boleh ke tak? " soal Eisya sedikit kasar. Nak buat macammana lagi Fahmi? Terima jelah, pegawai panggil kau macam tu.

" Boleh puan." kata Tengku Fahmi bersemangat.

" Okay, kadet Lee."

" Ya, puan."

" Okay, saya ada dengar fasal pergaduhan awak berdua di tempat latihan tadi."

Kedua-duanya mendiamkan diri.

" Siapa yang mulakan dulu?" tanya Eisya dengan lembut tetapi bernada tegas.

" Puan, Khalief yang mulakan dulu, Puan. " kata Tengku Fahmi.

" Tak, puan. Fahmi yang mulakan dulu. " keras sahaja suara Khalief.

Eisya melihat ke arah dua wajah itu. Dia cuba bertegas.

" Saya tanya siapa yang mulakan dulu bukan suruh awak salahkan antara satu sama lain. " kata Eisya. Tengku Fahmi dan Khalief hanya mendiamkan diri.

" Tapi, dari apa yang saya dengar, pergaduhan ni awak yang mulakan dulu, Kadet Khalief." kata Eisya sambil memandangnya.

" Sepatutnya awak jaga nama baik keluarga awak di sini, kadet Khalief. Bukan bergaduh macam ni...awak orang berada Khalief. Tan Sri hantar awak ke sini untuk bimbing awak jadi orang yang berguna. Kalau awak masih tak dapat jaga baran awak, tak ada guna kut awak berperang dengan baran awak dengan jadi askar. " kata Eisya.

Khalief hanya mendiamkan diri. Dia sudah lupa akan janjinya dengan Tan Sri Hamid. Untuk mengawal barannya. Betul cakap Eisya, tak ada guna dia join tentera kalau tak dapat mengawal barannya. Lambat-laun boleh memerangkapnya juga.

" Saya minta maaf, puan." kata Khalief dengan nada yang kendur. Eisya bersandar pada kerusi dan merenung Khalief.

" Saya maafkan awak. Tapi lain kali kawal baran awak. And saya tak tahu kalau lepas awak keluar dari bilik saya, Kapten Fahad takkan tahu. Biasanya ada staf tunggu awak depan tu. Awak boleh keluar." kata Eisya. Khalief berlalu keluar selepas memberi hormat kepada Eisya.

Kini, hanya tinggal Eisya dan Tengku Fahmi di dalam bilik itu. Eisya mendongak memandang Tengku Fahmi manakala Tengku Fahmi memandang ke hadapan tanpa melihatnya.

" Apa yang jadi?" tanya Eisya seolah-olah dia dapat menghidu stress Tengku Fahmi.

" Saya tak salah, puan."

" Tak payah nak puan-puan sangat. Kita dah lama kenal. Cakap kasual je. Duduk sini." pinta Eisya sambil menunjukkan tempat di hadapannya.

Tengku Fahmi mengeluh. Penat juga berdiri dekat situ. Alang-alang Eisya dah beri kebenaran, dia pun terus duduk di atas kerusi sambil bersandar.

" Apa yang jadi, Lee? " tanya Eisya.

" Nothing. " balas Fahmi sambil bermain dengan jari-jarinya sendiri.

"Nothing awak kata? Awak tak tahu kan, berapa banyak aduan saya terima hari ini tentang awak. And you just..said nothing?" kata Eisya.

Tengku Fahmi memandang Eisya. Eisya menghulurkan sebiji coklat peppermint kepadanya. Tengku Fahmi memandang Eisya.

"Kenapa awak baik dengan saya?"

" Sebab saya tak tahu awak bukan jahat."

" Kenapa awak still berlemah-lembut dengan saya walaupun hari ni dah berapa banyak aduan awak terima fasal saya?"

" Sebab saya tahu awak tertekan." kata Eisya sambil bersandar pada kerusi.

" How? "

" How what?! "

" How did you know that I've problem?"

Eisya melihat ke arah mata Tengku Fahmi. Begitu dalam sehingga Tengku Fahmi berasa gemuruh.

" Mata awak. Mata awak menunjukkan awak tertekan. "

" Bijak. Tetapi kalau setakat boleh tahu orang ada masalah atau tak, taklah special sangat. Boleh awak beritahu apa masalah saya?"

Eisya memandang Tengku Fahmi.

" Serius awak nak tahu?"

Tengku Fahmi mengangguk.

" You know what? Semalam dah kecoh dalam family saya tentang satu gambar yang tersebar di media social. Two lovebirds were kissing in the car. And guess what, perempuan yang berciuman dalam kereta dengan seorang lelaki itu adalah anak kepada CEO Fatwa Hathi Holding. "

Tengku Fahmi berubah wajah. Wajahnya kelihatan sayu.

" Saya tak sangka dia curang. " kata Tengku Fahmi.

" Saya bukan nak memburuk-burukkan Sara, but you have to know this. Sara tak cintakan seorang lelaki dalam satu masa. But more than one. "

" Macam mana awak tahu?"

" Hello, saya kakak dia kut. Kenapa saya tak tahu fasal adik saya sendiri?"

" You're just her stepsister. "

" Memanglah tapi takkanlah saya tak sayangkan adik saya sendiri."

" Saya tak tahu dia macamtu. Saya rasa sangat tertipu. Saya sayangkan dia." kata Tengku Fahmi. Dia hampir menangis. Eisya yang melihat mula menggelabah. Alahai, salah aku ke buat dia menangis ni?

" Eh, alah. Janganlah menangis. Nah, nah. Ambil coklat peppermint ni eh. " kata Eisya memberikan coklat peppermint itu kepada Tengku Fahmi. Biarlah tinggal satu pun. Asalkan dia tak menangis.

Tengku Fahmi memandang coklat peppermint itu dan merenung ke arah Eisya. Sedikit sebanyak hatinya terubat. Dia mengesat sedikit air di birai matanya.

" Nak beri nasihat pada saya?"

Eisya terkebil-kebil. Nasihat? Aduh...

" Err..haa! Jangan terasa hati sangat dengan Sara tu. Walaupun awak sedih, cuba bayangkan Datin Marina. Dia lagi sedih. Macam-macam cacian dia terima selepas gambar tu tersebar." Eisya berpura-pura mengesat birai matanya. Padahal tak pun! Saja je.

Tengku Fahmi tersenyum. Tanpa sedar, dia ketawa. Ketawa melihat wajah Eisya yang berpura-pura menangis itu. Actually kan, Tengku Fahmi sengaja sebenarnya. Dia nak hati dia ditenangkan oleh gadis itu. Depan kadet garang bukan main, depan kawan-kawan macam orang gila.

Eisya pula yang pelik.

" Kenapa awak ketawa?"

" Eisya, awak tahu kan yang kita dah..." Tengku Fahmi membiarkan ayatnya tergantung di situ.

" Dah apa?"

Tengku Fahmi semakin galak ketawa. Memang dah tak betul dah dia ni.

" Dah tunang?"

Tercabut jantung Eisya mendengar. Dia tahu tapi tak naklah cakap dengan lelaki ni. Tak normal dibuatnya.

" Tak tahu." jawab Eisya gelabah. Dia memalingkan mukanya dari wajah lelaki itu.

Tengku Fahmi ketawa.

"Awak tahu..." dia menyakat.

" Macammana awak tahu saya tahu?"

" Mata awak. Ingat awak sorang je boleh tengok masalah orang?"

Eisya menjulingkan matanya.

" So, kalau saya tahu awak nak buat apa?"

Tengku Fahmi mendekatkan wajahnya ke wajah Eisya. Menggelabah Eisya apabila dibuat sebegitu.

" Jom kita kahwin." bisiknya tepat di wajah Eisya. Merona wajah Eisya mendengar bisikan itu.

" Apa awak ni? Saya muda lagilah. "

" Saya cemburulah tengok kadet-kadet lain bercakap tentang awak. Amirul tu asyik cakap nak goda awak je." rengek Tengku Fahmi manja. Dia kembali duduk di atas kerusi.

Amirul? Patutlah kadet itu sering menghantar air kepadanya. Nak mengoratlah lah ni..

" Okay, boleh kalau awak nak kahwin dengan saya. Tapi dengan satu syarat. "

" Apa dia? "

Kali ini Eisya pula mendekatkan wajahnya di wajah Tengku Fahmi.

" Tackle me.." bisik Eisya. Tengku Fahmi terkejut. Namun riak wajah teruja. Amboi, Tengku. Dah buang cinta lama ke?

" Awak boleh keluar, kadet Fahmi. Sama macam Khalief, saya tak dapat jamin awak selamat selepas keluar dari bilik ini. Staf ada tunggu kat situ. "

Tengku Fahmi masih mengawal riak wajah terujanya. Mereka kembali berperana sebagai kadet dan pegawai.

"Baik, puan." kata Tengku Fahmi. Dia bergerak menuju ke pintu. Sebelum membuka pintu, dia berpaling memandang Eisya.

" Saya prefer puan panggil saya Lee. Dengan itu je saya dapat rasa yang saya ni penting bagi puan." kata Tengku Fahmi lalu keluar dari situ. Namun, malangnya nasib bila melihat seorang staff sedang menunggunya di situ. Baru nak suka sorang-sorang.
Tengku Fahmi pun didenda bersama-sama dengan Khalief berlari 5 round di tengah panas.

Sementara di dalam bilik Eisya, dia sudah membahang merah. Kenapalah aku suka-suka tukar nama dia jadi Lee? Dia tu melayu. Tapi nama tu aku suka sangat, nak buat macammana.

Sepanjang hari itu, kedua-dua merpati sejoli itu mempunyai angin yang baik. Tengku Fahmi dalam dorm dah macam orang gila. Tersengih-sengih, Tersengih-sengih. Seronok sangat ke kena denda tadi?

Sara Amelia yang berada di hatinya dibuang jauh-jauh dan digantikan pula dengan Eisya Esynani. Sumpah dia suka gila dengan gadis tu sekarang.

**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience