Bab 15: Psiko

Action Series 57841

Tengku Fahmi dan Eisya berjalan bersama di sekitar pantai. Tengku Fahmi memakai baju unirform berwarna putih persis pelajar sekolah dengan tie dan lengan baju yang dilipat kemas sementara Eisya pula memakai jeans lusuh berhoodie menutupi kepala namun rambut dibiarkan lepas dengan dipadankan dengan baju t-shirt hitam di dalamnya.

Eisya berjalan di atas air yang datang menyinggah di tepi pantai itu. Tangannya didepakan. Rambutnya yang serabai tetapi kemas itu terbuai dek kerana angin.

Tengku Fahmi hanya melihat lagak tunangnya itu. Lalu dia mendepakan tangan ke arah laut dan menikmati deruan angin yang datang ke arah mereka.

" Awak memang suka pantai ke?" tanya Tengku Fahmi sedikit tinggi bunyi ombak yang sangat kuat.

Eisya mengangguk.

" Mesti awak suka tempat ini sebab romantik kan?"

Eisya berpaling pelik ke arah Tengku Fahmi. Dia kemudiannya duduk di atas pasir menghadap laut. Tengku Fahmi juga turut duduk di tepi Eisya.

"Romantik? Pantai dikira romantik ke?"

" Saya anggap pantai adalah tempat yang romantik kerana di sinilah ramai pasangan kekasih bermadu asmara. Saya pernah datang ke sini dengan Sara. She love this place so much." kata Tengku Fahmi.

" Nonsense!"

Tengku Fahmi memandang Eisya. Eisya memandang Tengku Fahmi.

" So, kalau pergi pantai pun awak kata nonsense, then, apa sebab awak ajak saya ke pantai? Mesti sebab awak rasa tempat ni sesuai untuk bakal suami isteri macam kita, kan?"

Eisya memandang Tengku Fahmi. Terus ke anak matanya. Kemudian, dia memandang ke arah laut semula.

" Mesti Sara pernah kata sesuatu dekat awak, kan? Sebab tu awak rasa tempat ni romantik? "

" Yup, inilah tempat di mana Sara say 'I love you' dekat saya. Pada mulanya, still sama dengan awak. Saya tak anggap pantai sebagai tempat yang romantik. But, after Sara luahkan perasaan, serta-merta hati saya jadi suka dengan tempat ni. Di sini tempat saya bagi bunga, di sini tempat saya bermadu kasih dengan Sara. But itu dulu. Sekarang hati saya untuk awak je. " ucap Tengku Fahmi jujur. Untuk apa dia menipu jika hatinya telah terpaut dengan Eisya?

Eisya tersenyum.

" Mulut manis juga eh awak ni.. "

" Of course. Buat apa saya menipu? "

" Tapi, tentang awak kata tempat ni romantik, saya tak setuju sangat. "

" Kenapa?"

" Okay, cuba awak fikir logik. Pantai merupakan sebuah tempat untuk menenangkan fikiran. But, bila tempat ni dicemari dengan benda-benda maksiat seperti pasangan kekasih yang berpeluk, bercium dekat sini, automatik..tempat tu dah macam tempat kotor yang penuh dengan sampah sarap. Sebab apa? Kita datang sini nak tenangkan fikiran, bukan nak tengok benda bodoh macam tu.. "

" Saya setuju. But separuh dari keterangan awak kena sunting sikit. "

" kenapa? "

" Sebab tak semua couple macam apa yang awak fikirkan tu. Mungkin ada yang dah halalkan hubungan diorang. "

" Kenapa mesti kena tunjuk? "

" Maybe diaorang nak everyone tahu betapa diaorang menghargai isteri diaorang. "

" Fool! Buat apa nak orang tahu? Macamlah orang akan puji. "

Tengku Fahmi memandang Eisya dengan wajah muram. Apa kena dengan dia ni?

" Tak, sekarang ni yang awak nak marah-marah dah kenapa? "

" Saya benci tengok aksi palsu macam tu. Depan orang belai isteri kalah menteri, belakang orang pukul isteri kalah iblis. Iblis pun tak macam tu. Trust me, Lee. Saya dah pernah tengok aksi macam tu. " kata Eisya. Dalam kepalanya sudah terbayang satu wajah yang membuatkan dia rasa kena dengan situasi yang disebut tadi.

Lily Fariq.

" Okay, saya tak nak cakap dah. Cuba cakap sebab apa awak ajak saya datang sini? "

" Saya datang sini sebab saya panas. "

Tengku Fahmi dah macam orang tua duk berkerut je muka dari tadi. Eisya ni pelik...

" Panas? "

Eisya mengeluh.

" Saya tak tahan panas. Dekat mana-mana pun saya akan bawak kipas mini bersama. Dan saya senang berpeluh kalau kena panas. Sebabtu saya suka datang sini sebab angin dia kuat."

"Awak pelik..."

" Ya, ramai orang kata saya pelik sebab masa dekat Scotland dulu, saya keluar semula dari rumah tempat saya menginap sebab saya panas. Masa tu musim salji. Sejuk saya masuk rumah balik. Panas saya keluar rumah balik. Dekat kem kat sana tu pun macam tu jugak. Saya kerap kena marah dengan General sebab selalu tidur dekat luar dorm. "

Ternganga mulut Tengku Fahmi dengar cerita Eisya. Ni manusia ke haiwan?

" Sebabtu awak suka berteduh dekat bawah pokok semasa arah kadet berkawad? Awak tak suka panas?"

" Ya, bila saya panas saya berpeluh. Bila saya berpeluh saya berbau busuk. Dan bila saya berbau busuk, saya tak selesa bila berhadapan dengan orang ramai. Pernah sekali masa darjah empat, saya menyertai perbarisan rumah sukan. Saya berpeluh and duduk di kalangan orang. Diaorang semua marahkan saya sebab berbau busuk. Lepas je kejadian tu, saya jadi trauma. Saya dah tak duduk rapat dengan orang lagi. "
Kata Eisya.

Tengku Fahmi tercengang. Namun, dalam masa yang sama, dia..kagum. Maybe? Dia merapatkan lagi kedudukannya dengan Eisya, namun gadis itu menjarakkan diri sebanyak dua langkah ke tepi darinya.

Tengku Fahmi berdehem lagi dan kemudian merapatkan kedudukannya sebanyak dua langkah.
Eisya berdecit sambil menjarakkan dirinya lagi. Sumpah aku smackdown kau nanti!

Tengku Fahmi terus merapatkan kedudukan. Dia tak tahu kepala Eisya dah berasap. Eisya berdiri sambil matanya mencerlung ke arah Tengku Fahmi.

" Eh, kau ni. Jangan sampai aku smackdown kepala kau!" kata Eisya. Tu kan? Kata ganti nama diri dah berubah. Eisya tak suka kontak fizik.

Tengku Fahmi telan liur. Marah ke? Dia pun terus bangun mengejar Eisya yang sudah beredar dari situ.

*********

Dalam bilik office Ben,

" Nah, kau hadam gambar ni betul-betul." kata Ben kepada Fayyad, ahli penyiasat. Fayyad melihat ke arah gambar itu dan dia membuat riak wajah terkejut.

" Seriously, Ben? RM80, 000 just untuk psiko ni?" balas Fayyad apabila melihat gambar Eisya disertakan dengan duit berjumlah RM 80,000.

" Kau kenal dia?"

Fayyad tersenyum sinis.

"Siapa tak kenal dia, Ben? Saintis gila yang buat semua mafia terkejarkan dia kerana vaksin dan dadah yang dia cipta."

" Ambil seberapa banyak masa yang kau nak. Janji, kau bawak askar ni depan mata aku." katanya.

Fayyad menyilangkan kakinya sambil menghembus asap rokok keluar dari mulutnya.

"Aku tak boleh janji boleh dapat ke tidak psiko ni. Tapi kalau detect, aku boleh lagi." kata Fayyad. Sebenarnya, phone number Eisya pun dia yang hack sebenarnya.

"Aku tak nak kau cakap banyak. Kau dah ambil duit tu, kau kena bawa dia jumpa aku."

" Kenapa kau nak sangat askar tu?"

"Kau tak payah tahu hal tu. Tugas kau sekarang ni ialah cari askar tu sampai dapat."

" Okay." balas Fayyad lalu keluar dari situ.

Selepas pintu ditutup, Ben bergerak ke arah tingkap. Dia termenung mengingatkan peristiwa yang telah berlaku suatu ketika dahulu.

Imbas kembali 4 tahun yang lalu....

Ben yang terkejut saat mayat isterinya, Lily Fariq terpapar di skrin televisyen kerana overdose bagaikan hilang punca. Dia berpaling ke arah Eisya yang sedang membaca buku perubatan di atas sofa.

Dengan marah, tangannya segera memegang kolar baju Eisya dan menyuruh konco-konconya mengikat gadis itu. Gadis itu diikat di atas kerusi.

Ben melihat ke arah Eisya. Wajahnya kelihatan tenang. Tiada langsung riak wajah takut. Itu yang membuatkan Ben sakit hati.

"Baik kau jujur dengan aku, Eisya! Kau yang bunuh Lily kan?!" tengking Ben yang sudah puas menumbuk Eisya. Sampai berdarah wajah gadis itu namun riak wajah selamba tetap menghantui wajahnya.

Eisya tersenyum sinis.

" Kau tak dengar ke apa yang berita beritahu fasal Lily? Lily mati sebab overdose. "

" Dan kau yang buat dia overdose, Eisya!!"

Eisya ketawa kecil.

"Macammana kau boleh syak yang aku buat Lily overdose?"

" Ha'ah, Ben. Macammana kau tahu Eisya buat Lily overdose?" tanya Azam tidak mempercayai.

Ben memandang Azam dan serta-merta rambut Eisya ditarik. Eisya terdongak ke atas. Wajah Ben menyapa matanya.

" Kau jangan harap nak manipulasi aku, Eisya! Aku tahu orang terakhir yang Lily jumpa adalah kau! "

Eisya memandang dingin wajah Ben.

" Dan siapa je dekat sini yang ada dadah yang boleh buat orang ketagih dalam masa 2 minit selain kau?!"

" Dan mungkin juga kau yang bagi Lily dadah tu sebab Lily tak nak buat apa yang kau suruh dia buat kan? "

" Aku dah kata bukan aku yang buat!!!" Ben menampar wajah Eisya berkali-kali.

" Kau...kau memang syaitan, Eisya! Sanggup kau bunuh kawan baik kau sendiri!! "

Ben menyinga. Eisya masih selamba dengan riak wajah bekunya.

" Tak sangka aku ada pantulan dari cermin. Syaitan tu..kau maksudkan aku ke kau?" tanya Eisya.

"Apa maksud kau?!"

" Ya, aku mengaku! Aku yang buat Lily overdose! Tapi bukan kehendak aku. Lily yang nak. Dia tak sanggup lagi nak hidup dengan kau."

Muka Ben memerah.

" So, dia mintak dengan aku supaya bagi dia dadah yang aku campur dengan racun tikus . Pada mulanya aku tak bagi, tapi bila dia ingatkan aku macammana seksanya kehidupan dia bila kau pukul dia, bila kau lacurkan dia, hati aku sakit! Sakit sangat, Ben!"

Mata Eisya semakin merah dan air matanya menitis.

" Sebabtu aku bagi dia dadah tu. Dadah tu kalau dia makan sedikit pun, akan buat dia overdose. Sebab aku dah campurkan racun tikus dalam tu. Biarlah sakit pun. At least, taklah sakit macam apa yang kau buat kan?"

" Dia isteri aku!!" marah Ben hilang kawalan. Dia mulai melemparkan semua barang. Eisya dan Azam hanya menjadi pemerhati.

Sebenarnya Ben sudahpun merasa menyesal dengan apa yang dia lakukan pada Lily. Dia ingin meminta maaf dan ingin memulakan kehidupan baru namun dia terkejut saat mendapati mayat Lily terdampar di tengah tasik di skrin televisyen.

"Mayat Lily... Kau yang buang dia ke tengah tasik,kan?" soal Ben dengan wajah yang kendur.

"Lily pesan lepas dia mati, buang dia di dalam tasik. Dengan tu je caranya dia dapat bayangkan dia pertama kali bertemu dengan kau."

Kali ini Ben betul-betul menangis. Tasik adalah tempat di mana dia dan Lily kali pertama berjumpa. Lily yang terkapai-kapai di tengah tasik diselamatkannya. Dan sejak itu bermulalah percintaan mereka.

Namun air mata itu cepat dihapuskan. Kini dendam yang membara. Dia memandang Eisya dengan wajah yang memerah. Eisya sedikit terkejut.

"Tapi, Eisya. Kalau kau sanggup buat Lily tenang je,itu tak jadi. Kau kena buat aku tenang juga." kata Ben dengan penuh muslihat.

"Ben, apa kau nak buat?!" jerit Azam setelah melihat Ben memegang mengambil serbuk dadah yang telah dicampur dengan racun tikus lalu disumbat ke dalam mulut Eisya. Eisya pula telah terbatuk-batuk.

"Aku nak kau pun mati macam Lily." kata Ben. Dia meninggalkan Eisya di dalam bilik gelap itu.

Namun, lain pula yang terjadi. Eisya dilihat seperti tidak terkesan pada hari keesokannya. Dan selepas itu dia pula telah melarikan diri dari Ben dan konco-konconya. Kehilangannya tidak dapat dikesan langsung.
Sehinggalah dia telah mendapat maklumat bahawa Eisya telah menjadi seorang tentera dan tidak lama kemudian, Eisya pulang ke Malaysia.

Bila teringat balik kejadian tersebut, automatik salur darah Ben mengembang. Dia memukul dinding. Marahnya pada Eisya tidak akan pernah surut sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience