Bab 21: Berjaya?

Action Series 57841

Ketika makan di sebuah restoran, Eisya perasan dirinya sedang diperhatikan. Dia melihat sekeliling. Tiada apa-apa yang pelik. Dia langsung menyambung makan.
Usai keluar dari restoran itu, Eisya melangkah ke tempat parking kereta. Ketika itulah dia terdengar derapan kaki seseorang. Bunyi yang sedikit perlahan tetapi jelas berjaya menarik perhatiannya. Lalu dia mengubah arah tuju dari tempat parking kereta ke toilet.

Karl mengikut langkah Eisya. Sejak di restoran tadi dirinya tidak mengalihkan pandangan dari gadis itu. Malahan, dia asyik mengekori Eisya ke mana sahaja gadis itu pergi. Apabila dia berjalan menuju ke tempat parking, laluan yang sedikit lengang menyebabkan sebarang bunyi boleh didengar dengan jelas. Dia perasan Eisya memperlahankan langkahnya dan berhati-hati. Pasti derapan kakinya didengari oleh gadis itu. Fikirnya, gadis itu telah berjaya mengesannya namun Eisya berjalan menuju ke toilet. Dia pula menunggu di tepi toilet untuk menculik gadis itu.

Selang beberapa minit, kelibat seorang gadis memakai hoodie dicam olehnya. Eisya memang gemar memakai hoodie sehingga menutup kepala.

Dengan langkah pantas, dia mengekori Eisya dan menyarung kepalanya dengan topeng kain lantas menekup mulut gadis itu dengan tangannya. Dia sama sekali tidak suka menggunakan chloroform kerana walaupun diletak di atas kain, bau dari bahan kimia itu masih melekat pada tangannya.

Gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan apabila Karl buat tak peduli rayuan itu. Dia sebaliknya menelefon kawannya supaya datang ke situ.

" Hello, aku dah dapat askar tu. Bawak kereta ke sini cepat!" kata Karl. Dia menyeluk semula phone itu di dalam poketnya.

Beberapa saat kemudian, sebuah kereta sampai di situ. Karl dengan pantas memasukkan gadis yang telah disarung topeng kain itu ke dalam kereta. Kemudian dia juga memasuki kenderaan itu. Kereta itu lantas meluncur laju di jalan raya.

Di dalam kereta, gadis itu masih meronta-ronta minta dilepaskan. Karl yang sudah bosan dengan gadis yang disangkanya Eisya itu lantas memarahinya.

" Kau boleh duduk diam, tak?!" jerkah Karl.

Gadis itu masih bereaksi sama. Kerana terlalu bengang, Karl membuka topeng kain itu untuk memarahi gadis itu secara terang-terangan.

Terkejut dia bila memandang gadis yang disangkanya Eisya itu. Di hadapannya kini adalah seorang gadis yang tidak dikenali. Perempuan itu memerangkapnya sekali lagi!!

" Kau siapa hah?!" jerkah Karl.

Gadis itu memandangnya dengan perasaan takut.

" A-awak s-siapa? Tiba-tiba datang culik saya..." kata gadis itu terketar-ketar.

Karl terkejut. Begitu juga dengan kawannya yang sedang memandu. Keretanya berhenti mengejut di tepi jalan.

" Ni mesti perempuan tu yang suruh kau buat macam ni kan?! Jawablah!! " marah Karl.

" Perempuan mana awak cakap ni? Buat apa? Awak yang tiba-tiba datang culik saya.." kata gadis itu takut.

" Itulah, Karl. Aku dah cakap dah. Hati-hati. Kang kita dah salah sasaran ni kan!! " marah Khoon sambil memicit dahi.

" Mana aku tahu. Memang askar tu je yang masuk toilet tadi. Takkan kau nak aku masuk toilet ladies pula?! "

" Dah, sekarang ni, jangan cakap banyak. Kita lepaskan sahaja perempuan ni dekat sini. Lepastu kita bla. "kata Khoon.

Karl mendengus geram.

" Kau dengar sini! Kalau kau ceritakan dekat sesiapa fasal ni, aku akan cari kau sampai lubang cacing. Kau dengar tak!! " marah Karl. Gadis itu kelihatan takut-takut.

" D-dengar.. " kata gadis itu.

Dengan serta-merta, tubuh gadis itu ditolak keluar sehingga jatuh atas tanah. Kereta Karl pula sudah meluncur laju berlalu dari situ.

Setelah kenderaan itu tidak lagi kelihatan, gadis tadi tersenyum sinis sendirian. Dia bangun, menyapu kotoran pada punggungnya. Tanpa diduga, gadis itu mengoyakkan kulit mukanya secara keseluruhan. Setelah dikoyak, wajah lain menghiasi tubuh itu. And that is Eisya!!

Pada mulanya, Eisya menyedari bahawa dia sedang diekori. Lantas dia mengubah haluan ke toilet. Di dalam toilet, dia mengeluarkan sejenis mask dari dalam beg galasnya. Mask itu membuatkan wajahnya seperti gadis lain. Dan, seperti yang disangka, dia disarung dengan topeng kain dan diculik. Nasib baik persediaan awal telah dibuat.

" Haih, Ben... Ben. Kau ingat mudah nak kejar aku? Kau ingat aku sama macam Lily? Come on, Ben ini Eisyalah!! Kau mungkin boleh kesan aku but you cannot find me!!" kata Eisya seorang diri.
Dia berjalan meninggalkan tempat itu. Masknya dibuang di situ.

*********

Tengku Fahmi memasuki mall bersama-sama dengan Thaqif. Mereka berjalan masuk ke dalam sebuah restoran. Tengku Fahmi memesan banyak makanan manakala Thaqif hanya memesan pasta sahaja.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan sampai ke meja mereka. Tengku Fahmi amat menikmati makanan tersebut sehinggakan separuh daripada lapan hidangan itu habis dimakannya. Thaqif hanya tercengang melihat kawannya yang seperti kebulur itu.

" Tengku, dekat kem Tengku tak diberi makan ke? Nampak macam pelarian Syria je ni, Tengku." kata Thaqif.

Tengku Fahmi memandang Thaqif sambil makanan dimasukkan ke mulutnya.

" Eh, kau ingat makanan dalam kem tu hari-hari lain-lain ke? Memang taklah. Makanan semua makanan sama je hari - hari. Sampai nak loya pun ada jugak. "

" Jadi sebabtu Tengku ajak saya pergi restoran dulu? Tengku lapar? Alololo...kesiannya dia..takpe - takpe, makanlah. " usik Thaqif.

Tengku Fahmi menjeling.

" Lagipun, aku dah lama tak makan makanan ni semua. Sampai satu kali tu, aku mimpi makanan tau. Kau nampak tak macammana rindunya aku dekat makanan ni? "

" Walaupun makanan ni semuanya makanan yang Tengku tak biasa makan?"

" Entahlah. Sejak aku masuk kem ni kan, aku jadi mengidam pula dekat makanan macam ni. Biasanya aku jaga badan. "

Thaqif menaikkan mata ke atas.

" So, macammana dengan company? " tanya Tengku Fahmi.

" Heh! Celah gigi je, Tengku. Saya yang handle, memang meletoplah. " kata Thaqif tersenyum bangga.

" Ewah, ewah! Semenjak company aku naik nama ni kan, makin riak pula kau ya?" kata Tengku Fahmi.

Tapi memang betul pun. Sejak akhir-akhir ni, keuntungan yang diraih oleh Besh Holdings sememangnya besar. Tak sia-sia dia memilih Thaqif sebagai wakil Besh Holdings.

" Memanglah kena riak. Kita yang urus, kan? " kata Thaqif memaksudkan dirinya.

Tengku Fahmi menjulingkan bola matanya.

" By the way, thanks sebab tolong aku. Kalau takde kau, aku tak tahulah macamana company ni. Mungkin dah lingkup dah."

" Alah, no hal lah, Tengku. Company Tengku company saya juga."

" Amboi kau."

Thaqif ketawa.

Usai makan, mereka berjalan-jalan di sekitar mall untuk mencuci mata. Tengku Fahmi ni jenis tak memilih sangat fasal penampilan, sebabtu dia tak minat sangat shopping ni. Tapi kalau kita tengok Wan Muhammad Thaqif Wan Rusydi ni, macam dia pula yang duduk dekat kem tentera tu. Masuk kedai tu, masuk kedai ni. Beli tu, beli ni. Dah lama tak datang shopping ke? Oh, lupa..CEO manalah ada masa, kan?

Sedang mereka berjalan-jalan, tetiba muncullah satu makhluk keluaran terkini yang paling dibenci oleh Tengku Fahmi. Dengan skirt berbelah sampai paras paha, dengan bajunya yang ketat, masya - Allah!! Sabar jelah.

" Hai, you. Buat apa dekat sini? Cari I eh?" tanya Sara sambil menggeletis di lengan Tengku Fahmi.

And, she 's not alone. Ada beberapa orang lagi gelandangan tak cukup kain yang galak melihatnya.

" You kerja sini ke?" tanya Tengku Fahmi.

" Why? Kalau I kerja dekat sini you nak datang selalu ke? Kalau macam tu, I pun sanggup asalkan dapat jumpa you." kata Sara dengan manja.

Tengku Fahmi membuat muka meluat. Apesal aku tak pelangkung je kepala dia dengan periuk bonda?

" Taklah. I ingat kalau you kerja kat sini I nak beli tempat ni and hancurkan sebab dekat sini ada banyak sangat sampah sarap. " sindir Tengku Fahmi.

Thaqif yang berdiri di sebelah sudah ketawa besar. Biarlah nak monyok pun, bukan girlfriend aku nak takut-takut.

Sara mengetap gigi. Dia menjeling Thaqif di sebelah.

" Berani you ketawakan I?! You tahu I siapa? "

Thaqif semakin ketawa besar. Sampai keluar air mata.

" Tahu. Adik Eisya dan perempuan yang kena reject dengan CEO terkaya di Malaysia." sindir Thaqif.

Memang selama ni dia dah masuk bengang dengan minah setan tu. Tunggu masa je. Sebab kalau ada Tengku Fahmi, lagi gempak sikit.

Wajah Sara mula memerah.

" You jangan berani nak hina I eh!! "

" Why, kalau aku hina kau pun, siapa nak backup kau? Tengku Fahmi? Awal-awal dia dah campak kau dalam blaclist dia."

Tengku Fahmi hanya membatu. Dia sokong apa yang dicakapkan oleh Thaqif tadi. Memang dah kena blacklist dah.

" You, tengok kawan you tu..sampai hati dia hina I.. " rengek Sara manja.

Satu saat, dua saat, Tengku Fahmi merenung dirinya.

" Memang betul pun." kata Tengku Fahmi. Dia dan Thaqif kemudian bersatu menghamburkan ketawa yang kuat sambil berjalan dari situ. Sehingga ke hujung tu, mereka berhigh5 sebelum sambung ketawa lagi.

Sara hanya mengetap gigi sahaja. Dia tersenyum sinis. Takpe-takpe. Kau tunggulah. Tak nak jumpa aku ya? Kau kahwin dengan Eisya nanti, kau jumpa aku jugak. Dan selepas tu, kau larilah sejauh mana pun, takkan boleh lepas because I'm a good seducer. Desis Sara.

Amboi kau, Sara! Yakin betul kau kan? Takkan tak ingat harimau dekat sebelah Tengku Fahmi tu? Kau nak seduce dia, kau termasuk ke dalam perangkap harimau...

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience