Bab 1 : Millionaire

Action Series 57877

Tengku Fahmi sedang menyemak fail kerjanya apabila Sara Amelia masuk ke ruangan kerjanya selepas mengetuk pintu.
" Hi, sayang...." panggil Sara Amelia yang sedang berjalan ke arah Tengku Fahmi. Tengku Fahmi mendongak ke arah pintu lalu menghadiahkan senyuman manis kepada Sara Amelia. Dia bangun lalu memeluk Sara Amelia yang sudah berada di hadapannya. Hilang sudah segala kepenatan akibat dari kerja yang berlambak tadi.
" Hai, dear. Bila you sampai?" soal Tengku Fahmi setelah melepaskan pelukan dan memegang kedua-dua pipi Sara Amelia dengan tangannya.
" Baru je. I ingat nak ajak you teman I shopping. Tapi bila tengok kerja you banyak lagi tu, I cancel lah." kata Sara Amelia sambil menghalakan pandangan ke arah kerja Tengku Fahmi. Tengku Fahmi pula menepuk sikit pipi Sara Amelia sebelum mengemas meja kerjanya.
" Don't worry baby. I'm done. Untuk you, masa meeting pun I sanggup keluar. " gurau Tengku Fahmi.
" You ni memang suka bergurau kan?" perli Sara Amelia. Tengku Fahmi mencubit pipi Sara Amelia sebelum tangan Sara Amelia melingkari lengannya. Mereka pun berjalan keluar dari office milik Tengku Fahmi.

*************

Mereka sampai di shopping mall milik Tengku Fahmi sendiri. Disebabkan papanya iaitu Dato' Amri merupakan CEO kepada Fatwa Hathi Holdings, Sara Amelia bebas berbelanja apa-apapun yang dia mahu.
" Sayang, hari ni I tak nak you guna credit card you, okay?" kata Tengku Fahmi mengingatkan. Tangan kirinya diselut kedalam poket. Sara Amelia terpempan.
" Why? I nak shopping pakai apa?" soal Sara Amelia.
Tengku Fahmi hanya ketawa kecil melihat reaksi Sara Amelia. Sesungguhnya, girlfriendnya itu sangat comel apabila muram muka.
" Cute je you ni kan? Apa guna I jadi boyfriend you kalau tak bazirkan duit I untuk you kan? " kata Tengku Fahmi. Sara Amelia ternganga. Kemudian, dia melompat-lompat memegang lengan Tengku Fahmi.
" Are you serious, bae? Aww, thank you." kata Sara Amelia sambil memeluk lengan Tengku Fahmi. Tengku Fahmi pun menyerahkan credit card yang tertulis namanya. Red diamond card. Unlimited.
Sepanjang hari itu, Tengku Fahmi hanya mengikut sahaja kemana girlfriendnya itu pergi. Masuk ke dalam kedai beg berjenama, masuk jelah. Dia pun sudah lama tidak shopping dekat mall nya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience