Bab 38 : Mengandung

Action Series 57841

Eisya menghempas kuat pintu kereta. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh. Dia melihat wajahnya di cermin pandang belakang.

" Bodoh, Eisya.. Kenapa kau nangis?" Eisya mengelap air mata dengan kasar kemudian menampar hidungnya. Tetapi sekejap sahaja sebab sakit akibat tumbukan Tengku Fahmi masih terasa.

" Harapkan aku susah nak bunuh kau! Kalau tak, aku kerat empat belas! Biar kau kena makan buaya!! " sumpah seranah Eisya kepada Tengku Fahmi.

Dia memandu ke sebuah restoran Itali kerana di situ tempat meetingnya dengan Aniq Afrier. Tetapi, Eisya terlibat dalam jem teruk pulak.. Aduh, lambat sampai kalau macam ni..

****

Aniq sedang menilik jam. Dari tadi dia menunggu tetapi kelibat Eisya belum sampai. Air yang baru dipesan tadi sudah tinggal separuh.

" Dia ni memang selalu lambat sampai ke? Lama betul.." omel Aniq sendirian.

Aniq menunduk bermain phone sehingga dia tidak sedar Eisya sampai lalu menarik kerusi di hadapannya.

" Maaf, saya lambat sampai.." kata Eisya tercungap-cungap. Dia duduk.

" Awak ni memang tak ade disiplin ke? Meeting untuk jumpa client sangat penting.." Aniq mendongak ke arah Eisya dan tanpa sengaja dirinya tergamam melihat wajah Eisya.

'Mak ai, cantiknya...' desis Aniq dalam hati.

Eisya yang ingat Aniq merenungnya kerana lambat segera memberi sebab.

" Saya..tak sengaja datang lambat. Jalan sesak tadi." kata Eisya namun Aniq masih merenungnya dengan pandangan yang lain macam.

" Encik..." meleret panggilan Eisya. Aniq masih tidak sedar lagi.

"Encik!!" Eisya menepuk meja dengan tangannya sehingga, Aniq dan beberapa orang pelanggan di situ terkejut.

" Er.. Ya?" tanya Aniq kekok.

" Saya kata jalan sesak tadi. Tu yang saya lambat sampai.." terang Eisya semula.

" Oh, t-tak apa.. Saya tak kisah pun sebenarnya. Saya pun lewat juga." kata Aniq.

Aniq Afrier merupakan anak kepada pengusaha Qarrum YDP sdn. Bhd iaitu Dato Seri Awani. Kini, Dato Sri Awani telah pun bersara dari bidang perniagaan dan anaknya, Aniq mula menjadi penyambung legasi itu.

Eisya melihat wajah Aniq. Boleh dikatakan cukup semuanya. Kacak, kaya, berpendidikan tinggi semua ada. Tapi untuk Eisya, dia anggap semua orang sama. Kepercayaaan dah hilang!!

" Jadi, awak yang buat meeting or papa saya?" tanya Eisya.

" Oh, saya yang buat meeting ni. Tapi papa awak kata dia tak boleh datang tapi dia ada wakilkan anak perempuannya."

" Sorry, saya lewat. Saya ke Besh Holding dulu..."

" It's okay. Saya faham.."

Keadaan jadi kekok buat sementara waktu.

" Ermm...saya sebenarnya baru masuk bidang bisnes ni.. Jadi tak mahir lagilah. Kalau awak boleh ajar saya, saya mungkin boleh improve skill saya. " Kata Eisya.

" Jadi ini pengalaman pertama awak? " tanya Aniq.
Eisya mengangguk.

" Ermm..okay. Memandangkan ini pengalaman pertama awak, saya rasa elok kita kenal diri masing - masing dulu. " pinta Aniq.

" Why not? "

" Okay, saya mulakan dulu. Nama saya Aniq Afrier bin Dato ' Sri Awani. Saya merupakan CEO bagi Qarrum YDP sdn. Bhd. Saya berumur 27 tahun. Saya..still single.. " kata Aniq dalam maksud tersirat.

Eisya mengangguk.

" Er..nama saya Eisya Esynani binti Dato' Emir Fattah. Saya ialah naib CEO bagi Fatwa Hathi Holding. Saya berumur 23 tahun. And, saya dah berkahwin.. "

Pandangan mata Aniq yang bersinar kini telah kendur. Laa..ingatkan single lagi..

" Owh, awak dah kahwin rupanya... " kata Aniq.

Mereka mula berbual tentang diri masing-masing. Eisya dan Aniq mula selesa antara satu sama lain. Adakalanya ketawa terbahak-bahak seolah-olah dalam restoran itu tiada orang melainkan mereka sahaja.

Walaupun Eisya telah berkahwin, Aniq seperti tidak mahu mengaku kalah. Mahu diambil juga hati si wanita supaya menyintai dirinya. Dan bagi Eisya, semua orang sama...

" Oh, saya rasa dah lama kita berborak. Baiklah, 'meeting' kita sampai dekat sini saja kut." kata Aniq. Dia dan Eisya ketawa kecil.

" Okaylah, sebab saya dah lewat, saya balik dulu.." kata Eisya.

"Okay." mereka bangun dan berjalan menuju ke pintu keluar. Tetapi semasa di pintu itu, tubuh Eisya dilanggar sehingga dia hilang keseimbangan diri.

"Eh, eh!" belum sempat Eisya jatuh, dirinya telah disambut oleh Aniq dengan pantas.

Mereka bertatapan mata selama dua saat. Aniq mendirikan semula Eisya sehingga dia kembali berdiri. Masing-masing melarikan anak mata. Bukan apa, zina.. Hehehehhe..

Aniq menghulurkan tangan kepada Eisya. Eisya memandang tangan itu dengan kehairanan.

" Dekat luar hujan. Licin dekat lantai tu. Saya takut awak jatuh.." Aniq be gentleman.

"Takpelah, saya pakai sneakers."

" Awak ingat pakai sneakers tak jatuh ke?"

Tangan Aniq masih dihulurkan. Eisya menyambut tangan tersebut dan pegangan dieratkan. Mereka berjalan menju ke kereta Eisya. Kot Aniq disarungkan pada kepala Eisya agar tidak terkena hujan.

Eisya masuk ke dalam kereta. Pintu kereta tidak ditutup lagi.

"Thanks sebab pinjamkan kot awak untuk kepala saya. Thanks sebab tak nak bagi saya jatuh, dan thanks sebab caring fasal saya." kata Eisya. Kot diberikan semula pada Aniq.

" No problem, my pretty!" kata Aniq teruja.

"My pretty?"

"Yes, my pretty. Oh, lupa.. Can I call you my pretty?"

Eisya ragu-ragu. Akhirnya dia mengangguk kepala.

" Jumpa awak lain kali.. Bye.." Aniq menutup pintu kereta Eisya dan melambaikan tangan dari luar. Eisya tersenyum lalu menekan pedal minyak kereta.

*****

" Aku dah fikir masak-masak. Aku..sedia nak jumpa Ben." kata Eisya.

" Apa?" Kedengaran kuat suara dari bluetoothnya. Eisya menutup mata sedikit kerana suara yang sumbang.

"Kau gila?! Ben tu tak boleh tengok kau langsung! Macammana kalau dia bunuh kau nanti?" Tan memberi amaran.

" Biarlah dia bunuh aku dari aku hidup dengan orang yang tiada hati perut." Eisya berkata.

Kemudian, panggilan terus ditamatkan. Dia bukan balik terus tetapi dia ke kubur tempat Lily ditempatkan.

Dia keluar dari kereta bersama sejambak bunga dan menuju ke kawasan perkuburan. Dia berarah ke kubu Lily. Sampai di sana, dia hanya berdiri sambil merenung dingin kubur kawannya itu.

" Mesti kau dekat neraka sekarang ni kan? Lily, Lily..aku rasa Ben pukul kau, lacurkan kau selama ni, itu balasan kau sebab curang."

Eisya tersenyum sinis memandang kubur Lily.

" Mungkin tiada siapa tahu Atiq bukan anak Ben tapi anak kekasih kau. Takpe, memandangkan kau dah kena azab dekat sana, aku akan jaga anak kau..tapi aku tak confirm anak kau boleh hidup sampai dia besar. Goodluck, Lily Fariq.."

Eisya melemparkan bunga dari tangannya ke kubur itu. Bunga mawar itu jatuh bergolek ke atas tanah. Dia kemudian berlalu setelah memberi jelingan pada kubur Lily.

Di villa, Eisya masuk ke dalamnya setelah pergi dari kawasan perkuburan.

" Haa..pasu tu letak di situ. Oh, barang-barang koleksi handbag I yang mahal tu letak dalam bilik Tengku Fahmi, ya?" Sara dengan sesuka hati mengarah maid seolah-olah villa itu rumahnya.

" Kau buat apa ni?" Eisya menyoal dingin. Sara berpaling ke pintu. Lalu wajahnya bertukar ceria menggedik.

" Hai, kakak!! You dah balik? I ingat you dah pindah rumah dah. " sindir Sara.

" Aku ada cari masalah ke dengan kau?" Eisya menyoal balik. Wajahnya tidak tercalit satu pun senyuman.

Sara mengangkat bahu.

" Well, untuk pengetahuan you, I akan tinggal di villa sampai I dan Tengku Fahmi berkahwin. " kata Sara teruja.

Eisya terkejut. Berkahwin? Kau gila Fahmi?! Engkau nak madukan aku dengan slut ni?!

" Why, kakak? Terkejut ke? Laa..kenapa? Bukan ke nanti kita akan bermadu? " sindir Sara.

Eisya yang baru hendak bercakap terbantut kerana Tengku Fahmi mencelah dari atas tangga.

" Sara akan jadi isteri kedua aku lepas ni. So, dia akan tinggal dekat villa aku.. " kata Tengku Fahmi dengan sombong.

" Kau gila?! Aku dengan Sara mana boleh bermadu. Kitaorang adik-beradik!!" Eisya membetulkan.

" Korang cuma adik-beradik tiri kan? And, kau pun bukannya anak betul Aunty Choo dan mama. So, tak payah perasan sangat. " kata Tengku Fahmi.

Dia berjalan menuju ke arah Sara dan memaut bahunya. Sara pula dengan senang hati memaut pinggang Tengku Fahmi.

" Kau jangan ingat kau anak kesayangan papa, kau boleh berlagak. Kau bukannya anak betul pun.. Anak pungut je.. " sindir Sara. Dia dan Tengku Fahmi ketawa.

Eisya menahan air mata dari jatuh. Tangan digempalkan dengan kuat. Dia berlalu naik ke atas tangga menuju ke biliknya. Sempat lagi dia mendengar ketawa Tengku Fahmi dan Sara yang semakin menjadi-jadi.

Dia menghempaskan pintu biliknya. Dia duduk di birai katil. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga. Malahan, bukan tu saja...Eisya teresak-esak sedikit kuat.

Mungkin dia yang berlagak selama ini. Berlagak seperti orang kaya padahal asal - usul dirinya dari kampung.

Dari duduk dia berbaring di atas katil. Beberapa saat kemudian, dia tertidur di atas katil.

Tengku Fahmi masuk ke bilik Eisya. Dia berjalan dan menuju ke birai katil Eisya. Dilabuhkan duduk di situ. Dia menongkat tangannya di belakang Eisya. Dia merenung dalam - dalam wajah Eisya yang sedang tidur.

Wajah gadis itu dipenuhi dengan air mata yang semakin mengering. Tengku Fahmi mengesat air mata itu. Dia dapat merasakan bahang kepanasan di pipi Eisya.

'Dia demam ke? " desis Tengku Fahmi. Dia mengambil first aid lalu mengeluarkan termometer. Dimasukkan ke dalam mulut Eisya perlahan-lahan dan menunggunya.

Dia mengeluarkan semula termometer itu dari mulut Eisya. Suhu menunjukkan 31 darjah celsius. Demam panas!!

Tengku Fahmi keluar dari bilik itu dan beberapa saat kemudian, masuk semula dengan membawa sebesen air sejuk dengan sapu tangan sederhana. Dia mencelupkan sapu tangan itu ke dalam air, memerahnya dan melekapkannya di dahi Eisya. Beberapa kali diulang.

Eisya masih tidak bangun. Mungkin effect demam panas. Tengku Fahmi meletakkan sapu tangan di dalam besen yang dipenuhi air lalu merenung Eisya.

Dia menekap kedua-dua pipi Eisya lalu mencium dahinya. Lama dia tak dekat dengan Eisya macamni..

Eisya memalingkan muka ke tepi tetapi tidak terbuka matanya. Tengku Fahmi hanya tersenyum. Entahlah, ciuman diberikan secara automatik dari hati. Kenapa eh?

Tiba-tiba..

"Sayang, you ada dekat sini ke..." laung Sara dari luar namun terhenti apabila dia melihat Tengku Fahmi sedang memegang Eisya.
Tengku Fahmi juga turut memandang Sara. Pandangan mereka bertaut. Sara sudah memerah wajahnya..

" Fahmi, you buat apa ni?!" marah Sara sedikit kuat.

Tengku Fahmi meletakkan jari telunjuk di mulutnya tanda diam. Dia tidak mahu Sara mengganggu tidur Eisya.

" Apa shuu, shuu? You ikut I sekarang!" arah Sara lalu menarik tangan Tengku Fahmi keluar dari bilik itu dan menutup pintu bilik.

Tengku Fahmi melepaskan tangan Sara dengan kasar apabila mereka sampai di pool. Sara terkejut.

" You ni kenapa?" tanya Tengku Fahmi.

Sara ketawa paksa.

" What?! You tanya I? You tu yang dah kenapa? Siap pegang-pegang dia bagai. You kata you benci dia..." kata Sara.

" Apa kaitan dengan you kalau I pegang-pegang dia? Dia masih isteri I. I dengan dia halal. " kata Tengku Fahmi dengan wajah tanpa riak.

Sara memerah wajahnya.

" You langsung tak hormat I sebagai bakal isteri you. You tahu kan, tak lama lagi kita dah nak berkahwin. I nak you ceraikan dia secepat mungkin!!" marah Sara. Hatinya menggelodak marah.

Namun, apa yang dibuat oleh Tengku Fahmi cuma duduk di atas kerusi hiasan di situ sambil menyilang kaki. Dia merenung Sara dengan wajah tenang.

" I takkan ceraikan dia.. " kata Tengku Fahmi. Sara terpempan.

" Apa you cakap? You tak nak ceraikan dia? You lupa ke perasaan benci you pada dia selama ni? Dulu, you kata you nak bunuh dia.. Pastu you biarkan dia dalam rumah ni.. You dah lupa ke rancangan kita selama ni?" Sara meninggikan suara.

Memang dari dulu Tengku Fahmi berpakat dengan Sara untuk memerangkap Eisya. Semua yang dirancang berjalan dengan baik.

Tengku Fahmi sudah bosan dengan kerenah Sara. Dia berasa serabut. Dia bangun berdiri dari kerusi dengan kasar.

" Ya, I dah lupa rancangan kita!! Dan untuk pengetahuan you, I memang dah lama sukakan Eisya, dari pertama kali I join tentera. Semua benda fasal dia I terpikat, I sukakan dia, I cintakan dia!!" Jerit Tengku Fahmi.

Sara terpempan. Dia mengundur dua langkah ke belakang. Tengku Fahmi ingin masuk ke dalam villa namun berhenti kerana Sara bersuara.

" You takkan dapat dia, Fahmi!! "

" I akan cuba dapatkan dia balik.. "

" I kenal Eisya macamana! Dia takkan balik dekat you sebab you dah buang dia!!" jerit Sara.

Tengku Fahmi tidak berpaling menghadap Sara.

" Baik you kahwin dengan I.."

Tengku Fahmi mengerutkan dahi. Kahwin dengan kau? Aku cuma nak cemburukan Eisya je..

" Kenapa I kena kahwin dengan you? " Tengku Fahmi berpaling ke arah Sara.

" Sebab I mengandung anak you, Fahmi!!" kata Sara.

*****

Share this novel

Angah Ajalah
2021-04-07 19:17:29 

ambil kau fahmi..berani buat berani tanggug..lepaskan je eisya tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience