Bab 27: Merpati Sejoli

Action Series 57841

Tengku Fahmi merasakan katil bergoyang. Dia membuka matanya. Ya! Sekarang dia berada di atas katil.
Kali terakhir dia ingat dia tidur di atas sofa. Takkan Eisya angkat dia pulak? Kuat betul dia..

Katil terus bergoyang kuat. Tengku Fahmi berpaling ke belakang badannya. Dia tidur mengiring. Bila dia berpaling tu, terkejut dia bila tengok Eisya sedang melompat-lompat di atas katil. Hampir-hampir nak pijak dia.

Tengku Fahmi bangun dan turun dari katil. Eisya masih melompat.

" Awak buat apa ni?" tanya Tengku Fahmi.

" Lompat katil.."

" Turun sekarang.."

" Taknak!"

Eisya membuat muka toya lalu melompat lagi kuat. Tengku Fahmi tiada pilihan lain, naik ke atas katil, berdiri dan menumbuk perlahan perut Eisya.

" Aaa.. Aa... Aa.. " Eisya mengerang kesakitan sambil memegang perut lalu terduduk di atas katil.

" Aduh! Kenapa kau pukul perut aku?!" tanya Eisya. Dia berguling-guling di atas katil.

" Awak tu yang dah kenapa? Pagi-pagi lompat katil macam monyet, saya tumbuklah perut awak." kata Tengku Fahmi yang telah duduk di samping Eisya.

" Eih! Kau ni tak sweet betullah! Dalam drama kalau isteri lompat katil, suami dia angkat lepastu turunkan dia ke bawah dengan perlahan-lahan. Kau?! Tumbuk perut aku.. "

" Tak ada maknanya saya nak buat macamtu. Nanti awak naik balik. Lompat balik. Lebih baik saya tumbuk perut awak terus. Lagipun, tumbukan saya tak kuat pun. " kata Tengku Fahmi.

" Ooo! Tak kuat ya? Nah, ambil balik! " kata Eisya.

Tengku Fahmi terundur ke belakang apabila private partnya ditendang oleh Eisya. Sakit tu tak boleh blah tho!

" Yang awak tendang private part saya dah kenapa? " tanya Tengku Fahmi hampir nak menangis. Memerah mukanya.

" Padan muka! Sekarang kita dua-dua sakit, kan?!" Eisya berura-rura nak keluar dari bilik, tapi tak jadi bila dia tengok Tengku Fahmi menunduk sambil menahan kesakitan. Sakit sangat ke dia buat tadi?

Eisya berjalan semula ke arah Tengku Fahmi. Dia duduk di hadapannya.

" Sakit sangat ke? " tanya Eisya.

Tengku Fahmi menunduk. Dia mungkin tak menunjukkan wajahnya pada Eisya tapi Eisya terdengar esakan.

" Kau nangis ke?" tanya Eisya.

" Awak buli saya.. Isk.. Isk.." kata Tengku Fahmi dengan wajah menunduk. Tangisannya semakin kedengaran.

Eisya tercengang. Mak ai, manja pebenor suami aku ni! Aku tendang sikit je, tu pun nak nangis!

Manakala Tengku Fahmi pula, dia masih menangis. Tapi taklah sampai meraung. Dia masih ada air muka. Tapi, tendangan Eisya tadi memang sakit. Belum pernah ada orang sepak private part dia. Dahlah kuat. Mana tak dia menangis.

Eisya rasa serba salah. Dia mengangkat muka Tengku Fahmi lalu mengesar air matanya.

" Sorrylah..bukan aku sengaja. Kau yang mula dulu kan? Lagipun aku tendang tak kuat mana pun! Sakit sangat ke?"

" Sakitlah..." meleret ayatnya.

" Meh saya gosok.." Belum sempat tangan Eisya sampai di situ, Tengku Fahmi menampar tangan tu. Eisya menggosok tangannya.

" Dahlah tendang kat sini, pastu nak sentuh pulak tu. Pervert betullah dia ni!! "

Eisya dah ' what the heck' dekat Tengku Fahmi. Pervert? Amboi, suka hati je dia panggil aku pervert!!

" Eh, aku pulak yang kena pervert. Aku nak tolong gosok pun dah bersyukur tau. " kata Eisya.

Tengku Fahmi hanya mendiamkan diri. Eisya tahu Tengku Fahmi merajuk. Dia mendekatkan diri dengannya lalu menarik tangannya keluar dari bilik itu.

" Saya tak mandi lagi. "

" Takpe, ramai lagi tak mandi. Kau ingat orang dalam rumah ni baik sangat?"

Mereka keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Eisya mendudukkan Tengku Fahmi di kerusi.

Tiada siapa di situ melainkan maid yang bekejar-kejar membuat kerja sambil berlari ke hulu-hilir.

" Takpe ke kalau saya tak mandi lagi? Saya tak selesalah." kata Tengku Fahmi lalu bangun dari kerusi tapi ditegah oleh Eisya untuk duduk semula.

" Kau sekarang ada di rumah aku, so, takde siapa akan marah kau kalau tak mandi ke, tak makan ke.."

Tengku Fahmi membuat muka toya.

" So, what do you want? Sandwich? Or makanan berat?" tanya Eisya.

" Saya tak makan makanan berat pagi-pagi.." kata Tengku Fahmi.

Eisya mengangkat bahunya dan meletakkan sandwich berisi telur dadar hancur dan sedikit salad yang dicampur dengan mayonis ke dalam pinggan suaminya. Dia pula mengambil ayam goreng dan nasi lemak. Baru ingin menyuap ke dalam mulutnya, Tengku Fahmi memegang tangannya.

" Apa?"

" Saya tak makan makanan berat pagi-pagi, jadi awak pun tak boleh makan juga."

" Eh! Apesal aku kena ikut cakap kau? Mulut aku, lidah aku, ada aku guna mulut kau ke?" sindir Eisya. Dia menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya.

Tengku Fahmi mengetap gigi. Pagi-pagi dah makan makanan berat? Dia boleh jadi gemuk nanti..

" Eisya."

" Hmm.. "

" Awak tak suka bersenam kan? "

" Tak. " kata Eisya yang sedang menggigit ayam gorengnya.

" Eisya!" kali ini nada suara Sedikit tegas. Eisya tidak memandangnya sedikitpun malahan meneruskan makan.

" Eisya, kalau awak makan lagi, saya akan bawak awak bersenam. Biar badan awak berpeluh. Awak tak suka berpeluh kan?" kata Tengku Fahmi sinis.

Terhenti terus Eisya. Dia memandang Tengku Fahmi dengan mata yang membulat.

" Macammana awak tahu saya tak suka peluh? "

" Kan, saya dah cakap, saya kenal awak. "

Eisya mengangkat alis kanannya. Dia makan lagi. Tengku Fahmi ni dia tak boleh tengok orang makan berlebihan. Dia akan jadi coach percuma untuk orang tu nanti.

" Eisya, saya akan buat bersenam selama 5 jam kalau awak tak berhenti makan. "

Eisya mencampakkan ayam gorengnya ke dalam pinggan. Dia menyandarkan badannya ke kerusi. Wajahnya memandang Tengku Fahmi.

Tengku Fahmi tersenyum. Dia mencubit pipi Eisya.

" Good girl.. " kata Tengku Fahmi lalu memakan sandwich yang berada di dalam pinggannya. Dia menyuakan sandwich yang dimakan ke mulut Eisya namun dia taknak. Tengku Fahmi mengangkat bahu sambil memakan sandwichnya.

Setelah dua hari duduk bersama keluarga Eisya, mereka berpindah pula ke rumah agam keluarga Tengku Fahmi. Sampai di sana, mereka disambut baik oleh semua ahli keluarga berdarah Tengku itu. Yang paling gembira, Tengku Hasnah. Sampai hilang nafas Eisya kerana selalu dipeluk.

Eisya dibawa masuk Tengku Fahmi ke dalam biliknya. Di dalam bilik, Eisya tak habis - habis meneroka semua ceruk dalam bilik itu. Macam tak pernah tengok bilik besar pun ada.

" Tak pernah tengok bilik besar ke?" sindir Tengku Fahmi. Eisya memasang wajah toya.

" Tolong sikit.. Aku teruja sebab bilik kau macam padang golf. Kira, besar sikit arh dari bilik aku."

" Sebab bilik saya warna cerah, tak macam bilik awak, dahlah warna kelabu campur hitam, sesak nafas tau tak?"

" Aku tak suka bilik cerah sangat."

Eisya bergerak ke balkoni. Dia melihat pemandangan melalui tempat itu. Boleh dilihat perkarangan rumah yang besar. Di bawahnya ada kolam renang.

Tengku Fahmi memeluk pinggang Eisya dari belakang. Dagunya mendarat pada bahu Eisya. Eisya tidak menghalang kerana dirinya sedang menghayati pemandangan di balkoni itu.

" Cantik kan?"

Eisya mengangguk sambil tersenyum lebar.

" Kalau malam, lagi cantik." kata Tengku Fahmi sambil mencium pipi Eisya.

" Ada kolam renang kat sini. Kalau aku nak terjun dari sini sampai dalam kolam renang tu, boleh tak?"

Tengku Fahmi mencubit pipinya. Eisya mengaduh kesakitan.

" Ha, terjunlah. Saya nak tengok awak hidup lagi ke tak lepas terjun dari sini." sindirnya.

" Aku kan kuat. Mesti hidup punyalah. " kata Eisya.

Tengku Fahmi memandang Eisya tidak berkelip. Pandangan itu seakan-akan mempunyai maksud tertentu yang sudah digambarkan. Eisya gemuruh. Pandangan dialihkan dari mata si suami.

" Eisya? "

" Hmm?"

" Kalau awak tukar gaya bahasa awak, boleh tak?"

" Nak tukar macammana?"

" Saya awak. Macam saya."

" Boleh tu boleh. Tapi aku kena panggil kau apa?"

" Panggil saya Lee.."

" Lee.. Oh, no.. no.. no! Panggilan tu aku beri pada Keith je."

" Then, anggaplah saya Keith. " kata Tengku Fahmi sambil mencomelkan matanya.

" Tak akan sama. Kau dan dia orang yang berbeza. "

Tengku Fahmi mengeluh perlahan. Susahnyalah..

" Takpelah kalau macamtu. Saya turun bawah jap. " kata Tengku Fahmi kecewa. Pelukan pada pinggang Eisya dilepaskan.

Eisya hanya melihat sayu sahaja langkah Tengku Fahmi. Dia berpaling ke arah balkoni semula.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience